Tuesday, April 20, 2010

Kita solat! Solat kita....

1 fikir 1 risau 1 hati 1 usaha 1 kerja 1 agama

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Semoga Allah pandang usaha kita yang sedikit ini dan Allah redha pada kita.

Macam yang anak cucu semua tahu,Solat sangat penting. Kalau solat kita hancur! Amalan yang lain turut lebur.
Jadi kita kena jaga baik ini solat umpama menatang minyak yang penuh.Jaga baik baik jangan ada leaking.jangan bagi jatuh setitik pun apatah lagi tumpah.

Bukan senang nak jaga solat dizaman fashak dan mungkar ini.
Orang tua bagitahu, lebih mudah jaga solat kalau kita dapat jaga lima anggota badan kita.
Jaga mata,jaga telinga,jaga mulut dan lidah,jaga...erm...[dah lupa la pula!tak pun nenek tertidur ni! kat part ni] tapi yang last tu jaga hati kita.

Jaga bukan waktu solat sahaja tapi juga diluar solat.
Waktu waktu biasa tu pun kena juga jaga mata.Kawal pandangan. Kalau nampak jejaka handsome tu jangan nak tengok lama lama,tundukkan pandangan!
Begitu juga bagi anak cucu lelaki,nampak awek cun macammana pun jangan nak toleh dua tiga kali! nanti tergeliat leher!.tundukkan pandangan.

Kita tundukkan pandangan juga kepada mahluk mahluk Allah yang lain saperti emas, intan berlian rumah besar,Asbab asbab kepada kereta besar dan rumah besar dan lain lain yang sewaktu dengannya.
Maknanya kita redha dengan kehidupan yang Allah bagi pada kita.
Kan dari mata turun ke hati!
Dan dalam solat, pandangan mata kita mestilah hanya pada tempat sujud melainkan semasa tasyahud dimana kita mengalihkan pandangan ke jari telunjuk kita bila kita membaca syahadah.

Kita jaga telinga kita dari mendengar perkara perkara yang menjurus kepada dosa.
Biasalahkan,dizaman fashak dan mungkar ini,orang lelaki pun pandai mengumpat!. Mengumpat pasal politik dibolehkan ke?.Nenek rasa tak!.
Nenek rasa kalau kita anggap diri kita lebih baik dari orang lain kita akan rasa tak puas hati dan boleh termengumpat.
Jadi kita kena rasa yang orang lain lebih baik dari kita dan kita kena perbaiki diri.
Satu hal orang perempuan ni,Jangan nak duduk bergroup kalau bukan kerana agama.Ada aje yang buka cerita!.Bukan nak kata orang! nenek pun macam tu.Macam best and smooth aje...borak itu borak ini seluruh dunia sudah kasi pusing aleh aleh tercerita buruk orang! tak perasan.tu yang malas nak join lebih lebih.
Kalau masa khuruj tu, boleh pula duduk ramai ramai tapi tak ngumpat!
Riuh pun riuh gak sampai kejap kejap Amirah bagi isyarat suruh slow down! tukar tukar doa! tukar tukar tips menghafal surah.tukar resepi.Belajar itu belajar ini.Cerita nusrah Allah kat sini nusrah Allah kat sana!
Boleh pun tak mengumpat! ...eh...tak! tak! sebenarnya kitaorang banyak zikir,baca Quran,bangun malam fikir umat....macam biasa biasa orang khuruj buat tu!...ish...ter..
Tok Janggut pesan kalau nenek keluar rumah "ko jangan pula jadi tekong mengumpat! kalau ada orang ada tanda tanda positif nak mengumpat ko cakap "Jadam itu pahitkan!" cakap banyak kali sampai dia berhenti"

Jaga mulut dan lidah ni,Kita kena tau apa yang masuk dalam mulut kita dan terus ke perut dan akhirnya menjadi darah daging.Kita kena selective sikitlah.Jangan main belasah aje.Nenek bukan cakap pasal zat zat yang ada dalam makanan atau makanan seimbang bagai.nenek tak kesah tu semua.Kita kena pilih makanan yang tiada keraguan padanya.senang cerita makanan halal dari punca dan jenis yang halal.
Yang lidah pula kita jaga jangan tergelincir,jangan jadi kanibal makan daging sedara sendiri! dah tu ingat 'jadam itu pahit'.Lidah kena banyak cakap kebesaran Allah.Cakap lagi dan lagi supaya masuk dalam hati kita.Hati kita perlu dididik!

