Monday, August 31, 2009

Asalamualaikum semua! Apa khabar hari ini?

Ada kah baik? Baik macam mana?

Pada nenek, Baik adalah bila keadaan kita lebih baik dari semalam.
Amalan kita lebih baik dari semalam. Contohnya :-

Solat kita lebih baik dari semalam. kalau semalam lalai, hari ini lebih khusyuk.
Sedekah kita lebih banyak dari semalam, Kalau semalam 50 sen, Hari ini ! ringgit.
Amal perbuatan kita lebih baik dari semalam. Kalau selalu mak suruh buat ape ape, buat kerja macam ter paksa aje. tapi hari ini ikhlas kerana Allah.

Kalau macam itu baru lah nenek tabik spring dan memang korang dalam keadaan baik!!! kira lebih baik dari semalam dan beberape malam sebelum nya!!!

Okey la meh kita sambung cerita mamat mat saleh yang buat tesis tu!!!


Mamat ni pergi lah ke Kelas TADIKA kat Israel nun
Dia perhatikan pemakanan kanak kanak TADIKA tu cukup dikawal!.
Makanan awal mereka ialah buah-buahan bersama kacang badam dan diikuti dengan menelan minyak ikan!!!
Didalam pengamatan dia,Kanak kanak Yahudi sungguh bijak.Rata rata mereka memahami tiga bahasa iaitu hebrew,Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ni wajib ni!
Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota nota nya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Menurut saintis Yahudi,Gegaran musik dapat 'stimulate'{kira macam senaman la tu} otak.
Maka itu terdapat ramai sekali Genius musik terdiri dari orang Yahudi [nenek kata 'Ala genius lagho buat ape!']

Seterusnya mamat ini pergi ke sekolah pula.
Dari darjah satu hingga enam,Anak anak yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains sangat lah diberi keutamaan.

Doctor ni kata dalam pemerhatian peribadi dia.Jika di bandingkan dengan kanak kanak Carlifornia dari segi IQ perbandingannya adalah enam tahun kebelakang!.
Anak Yahudi mudah menangkap pelajaran!. Sukan juga menjadi kewajiban bagi mereka. Sukan yang diberi keutamaan ialah memanah.menembak dan berlari. Kata kawan doctor tu [kawan yahudi la] memanah dan menembak dapat melatih otak meng-fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya memerhatian doctor itu ialah pada sekolah menengah atau sekolah tinggi.
Di sini mereka di tekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kelihatan lucu dan mengarut tetap diteliti dengan serius apatah lagi bila ianya berupa senjata,perubatan dan engeeniring. Idea itu akan dibawa ke Institute tinggi ia itu politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah Fakulti Perniagaan.
Doctor ini sungguh terkejut beruk melihat keagresifan dan keseriusan [dari perkataan agresif dan serius] mereka dalam hal perniagaan. Di akhir tahun di universiti,Para penuntut jurusan perniagaan dikehendaki membuat projek berkumpulan dan mempraktikkannya dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka dapat keuntungan sebanyak $us 1 juta!!!. engkau pun terkejut beruk?.tapi itu lah kenyataan.
Nak tahu tak sape design 'Levis' terkini yang korang pakai tu?. bebudak fakulti bisnes dan fesyen aje!!! kat Universiti Israel. Mereka ditaja penuh oleh syarikat milik Yahudi dan dengan rangkaian di seluruh dunia, tidak hairan lah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia. [amik la.. dunia ni ko punya! aku tak nak!]

Di New York ada Dewan Perniagaan Yahudi yang bersedia membantu mereka mereka yang ingin berniaga.Jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa itu akan memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul.[sudah tentu untuk Yahudi sahaja!]

Maka itu lahir lah Star Buck, Dell Computer, Coca-cola,DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis. Dunkin Donut dan ada beratus lagi kedai ternama di bawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan New York disarankan mendaftar di Persatuan ini dan digalakkan memulakan perniagaan sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah!!!. Baru lah doktor ni tau kenapa hospital di New york dan Carlifornia sentiasa kekurangan Doctor Pakar. Pakat niaga sendiri rupanya!!

