Friday, November 11, 2011

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum semua semoga kehidupan kita ini asbab kejayaan kepada kehidupan yang kekal.

Kehidupan sementara ini memang penuh ranjau kerana ini adalah tempat ujian dan Allah sangat suka pada manusia yang patuh dan taat dalam semua keadaan.Allah sangat suka kita merayu rayu lebih lebih lagi bila bersaorangan dikala sunyi sepi.

Buat seorang hamba Allah, Semoga Allah menambahkan rahmat kepada Tuan.

Pesan nenek kepada tuan
Lihat lihat lah kiri dan kanan
Tuan baru berpasangan
Moga bahagia berpanjangan

Isteri baru masuk islam
Belum dalam dia menyelam
Tengah meraba dalam kelam
Moga Allah bagi faham

Tahu kah Tuan tentang meroyan
Itu adalah penyakit perempuan
Kata doktor pasal hormon kan
tapi bahaya gila meroyan

Kira wanita lepas bersalin
Suami kena lebih prihatin
Ambil berat jangan main main
Moga fikiran tidak ke lain

Fikir lain datang murung
Bila murung fikir serong
Setan datang berbondong bondong
Asbab buruk tak tertolong.

Wahai Tuan suami dan bapa
Jangan Tuan selalu leka
Ajak isteri berbual bicara
Moga hatinya selalu ceria.

Perdengarkanlah hadith selalu
Kerana ia pedoman laku
Ia bukan sebarang buku
Kerana ia pedoman hidup mu

Perempuan dalam pantang
Kena selalu dalam tenang
Zikir selalu malam dan siang
menangkis gangguan yang mendatang

Hanya Allah maha berkuasa
Mahluk tiada daya upaya
Sematkan ia dihati kita
Moga bahagia selamanya

Namun masih belum terlambat
Untuk Tuan bertitik tolak
Mengurai benang berselirat
Supaya teratur cantik terikat

Doa nenek buat kalian
Moga Allah permudahkan





Apabila akidah kita diuji... hanya kepada Allah kita mengadu

Wednesday, July 20, 2011

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 iman 1 agama

Assalamaualaikum kepada semua anak cucu dan sahabat handai yang nenek rindui.Semoga kehidupan kita kini bermunafaat kepada kita kehidupan kita kelak.Sudah agak lama juga nenek meninggalkan blog ini.Alhamdulillah hari ini Allah bagi keizinan dan juga Alhamdulillah kerana rezeki kesehatan yang baik.Segala puji bagi Allah.Kita hanya lah sekadar pelakon pelakon yang skriptnya telah di lakar dan Allah sediakan.Episode episode kehidupan kita telah digariskan.Bahkan penghujung cerita pun dah siap.

Sekali imbas,macam senang kan? iya lah macam pelakon pelakon tu...

Ikut aje lah skript tu. lakonkan lah sebaik mungkin.Buat apa yang producer suruh.Insyaallah jadi pelakon kesayangan.Tapi kalau mandai mandai buat penambahan atau buat skript sendiri nahas kau!!

Tapi tu..la... bukan senang nak ikut skript.

Perasaan "kalau aku buat macam ni lagi bagus" selalu ada .

Bukan kah kalau kita fikir macam gitu kita sudah rasa kita lebih baik dari Boss kita. sedangkan kita sebenarnya kena ikut aje skript tu.

Begitu lah kehidupan kita sekarang yang telah banyak lari dari Al Quran dan Al Sunnah dan kita banyak mengikut anutan agama lain yang tidak ada kena mengena dengan Islam langsung.Contohnya saperti mengirim pada Orang yang telah meninggal dunia.

Amalan mengirim ni sebenarnya adalah amalan orang china.mereka mengirim barangan dan wang dari kertas untuk kaum kerabat dan saudara mara yang telah meninggal dunia manakala orang islam mengirim bacaan Tahlil untuk kaum kerabat dan saudara mara mereka mengikut hari bulan dan tahun.Sama macam orang Cina cuma kiriman yang berlainan.

Sampaikah kiriman itu?

Pada nenek kita buat lah yang Rasullullah ajar kita buat. Tak payah lah buat yang Rasul kita tak suruh dan tak ajar. Takut sekadar penderitaan pada penerima kerana Bidaah bukan perkara main main.

wasallam

Wednesday, March 30, 2011

Dengan Nama Allah

1 fikir 1 risau 1kerja 1 hati 1 Agama

Asalamualaikum.

1 senario berlaku dalam sebuah masjid.waktu asar.

Kelihatan seorang lelaki terkocoh kocoh masuk masjid diikuti pula oleh seorang anak muda.

Lelaki dan budak itu membetulkan kedudukan dan terus berdiri tegak dan mengangkat takbir dan terus rukuk kerana imam dalam keadaan rukuk.mereka ikut imam sehingga solat selesai.
Setelah imam memberi salam pertama lelaki itu bangun dan menambah lagi 2 rakaat.
Budak itu pula ikut imam. selesaikan solat, lelaki itu bertanya pada budak itu -

Lelaki - 'dik, adik tadi solat apa?'

Budak - 'Asar lah'

Lelaki - 'Adik tadi masbook sama ngan abang.solat tu tak cukup.Asar 4 rakaat. Adik kena tambah lagi 2 rakaat.

Budak - 'kira ok la tu! 2 rakaat pun kira saya solat jugak! tu yang kat luar tu! langsung tak solat! lagi teruk!!

