Wednesday, February 24, 2010

Sihir itu permainan iblis

1 hati 1 fikir usaha 1 kerja 1 agama.

Asalamualaikum anak cucu semua! Semoga kehidupan kita dalam keredhaan Allah.

Hari ini nenek nak cerita sikit tentang tipu daya iblis yang nenek baru tahu kerana baru belajar, Tu la... muda muda dulu sibuk belajar cara cara nak kutip sampah sarap. Bila umur dah ujung ujung ni baru terkial kial belajar ilmu dan bercucuk tanam bagai.Cari cari bekal nak bawa balik kampong.

Tapi mula mula nak bagi warning dulu;

Takutilah Azab Allah sebelum mengatur langkah.Jangan kerana urusan sampah sarab hidup kita merana selamanya!

Dalam Al Quran ada 1 potong Ayat. Maksud terjemahan ayat Al Quran itu ialah " Aku akan paksa manusia naik gunung Sa ud."

Dalam menghuraikan maksud Ayat tersebut, Rasulullah s.a.w. memberitahu para sahabat r.ha. bahawa di Neraka ada sebuah bukit yang bernama 'Jabalun min Nar".
Ia adalah sebuah bukit yang dibuat daripada Api Neraka.

Bukit Api!!!

Akan dipaksa orang orang yang berdosa untuk naik keatas bukit api itu!.

Belum naik lagi! Baru letak aje tangan kat bukit tu, hancur kedua dua belah tangan! Bila diangkat tangan dia, jadi elok balik!.Begitu lah seterusnya berulang ulang.Tapi kena naik juga!. Bila letak tapak kaki,hancur tapak kakinya!.Bila angkat kaki,elok balik! bila letak kaki hancur lagi!. Begitulah azabnya!.

Dia dipaksa naik bukit itu selama 70 tahun!!! Kiraan akhirat pulak tu!!! sehari diakirat bersamaan 1000 tahun di dunia!. Bayangkanlah berapa lama!

Dah sampai atas dengan azab! kena turun berguling pun selama 70 tahun!.

Begitulah Amaran Nabi kita.

Manusia yang memilih untuk percaya keterangan hadith nabi ini dia selamat! insyaallah.

Asal usul sihir adalah pada zaman Nabi Sulaiman alaihisalam.

Diceritakan dalam Al Quran dan telah di terjemah dan di huraikan dalam kitab Ibnu Kthir lebih kurang begini-

Nabi sulaiman telah meninggalkan kerajaan baginda atas suatu urusan selama 40hari. Semasa peninggalan baginda syaitan telah ambil kitab pegangan Nabi Sulaiman alaihi salam dan dalam setiap 2 baris catatan dalam kitab itu, syaitan yang dilaknat Allah telah menambah ayat nya sendiri.Semua yang di tambah itu adalah jampi mentera sihir!.
kitab itu kemudian ditanam dibawah singgahsana Nabi Sulaiman Alaihi salam.

Bila Nabi Sulaiman alaihi salam wafat,Iblis telah sebarkan 1 berita bohong mengatakan bahawa Nabi Sulaiman dapat menguasai semua mahluk di muka bumi ini adalah dengan bantuan sihir.

Nabi Sulaiman Alaihi salam boleh menguasai semua mahluk dimuka bumi termasuk jin dan angin!. Bgitulah Allah bagi kehebatan pada nabi Sulaiman.

Untuk bukti iblis suruh pengikut pengikut nabi Sulaiman selongkar dan korek bawah tahta baginda nabi. Tentu lah jumpa pasal kan iblis dah tanam!!!

Lepas tu iblis kata 'Bukan Nabi saje! kamu pun kalau beramal dengan sihir ini pun boleh jadi macam Sulaiman!

Golongan yang mula mula terpengaruh dengan ajakan syaitan ini ialah golongan yahudi.

