Monday, November 29, 2010

1 hati 1 kerja 1 fikir 1 usaha 1 risau 1 umat 1 agama

Dengan lafadz Bismillah

Asalamualaikum anak cucu semua.Semoga hidup kita dalam keredhaan Allah.

Alhamdulillah.Nenek baru keluar hospital setelah ditahan kerana kurang darah.Doctor yang kata.Nenek tengok darah nenek ada je...

Kurang darah ikut piawaian dia lah.Dia kan belajar benda macam tu.

Kurang darah asbab darah keluar hari hari.mau tak luak hari hari bocor.

Doctor kata darah nenek tak cukup.kena tokok!.

Bukan nenek sengaja tak nak kena masuk darah,bukan nenek takut jarum,bukan bukan bukan tapi darah sape tu... tu pasal lah nenek tak nak sain.

Jangan lah marah doctor...

Tapi doktor sergah nenek macam tu...tak baik tau....terkejut nenek...kalau pengsan kat situ sape susah? doctor juga yang susah.jangan buat lagi tau.Nenek dah tua... sakit pula tu... kesian la kat nenek

ye ye nenek tau doctor sayang nyawa nenek.nenek faham.nenek faham

Tapi tak boleh ke nenek pilih darah.Nenek ada anak yang sama darah ngan nenek.

Nenek nak tunggu anak nenek datang...nenek nak darah dia...tak boleh ke?

Tak elok doctor paksa nenek macam tu tau.

Nenek mana tahu, darah baru nak kena saring lah tapis lah check kuman lah check itu check ini.Ingatkan boleh terus masuk direct kat badan nenek!he he he

Maaf la doctor...nenek kurang faham.nenek ni dulu sekolah tak habis...

Alhamdulillah nenek dah kat rumah sekarang untuk pulih dan stabilkan badan .

Dah ok nanti nenek kena jumpa doctor balik.Doctor nak check dan pastikan nenek ok ikut piawaian dia.

Lepas tu nanti baru uruskan fibroid yang duduk elok menumpang tu.Harap harap cik fibroid tak ada asbab masalah lain ye.

Harap anak cucu dan kengkawan doa moga Allah permudahkan urusan ini ye.

wasalam

p\s Buat Doctor yang dikasihi,

Ubat ubat tu banyak sangat lah doctor... tak lalu nenek nak makan.

Nenek kira kira semua ada 6 ketul untuk sekali telan.3 kali 1 hari pula

tu!

Dah tu makan sebulan! mana boleh tahan doctor...

Tekak nenek dah tak tahan dah...tengok ubat terus mual perut!

Boleh tak kalau nenek berubat cara kampong. tak payah makan ubat!

boleh la boleh la... doctor baik..

Harap doctor baca blog nenek ni ye. jadi nanti kalau nenek tak datang

masa temu janji, doctor tahu lah,nenek tengah berubat cara kampong.

Jangan cari nenek tau

Allah bagi baik la doctor!

Bye

Friday, November 12, 2010

khas untuk Umu dan Ishak

Bismillah hirrohman nirrohim

1 fikir 1 risau 1 hati 1 amal 1 kerja 1 usaha 1 agama


Tergamam nenek terkedu nenek
membaca jemputan kat entry nenek
Kalau dah jodoh apa nak pelik
Kerja Allah,siapa boleh tilik


Jodoh adalah takdir Ilahi
Datang dengan ketentuan pasti
Dari Allah Robbul Izzati
Untuk insan yang dikasihi


Doa nenek buat kalian
Berkasih sayang sepanjang zaman
Biar datang ribut dan taufan
Kekal teguh berdua berteman


Bukan susah untuk bahagia
Hati kena selalu terbuka
Jangan tengok salah dia
selalu lah tengok salah kita


Hidup mudah bagi kita
Kerana kurang fikir dunia
Sekadar singgah sementara
Mengharap Redha Allah semata mata


Moga nanti dikurniakan zuriat
Asbab hidayat seluruh umat
Agama tersebar timur ke barat
Bahagia hidup mu Dunia Akhirat


Pesan nenek duhai anakanda
Jaga baik keluarga mertua
Sangat penting selalu peka
Tolong menolong keluarga bahagia


Bila baik dimata mertua
Buruk kita mereka lupa
kopi pahit pun tak apa
kerana manis mu dimata mereka


Duhai anakanda teruna dara
Jaga jugalah tutur dan kata
Jangan tersinggung keluarga mertua
Kelak berdarah lambat sembuhnya


Baik baik berumah tangga
Bermesyuarat paling utama
Supaya hati kekal sama
Moga Bahagia selamanya


Wahai anakanda bakal isteri
Mudahkanlah urusan suami
Moga masa yang berbaki
Dapat diguna sebagai da'i


Tentu lah anakanda lebih tahu
Ganjaran ganjaran yang menunggu
paling kurang 500 tahun lebih dulu
Bahagia di syurga kita menunggu

Wahai anakanda bakal suami
Berlemah lembutlah pada isteri
Jangan didedah kelemahan isteri
Harus ditutup,cuba perbaiki


Semoga Allah memberi berkat
Semoga dapat banyak zuriat
Semoga jadi asbab hidayat
Semoga kekal dunia akhirat

Wasalam

Sunday, October 17, 2010

Sayangnya Nabi s.a.w. kepada kita

! hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 maksud 1 agama

Dengan lafadz Bismillah

Asalamualaikum.

Daripada Abbas rad.hu.an, Rasullullah s.a.w bersabda "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad sallallahu alaihiwasallam.

Jibril alaihisalam akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa Bendera dan Mahkota.
Israil datang membawa pakaian pakaian syurga.
Israfil bersuara "Wahai roh yang baik!kembalilah ke tubuh yang baik."

Maka kubur terbelah dua.

Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar.

Pada seruan yang ketiga, ketika Rasullullah s.a.w. berdiri,Baginda s.a.w. telah membuang tanah diatas kepala dan janggut Baginda s.a.w.

Baginda s.a.w. melihat kanan dan kiri, Baginda dapati tiada lagi bangunan.Baginda s.a.w. menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w. bersabda "kekasihku Jibril, gembirakan lah aku"

Jibril a.s. berkata "Apakah yang kamu lihat dihadapan mu?"

Baginda s.a.w. bersabda "Bukan saperti itu pertanyaan ku"

Jibril a.s. berkata "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak diatas mu?"
Baginda s.a.w. bersabda "Bukan itu maksud pertanyaan ku"

Baginda s.a.w. bersabda "Aku bertanya kepada mu akan Umat ku. Dimana perjanjian mereka?."

Baginda s.a.w. bersabda "Nescaya akan kuat lah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan Umat ku."

Jibril a.s menyeru "Wahai sekelian mahluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat umat datang didalam keadaan satu satu kumpulan.

Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat,Baginda s.a.w. akan bertanya "Dimana umat ku?"

Jibril a.s berkata "Wahai Muhammad,Umat mu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s. menyeru "Tempat mu" Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.

Nabi Muhammad s.a.w.bersabda "Mengapa kamu berdua menangis?"

Jibril a.s berkata "Bagaimana keadaan umat mu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya "Dimana umat ku?"

Jibril a.s berkata "Mereka semua telah datang.Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian,Nabi Muhammad s.a.w. menangis lalu bertanya "Wahai Jibril,Bagaimana keadaan umat ku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s. berkata "Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w."

Nabi Muhammad s.a.w. bertemu umat Baginda yang berdosa.Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka,sambil menyeru "Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "wahai umat ku". Mereka berkumpul disisinya. Umat umat nya menangis.

Allah Taala berfirman dalam keadaan dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, "Dimana umat Muhammad s.a.w."

Jibril a.s berkata "Mereka adalah sebaik umat"

Allah Taala berfirman "Wahai Jibril!. Katakan lah kepada kekasih ku Muhammad s.a.w. bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapan ku."

Jibril a.s. kembali dalam keadaan menangis lalu berkata "Wahai Muhammad,umat mu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala"

Nabi Muhammad berpaling kearah umatnya lalu bersabda "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala"

AllahTaala berfirman "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan! Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaati ku. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadap ku"

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w. menyeru "Tuhan ku Penguasa ku Penghulu ku... Aku tidak meminta untuk diri ku.Sesungguhnya Aku meminta untuk umat ku dari Mu."

Ketika itu juga neraka Jahannam berseru "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru "Wahai Tuhan ku.. Penguasa ku dan Penghulu ku! Selamatkan lah Muhammad dan umatnya dari seksaan nya.Selamatkan lah mereka dari kepanasan ku,bara api ku,penyeksaan ku dan azab ku.Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah,Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."

Nabi Muhammad s.a.w. lebih lebih lagi sedih.Air mata baginda telah hilang dan kering dipipi baginda.

Sekali, Baginda s.a.w. sujud dihadapan Arash Allah Taala. Dan sekali lagi Baginda s.a.w. rukuk untuk memberi syafaat bagi umat baginda s.a.w.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata "Maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini,begitu mengambil berat hal keadaan umatnya."

Fatimah rad. anha. bertanya "Dimana aku hendak mendapatkan mu dihari kiamat nanti,wahai bapaku?"

Baginda s.a.w. menjawab "Kamu akan menjumpai ku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umat ku."

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan Syafaat Baginda s.a.w.pada hari Kiamat,Mariam,Asiah,Khadijah dan Fatimah az-zahra sedang duduk.Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w. dia berkata "Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka"

Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s. berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. "Ini umat mu, wahai Muhammad! mereka berkeliling mencari mu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala"

Nabi Muhammad s.a.w. menjerit dari atas mimbar lalu bersabda "Marilah kepada ku wahai umat ku! wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihat ku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan Aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untuk mu!"

Umat Nabi Muhammad berkumpul disisi Baginda s.a.w.

Ketika diatas Titi Sirat,Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik. "Wahai Malik,Dengan kebenaran Allah Taala keatas mu,Palingkan lah wajah mu dari umat ku sehingga mereka dapat melepasi!.Jika tidak,hati mereka akan gementar apabila melihat mu"

Nabi Muhammad s.a.w. berhenti diatas Titi Sirat.Setiap kali Baginda s.a.w. melihat seorang dari umat Baginda bergayut diatas Titi Sirat,Baginda s.a.w. akan menarik tangannya dan membangunkannya kembali.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda "Tuhan! Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!

