Friday, March 19, 2010

1 fikir

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 umat 1 agama

Dengan lafadz Bismillahirrohmanirrohim

Asalamualaikum anakcucu semua semoga Allah redha dengan kehidupan kita

Nenek terpanggil untuk menulis sesuatu yang nenek takut akan lupa.

Kata kata Maulana Elyas daripada Meiji Mehrab.
Pada tahun 1983,Orang kanan Maulana Elyas iaitu Meiji Mehrab mengkhabarkan pesan Maulana Elyas.Antara nya ialah

1- Umat ini akan hanya dapat disatukan dengan perantaraan kerja Nabi s.a.w. [dakwah].Umat akan berpecah apabila manusia ambil diluar daripada kerja ini.Sejarah telah membuktikan,apabila dakwah ditinggalkan,Umat akan berpecah dan bantuan Allah secara istima'i tidak akan datang pada Umat ini.

2- Kita tidak akan faham AlQuran,sehinggalah kita melihat seluruh kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.a. adalah manusia pertama yang mengamalkannya.Kehidupan mereka inilah yang dipanggil AlQuran.Kehidupan mereka tidak pernah bertentangan dengan AlQuran.Sehinggakan badwi dipadang pasir yang tidak pernah pegang pen dan kertas dapat mengamalkannya dan mereka dapat bersatu dalam perkara iman dan sunnah.

3- Saya[Maulana Elyas] memahami kerja Rasulullah s.a.w.hanya satu peratus sahaja, dan dapat menyampaikan kepada kamu satu peratus daripada jumlah tersebut.[1/10,000%]

4- Kami[orang Mewat]Ketika kami tengah masak dibawah satu pokok,Maulana Elyas memberitahu kami "Wahai orang Mewat!Satu hari nanti kamu akan naik kapal terbang untuk pergi ke satu dunia untuk maksud kerja Nabi s.a.w.!" Kami berkata kepada Maulana Elyas "Maulana Sab! Untuk makan dhal pun kami tak cukup!"

Itulah antara perkataan Maulana Elyas.

Selepas Hajjaj bin Yusuf menghantar Jemaah,Muhammad bin Kasim sebagai Ameer ke Benua India sehinggalah hari ini,tidak ada lagi jemaah dibentuk menyerupai zaman Baginda Rasulullah s.a.w. sehinggalah Hadrat Maulana Elyas yang hanya mampu mirip satu peratus daripada kerja asal Rasulullah s.a.w. telah datang pada Umat pada zaman yang akhir ini.

Semoga kita menyibukkan diri dalam kerja dakwah dan banyak banyak doa,Insyaallah,dengan hidayat Allah,sedikit kefahaman Allah campakkan dalam diri kita.Amin

Yang baik itu datangnya dari Allah semata mata dan yang buruk dan silap itu adalah atas kesilapan dan kejahilan nenek sendiri.

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah.

wassalam

6 comments:

  1. sebatang lilin yang menyala akan dapat nyalakan beribu2 lilin yang lain..
    selamat terus semarak bergerak bawa cahaya nenek! :)

    ReplyDelete
  2. Cucu ku Ishak!
    Lilin ini bercahaya malap
    Gagah dan gigih masih mengharap
    Cuba menerangi hati yang gelap
    Dengan tamsilan yang digarap

    ReplyDelete
  3. Tuan Azhar.
    Siapakah yang berminat kepada nenek itu?
    Adakah dia nak beli kambing atau Lembu?
    Kalau untuk bisnes nenek setuju!
    nortadi@yahoo.com ialah email ku

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, nenek

    ampunkan sy nener terlebih dahulu,
    mmmm..

    nenek ckp, "Yang baik itu datangnya dari Allah semata mata dan yang buruk dan silap itu adalah atas kesilapan dan kejahilan nenek sendiri."

    sy penah belajar, ayat mcm tu x bleh pakai, nenek. ia seolah2 syirik kecil sbb wlupon suatu benda yg disampaikan kita itu salah/silap, ia tetap dtg drpd Allah, Allah yg bukak mulut kita utk ckp mcm tu..

    jd mungkin ade ayat yg lebih sesuai sbg ganti?

    maybe like..
    mmmmm...
    "yg baik dtg dr Allah, yg buruk juga dtg dr Allah, tp atas kelemahan sy, maka terselit juga kesilapan.."
    maybe nenek ade idea lain?

    insyaAllah
    :-)

    ReplyDelete
  5. To inas
    waalaikumussalam.Nenek telah baca dan insyaallah Allah bagi faham.Asbab kata kata inas nenek terbuka mata!.kelip mata pun dengan izin Allah! begitu juga buka mulut!
    Insyaallah nenek akan perbaiki kesilapan.

    Daun kelapa
    daun keladi
    jangan lupa
    tegurlagi

    ReplyDelete