Tuesday, March 16, 2010

Mudahnya!!!

1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 Agama
Dengan lafaz 'Bismillahirrohmanirrohim'

Asalamualaikum kepada semua anak cucu semoga kehidupan kita mendapat keredhaan Allah

Hari ini nenek terpikir sesuatu dan teringin nak kongsi

Adakah anak cucu perasan [lebih lebih lagi nenek].....

Kita nampak 1 rumah mewah yang besar dan cantik
Hati kita berkira kira, Ini RM100ribu tak dapat ni.ni kurang kurang mau 1/2juta ni.
Tuan rumah tak bukak cerita lagi berapa dia beli, hati kita dah nampak kebesaran rumah tu.Begitu mudah kebesaran mahluk masuk dalam hati kita.

Kenapa ye?

Kita tengok matahari,begitu hebat! nak tentang mata dengan matahari pun kita tak sanggup padahal juta juta kali bumi jarak jauhnya, dengan saiz dan kepanasan yang kita dah habis belajar kat sekolah dulu, semua kita tahu dan kita tahu juga siapa Penciptanya tapi sukarnya nak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita. "Ah matahari! besok pun ia terbit lagi! hari hari macam tu!. Tenggelam timbul tenggelam timbul!

Tengok macam tu pun kebesaran Allah tak masuk dalam hati!

Nak kena masukkan kebesaran Allah dalam hati kita jugak jugak!

Macammana?

Kena cakap kebesaran Allah lagi dan lagi dan lagi,Kena dakwahkan kebesaran Allah lagi dan lagi dan lagi kenapa? supaya kebesaran Allah masuk dalam hati kita!

Bukan main senang kebesaran mahluk masuk dalam hati kita. Tengok bangalow, terkesan! tengok mercedes,terkesan! tengok skim cepat kaya, terkesan!

Tapi bukan main susah nak masukkan kebesaran Allah dalam hati kita!.
Tengok laut,tak terkesan tapi bila datang tsunami baru ternganga!.
Nampak langit dengan awan yang memukau dan hujan yang berbagai rentak tak terkesan! "Ala fenomena Alam! biasalah tu".
Tengok anak baru lahir pun tak terkesan!

Kenapa susah sangat kebesaran Allah masuk dalam diri kita?

Kenapa mudah sangat kebesaran mahluk masuk dalam diri kita?

Mungkin sebab keyakinan kita tidak 100% pada Allah dan Rasulullah.
Maklumlah umat akhir zaman.Kelemahan diri sendiri punca terlalu banyak perkara memerlukan asbab.


Berlawanan dengan Para Sahabat yang yakin 100% dengan janji Allah azza wajalla dan Sabdaan Rasulullah sallallahu alaihiwasallam.

Ali r.an. walaupun masih muda belia,semasa mengantikan Nabi yang sedang dikepong oleh puak quraish, tidak gentar langsung kerana yakin dengan sabdaan Nabi pada beliau

"Tidurlah engkau ditempat tidur ku,dan selimutlah dengan selimut ku.Tidak ada apa apa yang akan menyentuh engkau"

Beliau yakin dengan janji Rasul Allah!.

Juga Para sahabat r.ha.yang tidak sabar untuk syahid kerana mereka yakin dengan janji Allah untuk mereka di Alam yang kekal dan tiada berpenghujung.
Para sahabat tidak terkesan langsung dengan dunia walaupun dunia ditangan mereka!.
Kalau tak pasal kena taat Ameer.mereka menolak untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan.
Bandingkan dengan kita!

Dan sebagai umat akhir zaman yang telah dimasukkan dunia dalam diri kita sejak kecil lagi, kena lah dakwah lagi dan lagi dan lagi untuk mengeluarkan kebesaran mahluk dari hati kita dan memasukkan kebesaran Allah sahaja dalam hati kita.

Emmm...nampak dah berkerak! tak pa...tak pa...kita usaha lagi dan lagi insyaallah..
Azam cakap kebesaran Allah dalam setiap keadaan. Insyaallah

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah

wassalam

4 comments:

  1. mau masuk kebesaran allah dalam hati mau dakwah korban harta n diri lagi dan lagi ikut tertib nabi saw. Buila allah cinta sama kita,Insyaallah allah yang akan memasukkan kebesarannya dalam hati kita, memberi petunjukka pada kita

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah setelah seumur hidup terkesan dengan makhluk, br minggu lpas buat pertama kalinya CS betul2 terkesan dengan kekuasaan Allah...Astaghfirullahalazim...kena sentiasa dgr dan ckp tntang kebesaran Allah...lg dan lg....smoga Allah pilih CS dan kita semua utk teruskan usaha nabi s.a.w....InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Ya! Benar sekali tuan.Insyaallah! Moga nenek dapat amal
    Kerja ikut tertib sangat penting dan semoga nenek dapat tambah korban harta dan diri

    ReplyDelete
  4. Jazakallah nenek, tulisan atau kata-kata sebagaimana nenek tulis kat atas memang wajar setiap hari kita dengar,lagi dan lagi,kerana kalau tidak dunia hari demi hari ceritakan kebesaran dia.

    Memang sifat insan lepa sebagaimana sifat tidurnya tetapi syaitan 24jam buat kerja.Lantas perlunya umat semua kembali pada kerja asalnya,mendakwahkan kebesaran Allah.

    ReplyDelete