Sayang sungguh Nabi Muhammad s.a.w. pada kita....Allah hu Akhbar

air mata...oh air mata...mata nenek kabur...

Wahai rambut,jangan lah gugur banyak banyak....doa nenek semoga kita mendapat syafaat Baginda s.a.w. Amin

Asalamualaikum.

Friday, October 1, 2010

Dengan lafadz Bismillah

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 usaha 1 umat 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu nenek semua semoga Allah memberkati kehidupan kita.Tanpa keberkatan Allah,sia sia lah hidup kita di dunia ini.Dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam.Tetapi jangan salah tanam!!!kalau apa yang kita tanam itu subur dan berbuah lebat tetapi peraih tak nak beli buah tu maka sia sia belaka! Jadilah petani yang bijak,Tanam lah buah yang kita tahu akan laku dan terus diambil tanpa banyak cerita.Pastikan ia menepati semua piawaian supaya tidak di reject.Itu lah petani yang bijak.itulah nasihat nenek kepada diri sendiri dan anak cucu semua.Moga hidup kita didunia ini tidak sia sia.masa bercucuk tanam pun bukan lama mana.Jadi elok lah kita giat berusaha selagi ada kudrat kurniaan Allah subhanahuwataala.Moga kita sama sama dapat amal dan sampaikan.

Bulan puasa lepas Allah pilih nenek dan menantu nenek khuruj.Alhamdulillah.Rasa sungguh kerdil diri ini kerana hanya dapat memberi sedetik masa di jalan Allah sedangkan beribu ribu detik masa diluangkan untuk dunia.Masa tangguh tu rasa malu sangat pada Allah.Aduh...lemahnya iman ku...

Bagi menantu nenek,itulah kali pertama dia keluar.Alhamdulillah,dia suka dan dia banyak belajar tanpa jemu.Paling dia suka bila jumpa aishah! public figure tu he he he gurau je...
Tiga hari bersama,keakrapan begitu terasa walaupun pada asalnya asing sekali.Yang dari madrasah tak jemu jemu berkongsi ilmu,yang kurang ilmu tak malu langsung bertanya.Yang lancar berbicara membimbing yang kering kontang[nenek la tu].
Alhamdulillah,Allah satukan hati kami dengan satu maksud.

Dalam borak borak kosong,[he he he]nenek tertangkap sesuatu yang masuk akal dan itu lah sebenarnya yang nenek nak kongsikan disini.Yang panjang panjang kat atas tu mukaddimah sahaja!

Seorang ahliah memberitahu tentang pentingnya menjaga zuriat kita dari awal.Nenek tak nak cerita kat sini dari awal yang awal lah sebab agak censored!.Jadi awal disini ialah dari awal mengandung hingga melahirkan.Masa mengandung tu,selain kita banyakkan zikir dan bacaan Quran,elok juga kita fikirkan kat mana kita nak bersalin.Elakkan lah bersalin ditempat yang tidak tenang.tidak tenang kerana ada orang lain menjerit jerit terlolong lolong kesakitan dengan tidak langsung menyebut atau ingat akan pencipta sakit itu.kalau anak kita lahir disitu, tentulah suara suara itu yang pertama didengar oleh anak kita!.sedangkan masa mengandung,kita sentiasa perdengarkan zikir dan Al Quran.nanti terkejut pula baby kita.

Nenek setuju sangat bila ahliah itu syor, tidak mengapalah kita berbelanja besar untuk mendapatkan tempat bersalin yang baik.
Untuk maksud itu nenek pula syor,bila dah tahu mengandung tu,kumpul duit dan berjimatlah.buat satu tabung.tulis 'untuk bersalin' kat tabung tu. bila nak bersalin baru buka.Amacam? okay tak idea nenek?

Alhamdulillah,Menantu nenek pun dah mengandung,tengah mabuk sakan siap masuk wad lagi.kesian dia.moga Allah permudahkan semua urusan.Semoga ahliah yang berhajat sangat tu pun Allah dah bagi mengandung juga he he he dan Allah mudahkan semua urusan mu, anak ku.

itu je la yang nenek nak kongsi

Asalamualaikum

Thursday, September 23, 2010

seloka bonda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penuh Kasih

Asalamualaikum semua,Semoga kehidupan kita dalam keredhaan Allah.

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 agama

Duhai anakanda kesayangan bonda
terluka hati mu,hati ku jua
terhiris hati mu,hati ku luka
terguris pilu,pedih mu ku rasa

siapalah kita hendak menongkah
siapalah kita hendak membantah
mereka hanya tahu melatah
kita wajib ikut perintah

kalau boleh nak buat gah kan?
datanglah semua kawan kenalan
ke majlis kenangan majlis idaman
terpahat dihati rakan dan taulan

apa guna meriah sakan
sekadar untuk pemberitahuan
Allah larang pembaziran
malang sungguh,tiada keredhaan

Biarkan mereka merajuk
rajuk mereka tak perlu dipujuk
bila nanti hati dah sejuk
mereka sendiri datang merujuk

hidup perlu taat perintah
ikut peraturan dan kaedah
bukan suka suka main redah
kelak sia sia tak berfaedah

lama manalah didunia
pejam celik dah mati kita
yang lama hidup disana
boleh kah gembira bahagia

sayu ibu melihat sedih mu
disisih disingkir sebegitu
tabah lah wahai anak dara ku
Allah pandang ketaatan mu

diakhir zaman ini
kita cuba membeza diri
cuba ikut kata nabi
moga hidup diberkati

cara hidup kita berbeza sangat
kau dididik untuk taat
cuba hidup ikut syariat
menongkah kelaziman sejagat

sapulah air mata mu
hentikan kesayuan mu
doalah untuk kawan mu
'Ya Allah,Berilah hidayah mu'

Asalamualaikum

Saturday, August 21, 2010

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 agama
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Semoga Allah redha dengan kehidupan kita .Apa khabar anak cucu nenek semua.Semoga Allah bagi sehat.
Sudah agak lama nenek tidak meng update blog ini.Adakah anak anak dan cucu cucu rindu kepada nenek ini?.
Siapalah nenek ini untuk dirindui. Rindulah kepada Allah Pencipta kita.Bila badan dah mula tak sehat dan kadang kadang nafas pun perlu bantuan tapi masih tidak ada rindu kepada Pencipta nya,maka agak malang...

Bulan puasa ini ramai juga kenalan nenek yg telah Allah panggil balik.tentulah masa nenek akan tiba jua.ketentuan yg sesaat tidak terlebih dan sesaat tidak terkurang.Dunia sementara,Akhirat selamanya.Persinggahan pertama ialah kubur.Selesa kat persinggahan pertama,kira boleh senyum la.tapi kalau kat persinggahan pertama pun dah kena balun...Aduh....moga moga Allah mudahkan kita mencari bekal sebanyak mungkin kerana masa makin singkat.kereta dah nak gerak banyak barang tak siap pungah lagi.
Moga Allah bagi kekuatan untuk kita beramal.

wasallam.

Tuesday, May 25, 2010

Perkhabaran

1 hati 1 fikir dan risau 1 usaha 1 kerja 1 agama

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Asalamualaikum kepada anak cucu nenek semua!
Semoga Allah redha dengan kehidupan kita.

Pagi Subuh ini nenek dapat message dari adik nenek.[Ahliah Karkun Bangi]

Ada perkhabaran dan Pesanan dari India.

Khabar disampaikan oleh suami rakan seusaha kita yang tengah keluar 2 bulan.

Begini yang disampaikan kepada nenek :-

Asalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Ada Jemaah dari indonesia keluar ke India,Dekat sana mereka berjumpa dengan 6 pasang Jemaah dari Filipina. 1 malam, 6 pasang Jemaah Filipina itu [semua pada masa yang sama] mimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w. Nabi s.a.w berpesan untuk sampaikan salam Nabi s.a.w. kepada semua Jemaah masturat yang berada di Indonesia dan Malaysia.

Dia [adik nenek] minta sampaikan pada yang lain dan nenek tulis kat sini.

Wallahualam

Saturday, May 22, 2010

Pesanan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

1 hati 1 usaha 1 fikir 1 risau 1 amal 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada semua anak cucu nenek. semoga Allah redha dengan kehidupan kita.Hari ini nenek nak kongsi 1 pesanan dari orang lama :-

Telah menjadi ketetapan Allah Taala iaitu sesiapa yang ada agama dalam kehidupannya nescaya di dunia dia bahagia dan di akhirat dia selamat. Dan sesiapa yang tiada agama dalam kehidupannya di dunia dia merana dan di akhirat dia binasa.

Allah Taala telah menurunkan agama kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh sempurna. Perkara itu telah disebut oleh Allah Taala dalam kitab suci Al-Quran dengan firmannya yang bermaksud =

"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk mu agama mu dan Aku telah sempurnakan ke atas mu nikmat Ku dan Aku telah redha islam sebagai agama bagi mu"

Jika dikurang atau ditambah agama, sekali pun sehelai rambut nescaya akan ditolak oleh Allah Taala.Orang yang mengurangkan agama adalah cuai! orang yang menambahkan agama adalah zalim!. Masa untuk beramal dengan agama yang sempurna ialah sebelum mati.Tiba saat kematian,masa keemasan ini akan terlepas dari tangan. Oleh itu bawalah kehidupan agama dalam diri kita sebelum mati.

Hari ini umat tiada keupayaan untuk mengamalkan agama yang sempurna ini. Melalui usaha dakwah,beberapa sifat diusahakan bagi melahirkan keupayaan mereka.Apabila sifat sifat ini kita dapat hayati, nescaya mudah lah bagi kita mengamalkan agama dengan sempurna.

Sifat sifat itu ialah :-

1 - Yakin kepada kalimah Lailaha illallah.

2 - Solat yang khusyuk.

3 - Ilmu dan Zikir.

4 - Ikram muslimin.

5 - Ikhlas niat.

6 - Melapangkan masa keluar dijalan Allah @ Dakwah Illallah.

