Tuesday, November 10, 2009

Hidup dengan bijak

1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 kerja 1 agama
15/30

Asalamualaikum Anak anak dan cucu cucu nenek semua.

Semoga kita dapat hidup di dunia ini dengan bijak dan menjadi orang yang bijak.

Siapakah orang yang bijak?

Doktor? Jurutera? Guru? atau Drebar teksi?

Bukan! bukan! bukan!!!

Bukan itu katagorinya! itu semua hanyalah satu kemahiran hidup!. betul tak cakap nenek?.Tapi kalau dia dapat memunafaatkan skil kemahiran hidup itu untuk meraih saham saham untuk dibawa balik kampong. tentu lah kampung yang kekal abadi la kan. Kampung yang kehidupannya tiada penghujung itu, Maka dia sangat bijak!

Nenek selalu cakap dengan anak anak, Apa apa yang dipelajari di sekolah adalah skill untuk mahir hidup kat dunia ini. Supaya mudah asbab rezekinya. Pasal rezeki Allah yang bagi, kita duduk duduk goyang kaki pun Allah bagi rezeki juga!. Allah tak memerlukan asbab tapi kita yang banyak dosa ni kenalah cari asbab la kan.

Tak faham lagi?

Contoh - Seorang anak yang hari hari mengadap emak dan bapak dia motong getah. Bangun awal pagi, balik petang petang, akan berkata dalam hatinya - ' Mampos aku kalau kena sara anak bini macam ini seumur hidup aku!, baik aku belajar pandai pandai mana tahu dapat jadi kerani, hari hari aku ngadap komputer, boleh la layan ym ke. friendster ke atau my face bagai, Bahagia hidup aku!Boleh jugak mak bapak aku tumpang senang!'

Maknanya anak pemotong gerah itu memilih satu kemahiran untuk dia mudah hidup kat dunia ini!.Dia tidak mahu skil potong getah!.

Nenek selalu pesan dengan anak anak. Pilihlah satu kemahiran yang boleh bantu mudahkan kerja bukan yang mendatangkan masalah pada kerja.

Tak faham? Allah bagi faham!

Contoh - Kemahiran berniaga sendiri adalah satu skill asbab rezeki yang sangat baik kerana ia tidak akan menganggu pekerjaan kita.

Contoh lagi - Skil sebagai pensyarah adalah satu kemahiran yang tidak memerlukan kekuatan fizikal jadi tidak lah penat sangat dan cuti pun banyak,sudah tentu banyak masa boleh diberi pada pekerjaan kita.

Okay, dah faham dah?

Jadi siapakah orang yang bijak?

Orang yang bijak tentu lah orang yang hari hari ingat mati!

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa siap sedia. Kumpul apa yang boleh dibawa.

Pastikan yang ditinggal tetap bermunafaat dan tidak mendatangkan mudarat.

Jadi apakah pekerjaan kita?

Tentulah Dakwah IL Lallah!

Itu lah sebenar benar kerja kita

Ada faham ka?

Allah bagi faham

Wassalam

4 comments:

  1. aslm,insyAllah, Allah bagi faham...tp klu duk goyang kaki tengok tv dapat faham juga...faham ape citernya laa...sbb tu dgn mujahadah kita tmbah faham...sbb tu bwt tklim kne duduk baca kuat bole dgr,istiqomah masa dan tempat...bole jua bc buku yg sama sambil baring2, sambil meniarap, sambil main buaian...tapi nur kfhmn takkan sama...
    eh, sama jugalah kita ni ngadap computer...xkan dpt fhm yg sama sbb tu kna turun padang kuar jln Allah, betul tak kak?peringatan untuk saya ni... kadang2 leka dgn bende ni...melekat je x jd keje lain...astghfrullah...
    saya pun insyaAllah bakal jadi nenek tp anak br sebulan kwin...

    ReplyDelete
  2. `waalaikumsalam Umma-Ali,nenek pun tak perasan tengah duk tenet tenet ni, lebih kurang goyang kaki jugak la kan, Allah bagi rezeki juga. Sungguh Allah maha pengasih!

    Ye la, masa taklim kan kita ikut peraturan dan syarat, adalah nur!

    Kalau baca macam buku cerita, baring tergolek bagai hampeh la jawapnya!

    ReplyDelete
  3. btul3...sy plak insyaAllah ari2 kene duk depan pc sb keperluan kami di sini
    (http://takaful-am.blogspot.com) sambil tu goyang2 kaki. InsyaAllah rezeki Allah bg.

    ReplyDelete
  4. to ahlia azharjaafar.Alhamdulillah!
    itu satu skill kemahiran asbab rezeki yang sangat mudah, kalau suami keluar, anak isteri boleh ambil alih!.
    nenek suka!!
    kalau anak anak nenek pilih untuk niaga,
    nenek lagi suka!!!

    ReplyDelete