Thursday, September 23, 2010

seloka bonda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penuh Kasih

Asalamualaikum semua,Semoga kehidupan kita dalam keredhaan Allah.

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 agama

Duhai anakanda kesayangan bonda
terluka hati mu,hati ku jua
terhiris hati mu,hati ku luka
terguris pilu,pedih mu ku rasa

siapalah kita hendak menongkah
siapalah kita hendak membantah
mereka hanya tahu melatah
kita wajib ikut perintah

kalau boleh nak buat gah kan?
datanglah semua kawan kenalan
ke majlis kenangan majlis idaman
terpahat dihati rakan dan taulan

apa guna meriah sakan
sekadar untuk pemberitahuan
Allah larang pembaziran
malang sungguh,tiada keredhaan

Biarkan mereka merajuk
rajuk mereka tak perlu dipujuk
bila nanti hati dah sejuk
mereka sendiri datang merujuk

hidup perlu taat perintah
ikut peraturan dan kaedah
bukan suka suka main redah
kelak sia sia tak berfaedah

lama manalah didunia
pejam celik dah mati kita
yang lama hidup disana
boleh kah gembira bahagia

sayu ibu melihat sedih mu
disisih disingkir sebegitu
tabah lah wahai anak dara ku
Allah pandang ketaatan mu

diakhir zaman ini
kita cuba membeza diri
cuba ikut kata nabi
moga hidup diberkati

cara hidup kita berbeza sangat
kau dididik untuk taat
cuba hidup ikut syariat
menongkah kelaziman sejagat

sapulah air mata mu
hentikan kesayuan mu
doalah untuk kawan mu
'Ya Allah,Berilah hidayah mu'

Asalamualaikum

8 comments:

  1. Wahai Bonda ku yg ku kasihi..
    Janganlah bonda bersedih lagi..
    Hati ini sudah tenang kembali..
    Lagi-lagi selepas membaca puisi mu ini…
    (eiceh. Bangga la tu.. I puji puisi U.. hehe)

    Apalah guna bersedih hati..
    Bukankah dunia ini tidak layak utk ditangisi..
    Saya dah tak nak kena tipu ngan setan lagi…
    Don’t worry.. be happy…
    Owh. And thanks for the puisi..
    Sangat menyentuh kalbu ku ini…
    Ok lah, dah x tau nak cakap ape lagi.. hehe..

    p/s : I love you..and I know u love me 2.. but I love you 3.. n 4 5 6 7 8 9 10 infinity.. hehe

    Mucho Hearts!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum SNT,
    lamanya tak singgah ke sini...CS faham sesangat perasaan anakanda SNT tu..CS pun dh alami apa yg anakanda SNT rasai...susah benar menongkah arus ni...tak apalah Allah sentiasa ada membantu...pada CS, kita harus biasakan yg betul dan membetulkan yg biasa...hmmm yg penting redha Allah, bukan manusia..susah sgt2...tp Allahlah sandaran kita...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nek...
    sendu pilu sungguh puisi nenek buat si bunga dalam jagaan ye..

    Pergi ke sungai menahan lukah
    Rehat sebentar di pohon ara
    Berbagai soalan saling meningkah
    Angkara siapa nenek berduka lara?

    Jatuh ketanah si merah saga
    Jadi mainan ayam serama
    Dari puisi mu nenek dapat ku duga
    Semoga kasih Allah sentiasa bersama.

    amin.

    ReplyDelete
  4. Amboi, berbalas pantun anak beranak kat sini. Hehe. Moga Allah tautkan mahabbah pada hati-hati yang nak disatukan ini. Moga Allah jaga hati Nenek, Tok Janggut, Bakal Menentu dan Anak dara nenek. Moga Allah permudahkan segala urusan. Kami cucu2 nenek tak sabar-sabar nak tunggu kad jemputan nenek. Kami doakan yang terbaik untuk nenek sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. lama sudah tak membaca puisi nenek, tapi puisi ini menceritakan kesedihan nenek, walau bagaimana pun saya tumpang merasai kesedihan itu, semoga kita mendapat ampunan n kerezaan Allah. semua puisi nenek yang lalu saya simpan untuk koleksi saya sebab ianya juga berkaitan dgn saya

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum
    to Asma,cikgu sue,ziarah76,ummu6points,ishak zaini,nor dan Tuan haji musa =

    nenek menyurat apa tersirat
    berkongsi dengan anak cucu dan sahabat
    bukan keluhan namun terubat
    Alhamdulillah,hati anakanda tidak tergugat


    Terima kasih pada semua
    yang sudi meminjamkan telinga
    sudi juga mengatur bicara
    asbab tenang hati nenek tua

    ReplyDelete