Insyaallah, Apa yang kita dengar kita dapat amal dan sampaikan dan kita tutup dengan tasbih kifarah.

Thursday, May 6, 2010

English? little! Urdhu? Nehi maklum he! Tamil? Yellek

1 fikir 1 risau 1 hati 1 kerja 1 agama
Asalamualaikum.
Semoga Allah redha dengan kehidupan kita kerana kejayaan kita bergantung kepada keredhaan Allah Azza wajalla.

Tanya tok janggut"ko dah habis meroyan!" Nenek jawab "Dah"

"Kalau dah habis meroyan jum lah nusrah jemaah.Ada jemaah dari Madras keluar 2 bulan. sebulan kat malaysia sebulan lagi kat singapura."

Sebagai isteri yang cuba mentaati suami ,nenek tak membantah.Maka kami pun pergilah dengan moto cup kami tanpa lesen dan roadtax.

Disini,bersama jemaah ini, Allah bagi nenek nampak kepentingan mengetahui bahasa orang.Pentingnya mengambil kesempatan belajar bahasa orang lain untuk kepentingan Agama.

Tu la kan,Dulu nenek banyak kawan bangsa tamil,masa depavali siap datang rumah.dia orang pun raya datang rumah kita.tapi tak ambil peluang langsung belajar bahasa.Makan aje tahu!Maruku! Laddu! nama makanan aje tahu.
Ni dengan jemaah dari madras ni nenek tengok gaya kami macam ayam cakap dengan itik.bercampur baur dengan bahasa isyarat.nak tergelak pun ada! bukan nak lagi ! dah tergelak pun!.Masa buat six point lagi haru.Mula mula tu starting in english pastu layan tamil.Iya la yang datang tu baya baya nenek.lagi tua dari nenek pun ada.Yang Layan melayu, melayu lah yang layan english,English lah.Bila berpandangan masing masing macam blur aje,Lepas tu cakap "Allah bagi faham!" Memang Allah yang bagi faham.
Yang datang dah tua tua.Yang muda ada sorang.Ada yang dah sakit kaki sakit lutut.Tapi bila dalam hati ada fikir agama.Diri digagahkan juga.Nenek nampak mereka tak buang masa langsung.Kalau program belum sampai,mereka layan hafal Quran.Belajar tajuwid dan belajar bahasa urdhu.Moga nenek pun jadi macam mereka.

Lepas tu Bayan...
Kawan nenek siap pasang pembesar suara sebab orang tempatan pun datang.Ingatkan bayan dalam bahasa English.Sekali Tamil la...layan...terkedu jugak lah kejap. siap ada suara cakap "eh! macam rancangan kat tv la! rancangan apa tu yang ada penceramah India Muslim tu?" tak tahu suara siapa sebab nenek tak toleh.kalau tahu suara siapa pun bukan nenek boleh jawab.Rumah nenek mana ada tv!

Allah hantar satu makcik.Makcik ni mak tuan rumah.kira mak mertua kawan nenek la.Dulu dia duduk estet kelapa sawit.kawan dia semua Tamil.Dia memang kuat nusrah jemaah.kalau ada jemaah aje,insyaalah makcik ni masak,jamu makan.kira 3 hari lah jemaah gantung periuk.
Tahu aje makcik ni faham tamil kita orang pun suruh dia jadi mutarjim.tapi dia malu.Agak lama juga lah kita orang blur.bila kejap kejap ada bahasa english terkeluar tu.main agak agak aje lah.Ala bayan masthurat mana ada lari jauh.tang tu juga la.
Sekali tu terdengar suara perempuan....eh...makcik tu cakap la.kami pun mengesot lah pelan pelan keliling dia.tak nak bagi dia panic sebab makcik tu agak tersipu sipu.

Habis bayan,Masa tasykil!.Makcik tu terjemahkan apa sister dari madras tu sampaikan.Satu satu sister minta makcik tu terjemahkan pesanan dia. dan dia siap bagi nama sekali.Moga Allah pilih dia.

Nenek pun dulu kawan dengan budak estet gak tapi tak nak belajar tamil.Jadi siapa siapa yang duduk estet tu,gunakan kesempatan itu untuk belajar bahasa tamil.Datang Jemaah dari Madras ke mana,tak lah tergagap gagap. hu hu hu

itu aje

Asalamualaikum

Monday, May 3, 2010

Hati ini

1 hati 1 fikir 1 risau 1 usaha 1 kerja 1 Agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
Moga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia ini.

Ada rahsia yang ku rahsiakan
Ada pandangan yang ku pendamkan
Ada keinginan yang ku simpan
Ada perasaan tak tertelan

Ku kira kau masih budak
Rasa baru semalam kau ku bedak
Tak sangka orang dah mintak
Tak tahu nak kasi ataupun tidak

Siapalah aku nak membantah
Kalau itu sudah perintah
Maut dan jodoh kerja Allah
Jadi aku akur redha mengalah

Bukan aku tak mahu berpisah
Tapi hati ini terasa gundah
Anak baru pandai pijak tanah
Takut kekok serba salah

Hati ini terasa sayu
Nak buka mulut terasa kelu
Beginilah hiba hati ibu mu
Berasa bimbang berasa ragu

Bimbang ku mungkin tak bertempat
Bukan aku punya makrifat
Moga Allah beri berkat
Pada anak ibu yang sangat taat.

Wahai anak permata ibu
Sayang sungguh ibu pada mu
Kira kau pergi jauh dari ku
Pandai pandai lah bawa diri mu

Kiranya sampai masa berpisah
Diri ini kan ku gagah
Takkan ku menangis seperti sudah
Masa kakak mu hendak melangkah

Wahai anak permata bonda
Apakah kau sudah sedia
Boleh kah kau melakukannya
Mengambil hati orang disana

Orang disana asing bagi mu
Akan menjadi keluarga mu
Hati ini bimbang dan ragu
Sayangkah mereka kepada mu

wahai anak ku permata intan
Kalau Allah sudah buat keputusan
Kita redha ikut peraturan
Insyaallah disitu ada kejayaan

Dengar lah anak ku ibu mu pesan
Kiranya nanti sudah sendirian
Amal ibadat kena berterusan
Khidmat pada suami mesti laksanakan

Biar jauh beribu batu
Dirimu tetap dihati ku
kau lah anak kasayangan ku
moga hidup mu bahagia selalu

Diri ini sebagai ibu
Tidak ku beza anak menantu
Moga Puan juga begitu
Anggaplah anak ku bagai anak mu

Tuesday, April 20, 2010

Kita solat! Solat kita....

1 fikir 1 risau 1 hati 1 usaha 1 kerja 1 agama

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Semoga Allah pandang usaha kita yang sedikit ini dan Allah redha pada kita.

Macam yang anak cucu semua tahu,Solat sangat penting. Kalau solat kita hancur! Amalan yang lain turut lebur.
Jadi kita kena jaga baik ini solat umpama menatang minyak yang penuh.Jaga baik baik jangan ada leaking.jangan bagi jatuh setitik pun apatah lagi tumpah.

Bukan senang nak jaga solat dizaman fashak dan mungkar ini.
Orang tua bagitahu, lebih mudah jaga solat kalau kita dapat jaga lima anggota badan kita.
Jaga mata,jaga telinga,jaga mulut dan lidah,jaga...erm...[dah lupa la pula!tak pun nenek tertidur ni! kat part ni] tapi yang last tu jaga hati kita.

Jaga bukan waktu solat sahaja tapi juga diluar solat.
Waktu waktu biasa tu pun kena juga jaga mata.Kawal pandangan. Kalau nampak jejaka handsome tu jangan nak tengok lama lama,tundukkan pandangan!
Begitu juga bagi anak cucu lelaki,nampak awek cun macammana pun jangan nak toleh dua tiga kali! nanti tergeliat leher!.tundukkan pandangan.

Kita tundukkan pandangan juga kepada mahluk mahluk Allah yang lain saperti emas, intan berlian rumah besar,Asbab asbab kepada kereta besar dan rumah besar dan lain lain yang sewaktu dengannya.
Maknanya kita redha dengan kehidupan yang Allah bagi pada kita.
Kan dari mata turun ke hati!
Dan dalam solat, pandangan mata kita mestilah hanya pada tempat sujud melainkan semasa tasyahud dimana kita mengalihkan pandangan ke jari telunjuk kita bila kita membaca syahadah.

Kita jaga telinga kita dari mendengar perkara perkara yang menjurus kepada dosa.
Biasalahkan,dizaman fashak dan mungkar ini,orang lelaki pun pandai mengumpat!. Mengumpat pasal politik dibolehkan ke?.Nenek rasa tak!.
Nenek rasa kalau kita anggap diri kita lebih baik dari orang lain kita akan rasa tak puas hati dan boleh termengumpat.
Jadi kita kena rasa yang orang lain lebih baik dari kita dan kita kena perbaiki diri.
Satu hal orang perempuan ni,Jangan nak duduk bergroup kalau bukan kerana agama.Ada aje yang buka cerita!.Bukan nak kata orang! nenek pun macam tu.Macam best and smooth aje...borak itu borak ini seluruh dunia sudah kasi pusing aleh aleh tercerita buruk orang! tak perasan.tu yang malas nak join lebih lebih.
Kalau masa khuruj tu, boleh pula duduk ramai ramai tapi tak ngumpat!
Riuh pun riuh gak sampai kejap kejap Amirah bagi isyarat suruh slow down! tukar tukar doa! tukar tukar tips menghafal surah.tukar resepi.Belajar itu belajar ini.Cerita nusrah Allah kat sini nusrah Allah kat sana!
Boleh pun tak mengumpat! ...eh...tak! tak! sebenarnya kitaorang banyak zikir,baca Quran,bangun malam fikir umat....macam biasa biasa orang khuruj buat tu!...ish...ter..
Tok Janggut pesan kalau nenek keluar rumah "ko jangan pula jadi tekong mengumpat! kalau ada orang ada tanda tanda positif nak mengumpat ko cakap "Jadam itu pahitkan!" cakap banyak kali sampai dia berhenti"

Jaga mulut dan lidah ni,Kita kena tau apa yang masuk dalam mulut kita dan terus ke perut dan akhirnya menjadi darah daging.Kita kena selective sikitlah.Jangan main belasah aje.Nenek bukan cakap pasal zat zat yang ada dalam makanan atau makanan seimbang bagai.nenek tak kesah tu semua.Kita kena pilih makanan yang tiada keraguan padanya.senang cerita makanan halal dari punca dan jenis yang halal.
Yang lidah pula kita jaga jangan tergelincir,jangan jadi kanibal makan daging sedara sendiri! dah tu ingat 'jadam itu pahit'.Lidah kena banyak cakap kebesaran Allah.Cakap lagi dan lagi supaya masuk dalam hati kita.Hati kita perlu dididik!

