Friday, November 12, 2010

khas untuk Umu dan Ishak

Bismillah hirrohman nirrohim

1 fikir 1 risau 1 hati 1 amal 1 kerja 1 usaha 1 agama


Tergamam nenek terkedu nenek
membaca jemputan kat entry nenek
Kalau dah jodoh apa nak pelik
Kerja Allah,siapa boleh tilik


Jodoh adalah takdir Ilahi
Datang dengan ketentuan pasti
Dari Allah Robbul Izzati
Untuk insan yang dikasihi


Doa nenek buat kalian
Berkasih sayang sepanjang zaman
Biar datang ribut dan taufan
Kekal teguh berdua berteman


Bukan susah untuk bahagia
Hati kena selalu terbuka
Jangan tengok salah dia
selalu lah tengok salah kita


Hidup mudah bagi kita
Kerana kurang fikir dunia
Sekadar singgah sementara
Mengharap Redha Allah semata mata


Moga nanti dikurniakan zuriat
Asbab hidayat seluruh umat
Agama tersebar timur ke barat
Bahagia hidup mu Dunia Akhirat


Pesan nenek duhai anakanda
Jaga baik keluarga mertua
Sangat penting selalu peka
Tolong menolong keluarga bahagia


Bila baik dimata mertua
Buruk kita mereka lupa
kopi pahit pun tak apa
kerana manis mu dimata mereka


Duhai anakanda teruna dara
Jaga jugalah tutur dan kata
Jangan tersinggung keluarga mertua
Kelak berdarah lambat sembuhnya


Baik baik berumah tangga
Bermesyuarat paling utama
Supaya hati kekal sama
Moga Bahagia selamanya


Wahai anakanda bakal isteri
Mudahkanlah urusan suami
Moga masa yang berbaki
Dapat diguna sebagai da'i


Tentu lah anakanda lebih tahu
Ganjaran ganjaran yang menunggu
paling kurang 500 tahun lebih dulu
Bahagia di syurga kita menunggu

Wahai anakanda bakal suami
Berlemah lembutlah pada isteri
Jangan didedah kelemahan isteri
Harus ditutup,cuba perbaiki


Semoga Allah memberi berkat
Semoga dapat banyak zuriat
Semoga jadi asbab hidayat
Semoga kekal dunia akhirat

Wasalam

18 comments:

  1. masyaAllah...

    specially dedicated... :)

    ReplyDelete
  2. Salam nek,
    Nek yg ni tak boleh lawanlah tang pantun ni...
    Thumbs up!!!

    ReplyDelete
  3. to november zulu:yes! specially dedicated to both of them.

    to Umma-ali:Waalaikum salam tukang risik. he he heNenek tumpang gembira bila anak anak bahagia.

    ReplyDelete
  4. salam nek,

    Nk tompang hepi juge kat sini la..
    sdih + terharu bca pantun kat atas tu.
    Nnti nenek bleh jd wakil pihak pengantin brbalas2 pantun.hehehe.

    ReplyDelete
  5. salam..
    wah nek...untuk kak umu jerrr(",)
    kak umu sibuk barang kali kini...
    mguruskan hari y penting
    doakan kesejahteraan keluarga kami
    usrati sa'idah

    ReplyDelete
  6. waalaikumus salam.
    Nenek faham.tentu umu sedang sibuk menguruskan persediaan hari bahagia dia.Semoga semua ahli keluarga dalam sejahtera dan bahagia.Amin.Kalau terjumpa atau tercall.kirim salam kat dia ya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nenek yang umu sayang :)

    Allahuakhbar nek, maafkan umu ye. umu perasan sibuk je ni. Alhamdulillah Allah bagi keluangan masa untuk umu menziarahi nenek di sini. Bagaimana kesihatan nenek? Semoga nenek dalam keredhaan Allah swt sentiasa :)

    Nek, jazakillah ye atas puisi yang indah. keindahannya sarat dengan nasihat, doa, ingatan juga di sulami dengan kasih sayang yang membahagiakan.. sangat terharu umu di buatnya..

    Wahai nenek yang umu sayangi,
    pesan mu mengingatkan umu pada bonda yang telah pergi,
    ingatanmu jadi panduan diri,
    agar kelak bahtera yang di naiki bersama suami,
    menuju perlabuhan yang di redhai..

    nek, jazakillah atas ingatan nenek yang berpanjangan untuk umu.. :)

    ReplyDelete
  8. to umu6point
    Waalaikumussalam
    Insyaallah nenek sedang berusaha utk tidak duduk wad.tapi paras darah tinggal 9 [ni nenek tak fahm]kalau isnin ni check tak naik juga kena masuk la.doa utk nenek ye.Moga kta semua dalam keredhaan Allah.Amin

    ReplyDelete
  9. N3 nenek, lihat tajuk mesti baca sebab ada pantun nasehat yang bernas dapat dibuat pengajaran, teruskan jang terbaik