Dan kita kena jaga hati kita diluar dan didalam solat.Hati kita kata "Allah berkuasa mahluk tak ada kuasa! Allah Raja Semesta Alam.Tuan empunya dunia dan segala isinya.Kita hanya insan kerdil yang nak kelip mata pun perlukan izin dari Nya.Maka beranikah kita angkat muka dikala menghadapnya?.Bahkan dimasa lainnya?."

Masuk pula bab wudhuk.Bab wudhuk sangat penting.Kita kena tahu macammana Rasullullah Solat! begitu juga kita kena tahu macammana Rasullullah berwudhuk.Cara wudhuk mempengaruhi solat kita.Kita kena belajar macammana Rasullullah wudhuk dan macammana Rasullullah solat.

Nenek ingat lagi satu ustadz bagitahu peringatan dari Nabi junjungan kita:-

Jangan sujud seperti Anjing
Meletakkan ke tanah kedua dua tangan.

Jangan solat seperti gagak memakan bangkai.
Ia bermaksud pergerakan solat yang terlampau laju.

Jangan solat sepertimana serigala memandang kepada musuh.
Macammana serigala memandang musuh? Serigala pandang musuh dengan tidak menoleh!Badan tidak bergerak! hanya matanya sahaja yang bergerak dan melerek.

Jangan turun sujud seperti unta duduk.

Siapakah yang Rasullullah sifatkan sebagi pencuri yang paling jahat!
Dia adalah orang yang tidak menyempurnakan rukuknya.

Begitulah peringatan dari Rasullullah.

Peringatan dari nenek untuk anak cucu lelaki:-
Jangan lupa tengok kaki sebelum takbir! pastikan buku lali tak tertutup!
Jangan lupa doa sebelum bagi salam.Belajarlah doa yang Nabi kita tak lupa baca setiap kali solat tapi sebelum salam.

wallahualam

8 comments:

  1. Aslm,
    Alhamdulillah peringatan dan nasihat yg baik nek!
    Allahuakbar, susahnya kita nak dpt khusyu khudu' dalam solat...
    Sahabah ranhum tunaikan solat dgn gembira, suka, tapi kita tunaikan solat untuk lepaskan tanggungjawab sebagai seorang Islam, itupun dah kira baiklah daripada org yg tak mengerti kenapa kita kena solat, lebih malang lagi yg tak merasakan kewajiban untuk dia menunaikan solat...
    Ampunilah kami ya Allah...

    ReplyDelete
  2. salam,maksud solat yang di katakan oleh meiji mehrab ialah solat itu maksudnya ialah satu perintah Allah yang didirikan dlm satu waktu tertentu dgn kita mengikut saheh baginda(ikut mazhab masing2)dgn kita memutuskan hubungan dgn makhluk dan kita tenggelam dalam kebesaran Allah...

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam ummu Ali
    Susahnya menjaga hati ini dizaman sekarang ini!.
    Tapi kita kena terus berusaha selagi nyawa dikandung badan.
    Hati para sahabat telah dididik dengan sedemikian rupa sehingga mereka faham kehendak Allah dan Rasulnya dan mereka serahkan seluruh kehidupan mereka untuk agama.
    Insyaallah kita menuju kearah itu

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam anak pendang

    Bicara Tuan benar sekali
    Jangan Tuan bimbang dan ragu
    Nenek ini bermahzab shafie
    Tapi tak taksub pada Guru

    ReplyDelete
  5. Salam nenek... (betul ke dh tua nih?)

    Hi..hi..seronok baca entry nenek. InsyaAllah sama2 amalkan. Jemput juga kpd esemua rakan seusaha ziarah ke blog baru ana,minta respon n komen.. jazakillah. www.risalah-amal.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Nenek tua gemar berpantun,
    Pantunnye pulak tepat dan betul,
    Saya pulak tak pandai berpantun,
    Itulah jadi macam orang tak betul!
    hahaha...

    Walaupun saya tak pandai berpantun,
    Jangan digelakkan pantun saya,
    Nanti saya belajar cara berpantun,
    Jangan tertegun dengan pantun saya!

    Asyik berpantun entah apa2,
    Pantunnya merapu tak ada faedah,
    Daripada merapu entah apa2,
    baik dok atas sejadah!

    Tumpang menyelit..

    ReplyDelete
  7. To AliaAzuan
    waalaikumsalam
    nenek memang dah tua
    cucu pun dah dua
    Blog mu penuh warna
    Meriah dan ceria

    ReplyDelete
  8. To AmAtuLLAHiTA'ALA
    Pantun anakanda indah kias bermadah
    Sempat nenek renung dan nenek fikir
    Daripada merapu baik duduk atas sejadah
    Dapat juga bersolat dan berzikir

    ReplyDelete