Dan kita kena jaga hati kita diluar dan didalam solat.Hati kita kata "Allah berkuasa mahluk tak ada kuasa! Allah Raja Semesta Alam.Tuan empunya dunia dan segala isinya.Kita hanya insan kerdil yang nak kelip mata pun perlukan izin dari Nya.Maka beranikah kita angkat muka dikala menghadapnya?.Bahkan dimasa lainnya?."

Masuk pula bab wudhuk.Bab wudhuk sangat penting.Kita kena tahu macammana Rasullullah Solat! begitu juga kita kena tahu macammana Rasullullah berwudhuk.Cara wudhuk mempengaruhi solat kita.Kita kena belajar macammana Rasullullah wudhuk dan macammana Rasullullah solat.

Nenek ingat lagi satu ustadz bagitahu peringatan dari Nabi junjungan kita:-

Jangan sujud seperti Anjing
Meletakkan ke tanah kedua dua tangan.

Jangan solat seperti gagak memakan bangkai.
Ia bermaksud pergerakan solat yang terlampau laju.

Jangan solat sepertimana serigala memandang kepada musuh.
Macammana serigala memandang musuh? Serigala pandang musuh dengan tidak menoleh!Badan tidak bergerak! hanya matanya sahaja yang bergerak dan melerek.

Jangan turun sujud seperti unta duduk.

Siapakah yang Rasullullah sifatkan sebagi pencuri yang paling jahat!
Dia adalah orang yang tidak menyempurnakan rukuknya.

Begitulah peringatan dari Rasullullah.

Peringatan dari nenek untuk anak cucu lelaki:-
Jangan lupa tengok kaki sebelum takbir! pastikan buku lali tak tertutup!
Jangan lupa doa sebelum bagi salam.Belajarlah doa yang Nabi kita tak lupa baca setiap kali solat tapi sebelum salam.

wallahualam

Monday, April 12, 2010

Untuk diri ini dan yang sewaktu dengan nya

1 hati 1 fikir 1 kerja 1 usaha 1 agama

Bismillah pembuka bicara
Asalamualaikum pada semua
Moga kehidupan dalam agama
Dan Allah redha pada kita

Masa muda lupa diri
Himpun harta macam tak mati
Usul agama diketepi
walhal semua tak bererti

Masa muda cepat melatah
kalau yang ziarah pakai kopiah
Belum lagi dengar ceramah
Terus laju naik darah

Yang datang untuk mengingat
Dunia bukan tempat berehat
Mereka ajak beribadat
Moga hidup beroleh berkat

Walau dah tua,belum terlambat
lebihkan ibadat sebelum terlewat
Jangan lupa haji dan zakat
Duit dah banyak apalagi nak buat

Ada amalan yang lebih gah
Belanjalah Tuan di jalan Allah
Ganjaran berganda melimpah ruah
Janji Allah, pasti! insyaallah

Andai Tuan sudah terlantar
Fikirlah dan renunglah sebentar
Kemana kita nak dihantar
cukup ke bekalan nak dikandar

Masa yang ada sudah sesah
Kata orang jangan dikesah
Jual harta kita pada Allah
Jangan dilupa sedekah jariah

Di Akhirat tak siapa boleh tolong
Biar kita meraung terlolong
kalau buku amalan kita kosong
Siksaan akhirat kita yang tanggung

Persinggahan pertama ialah kubur
Kalau layanan dikubur lebur
Harapan nipis dan syurga kabur
Di neraka panas diri tersungkur

Kalau Tuan mengaku umatnya
Tentu Tuan ikut amalannya
Takut Nabi tertanya tanya
Kalau umat aku mana janggutnya?

Dengar Tuan nenek berperi
Rahsia untuk memikat isteri
Janggut jangan dipotong lagi
Hati isteri menyanyi nyanyi

Amboi! Panjangnya entry ini
Tapi banyak nak tulis lagi
Untuk peringatan diri sendiri
Sebelum diri diusung pergi

wassalamualaikum

Friday, April 2, 2010

Dah Ganti Puasa?

1 hati 1 fikir 1 risau 1 usaha 1 jemaah 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu nenek semua.Terutamanya kaum hawa.
Semoga Allah redha dengan kehidupan kita.

Entry kali ini adalah untuk anak cucu masthurat tersayang.

Dah masuk bulan April ni!Puasa dah ganti?. Kalau ganti sikit sikit tak lah perit sangat.Lebih lebih lagi pada anak anak yang baru baru berhutang.Nenek faham sangat. Kalau selang selang tak lah terasa sangat! betul tak cakap nenek.

Ingat betul betul! kira betul betul!
Apa??? Lupa berapa???
Lain kali catit???
tak pa! tak pa! kan masih belajar!
Kebiasaannya cuti berapa?
Gantilah banyak tu!tapi biasanya nenek akan lebihkan 2 hari.

Tapi untuk anak anak dan cucu cucu yang dah biasa puasa sunat tu,tak ada masalah la!

Disini nenek mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat berpuasa Ganti" Semoga Allah redha pada kita!.

Sekian Terima Kasih

Wassalam

Friday, March 19, 2010

1 fikir

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 umat 1 agama

Dengan lafadz Bismillahirrohmanirrohim

Asalamualaikum anakcucu semua semoga Allah redha dengan kehidupan kita

Nenek terpanggil untuk menulis sesuatu yang nenek takut akan lupa.

Kata kata Maulana Elyas daripada Meiji Mehrab.
Pada tahun 1983,Orang kanan Maulana Elyas iaitu Meiji Mehrab mengkhabarkan pesan Maulana Elyas.Antara nya ialah

1- Umat ini akan hanya dapat disatukan dengan perantaraan kerja Nabi s.a.w. [dakwah].Umat akan berpecah apabila manusia ambil diluar daripada kerja ini.Sejarah telah membuktikan,apabila dakwah ditinggalkan,Umat akan berpecah dan bantuan Allah secara istima'i tidak akan datang pada Umat ini.

2- Kita tidak akan faham AlQuran,sehinggalah kita melihat seluruh kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.a. adalah manusia pertama yang mengamalkannya.Kehidupan mereka inilah yang dipanggil AlQuran.Kehidupan mereka tidak pernah bertentangan dengan AlQuran.Sehinggakan badwi dipadang pasir yang tidak pernah pegang pen dan kertas dapat mengamalkannya dan mereka dapat bersatu dalam perkara iman dan sunnah.

3- Saya[Maulana Elyas] memahami kerja Rasulullah s.a.w.hanya satu peratus sahaja, dan dapat menyampaikan kepada kamu satu peratus daripada jumlah tersebut.[1/10,000%]

4- Kami[orang Mewat]Ketika kami tengah masak dibawah satu pokok,Maulana Elyas memberitahu kami "Wahai orang Mewat!Satu hari nanti kamu akan naik kapal terbang untuk pergi ke satu dunia untuk maksud kerja Nabi s.a.w.!" Kami berkata kepada Maulana Elyas "Maulana Sab! Untuk makan dhal pun kami tak cukup!"

Itulah antara perkataan Maulana Elyas.

Selepas Hajjaj bin Yusuf menghantar Jemaah,Muhammad bin Kasim sebagai Ameer ke Benua India sehinggalah hari ini,tidak ada lagi jemaah dibentuk menyerupai zaman Baginda Rasulullah s.a.w. sehinggalah Hadrat Maulana Elyas yang hanya mampu mirip satu peratus daripada kerja asal Rasulullah s.a.w. telah datang pada Umat pada zaman yang akhir ini.

Semoga kita menyibukkan diri dalam kerja dakwah dan banyak banyak doa,Insyaallah,dengan hidayat Allah,sedikit kefahaman Allah campakkan dalam diri kita.Amin

Yang baik itu datangnya dari Allah semata mata dan yang buruk dan silap itu adalah atas kesilapan dan kejahilan nenek sendiri.

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah.

wassalam

Tuesday, March 16, 2010

Mudahnya!!!

1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 Agama
Dengan lafaz 'Bismillahirrohmanirrohim'

Asalamualaikum kepada semua anak cucu semoga kehidupan kita mendapat keredhaan Allah

Hari ini nenek terpikir sesuatu dan teringin nak kongsi

Adakah anak cucu perasan [lebih lebih lagi nenek].....

Kita nampak 1 rumah mewah yang besar dan cantik
Hati kita berkira kira, Ini RM100ribu tak dapat ni.ni kurang kurang mau 1/2juta ni.
Tuan rumah tak bukak cerita lagi berapa dia beli, hati kita dah nampak kebesaran rumah tu.Begitu mudah kebesaran mahluk masuk dalam hati kita.

Kenapa ye?

Kita tengok matahari,begitu hebat! nak tentang mata dengan matahari pun kita tak sanggup padahal juta juta kali bumi jarak jauhnya, dengan saiz dan kepanasan yang kita dah habis belajar kat sekolah dulu, semua kita tahu dan kita tahu juga siapa Penciptanya tapi sukarnya nak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita. "Ah matahari! besok pun ia terbit lagi! hari hari macam tu!. Tenggelam timbul tenggelam timbul!

Tengok macam tu pun kebesaran Allah tak masuk dalam hati!

Nak kena masukkan kebesaran Allah dalam hati kita jugak jugak!

Macammana?

Kena cakap kebesaran Allah lagi dan lagi dan lagi,Kena dakwahkan kebesaran Allah lagi dan lagi dan lagi kenapa? supaya kebesaran Allah masuk dalam hati kita!