Begitu lah entry nenek kali ini anak anak, Untuk kita jadikan iktibar dan panduan dan doctor ini telah membuat kesimpulan dan membuat teori sendiri dan telah juga membuat percubaan keatas cucu nya sendiri dan dia kata dia telah ber jaya kerana cucu dia yang berumur 9 tahun telah berjaya menulis essay iaitu karangan bertajuk 'Kenapa saya suka tomato'sepanjang 5 muka surat penuh [mak!...aaii!!!]

Kalau kita macam mana???
kalau kita... kat dunia ni berpada pada la..
Jangan lah kejar sangat...takut tak tertanggung hisab!
Okey la selamat berpuasa dan selamat hari raya dan maaf lahir dan batin.

Raya nanti jangan lupa balik kampung!!!!

Thursday, August 27, 2009

Kenapa Mereka Pandai!!!

Asalamualaikum semua!

Apa khabar ari ini?Masih berpuasa? Alhamdulillah!!!
Nenek.....isk...isk...isk...
okey anak anak.tajuk perbincangan kita ari ini ialah 'kenapa mereka pandai'
Aaa...sape pandai jawab? Allah pandai !! Sape nak jawab?
"takpe takpe turun tangan semua" "ceh!semua pakat perasan pandai belake"
Oleh kerane ini perbincangan satu hala sahaja iaitu nenek tulis dan korang baca makanye
korang bace je la ye!
Ada satu mamat ni buat tesis pasal orang yahudi.dia kagum bebenar dengan orang yahudi ni yang pada pandangan dia teramat lah hebat.
Kita tak lah kagum sangat, sebab Quran dah bagi tau. Rasullullah s.a.w. pun dah cakap.
"tu la.. suruh masuk islam tak nak!!" eh! ade sape sape suruh ke? ade sape sape bagi tau?
Ade sape sape bagi dia faham ape itu Islam? ade ke? ade ke?
kalau ade bagus la, tertunai tanggung jawab.mungkin Allah dah bagi hidayat kat dia, pasal hidayat Allah turun bila Allah redha dengan usaha dan kerja kita.tapi kalau kita tak buat kerja,En Samy kat ujung kampong tu pun tak tahu kenape korang ulang alik gi surau lima kali sehari!...istigrfar lah banyak banyak dengan kelemahan kita.kita tak boleh nak buat kerja agama.Iman lemah..buat lah amal lain bebanyak mane tau boleh tampong!.Nanti kat akhirat kalau En.Samy atau geng geng yang seangkatan dengan dia mengadu kat Allah Subhanahuwataala, yang mamat jiran dia yang hari hari ulang alik depan mata dia gi surau tak pernah bagitau dia ape itu islam, boleh la tawarkan pahala amalan tu kat dia.Kalau dia mengadu kat Allah yang tak siape bagi tau yang ape dia buat tu sesat! tak da faedah! dan dia salahkan kita agak agak ape alasan kita yang Allah boleh terima.Dia tak tahu pun yang kat dunia sekarang ni tak ade agama melainkan Islam!!kalau dia mengadu? kalau dia mengadu macammana?kalau semua kawan kawan kita ini, yang satu kampong, satu sekolah,satu meja kat 'kedai kopi kak peah' ni mengadu kat Allah, bayangkan keadaan kita. Adeh..deh deh malangnya...
dia tuntut kita depan Allah.Rase rasenye ade tak jawapan yang sesuai yang dapat melepaskan kita dari kemurkaan Allah.Rasenya kalau kita jual amal kita untuk pelepasan cukup tak!
Itu belum lagi kawan dalam daerah, negeri apatah lagi negara!,
hai..kecut perut nenek memikirkannya!.Eh...melalut lah pula nenek ni..maklum lah dah tua..selaluuu aje lari trek....em...where were we just now????
Berbalik pada cerita mamat ni tadi.
Nama dia Dr Stephen Carr Leon.
Dia kagum sesangat lah kerana kat dunia ini cendikiawan paling ramai orang yahudi, dalam semua bidang pula tu!.[cendikiawan dari sudut pandangan mata penuh keduniaan!! yang pada pandangan Rasullullah s.a.w. dan para sahabat tak ade benda langsung dan mereka tak nak pandang pun!! jangan silap tafsir ya!!]
