Friday, February 25, 2011

Cakap lagi dan lagi

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 maksud 1 agama

Asalamualaikum.

Bismillah.

Semoga kehidupan kita menuju kejayaan.
Kejayaan adalah apabila mati, kita dapat masuk syurga.
Kehidupan ini bolehlah diumpamakan sebuah buku.Cover depan nya adalah Kelahiran dan Cover belakangnya adalah saat Kematian dan Ajal.

Buku kehidupan ini ada yang tebal dan ada yang tipis.Ada yang tebal dan usang tapi tak siap siap.Ada yang baru dan masih beberapa helai tapi sudah siap dan ditutup.

Kita tidak tahu berapa tebal atau nipis kah buku kehidupan kita. tapi itu tidak penting sebenarnya. Yang penting isi buku itu. Apakah ia bermunafaat untuk dibaca dan dijadikan iktibar dan membawa kebaikan atau apakah ia membawa diri kita dan manusia lain jauh dan lalai dari kehidupan yang disarankan pada kita. Apakah buku kehidupan kita itu boleh memberi munafaat kepada diri kita ketika kita kembali menghadap Ilahi.

Insyaallah mari lah kita isi buku kita dengan sebaik baik pengisian dengan berteraskan iman dan keyakinan kepada kadaq dan kadar Allah Taala.

Semoga dibahagian akhir buku kita itu kata kata penutupnya memberi kesudahan yang baik dan buku kita diredhai.

wasallam

Monday, February 14, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

1 hati 1 fikir risau 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu semua.Semoga kehidupan kita mendapat restu Ilahi.
Sudah agak lama juga nenek berehat.Rindu juga nenek pada anak cucu semua. Hari yang mulia ini kita dengar bayan sikit ye....

Alhamdulillah. Tuan Puan yang mulia, Dalam mengenang kelahiran Junjungan Besar Nabi kita Muhammad s.a.w. ini seharusnya kita jangan sekali kali lupa tentang usaha dan kerja serta susah payah Baginda s.a.w dan para sahabat ra. serta para sahabiah ra. menjalankan kerja Agama sehingga kita hari ini dapat Agama dan dapat mengucap Dua Kalimah Syahadat dan ada jaminan masuk syurga Allah Taala insyaallah.

Agama perlu dikerjakan.Kalau Agama tidak dikerjakan,maka Agama akan jauh dari kehidupan kita.
Jika Agama tidak dikerjakan dan tidak diusahakan di rumah kita,maka Agama akan keluar dari rumah kita.Begitu juga jika Agama tidak di usahakan di Kampung kita,Taman kita,Kawasan kita, Daerah kita, Negeri kita, Negara kita dan seterusnya.

Itulah sebabnya Allah Taala Yang Maha Pengasih Dan Penyayang telah lantik kita semua yang ada Kalimah, iaitu Umat yang terbaik,untuk buat kerja Agama dan Usahakan Agama. Kerja menyeru perkara perkara yang makruf dan mencegah perkara perkara yang munkar.

Kerja jumpa manusia, Ajak manusia kepada kebaikan, Ajak manusia kepada Allah Pencipta. Ajak manusia supaya kenal Allah Taala sebenar benarnya.

Ulama bagi tahu jika kita selalu mengajak manusia kepada Allah Taala,maka kita lah yang lebih hampir kepada Allah Taala.

Nabi s.a.w. risau dengan umat hingga ke akhir hayat Baginda s.a.w. dan seharusnya lah kita semua selaku umat Nabi s.a.w.,umat yang terbaik,mahu ambil risau yang sama dengan umat macam risau Nabi s.a.w.
Belajar korbankan masa. diri dan harta yang kita sayang untuk berjumpa dengan umat umat manusia samada yang dekat,jauh, jauh sikit, jauh jauh hingga hujung hujung dunia untuk belajar sampaikan Agama pada semua manusia dan belajar untuk amal Agama yang sempurna dalam kehidupan yang sementara ini.

Barulah semua akan belajar takutkan Allah dan belajar buat kebaikan dan barulah penyakit hati manusia dapat dihindarkan.tetapi bilamana penyakit dalam hati manusia tidak diubati dengan cara yang betul,iaitu cara yang ditunjukkan oleh semua Nabi Nabi dan Rasul Rasul,termasuk lah Nabi kita s.a.w. dan Sahabat Sahabat nya ra.hum. iaitu cara 'Dakwah'maka penyakit hati itu akan susah untuk diubati.Wallahualam.

Sama sama lah kita azam untuk sama sama bergotong royong dan berlumba lumba untuk korbankan masa,diri dan harta kita untuk Agama yang Allah suka supaya penyakit dalam setiap hati hati itu dapat diubati dengan sempurna.

Insyaallah kita sama sama belajar keluar 3 hari setiap bulan bagi lelaki untuk Agama yang Allah suka ini.Insyaallah.