Bukan main senang kebesaran mahluk masuk dalam hati kita. Tengok bangalow, terkesan! tengok mercedes,terkesan! tengok skim cepat kaya, terkesan!

Tapi bukan main susah nak masukkan kebesaran Allah dalam hati kita!.
Tengok laut,tak terkesan tapi bila datang tsunami baru ternganga!.
Nampak langit dengan awan yang memukau dan hujan yang berbagai rentak tak terkesan! "Ala fenomena Alam! biasalah tu".
Tengok anak baru lahir pun tak terkesan!

Kenapa susah sangat kebesaran Allah masuk dalam diri kita?

Kenapa mudah sangat kebesaran mahluk masuk dalam diri kita?

Mungkin sebab keyakinan kita tidak 100% pada Allah dan Rasulullah.
Maklumlah umat akhir zaman.Kelemahan diri sendiri punca terlalu banyak perkara memerlukan asbab.


Berlawanan dengan Para Sahabat yang yakin 100% dengan janji Allah azza wajalla dan Sabdaan Rasulullah sallallahu alaihiwasallam.

Ali r.an. walaupun masih muda belia,semasa mengantikan Nabi yang sedang dikepong oleh puak quraish, tidak gentar langsung kerana yakin dengan sabdaan Nabi pada beliau

"Tidurlah engkau ditempat tidur ku,dan selimutlah dengan selimut ku.Tidak ada apa apa yang akan menyentuh engkau"

Beliau yakin dengan janji Rasul Allah!.

Juga Para sahabat r.ha.yang tidak sabar untuk syahid kerana mereka yakin dengan janji Allah untuk mereka di Alam yang kekal dan tiada berpenghujung.
Para sahabat tidak terkesan langsung dengan dunia walaupun dunia ditangan mereka!.
Kalau tak pasal kena taat Ameer.mereka menolak untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan.
Bandingkan dengan kita!

Dan sebagai umat akhir zaman yang telah dimasukkan dunia dalam diri kita sejak kecil lagi, kena lah dakwah lagi dan lagi dan lagi untuk mengeluarkan kebesaran mahluk dari hati kita dan memasukkan kebesaran Allah sahaja dalam hati kita.

Emmm...nampak dah berkerak! tak pa...tak pa...kita usaha lagi dan lagi insyaallah..
Azam cakap kebesaran Allah dalam setiap keadaan. Insyaallah

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah

wassalam

Friday, March 12, 2010

Kenapa tak ikut mengaji?

1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 Agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Asalamualaikum kepada Orang kampong dan anak cucu nenek semua.Semoga Allah redha dengan kehidupan kita.

Kenapa nenek tak ikut mengaji sekarang? Ini pertanyaan orang kampong kepada nenek.

Sebagai seorang yang prihatin akan keprihatinan kawan kawan sekampong nenek nak jawab soalan you all kat sini.kat blog nenek ni!.

Ok. Kepada Mak Nab yang sayang kat nenek,kepada Ustazah Mahani yang prihatin,Kepada Puan Normah,Puan Mariah dan semua yang curious kenapa nenek tak ikut mengaji dah, ni nenek nak bagi tunjuk sebab 'kenapa nenek tak ikut mengaji dah'

Lepas ni jangan tanya tanya lagi tau!

Harap harap kat rumah you all ada internet la ye. tak pun pergi la cc baru RM2, 1 jam. Bolehlah baca alasan alasan nenek.

1] Nenek tak ikut mengaji dah, sebab bila waktu Asar korang suruh tok janggut solat kat bawah imamkan korang. Apa barang orang lelaki imamkan orang perempuan!.ok mungkin Pak Anuar ada kot!. Last last waktu ada pengajian tok janggut lari masjid kampong sebelah. Nenek taknak jadi asbab surau kita tak hidup.

2] Nenek suka mengaji bab Tafsir AlQuran tu..Ustazah Sri Banun tu kan dah pencen!. tu yang nenek dah tak nak ikut ngaji dah..lagi pun yang ganti tu diaorang kata Ustaz lelaki.Nenek lemah sikit kalau ustaz yang ngajar bukan apa tok janggut tu kuat jelous!

3] Nenek tak ikut mengaji dah pasal tiap kali nak gi ngaji nak kena bawa makanan. Nenek lemah sikit bab ini sebab nenek tak suka masak.

4]Emmmm Sebenarnya alasan diatas itu adalah alasan semata mata. tapi pukul 2.30 petang itu adalah sangat sedap untuk tidoooor.

Itulah alasan yang sebenar benarnya!

Motif bagi alasan kat blog? Tentulah supaya you all tak baca!
Kalau bagi alasan face to face! tak sempat lari dah kena sekeh kepala!

Sekian sahaja

Terima kasih dan Wassalam

Wednesday, March 3, 2010

Gurindam buat anak teruna

1 fikir 1 usaha 1 amal 1 kerja 1 jemaah 1 agama

Bismillah pembuka bicara
Asalamualaikum pada semua
Moga Allah redha pada kita
Bahagia hidup sini dan sana

Rancang hidup biar berpada
Mulia manusia kerana Agama
Hidup bahagia pilihan semua
Tapi mesti taat Ibu dan Bapa.

Kalau hendak mencari isteri
Biar pun cantik,indah berseri
Namun kena berkenan ibu sendiri
Insyaallah tidak merana diri.

Sudah termaktub janji Ilahi
Ibu sangat penting sekali
Kalau Ibu Tuan, tidak sudi
Maka Tuan juga harus hindari.

Jalan yang mudah senang sekali
Biarlah Ibu carikan isteri
Mata orang tua biasa teliti
Janganlah ragu ataupun sangsi.

Tahukah Tuan satu kaedah
Tidak ada couple sebelum nikah
Bagitau Tijah atau pun Bedah
Dah nikah nanti,baru halal lah

Andai Tuan bercinta sakan
Malangnya Ibu tidak berkenan
Andai Ibu suruh ceraikan
Sebagai anak,kena laksanakan

Kalau Tuan berhati budiman
Kasihanilah gadis perawan
Pastikan Ibu juga berkenan
Barulah forwardkan peminangan.

Andai Tuan belum pasti
Apakah Ibu telah sudi
Jangan cuba mandai sendiri
Kelak gadis yang makan hati.

Begitulah tinggi darjat Ibu
Anak cucu perlu tahu
Ibu kena taat pada Bapa mu
Tapi anak pula pada Ibu

Allah itu maha Adil
Jangan anak suka degil
Kalau Ibu hatinya kecil
Hidup bahagia tak berhasil.

Usaha atas Iman kerja mulia
Moga Allah bagi faham Ibu dan Bapa
Kalau Ibu tak berapa suka
Doa, moga hati mereka Allah buka

Lebihkan Ikram pada Ibu Bapa
Jangan bagi nampak buruk kita
Apa kehendak cepat disedia
Nampakkan ciri anak taat setia.

Kerja Agama jangan ditinggal
Walaupun Ibu buat hal
Memang payah,jangan kesal
Ibu berleter,telinga bagi kebal.

Kerak nasi kena air lembut jua
Inikan pula hati manusia
Duhai anak cucu muda belia
Sabarlah dengan kerenah orang tua.

Moga Allah pandang usaha Tuan
Hidup bahagia moga berkekalan
Yang penting, isteri kena beriman
Tanya Ibu kalau dah berkenan

Sekian sahaja dari nenek
Kiranya ada ambil yang molek
Jangan hidup tergolek terbalik
Hidup elok elok,baik baik.

wassalam

Wednesday, February 24, 2010

Sihir itu permainan iblis

1 hati 1 fikir usaha 1 kerja 1 agama.

Asalamualaikum anak cucu semua! Semoga kehidupan kita dalam keredhaan Allah.

Hari ini nenek nak cerita sikit tentang tipu daya iblis yang nenek baru tahu kerana baru belajar, Tu la... muda muda dulu sibuk belajar cara cara nak kutip sampah sarap. Bila umur dah ujung ujung ni baru terkial kial belajar ilmu dan bercucuk tanam bagai.Cari cari bekal nak bawa balik kampong.

Tapi mula mula nak bagi warning dulu;

Takutilah Azab Allah sebelum mengatur langkah.Jangan kerana urusan sampah sarab hidup kita merana selamanya!

Dalam Al Quran ada 1 potong Ayat. Maksud terjemahan ayat Al Quran itu ialah " Aku akan paksa manusia naik gunung Sa ud."

Dalam menghuraikan maksud Ayat tersebut, Rasulullah s.a.w. memberitahu para sahabat r.ha. bahawa di Neraka ada sebuah bukit yang bernama 'Jabalun min Nar".
Ia adalah sebuah bukit yang dibuat daripada Api Neraka.

Bukit Api!!!

Akan dipaksa orang orang yang berdosa untuk naik keatas bukit api itu!.

Belum naik lagi! Baru letak aje tangan kat bukit tu, hancur kedua dua belah tangan! Bila diangkat tangan dia, jadi elok balik!.Begitu lah seterusnya berulang ulang.Tapi kena naik juga!. Bila letak tapak kaki,hancur tapak kakinya!.Bila angkat kaki,elok balik! bila letak kaki hancur lagi!. Begitulah azabnya!.

Dia dipaksa naik bukit itu selama 70 tahun!!! Kiraan akhirat pulak tu!!! sehari diakirat bersamaan 1000 tahun di dunia!. Bayangkanlah berapa lama!

Dah sampai atas dengan azab! kena turun berguling pun selama 70 tahun!.

Begitulah Amaran Nabi kita.

Manusia yang memilih untuk percaya keterangan hadith nabi ini dia selamat! insyaallah.

Asal usul sihir adalah pada zaman Nabi Sulaiman alaihisalam.

Diceritakan dalam Al Quran dan telah di terjemah dan di huraikan dalam kitab Ibnu Kthir lebih kurang begini-

Nabi sulaiman telah meninggalkan kerajaan baginda atas suatu urusan selama 40hari. Semasa peninggalan baginda syaitan telah ambil kitab pegangan Nabi Sulaiman alaihi salam dan dalam setiap 2 baris catatan dalam kitab itu, syaitan yang dilaknat Allah telah menambah ayat nya sendiri.Semua yang di tambah itu adalah jampi mentera sihir!.
kitab itu kemudian ditanam dibawah singgahsana Nabi Sulaiman Alaihi salam.