Allah turunkan 2 malaikat bernama Harut dan Marut untuk mengajar sihir,sebagai ujian kepada manusia.sebelum mengajar kepada yang hendak belajar mereka nasihatkan dulu supaya tidak belajar dan diberitahu amaran Allah dan tujuan mereka dihantar tapi kalau nak belajar juga mereka akan ajarkan.Kalau belajar maka binasaa! Yahudi belajar sihir dari Harut dan Marut. Rasulullah s.a.w. pun kena sihir! Yahudi sihir!
Dan sekarang ini sihir dah merata dan melata!

Ingat janji Allah! Semua masalah kena mengadu pada Allah.Tidak akan berlaku sesuatu tanpa kehendaknya!

Ingat pesanan junjungan besar kita!
Sabda Rasulullah s.a.w. lebih kurang begini-

"Barang siapa yang membaca Ayat Kursi sebelah pagi dia terpelihara sehingga menjelang malam. Barang siapa yang baca pada sebelah malam dia terpelihara sampai menjelang pagi."
Sahabat bertanya -"terpelihara daripada apa?" dan Rasulullah s.a.w. jawab "terpelihara daripada niat jahat manusia dan juga gangguan syaitan iblis dan ilmu sihir". Pegang petua nabi.Petua nabi adalah petunjuk dari Allah subhanahuwataala.Allah pelihara kita Insyaallah.
Jangan toleh toleh lagi.

Insyaallah kita tutup dengan tasbih kifarah

wassalam

.

10 comments:

  1. Sabda Nabi Muhammad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ
    - "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (An-Nasai, Ibnu Hibban)

    -Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad-

    Semoga kita dapat memperbanyakkan salawat keatas nabi Muhamad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ dan semoga kita semua mendapat syafaat dari Nabi dihari masyhar yang amat mengerikan.

    ReplyDelete
  2. Azam tambahkan berselawat! Insyaallah.
    Ya! ya! Masyar sungguh ngeri. Nenek pun tak berani potong rambut kerana mengharapkan syafaat dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

    ReplyDelete
  3. Selagi hdup usahakan la iman sedaya upaya. Hanya iman yang tulen sahaja akan di terima ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Jazakallah Daud.Peringatan yang sangat mahal

    ReplyDelete
  5. Aslm Nek,
    jazakillahu khoir, dapat byk maklumat tentang sihir2 ni...
    apa yg peliknya, makhluk suka bwt yg bukan2 ikut kehendak nafsu...terutama nya kita yg islam ni... macam tak percaya pada qudrat Allah... Belajar agama tak mau, ambik PHD (prsaan hasad dengki) je keje dia...
    Sebab tu lah kita kena tambah korban diri, masa, harta supaya diri kita dan ummat semua dapat amal agama keseluruhannya...syaithon kata , amik mana yg agak2 bole amal je...

    ReplyDelete
  6. setan takut pada sesorang selagi dia menjaga solatnya...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Salam Nenek,thanks for following my blog yg sgt lah takde apa compared to yours yg penuh dgn tulisan2 yg bermenafaat and very-very witty, seriously!!!
    This is my first time here and MasyaAllah, I looove your pantuns and gurindams.I always think that only genius could produce them...and my husband is one actually. I thoroughly admire all those who can. Hats off to you!

    ReplyDelete
  8. to akuhuduh
    Setuju tanpa was was.Solat khusyuk dan kuduk adalah senjata kita! Insyaallah

    to Nor
    Ermmm Aaa ermmmm...tak boleh nak cakap pasal hidung adalah kembang!
    Astagrfirullah hal azim!

    Actually I add you because I like to speak english with some one and I see that your english is fluent.By Allah's will,as you can see I can speak english but my grammer is terrible and my english is malayish so you see actually it is my advantage to know you dear girl. Asalamualaikum

    ReplyDelete
  9. to umma -ali
    Pegh! PHD baik punya short form!
    Nafsu ni kalah kat neraka lapar aje!

    ReplyDelete
  10. wduh ntu org yahudi akhirnya trpngaruh juga ma iblis ntu?...
    Mmang iblis ntu pnter bgt mngikuti irama dtak jntung mnusia?.. Jdi ngeri?!.. Mdah2 qta smua slalu trjga dan di lndungi ama yg pnya alam nie.

    ReplyDelete