Lelaki - 'erk!' sambil terkebil kebil hilang kata kata sebentar sebelum mengatur strategi.


hmmm

Friday, March 4, 2011

asalamualaikum.

semoga semua umat islam 1 fikir.

dikala nenek tak boleh gerak banyak ini kerana masaalah otot. doktor kata muscle injury.nenek tak tahu apa hal berlaku dalam otot ni.bila nenek gerak, dia punya tangkap pinggang Allah saje yang tahu.

nenek tak boleh gerak,subuh semalam.tok janggut panggil ambulan.angkut nenek gi sepital.

tat kala nenek dalam kesakitan ini tok janggut berkata 'aaa aku tau 1 asbab kurang sakit.kejab aku usahakan.' tok janggut adjust kedudukan kerusi malas nenek ngam ngam cantik dan tok janggut bagi mouse dan key board. boleh...

tak apa...walaupun itu 1 sindiran tapi tetap dimunafaatkan

wasallam

Friday, February 25, 2011

Cakap lagi dan lagi

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 maksud 1 agama

Asalamualaikum.

Bismillah.

Semoga kehidupan kita menuju kejayaan.
Kejayaan adalah apabila mati, kita dapat masuk syurga.
Kehidupan ini bolehlah diumpamakan sebuah buku.Cover depan nya adalah Kelahiran dan Cover belakangnya adalah saat Kematian dan Ajal.

Buku kehidupan ini ada yang tebal dan ada yang tipis.Ada yang tebal dan usang tapi tak siap siap.Ada yang baru dan masih beberapa helai tapi sudah siap dan ditutup.

Kita tidak tahu berapa tebal atau nipis kah buku kehidupan kita. tapi itu tidak penting sebenarnya. Yang penting isi buku itu. Apakah ia bermunafaat untuk dibaca dan dijadikan iktibar dan membawa kebaikan atau apakah ia membawa diri kita dan manusia lain jauh dan lalai dari kehidupan yang disarankan pada kita. Apakah buku kehidupan kita itu boleh memberi munafaat kepada diri kita ketika kita kembali menghadap Ilahi.

Insyaallah mari lah kita isi buku kita dengan sebaik baik pengisian dengan berteraskan iman dan keyakinan kepada kadaq dan kadar Allah Taala.

Semoga dibahagian akhir buku kita itu kata kata penutupnya memberi kesudahan yang baik dan buku kita diredhai.

wasallam

Monday, February 14, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

1 hati 1 fikir risau 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu semua.Semoga kehidupan kita mendapat restu Ilahi.
Sudah agak lama juga nenek berehat.Rindu juga nenek pada anak cucu semua. Hari yang mulia ini kita dengar bayan sikit ye....

Alhamdulillah. Tuan Puan yang mulia, Dalam mengenang kelahiran Junjungan Besar Nabi kita Muhammad s.a.w. ini seharusnya kita jangan sekali kali lupa tentang usaha dan kerja serta susah payah Baginda s.a.w dan para sahabat ra. serta para sahabiah ra. menjalankan kerja Agama sehingga kita hari ini dapat Agama dan dapat mengucap Dua Kalimah Syahadat dan ada jaminan masuk syurga Allah Taala insyaallah.

Agama perlu dikerjakan.Kalau Agama tidak dikerjakan,maka Agama akan jauh dari kehidupan kita.
Jika Agama tidak dikerjakan dan tidak diusahakan di rumah kita,maka Agama akan keluar dari rumah kita.Begitu juga jika Agama tidak di usahakan di Kampung kita,Taman kita,Kawasan kita, Daerah kita, Negeri kita, Negara kita dan seterusnya.

Itulah sebabnya Allah Taala Yang Maha Pengasih Dan Penyayang telah lantik kita semua yang ada Kalimah, iaitu Umat yang terbaik,untuk buat kerja Agama dan Usahakan Agama. Kerja menyeru perkara perkara yang makruf dan mencegah perkara perkara yang munkar.

Kerja jumpa manusia, Ajak manusia kepada kebaikan, Ajak manusia kepada Allah Pencipta. Ajak manusia supaya kenal Allah Taala sebenar benarnya.

Ulama bagi tahu jika kita selalu mengajak manusia kepada Allah Taala,maka kita lah yang lebih hampir kepada Allah Taala.

Nabi s.a.w. risau dengan umat hingga ke akhir hayat Baginda s.a.w. dan seharusnya lah kita semua selaku umat Nabi s.a.w.,umat yang terbaik,mahu ambil risau yang sama dengan umat macam risau Nabi s.a.w.
Belajar korbankan masa. diri dan harta yang kita sayang untuk berjumpa dengan umat umat manusia samada yang dekat,jauh, jauh sikit, jauh jauh hingga hujung hujung dunia untuk belajar sampaikan Agama pada semua manusia dan belajar untuk amal Agama yang sempurna dalam kehidupan yang sementara ini.

Barulah semua akan belajar takutkan Allah dan belajar buat kebaikan dan barulah penyakit hati manusia dapat dihindarkan.tetapi bilamana penyakit dalam hati manusia tidak diubati dengan cara yang betul,iaitu cara yang ditunjukkan oleh semua Nabi Nabi dan Rasul Rasul,termasuk lah Nabi kita s.a.w. dan Sahabat Sahabat nya ra.hum. iaitu cara 'Dakwah'maka penyakit hati itu akan susah untuk diubati.Wallahualam.

Sama sama lah kita azam untuk sama sama bergotong royong dan berlumba lumba untuk korbankan masa,diri dan harta kita untuk Agama yang Allah suka supaya penyakit dalam setiap hati hati itu dapat diubati dengan sempurna.

Insyaallah kita sama sama belajar keluar 3 hari setiap bulan bagi lelaki untuk Agama yang Allah suka ini.Insyaallah.