Bila Nabi Sulaiman alaihi salam wafat,Iblis telah sebarkan 1 berita bohong mengatakan bahawa Nabi Sulaiman dapat menguasai semua mahluk di muka bumi ini adalah dengan bantuan sihir.

Nabi Sulaiman Alaihi salam boleh menguasai semua mahluk dimuka bumi termasuk jin dan angin!. Bgitulah Allah bagi kehebatan pada nabi Sulaiman.

Untuk bukti iblis suruh pengikut pengikut nabi Sulaiman selongkar dan korek bawah tahta baginda nabi. Tentu lah jumpa pasal kan iblis dah tanam!!!

Lepas tu iblis kata 'Bukan Nabi saje! kamu pun kalau beramal dengan sihir ini pun boleh jadi macam Sulaiman!

Golongan yang mula mula terpengaruh dengan ajakan syaitan ini ialah golongan yahudi.

Allah turunkan 2 malaikat bernama Harut dan Marut untuk mengajar sihir,sebagai ujian kepada manusia.sebelum mengajar kepada yang hendak belajar mereka nasihatkan dulu supaya tidak belajar dan diberitahu amaran Allah dan tujuan mereka dihantar tapi kalau nak belajar juga mereka akan ajarkan.Kalau belajar maka binasaa! Yahudi belajar sihir dari Harut dan Marut. Rasulullah s.a.w. pun kena sihir! Yahudi sihir!
Dan sekarang ini sihir dah merata dan melata!

Ingat janji Allah! Semua masalah kena mengadu pada Allah.Tidak akan berlaku sesuatu tanpa kehendaknya!

Ingat pesanan junjungan besar kita!
Sabda Rasulullah s.a.w. lebih kurang begini-

"Barang siapa yang membaca Ayat Kursi sebelah pagi dia terpelihara sehingga menjelang malam. Barang siapa yang baca pada sebelah malam dia terpelihara sampai menjelang pagi."
Sahabat bertanya -"terpelihara daripada apa?" dan Rasulullah s.a.w. jawab "terpelihara daripada niat jahat manusia dan juga gangguan syaitan iblis dan ilmu sihir". Pegang petua nabi.Petua nabi adalah petunjuk dari Allah subhanahuwataala.Allah pelihara kita Insyaallah.
Jangan toleh toleh lagi.

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah

wassalam

.

Friday, February 19, 2010

Permainan Iblis 2

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 jemaah 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu semua, moga Allah redha dengan kehidupan kita.

Hari ini nenek nak cerita sikit tentang permainan iblis ini dalam 1 majlis perkahwinan anak saudara nenek.[Anak karkun kahwin dengan karkun]

Kejadian adalah di Pendang Kedah. Kami dari Selangor karkun dan karkunah seramai 12 orang termasuk anak karkun yang dah pandai makan petai.

Dipendekkan cerita setelah menghampiri kampung pehak menantu kenderaan kami disuruh berhenti kerana ada pengumuman.Kami diberitahu bahawa ada kejadian pelik berlaku di rumah pehak menantu.

Ibu pengantin menangis kesayuan tanpa sebab.Adik perempuan pengantin menjerit jerit. Adik lelaki pengantin yang sedang masak ketika itu tiba tiba merangkak dan mengaum macam rimau.Alhamdulillah,banyak juga dia sempat masak sebelum diambil alih oleh second chef.dan dua lagi adik lelaki pengantin telah berebutkan kueh. kelakuan macam monyet.

Setelah diberitahu perkara itu dan Allah bagi faham, Maka karkun dan karkunnah yang lebih ehem ehem kerana tak pernah tergajah tahajjut apatah lagi tertinggal. telah kami lantik dan dan tu jugak untuk melancarkan plot serangan.

Tapi agak kecewa juga sebab Boss kata "jangan serang! kita buat tak tahu aje!"

"Tapi tauhid kita perlu diperkukuhkan. Tak ada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah jua".
Selepas dizihin untuk peningkatan iman, Mulut tak henti baca 4 Qul dan dalam hati tak berhenti Zikir. Kami meneruskan perjalanan dan sampailah dengan kehendak Allah. Kami berjalan menuju rumah pehak lelaki dengan berpura pura selamba padahal dup dap dup dap.

Kat dalam rumah itu terdengarlah tangisan isteri tuan rumah yang begitu sayu dan kedengaran juga jeritan anak tuan rumah. Kami duduk dengan sopan setelah
dipersila oleh tuan rumah diiringi dengan permohonan maaf.
Kedengaran suara seorang ustaz. tau tu sebab ustaz tu tanya macam ni "Ustaz tanya ni! sape hantar kau????.Baik ko mengaku!! kalau tak nahas kau!!!" Maka berlaku lah soal jawab yang hasilnya menaikkan darah nenek!!!

Soalan Ustaz itu menimbulkan kecurigaan orang sekampong sesama mereka kerana jawapan suara dari badan anak tuan rumah itu mengatakan yang dia adalah dihantar oleh jiran dekat yang tak puas hati bla bla bla bla dan dia ada disitu dan masak masak sekali!

Dan dan itu juga dia belot dengan boss dia dan cerita semua dari A sampai Z. Itu iblis tak mengenang budi namanya. gertak sikit semua keluar tak loyal langsung! eh...melalut pula!.

Yang nenek nak cakap ni ialah itu dah terang terang kerja iblis dan ustaz itu pun hoh!! nenek tak kan jemput dia pun!!!.

Malam tu laki bini baca manzil! panggil budak budak madrasah, ngaji! dan buat amalan harian ikut sunnah. Insyaallah aman. dan bila berulang buat lagi.

Nenek nampak,mahluk Allah yang kita tak nampak ni akan takut pada kita bila kita takut dengan Allah! dan kita redha dengan ketentuan Allah!.tapi kalau kita tak takut dengan Allah,kita bagi ruang untuk dia berani dengan kita. Ustaz tu kata[nenek tak terkesan langsung dengan cakap dia]"Orang ni pun nak kenakan pehak belah Selangor juga"[motif? untuk memalukan tuan rumah!] tapi orang Selangor kuat! tak lut!

Itu ustaz cakap aa! bukan nenek cakap!

Dan sekarang ini ditakdirkan Isteri tuan rumah kena barah buah dada dan ada kuncu kuncu iblis ini membisikkan bahawa " dia orang ini boleh letak penyakit kat orang suka suka hati dia!!"

Ek..eleh!! Rasa nak cili aje mulut kuncu iblis tu!

Dah lah sampai di sini saje sebab nenek dah start emosi dah ni grrrrr

Wednesday, February 17, 2010

Permainan Iblis

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum Anak cucu semua semoga kehidupan kita diredhai Allah.

Kawan tok janggut datang pagi ini.Nenek tak tengok dia pun... mana boleh! laki orang!. Tok janggut masuk rumah dan "kita orang nak pergi therapy"
nenek pun jawab "bye"

Sebelum zohor tok janggut balik.

Kata tok janggut "rupanya Lan ni sakit lain la. Rupanya yang selama ni dia kat tempat kita ni, dia lari dari rumah!!

Nenek pun "Haaaa. Alhamdulillah tak ada nyamuk atau lalat berlegar legar masa tu. bukan apa you! my jaw dropped bukan main lama lagi!.

En.Melan [tentu la nama samaran] adalah kawan sekolah tok janggut. So umur dia orang sekarang ini dalam 50+ gitu.

Tahun lepas En.Melan kat daerah Selangor selama lebih kurang 5 bulan.Dia tinggal di Kelantan. tapi pasal dia kata dia uruskan projek kat sini so kira macam normal la orang transit transit ni kan!. tapi rupanya ada cerita lain.

Hari ini baru tahu cerita sebenar. Agaknya dah tak tahan dipaksa paksa buat therapy. ceritalah...

Rupanya En.Melan dan isteri tak boleh duduk sebumbung!. kalau En.Melan tak lari rumah,Isteri dia pulak yang lari!.

En.Melan kata "Biar la aku yang lari, kalau orang rumah aku lari tunggang langgang rumah aku! pasal aku ada anak sekolah lagi!.

eh...macam kelakar pulak! tapi sebenarnya ini adalah kisah sedih dan sangat serious!!!

En.Melan rasa rumah panas kalau isterinya kat rumah!. Isteri En.Melan kata rumah panas kalau suaminya ada di rumah!. Hasilnya En.Melan kata isterinya ada saka dan isteri En.Melan kata suaminya ada saka!.

Tengok macam mana iblis buat kerja! Tipu daya Mantoppp!!!!

Tok janggut syor pergi darul syifa aje la. tapi sebelum tu jumpa dulu orang tua kat kampong nenek ni yang boleh tengok benda benda macam gini.

Kata En.Melan aku yakin tak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah jua. Aku ikhtiar untuk selamatkan rumah tangga aku. Aku berikhtiar. Aku serahkan semua kepada kada dan kadar Allah.

Nenek tak tau nak cakap apa...
Nenek turut doa aje la

nak share itu aje

wassalam

Wednesday, February 10, 2010

Zaman Yang Terbaik

1 fikir 1 hati 1 usaha 1 kerja 1 umat 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu nenek, semoga kita semua berada didalam keredhaan Allah subha nahu wataala.

Nenek ada satu teka teki!!

Indah sungguh ciptaan Ilahi
Taman Jannah taman indah syurgawi
Sudah tentu anak cucu bijak bistari
Zaman apakah zaman yang terbaik sekali

Jawabannya...jeng..jeng..jeng...

Zaman yang banyak Unta dan taik Unta itu!! Ye! Zaman yang banyak kuda dan taik kuda itu. Zaman yang banyak kambing dan taik kambing itu. Zaman dimana Ilmuan Agung, Hafiz dan hafizah juga para syuhadak lahir dari pondok pondok kecil beratapkan kulit dan daun kurma.Zaman dimana dakwah adalah maksud hidup.Zaman orang kurang makan dan kurang tidor.Zaman tu la [Jawaban diatas itu adalah jawaban tok janggut kepada teka teki nenek itu. Sungguh kurang sopan tok janggut! tengok belah situ pula!]Tapi memang tepat sekali jawaban tok janggut.