Daripada engineering,musik,saintis dan yang paling hebat dan tersohor sekali ialah perniagaan.
Hampir 70% perniagaan dikuasai oleh yahudi.Semua bidang perniagaan,dari kosmetik, pakaian, pemakanan,senjata, perhotelan, perfileman di holywood dan sebagainya.
Maka dia pun buat tesis untuk Phd dia.Tesis ni mengambil masa lapan tahun.
fuh...sabar betul mamat ni...iya lah.. orang fikir dunia, buat sesuatu untuk kebaikan dunia la...
Antara data yang dia kumpul ialah dalam hal:-
Pemakanan
Adat resam
Anutan
Persiapan Awal untuk kelahiran Zuriat dan sebagainya
.
Dan dia bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.
So..kita bincang ikut urutan lah ye![one way only!! yes! yes! tak dapat nak nyampuk!!!]
Persiapan Awal untuk kelahiran Zuriat
Di Israel, setelah mengetahui yang ibu tu sedang hamil,si ibu akan selalu bernyanyi dan bermain piano.Si ibu dan si bapa akan selalu menyelesaikan masaalah matematik bersama sama. mereka kata itu untuk melatih otak anak dalam perut untuk menjadi genius. si ibu akan membuat latihan matematik tanpa jemu sehingga lah anak nya lahir.
Ibu mengandung juga sangat menjaga pemakanan mereka.Sejak awal mengandung lagi, mereka banyak makan kacang badam dan buah kurma bersama susu.Untuk makan tengah hari pula mereka makan roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan berbagai jenis kacang.
Menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak!. kepala ikan pula mengandungi bahan kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak dalam perut. Ibu mengandung juga seakan diwajibkan untuk menelan minyak ikan!.
Ini adalah adat orang yahudi ketika mengandung.
Adat Resam
Dr ini selalu juga pergi ke 'jemputan makan malam' di rumah orang yahudi. Dari pemerhatian dia, mereka gemar sekali makan isi ikan[fillet]. dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. menurut mereka campuran ikan dan daging adalah tidak elok dimakan bersama.Salad dan kacang adalah satu kemestian terutamanya badam.
Seperkara lagi mereka akan menghidangkan buah buahah dahulu sebelum menu utama. Menurut mereka kalau kabohidrat[nasi atau roti dan sebagainya] di makan dahulu sebelum buah-buahan, kita akan merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk belajar di sekolah.
Di Israel merokok adalah pantang!!!!! Jangan la suke suke nak merokok kalau ade jemputan makan kat rumah diaorang. Ade yang kena halau dan kena habiskan rokok kat luar rumah!!.
Padahal cuba teka sape pengeluar rokok terbesar dunia ????
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan mendapati bahawa nikotin dapat merosakkan sel utama otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang berkemungkinan cacat otak, bodoh atau lembab!!
[nenek kata "ish ish ish...rosak iman kalau percaya macam gini!!! oi doctor!!!! itu kan asbab aje!!! mahluk mana ade kuasa!! Allah berkuasa mahluk tak ade kuasa. Tidak akan berlaku apa apa tanpa kehendak Allah!!!. Iman kena betul! istigrfar banyak banyak. Iman rosak! habis! satu apa pun tak gune!!!]
emmmm where were we just now....rasenye cukup la dulu perbincangan hari ini, sakit tekak tau cakap banyak banyak.kan bulan puasa!! walaupun nenek tak puasa!!! isk..isk..isk sedih...
to be continued.....
wasallamualaikum

Friday, August 21, 2009

Asalamualaikum semua!!!

Selamat berpuasa!!!

