Saturday, August 21, 2010

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 agama
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Semoga Allah redha dengan kehidupan kita .Apa khabar anak cucu nenek semua.Semoga Allah bagi sehat.
Sudah agak lama nenek tidak meng update blog ini.Adakah anak anak dan cucu cucu rindu kepada nenek ini?.
Siapalah nenek ini untuk dirindui. Rindulah kepada Allah Pencipta kita.Bila badan dah mula tak sehat dan kadang kadang nafas pun perlu bantuan tapi masih tidak ada rindu kepada Pencipta nya,maka agak malang...

Bulan puasa ini ramai juga kenalan nenek yg telah Allah panggil balik.tentulah masa nenek akan tiba jua.ketentuan yg sesaat tidak terlebih dan sesaat tidak terkurang.Dunia sementara,Akhirat selamanya.Persinggahan pertama ialah kubur.Selesa kat persinggahan pertama,kira boleh senyum la.tapi kalau kat persinggahan pertama pun dah kena balun...Aduh....moga moga Allah mudahkan kita mencari bekal sebanyak mungkin kerana masa makin singkat.kereta dah nak gerak banyak barang tak siap pungah lagi.
Moga Allah bagi kekuatan untuk kita beramal.

wasallam.

16 comments:

  1. hehe jai ingat, lame biknor xposting..
    kurang sihat?

    ReplyDelete
  2. memang tak berapa sehat pun jai, ni kes rindu la ni

    ReplyDelete
  3. Aslmkm nenek. Alhamdulillah syukur nenek yang kami rindui da makin kebah. Arena blog terasa sepi tanpa pantun nasihat nenek. Moga Allah anugerahkan kesihatan yang baik buat nenek. As-alullahal 'azim, Robbil 'arsyil 'azim, anyasyfiyak..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. hidup lagi nenek kita nih.. Semoga sentiasa diberi hidayah & afiah oleh Allah سبحانه وتعالى

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah nenek dikenalkan dgn seorang anak yg sopan dan berhati mulia.Amiin! nenek amiinkan doa ishak

    ReplyDelete
  6. Tuan Azhar,sungguh kurang sopan tuan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nek...Allahuakhbar..rindunya umu dengan nenek...
    Rupanya ada ye halangan dari nenek ke udara di blog..huhu

    k, ini pantun rindu utk nenek..

    bait syair ku gubah-gubah,
    gambaran rindu tiada tara,
    aduhai nenek hati ku gundah,
    kemana perginya nenek yang ku cinta..

    Semoga di kurniakan kesihatan yang baik ye nek :)

    ReplyDelete
  8. salam,
    oh rindunya kat nenek!!nenek,saya dah dapat baby.:)..doakan saya ye.habisle nak ganti sebulan pose..huhu..

    ReplyDelete
  9. nenek nak g mana naik kereta? pindah rumah ek?

    ReplyDelete
  10. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  11. to ummu six points
    makin lama makin tua
    makin dekat dengan kubur
    macam kereta lama juga
    kesehatan hampir lebur

    nenek rindu juga dengan ummu

    ReplyDelete
  12. To amatullah
    waalaikumussalam.
    Alhamdulillah, tak cakap pun baby apa....
    Insyaallah,dah boleh mula didik dan ajak anak fikir umat walaupun masih baby.Ajak baby amik bahagian dalam sume program kat umah. taklim dan mesyuarat bagai.insyaallah kau akan lebih takjub dengan kehebatan Allah.Insyaallah

    ReplyDelete
  13. ziarah76
    aduh....dah kantoi! hu hu hu
    abang jai rupanya

    ReplyDelete
  14. to peluncur islam
    pindah bukan sebarang pindah
    pindah kekubur persinggahan pertama
    supaya hati tak risau gundah
    punggah lah sementara ada masa dan daya

    ReplyDelete
  15. ta fakeh
    insyaallah ada masa nanti nenek singgah lah ye

    ReplyDelete