Zaman Rasullullah s.a.w dan Para Sahabat radhiallahuan adalah Zaman yang terbaik.
Mereka adalah generasi yang telah dipuji oleh Robbul Alamin.

Sepanjang kewujudan manusia dari dulu sehingga kini belum pernah ada satu generasi pun yang sama saperti generasi sahabat sahabat Rasullullah s.a.w.

Sahabat sahabat adalah yang terbaik dari seluruh sahabat sahabat para Nabi dan Rasul.
Macam yang kita tahu semua Nabi dan Rasul ada sahabat sahabat mereka yang menjadi pembela Agama dan dakwah mereka.Dan sahabat sahabat Rasullullah s.a.w. adalah yang terbaik diantara mereka.

Ungkapan Abdullah bin masood radhiallahuanhu dibawah ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain lain dan telah disahkan oleh sebahagian Ulamak Ahli Hadith.
Insyaallah begini bunyi terjemahannya dan yang silap tentunya atas kelemahan nenek sendiri .

Berkata Abdullah bin Masood r.a.- "Sesungguhnya Allah melihat pada hati hati hambanya iaitu manusia, dan Allah dapati hati Muhammad s.a.w. adalah sebaik baik hati seorang hamba. Lalu Allah memilihnya untuk dirinya dan baginda diangkat menjadi Rasulnya iaitu utusan Allah untuk membawa risalahnya untuk seluruh umat manusia.

Kemudian Allah melihat ke hati hati hamba Allah iaitu manusia sesudah melihat hati Muhammad s.a.w.dan Allah dapati hati hati para sahabat radhiallahuan adalah sebaik baik hati manusia. Maka Allah jadikan mereka sebagai pembantu pembantu Nabinya yang sentiasa membela dan mendampingi Nabinya. Mereka berperang demi membela Agama Allah. untuk membela Agama Allah.

Mereka adalah orang orang yang memahami kebenaran.Mereka adalah orang orang yang diberi ilmu. Mereka adalah orang orang yang paling faham terhadap kebenaran risalah utusan Allah.Mereka paling faham AlQuran secara terperinci. Mereka orang yang paling faham dan tahu tentang Rasulullah s.a.w.Mereka paling tahu hadith hadith baginda. Mereka paling tahu tentang sunnah Rasulullah s.a.w.

Perjalanan hidup mereka adalah berilmu beramal dan dakwahkan.Mereka adalah orang orang yang berada dijalan yang lurus. Semoga kita terpilih mengikuti jejak langkah mereka.

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah

Asalamualaikum

Friday, January 29, 2010

melihat kebesaran Allah ditepi pantai dan laut

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 agama.

Asalamualaikum kepada semua anak cucu semoga kita semua berada didalam keredhaan Allah.

Hari ini lepas program subuh Along balik rumah kejap atas urusan diri sendiri[faham sendiri aje la].lepas tu pergi masjid balik. Hajat hatinya nak ajak jemaah buat khususi.

Sampai masjid, tengok tengok! kosong dan senyap sahaja!.Masjid kosong!!
Masjid kosong dengan Amir sabnya sekali ghaib!
Along pun balik rumah penuh tanda tanya.

Tengah kitaorang berfikir fikir kemana dia orang pergi..........
satu SMS masuk - "Abang!Abang tak join jemaah ke! Dia orang semua mandi laut!!!"

Tak kan dengan Amir sab sekali!!!

Almaklum jemaah student...

Mandi laut dengan berjemaah!!!hu hu hu

Malam ini nak tangkap ikan dengan berjemaah tak??? he he he

Jangan marah...gurau aje...

Wednesday, January 27, 2010

mujahadah seorang anak

1fikir 1hati 1usaha 1kerja 1maksud 1umat 1ugama

Asalamualaikum kepada anak cucu, semoga kita semua berada dalam redha Allah subhanahuwataala.

Beruntunglah kalau Allah pilih. Tapi tak semua orang suka dipilih.Begitulah kalau kita tidak faham. Bukan manusia boleh bagi faham.Allah jua lah sandaran kita.Kita usaha dan doa selebihnya, kerja Allah subhanahuwataala semata mata.

Sedang nenek perati 1 budak tingkatan 5 buat kerja setelah balik 40 hari cuti hujung tahun lepas, nenek teringat 1 student yang tak berani balik rumah selepas keluar 40 hari bersama tok janggut. Student ni budak metrik. Mak dia bagi kata 2,Kalau ikut tabligh,Jgn balik rumah. Kira dia telah dihalau oleh ibunya.

Tiap tiap hari selepas habis program dia akan menyendiri.

Tok Janggut perhatikan dan Allah bagi nampak yang dia ada masalah besar.Mata orang tua menjadi asbab.

Setelah lama mengendeng ngendeng,Anak muda itu pun cerita apa yang berlaku.
Kata anak muda itu "tak tahu nak balik mana lepas ni"

Tok janggut nasihatkan dia untuk balik ke rumah juga selepas khuruj dan minta ampun dan minta maaf dan seterusnya menjadi anak yang sangat taat kepada orang tua. Jangan melawan langsung semasa ibubapa melepaskan geram.Dengar dan taat. Azam untuk memenangi hati orang tua dan doa moga Allah bukakan hati mereka dan Allah bagi faham kepentingan kerja usaha atas iman ini.

Tok Janggut teringat kisah silam yang lebih kurang begitu juga tapi cuma berlainan jantina. Ibu tok janggut sangat suka Agama.

Dan tok janggut bagi lah tips tips yang telah diturunkan oleh karkun karkun burzuk untuk memikat keluarga terutamanya ibubapa.

Alhamdullillah! walaupun pada mula mula Tok Janggut ikut buat usaha atas iman ini, keluarga dan orang kampong pelik dan siap berubat!!! tapi atas asbab amalan amalan petua dari karkun karkun lama tu.keluarga dan jiran jiran macam tak nampak apa negatifnya!.Allah bagi usaha ni kat Tok janggut masa dia kat IPT lagi, kira dalam akhir tahun 70 han gitu.

Tipsnya adalah.....

1 - Kena jadi lebih baik dari dulu. Kalau berada di rumah.

Kalau dulu nampak kain jemuran buat donno aje walau dengar guruh berdentum dan hujan dah start menitik. Kali ini jangan leka. kering aje terus angkat siap lipat kemas kemas. siap ada tukang ajar lipat kain dan baju.[baru tahu, rupanya orang lelaki kalau buat kerja perempuan lagi baik!,ingat bab masak aje!]

Rumah jangan biar bersepah! kalau tinggal sorang di rumah, gunakan kesempatan ini untuk buktikan yang diri telah berubah dan menjadi lebih baik!.Buatlah apa yang patut, ada pinggan kotor, basuh! Sapu laman! siram pokok! buang sampah! tebas rumput! dan lain lain!
Senang cerita, kerja kerja yang dulunya ibu mu sampai sakit tekak suruh dan diiringi dengan maki hamun baru nak buat, sekarang ini telah pun beres tanpa disuruh!.

2 - Tinggalkan perbuatan yang ibubapa mu tidak suka.Tinggalkan main game atau baca komek misalnya!.

3 - Banyakkan buat perkara perkara yang ibubapa suka. Perhatikan riak muka ibubapa dan dengar bicara mereka untuk mengetahui creteria dan ciri ciri yang mereka ketagorikan untuk mendapat anugerah "kalau anak macam ini memang sejuk perut ibu mengandung" tak faham? Abaikan! sebab nenek pun tak faham!.

Yang penting, bagi orang tua suka kita dan jangan bagi ruang untuk mereka tak suka kita.[bab tak suka tabligh tu lain hal]

4 - Pelajaran Akademik jangan sampai terabai! kena dapat 4 flet sesaje dan anugerah dekan setiap tahun! ataupun kalau masih sekolah tu kena dapat nombor 1 sesaje dan bolotlah segala jenis anugerah untuk kedua orang tua mu kerana Allah!.

5 - Amalan amalan infradi yang dibuat semasa keluar tu selesaikanlah di Masjid.Solat nafil, zikir, quran dan lain lain habiskan di masjid. Balik rumah adalah ikram! ikram! ikram! dan ikram!.emm taklim dalam bilik lah dulu.

6 - Dan jangan malas masuk dapur!.tolong kopek bawang! parut kelapa! siang ikan. Basuh pinggan! kemas meja!. Kursus siang ikan pun ada karkun ajar! pasal budak ni tak pernah buat kerja dapur.Goreng ikan masin pun hangit!

Dan kesemua usaha ini mestilah diiringi dengan bangun malam dan berdoa siang dan malam.Sesungguhnya hati hati kita Allah yang pegang.Kita harap pada Allah.

Insyaallah cair...Allah punya kuasa!

Masa keluar dengan student, biasanya tok janggut kutip semua handset! simpan!. tapi pada budak tu tok janggut bagi pegang handset dan selalu ingatkan suruh call ibu dia.

Tengah buat entry ni, Tok Janggut balik dari nusroh jemaah campur.[student&orang awam].Dia cerita, ada karkun ni keluar, mak bapak tak bagi tapi dia keluar juga!.Sebelum keluar gaduh besar dulu!. Tok Janggut pun bagi tips dan syor sms emak selalu dan bagi masa untuk call dan bagi tahu rindu dan rasa sayang sangat kat emak!!.Dia kursus tak abis lagi besok tok janggut sambung kursus.

Sekian dahulu

Asalamualaikum

tips dari nenek -
kena banyak banyak sabar dan jangan menjawab!!!

Monday, January 18, 2010

Al Hadith adalah Al Sunnah

1 hati 1 fikir 1 kerja 1 usaha 1 agama

Asalamualaikum anak cucu nenek semua, Semoga Allah Subhanahu Wataala Redha dengan kehidupan kita.
Dengan izin Allah, Moga moga Allah bagi nenek yang kurang ilmu ini,boleh cakap sikit tentang kepentingan AlHadith ini. sebab Allah bagi nenek nampak sikit kepentingan Ilmu AlHadith Nabi ini.