Aaaaa...nenek tak boleh puasa!!!

Frustnya!!!

Emmmm nak buat macam mane...

kepada yang berpeluang berpuasa tu...korang puasa lah betul betul ye! buat sungguh sungguh.Elakkan yang haram dan yang makruh.Amalkan yang wajib dan perbanyakkan yang sunat.

Janganlah puasa bagai nak rak tapi tinggalkan sembahyang!. tak betul tu dik!

Nenek tengok dengan mata kepala nenek sendiri!!! puasa sungguh sungguh tapi tinggal solat.

Ni yang nenek tak berapa nak faham.Boleh ke ibadat pilih pilih?confuse confuse...

Nenek rasa diaorang ni dah silap faham.Ibadah fardu macam solat ni kita wajib tunaikan kalau tidak berdosa kita.Amalan penting ini,Uztad kata, akan di tanya dulu semasa kita dikira dan dihitung amal perbuatannya.kalau solat lepas,amalan lain insyaallah la.tapi kalau solat tak lepas amalan lain pun tak dipandang.macam tu la kot uztad cakap.tu yang solat penting sangat tu!!!

  • Pentingnya solat ni sampai kita kena buat juga dalam apa keadaan sekali pun,dengan cara yang dipermudahkan dalam keadaan susah.Dalam keadaan ketiadaan air atau tak boleh kena air kita tayamum.Dalam keadaan tak boleh gerak sebab patah riuk kita solat seboleh mungkin walau cuma dengan menggerakkan mata.Bila dalam perjalanan jauh kita jamak dan qasar iaitu mengumpul dan memendekkan solat.Yang penting kena solat juga!!!

  • Lagi satu kesilapan kita,kita sangka solat boleh di 'kodok' dan 'kodok' ni bukan sejenis katak ya!! ia adalah kaedah menggantikan sesuatu amalan tapi sekali kali bukan solat.
  • Kita kena solat dalam apa juga keadaan masa susah masa senang masa sehat atau sakit masa sibuk atau lapang.
  • Kita cuma boleh berhenti solat bila kita hilang akal atau tidak siuman.selagi akal masih waras dan otak masih berfungsi kita kena solat.
Jadi anak anak tentu dah faham sekarang tentang pentingnya solat.dan tak akan tinggalkan solat lagi...kan! kan! kan! bagus!!! baiknya cucu cucu nenek ni...

Sebenarnya ada satu perkara yang mengconfusekan nenek ni....nenek tak faham la bila orang kata 'solat hormat waktu' ni sebenarnya solat ke tak?.Pasal nenek dengar, orang yang solat 'hormat waktu' ni dia orang akan ganti balik solat.contohnya bila dia orang naik flight, nanti bila dah turun tanah dia orang ganti balik solat 'hormat waktu' tadi.

Jadi sebenarnya solat tadi tu sah ke tak?

Kalau sah, kenapa nak ganti balik? dan

Kalau tak sah,Kenapa buat?

Confuse...confuse....

Wasallam

Thursday, August 6, 2009

Ahlan wa sahlan Ramadan!!!

Asalamualaikum anak anak!!!

Apa khabar hari ini? Alhamdullillah!!

Bertemu lagi kita dalam sesi 'ingat balik 'kelebihan Ramadan' utk menyemarakkan rasa seronok beramal'

Maklum saje lah,kita ni umat yang lemah dan dunia pula penuh godaan.umat akhir zaman pula tu so...nenek cuba fikir. fikir sampai berkerut kerut dahi macammana nak bina semangat beramal pada bulan yang mulia itu nanti,

Kiranya umpama lampu torch light la...nak bagi terang kena la tukar bateri atau recharge bateri.Baru lah power!!! gitu lah tamsil nya.Okey lah anak anak jumla kita recall balik apa yng kita tahu.

nenek ingat lagi pernah baca kat buku.Buku tu kata,Bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi.Lagi buku tu tulis Ikan ikan di laut akan beristgrfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Setiap hari Allah akan menghiaskan syurganya dan berkata 'telah hampir masanya hamba hamba ku yang soleh akan di lepaskan dari beban beban dan mereka akan datang.