    ReplyDelete
  10. setelah baca kali ke 2 N3 ini baru faham ishak akan kahwin dengan umu6point, dia pun ada menjemput saya. Ishak atau Umu kah orang lancang, coz saya pernah buat usaha kat lancang sekitar awal tahun 90an dulu semasa bertugas d Felda sertik Karak, jadi kenal juga lah karkun lancang, Jadi apa pun saya ucapkan tahniah kepada mereka dan semuga allah merahmati mereka.Penyakit nenek itu biasa aje insyaallah tak ape, saya macam2 penyakit ada, tawakkal and makan ubat

    ReplyDelete
  11. kepada tuan musa,
    kpd nenek,izinkan mard menjawab sebagai adik kpd pasangan .....
    abang Ishak itu org lancang,pahang.
    kanda saya,kak umu,orang gemas,negeri sembilan.
    Jemput hadir juga
    minta doanya tuan musa.
    (",)

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum nenek.

    Alahai, Terharunya nenek tak sihat pun sudi mengarang pantun khas untuk kami.

    Siap digubah pantun nasihat,
    Nenek terkedu kami terharu,
    Pesanan nenek kami ingat,
    Dalam menempuh hidup baru,

    Kami doakan nenek sihat,
    Selalu makan makanan berkhasiat,
    Sebagai ikhtiar makanlah ubat,
    Disamping lakukan solat hajat,

    Nabi anjur kita lakukan,
    Sebelum ubat dahulukan sedekah,
    Jaga kesihatan jaga amalan,
    Moga hidup bertambah berkah.

    Berperkerti tinggi si gadis Jawa,
    Teruna Pahang terpikat hati.
    Kehormatan diri amat dijaga,,
    Dipertahankan elok penuh rapi,

    Orang beragama tinggi nilainya,
    Bukan mudah nak terima sebarang,
    Walaupun muda bagus akhlaknya,
    Fikir agama tak pernah lekang.

    Walaupun sibuk dengan pokok kurma,
    Usaha agama tidak dilupa,
    Ummi Ali dan suami tercinta
    Jadi asbab kami berjumpa.

    Tukang risik tersenyum gembira,
    Usaha menyatukan dua hati berhasil akhirnya,
    Besar sungguh saham diterima,
    Membina masjid dua keluarga.

    Singgah di masjid sebelum ke rumah,
    Mengambil berkat jemaah yang datang,
    Mengatur bicara menyusun langkah,
    Ingin melamar anak Imam tersayang.

    Sesama rakan seusaha senang cerita,
    Disambut baik hatinya suka,
    Bakal mertua ceria sahaja,
    Dah keluar empat bulan syarat utama.

    Sirih junjung sebagai kepala,
    Tujuh dulang hantaran telah kubawa,,
    Bertunang sudah lepas raya,
    Kini menanti dinikahkan pula,

    Kain sattin dibuat baju,
    Lawa di hati, lawa di mata,
    Kedua keluarga telah setuju,
    Tiba masa berukhwah pula.

    Selepas berewang merentas lautan,
    Dengan keazaman nak buat usaha masturat,
    Terima kasih nenek terima kasih kengkawan,
    Doakan kami dunia akhirat.

    Asma anak nenek, Diah adik Umu,
    Sama-sama kita tunggu, nenek pula nak bermenantu.

    ReplyDelete
  13. Asalamualaikum kepada semua pengkomen dan waalaikumus salam kepada yang memberi salam.

    to zarch : eid mubarak to you too son.walaupun dah lambat hu hu hu

    to anakanda ishak zaini

    Orang tua banyak cakapnya
    yang terfikir terus dinyata
    ikhlas dari seorang tua
    buat ishak sebagai nakhoda

    Asma pula lain ceritanya
    nenek belum puas bersama sidara
    setelah mesyuarat dan sandiwara
    akhir kata "ko cup aje dulu la ye"

    Kalau jodoh tidak kemana
    Mardiah bakal menyusul juga
    tak perlu berkasih tak perlu bercinta
    Janji Allah pasti datang jua.

    to AmAtuLLAHiTa'ALA
    pewwwit!pewwwit!pewwwit!

    doa kan kesihatan nenek ye.baru kuar sepital ni

    ReplyDelete
  14. To Tuan Hj Musa.

    Bila dah tua tua ni kena keluar masuk kot, ye tuan haji.Nenek juga redha kerana nenek memang banyak dosa.Alhamdulillah berpeluang dikifarah didunia ini.

    ReplyDelete
  15. The Best 8 Casinos Near Houston, Texas
    Casinos Near Houston, TX · 평택 출장샵 1. Caesars 구리 출장안마 Palace 계룡 출장샵 · 2. SugarHouse Casino · 3. Harrah's Cherokee Casino · 4. Wildhorse Casino 경상남도 출장안마 · 5. 전라북도 출장샵 The Stars

    ReplyDelete