Kedudukan Hadith Nabi sangat tinggi dalam Islam. AlQuran dan AlHadith tidak dapat dipisahkan. Dalam Hadith terdapat segala macam perintah dari Allahutaala.Hadith lah yang menjelaskan AlQuran.
Hadith adalah tafsir AlQuran Nabi tidak berkata kata segala sesuatu melainkan diwahyukan.Seluruh ajaran Islam dijelaskan dan diterperinci didalam Hadith.

Firman Allah SubhanahuWataala, yang dengan pengetahuan nenek yang sedikit ini lebih kurang maksudnya begini:
"Dan dia[Nabi Muhammad s.a.w.] tidak berbicara dengan hawa nafsunya.Melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya."
Ayat ini menjelaskan bahawa segala sesuatu yang disampaikan oleh Nabi kita baik berupa perkataan atau perbuatan atau persetujuan baginda dan segala yang disandarkan kepada baginda, iaitu Hadith atau Sunnah adalah Wahyu dari Allah.
Kalau ikut kefahaman nenek yang lemah ilmu ini, Sunnah itu datangnya dari Wahyu, Maka itu adalah perintah dan Hakikat! Moga moga Allah ampunkan kesilapan nenek sekiranya nenek silap kerana yang silap tentulah nenek.

Dan Firman Allah lagi bermaksud begini lebih kurang :
"Yang Haq [benar] datang dari Rob mu[Allah], Maka jangan sekali kali kau menjadi orang yang ragu."

Rasullullah s.a.w. pernah bersabda,dalam hadith sahih yang diantaranya dikeluarkan oleh Abu Daud rah. yang lebih kurang begini maksudnya [mengikut kefahaman nenek yang lemah ini] :
"Sesungguhnya Aku telah diberikan AlKitab[AlQuran] kepada ku dan yang saperti AlQuran[Yang turunnya bersama AlQuran]". Para Ulamak menjelaskan yang dimaksudkan itu ialah AlSunnah!

Dan diakhir sebuah hadith dari sanat yang sahih yang dikeluarkan oleh banyak Ahli Hadith,termasuk Imam Ahmad rah. dan Abu Daud rah., Rasullullah s.a.w. telah bersabda :"Tidak keluar dari ku [sambil jari tangan baginda diisyaratkan ke mulut baginda] melainkan kebenaran"

Dan ada Ayat AlQuran yang bermaksud lebih kurang begini:
"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan AlQuran dan kami pula yang memelihara dan menjaga AlQuran"

Jadi yakin lah bahawa AlQuran dan AlHadith dipelihara oleh Allah subhanahuwatala.
AlQuran dan AlHadith terpelihara sepanjang zaman.Tidak ada yang berani merubah AlQuran dan AlHadith dari kalangan Manusia mahupun Jin samaada dari segi lafadz ataupun maknanya kerana ia adalah wahyu dari Allah. Begitu juga dengan hadith kerana Hadith lah yang menafsirkan AlQuran.Yang menjelaskan AlQuran.Tanpa Hadith kita sama sekali tidak dapat mengenal Alquran.

Semoga Allah bagi kita faham kepentingan Hadith dan AlSunnah ini. Dan kita tutup dengan tasbih kifarah, insyaallah.

wassalam

Monday, January 11, 2010

Buat anak anak dara ku sayang

! fikir 1 kerja 1 hati 1 agama

Asalamualaikum


gulai belanak gulai puyu
Biar selangat,kekek dan kerisi
Aduhai anak aduhai cucu
Dengarlah nasihat nenek mu ini


Puyuh serindit itik serati
Beruk siamang monyet kera
Sungguh sedih nenek mu ini
tengok gelagat anak dara kita


Daki gunung,Jerai namanya gunung
Daki tebingnya kelam memanjang
Pakai tudung,pakai baju kurung
Tapi anehnya macam telanjang


Masak kerutup ikan terubuk
Lokan masin campur ubi keladi
Aurat ditutup biar nampak buruk
Bukan makin cantik,trendy dan seksi


Badai langgar langgar
Sampan dekat dekat
Pakai longgar longgar
Jangan ketat ketat


Buaya terdampar dalam perahu
Sayap helang masih lebar
Gejala buruk banyak berlaku
Harap anak anak ambil iktibar


Bunga berduri bunga tepian
Bunga melur indah berkembang
Jagalah diri dan kesucian
Buat suami mu yang tersayang


Lihatlah lihat bunga kiambang
kudup melata di muara
Ingatlah ingat wahai sayang
Hidup ini sementara


Kelapa beluluk buah kuini
Masak lemak sayur meranti
Apalah seronoknya dunia ini
Seronok lagi di Syurga nanti


Meredah redah ke hulu
Berenang renang ketepian
Bersusah susah dahulu
Bersenang senang kemudian



Daun ketum
Buah rambai
Assalamualaikum
bye bye

Sunday, January 3, 2010

Telah datang zamannya

1 fikir 1 hati 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum semua,
semoga kita berada dalam redha Allah

Kaum Muslimin meninggalkan Agamanya


Telah terjadi dan sedang terjadi!!
Telah terang lagi nyata,ia telah berlaku didepan mata kita!

Ingat sabda Baginda Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain lain yang maksudnya lebih kurang begini "Apabila kamu berjual beli secara sah dan kamu memegang ekor ekor lembu dan seronok dengan tanaman tanaman" [iaitu bermaksud terbuai dan hanyut dalam urusan dunia! dan tertipu dalam urusan dunia!] dan melupakan Akhirat! dan kamu melupakan jihad!, Maka Allah akan memberikan kekuasaan pada orang orang kafir untuk menguasai kamu dan keadaan kamu ketika itu hina dan Allah tidak akan mencabut kehinaan itu sehingga kamu kembali kepada Agama"

Maka kita kena kembali kepada Agama!.
Kenapa perlu kembali pada Agama? Dah murtad ke?
Bukan! bukan pasal murtad! tapi kita telah jauh tinggalkan ajaran Agama Islam!

KIta kena kembali kepada sunnah Rasullullah s.a.w. Hidup dan beribadat dengan cara yang diamal, diajar dan didakwahkan oleh Rasullullah s.a.w.

Bagaimana untuk kembali?

Kita kembali dengan belajar ilmu! kita belajar ilmu Agama yang haq. Ilmu dari Quran dan sunnah.
Kemudian kita terapkan, iaitu kita amalkan!
Dan kita dakwahkan kerana Allah!

Begitulah

Insyallah semoga kita dapat amal dan sampaikan dan kita tutup dengan tasbih kifarah insyallah

Telah datang zamannya

1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada semua anak cucu. semoga kita dalam redha Allah.

Telah berlaku dan sedang berlaku saperti yang telah disabdakan oleh baginda Rasullullah s.a.w. dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud.[ Harab anak anak rujuk supaya jelas] iaitu maknanya lebih kurang, kerana asbab nenek kurang ilmu bermaksud "Orang kafir[kuffar] menguasai kaum muslimin" kerana "orang muslimin telah cinta dunia dan takut mati"

"Orang orang kafir berkumpul, semuanya mengelilingi kaum muslimin saperti mereka mengelilingi sebuah dulang taam yang besar untuk makan bersama dengan berleluasa tanpa ada halangan. Walaupun ketika itu jumlah kaum muslimin banyak.
Seorang sahabat telah bertanya kepada baginda s.a.w. "Apakah ketika itu jumlah kami sedikit?" Rasullullah s.a.w. bersabda "Tidak! Kamu banyak saperti buih di laut!. Allah cabut kehebatan kamu dan ketakutan orang orang kafir terhadap kamu. Allah masukkan kelemahan di hati kamu kerana 'Cinta dunia dan takut mati'

Kalau ikut sejarah, sifat cinta dunia dan takut mati ini adalah sifat tradisi kaum kafir!
Sekali kali bukan tradisi kita kaum muslimin! Kerana kaum kafir tidak ada bahagian di ahkirat melainkan neraka. Sebab itu lah mereka takut mati dan cinta dunia.

Tapi sekarang sudah terbalik,Orang mukmin sangat cinta dunia dan takut mati.Orang islam banyak buat kemungkaran untuk mendapatkan harta dunia. Padahal dunia ini hanya tempat bercucuk tanam dan kerja keras dan hasilnya akan dinikmati selamanya di akhirat nanti.
Maut pasti datang! itu hakikat! dan kita akan kembali ke tempat yang kekal dan tiada penghujung. Dunia ini tempat ujian, kita tidak boleh menurut sepenuhnya hawa nafsu kita di dunia ini.Dunia ini adalah kerja! kerja! kerja!

Ingat lagikah janji Allah kepada kita umat islam yang telah di sabdakan oleh Baginda Rasullullah s.a.w. dalam hadith Qudsi dan telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang lebih kurang bermaksud begini "Aku telah sediakan bagi hamba hamba ku yang soleh, yang mata belum pernah melihatnya! telinga belum pernah mendengarnya! dan belum pernah tergerak di hati seorang manusia pun! Itulah Al Jannah! iaitu syurga!"

Dan ingatlah sabda Baginda s.a.w."Dunia ini penjara bagi seorang mukmin!"

Apakah yang kita bawa itu mencukupi?Apatah lagi dengan dakwaan dakwaan orang terhadap kita akibat perbuatan dan kelakuan kita, juga kelalaian kita terhadap manusia. Apakah masih bersisa!

Bukan tidak boleh memiliki dunia!,Para sahabat memiliki dunia! Dunia di kedua tangan nya tapi dikala badan badan mereka berada di muka bumi, Hati mereka di Akhirat!. Mereka tidak terkesan langsung dengan dunia!.

Kita kena bezakan cara hidup kita dari orang kafir kerana dunia ini syurga mereka tapi penjara buat kita!.

Insaf lah kenapa kita dengan mudah diperdaya dan dipijak suka suka!

kita kena sedar diri sikit dan jangan menuding jari!


sekian sahaja, yang buruk itu atas kelemahan nenek semata mata

wassalam