Wednesday, February 10, 2010

Zaman Yang Terbaik

1 fikir 1 hati 1 usaha 1 kerja 1 umat 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu nenek, semoga kita semua berada didalam keredhaan Allah subha nahu wataala.

Nenek ada satu teka teki!!

Indah sungguh ciptaan Ilahi
Taman Jannah taman indah syurgawi
Sudah tentu anak cucu bijak bistari
Zaman apakah zaman yang terbaik sekali

Jawabannya...jeng..jeng..jeng...

Zaman yang banyak Unta dan taik Unta itu!! Ye! Zaman yang banyak kuda dan taik kuda itu. Zaman yang banyak kambing dan taik kambing itu. Zaman dimana Ilmuan Agung, Hafiz dan hafizah juga para syuhadak lahir dari pondok pondok kecil beratapkan kulit dan daun kurma.Zaman dimana dakwah adalah maksud hidup.Zaman orang kurang makan dan kurang tidor.Zaman tu la [Jawaban diatas itu adalah jawaban tok janggut kepada teka teki nenek itu. Sungguh kurang sopan tok janggut! tengok belah situ pula!]Tapi memang tepat sekali jawaban tok janggut.

Zaman Rasullullah s.a.w dan Para Sahabat radhiallahuan adalah Zaman yang terbaik.
Mereka adalah generasi yang telah dipuji oleh Robbul Alamin.

Sepanjang kewujudan manusia dari dulu sehingga kini belum pernah ada satu generasi pun yang sama saperti generasi sahabat sahabat Rasullullah s.a.w.

Sahabat sahabat adalah yang terbaik dari seluruh sahabat sahabat para Nabi dan Rasul.
Macam yang kita tahu semua Nabi dan Rasul ada sahabat sahabat mereka yang menjadi pembela Agama dan dakwah mereka.Dan sahabat sahabat Rasullullah s.a.w. adalah yang terbaik diantara mereka.

Ungkapan Abdullah bin masood radhiallahuanhu dibawah ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain lain dan telah disahkan oleh sebahagian Ulamak Ahli Hadith.
Insyaallah begini bunyi terjemahannya dan yang silap tentunya atas kelemahan nenek sendiri .

Berkata Abdullah bin Masood r.a.- "Sesungguhnya Allah melihat pada hati hati hambanya iaitu manusia, dan Allah dapati hati Muhammad s.a.w. adalah sebaik baik hati seorang hamba. Lalu Allah memilihnya untuk dirinya dan baginda diangkat menjadi Rasulnya iaitu utusan Allah untuk membawa risalahnya untuk seluruh umat manusia.

Kemudian Allah melihat ke hati hati hamba Allah iaitu manusia sesudah melihat hati Muhammad s.a.w.dan Allah dapati hati hati para sahabat radhiallahuan adalah sebaik baik hati manusia. Maka Allah jadikan mereka sebagai pembantu pembantu Nabinya yang sentiasa membela dan mendampingi Nabinya. Mereka berperang demi membela Agama Allah. untuk membela Agama Allah.

Mereka adalah orang orang yang memahami kebenaran.Mereka adalah orang orang yang diberi ilmu. Mereka adalah orang orang yang paling faham terhadap kebenaran risalah utusan Allah.Mereka paling faham AlQuran secara terperinci. Mereka orang yang paling faham dan tahu tentang Rasulullah s.a.w.Mereka paling tahu hadith hadith baginda. Mereka paling tahu tentang sunnah Rasulullah s.a.w.

Perjalanan hidup mereka adalah berilmu beramal dan dakwahkan.Mereka adalah orang orang yang berada dijalan yang lurus. Semoga kita terpilih mengikuti jejak langkah mereka.

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah

Asalamualaikum

4 comments:

  1. zaman yg terbaik itu lah khairul qurun... tiada syak lagi mengenainya.

    ReplyDelete
  2. Dulu aku ingat zaman yang terbaik tu zaman P Ramlee.. ohh... jahilnya..

    ReplyDelete
  3. Salam nek, gong xi fa cai sula mali, baju balu satu loli...hehe sesaja...
    Pernah seorang tabi'in memberitahu seorang sahabi alangkah baiknya jika saya dapat hidup pada waktu itu ie khoirul qurun...sahabi menjawab, jangan haraplah kamu dapat makan kenyang 2 @ 3 hari berturut2 pada zaman itu... pedang sentiasa tergantung di bahu bersedia menyahut seruan jihad...Allah...aku tak mampu seperti mereka namun hatiku amat mencintai mereka...alangkah bahagia andai ku dapat bersua mereka...

    ReplyDelete
  4. to Ziarah76,azharjaafar and umma-ali
    Ingat lagi kata kata Panglima Khalid ibnu Walid kepada Panglima Rom bila dia tanya 'Bagaimanakah kedudukan orang yang menjawab seruan dan memeluk islam pada hari ini'Tanya beliau lagi 'Apakah memperolehi?'ganjaran yang sama. Jawab khalid, "Ya bahkan lebih afdal!."
    Dan diterangkan lah sebab musababnya dengan panjang lebar dan dipendekkan disini
    'kerana mereka tidak pernah berjumpa dgn Rasulullah s.a.w. dan menyaksikan tanda tanda kerasulannya namun mereka tetap yakin dengan kebenarannya dan kebenaran Agamanya serta yakin dengan janji janji Allah subhanahuwataala. Iman dan yakin yang begitu berserta dgn amalan, akan memperolehi ganjaran yang lebih besar.Insyaallah
    Semoga kita terpilih.Amin

    ReplyDelete