Syaitan syaitan yang jahat akan di rantai.juga mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadan.

Lepas tu ada malam lailatul kadar lagi.lepas tu main bunga api lagi.....eh..eh.. tersasul..lepas tu kelebihan terawih lagi..nanti sambung bab terawih ek!!letih la..

Nak buat macam mana?

Asalamualaikum semua !!

Apa kabo?

Tentu sume dah rindu kat nenek pasal nenek dah lame tak update blog ni.[ceh..perasan..macam la ade yang bace.tak pe nenek memang suke syok sendiri]

Bulan ni bulan sibuk nenek banyak beno bende nak kena settle[perasan lagi!!ni kena istighfar!! Allah settle la.kan Allah sebaik baik penyelesai masaalah]

Dipendekkan cerita everything is fine again.yang sakit dah sembuh.yang menganggur dah ade kerja,yang belajar dah balik U,yang balik kampong pun dah balik KL[uh..uh..uh...rindunya kat budak berdua tu..]

Anak nenek yang sulung tu pun balik kampong juga last week maklum lah...dah gaji..tentu lah hulur kat emak tersayang macam selalu. tapi kali ini ade lain sikit...mase ulur tu.dia pesan lagi setelah beberape bulan lupe pesan.

"nanti ma carikan lah Along isteri bila dah sesuai ye ma!!"emm...ari tu memang la ade janji nak carikan calon isteri.Cari tu cari la juga tapi tak la serious bebeno just gitu gitu je la.Just tengok tengok tanya tanya.tapi lebih banyak tak berkenan dari berkenan kat ati nenek.Ye la budak budak zaman sekarang macam macam hal .Tudung pakai tapi buah dada nampak! pakai baju tutup aurat tapi ketat bukan main siap tudung tuck in kat leher!Tapi yang best nya budi bahasa class !! memang nenek bagi tumb up!!.Depan orang tua sopan,salam siap cium tangan, senyap, tanye sepatah jawab sepatah.Ala ala malu kucing gitu!! Kalau bercakap tu kejap kejap keluar perkataan yang menyejukkan hawa telinga. contoh [insyaallah la nek!, kalau diizinkan Allah!,Alhamdullillah dan kalau terkejut pun tak sebut 'opocot!! tapi sebut Allahuakbar!] tapi tu la..Aurat tak jage..abis cam ne!! tentu la terkeluar dari calun calunnya!!

Agak agak la, sape yang salah? tentu la mereka dan ibu bapa mereka yang salah!!!

eh..eh..tak elok tu.. one more !..one more!..

Agaknya la,sape yang salah?

Kita la yang salah!!!.Sebagai ibu bapa kita kena perhatikan anak kita,mana mana yang menjolok mata tu tegor la,mana yang aurat macam jaga tapi tak jaga langsung tu bagi la tau,["mak tak suka kau pakai baju macam tu ton,longgarkan baju kau tu! tutup sikit ponggong kau tu!! baju tu biar labuh sampai lutut dah tu pakai setokin! kalau tak! jangan keluar rumah!!"]." emmm selitkan juga kata kata yang menyejukkan suasana hangat dan menyejukkan hawa telinga saperti 'mak bukan ape ton,mak risau kalau eton keluar rumah pakai baju macam gitu. kalau kena rogol macam mane? kesian anak mak.mak kan sayang eton!! kalau kena colek dan dijadikan pelacur macam mane? kesian anak mak.mak kan sayang eton'. dan lepas tu bodek pula "Ton ton, Sebenarnya mak tengok, eton kalau tutup aurat lagi lawa!!. betul ton mak tak tipu, makcik sebelah rumah kita tu pun cakap macam tu.Tak kan lah mak nak tipu, mak kan sayang eton!!.

Where were we just now? dah melalut la pula!!

Kesimpulannya nenek tak jumpa lagi calon menantu!!

Wasalamualaikum!!