Saturday, May 22, 2010

Pesanan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

1 hati 1 usaha 1 fikir 1 risau 1 amal 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada semua anak cucu nenek. semoga Allah redha dengan kehidupan kita.Hari ini nenek nak kongsi 1 pesanan dari orang lama :-

Telah menjadi ketetapan Allah Taala iaitu sesiapa yang ada agama dalam kehidupannya nescaya di dunia dia bahagia dan di akhirat dia selamat. Dan sesiapa yang tiada agama dalam kehidupannya di dunia dia merana dan di akhirat dia binasa.

Allah Taala telah menurunkan agama kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh sempurna. Perkara itu telah disebut oleh Allah Taala dalam kitab suci Al-Quran dengan firmannya yang bermaksud =

"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk mu agama mu dan Aku telah sempurnakan ke atas mu nikmat Ku dan Aku telah redha islam sebagai agama bagi mu"

Jika dikurang atau ditambah agama, sekali pun sehelai rambut nescaya akan ditolak oleh Allah Taala.Orang yang mengurangkan agama adalah cuai! orang yang menambahkan agama adalah zalim!. Masa untuk beramal dengan agama yang sempurna ialah sebelum mati.Tiba saat kematian,masa keemasan ini akan terlepas dari tangan. Oleh itu bawalah kehidupan agama dalam diri kita sebelum mati.

Hari ini umat tiada keupayaan untuk mengamalkan agama yang sempurna ini. Melalui usaha dakwah,beberapa sifat diusahakan bagi melahirkan keupayaan mereka.Apabila sifat sifat ini kita dapat hayati, nescaya mudah lah bagi kita mengamalkan agama dengan sempurna.

Sifat sifat itu ialah :-

1 - Yakin kepada kalimah Lailaha illallah.

2 - Solat yang khusyuk.

3 - Ilmu dan Zikir.

4 - Ikram muslimin.

5 - Ikhlas niat.

6 - Melapangkan masa keluar dijalan Allah @ Dakwah Illallah.

Insyaallah, Apa yang kita dengar kita dapat amal dan sampaikan dan kita tutup dengan tasbih kifarah.

9 comments:

  1. Suhbanallaahi wabihamdihi subhanakallahummawabiham dika Ashaduanlailahailla anta astagfirukawaatubuilaik

    ReplyDelete
  2. Tuan kita sudah tutup dengan tasbih kifarah dah tak boleh buka dah

    ReplyDelete
  3. Salam...

    MasyaAllah...6point, hari2 mau ckp lg dan lg..

    Err..nenek tkde bg mksud, klbihan dan cra nk dpt pon.. nak la dgr juga..nk bljr ngan org lama..

    Wallahu alam.

    ReplyDelete
  4. To Tuan hj Musa
    Jazakaullah khoiran kathiran

    ReplyDelete
  5. to Tok wan
    Eh! ye tak ye juga! habis macammana ni?

    ReplyDelete
  6. to aliaazuan
    waalaikummussalam
    Ala...ini kes tak ada idea nak buat entry lah ni hu hu hu

    ReplyDelete
  7. Salam..dah agak dah..hik hik..

    ReplyDelete
  8. Bukan tak ada idea tetapi semua itu adalah dengan perintah Allah. sesuatu kebaikan tak dapat dibuat melainkan dengan gerak dan dorongan daripada Allah swt. N3 ini adalah terbaik, tahniah, sebabnya bagi kita yang selalu dengar ia menjadi biasa tetapi bagi orang yang pertama kali membaca dia rasa mendapat sesuatu yang baru. Jadi sesuatu kebaikan yg Allah kurnia kepada kita jangan rasa ianya kecil tetapi kita syukur padaNya.

    ReplyDelete
  9. ok..lps ni kita kita akn muzakarah 6 sifat..sorg bg satu point..kita da 5 org..5x6..haa..dgn izin Allah kita dpt 30 point..insyaAllah..

    ReplyDelete