Tuesday, December 11, 2012

Risau risau risau

Dengan lafadz Bismillah

1 fikir 1 risau 1 usaha 1 kerja 1 Agama

Apa khabar anak cucu nenek semua.Semoga semua dalam iman yang betul dalam apa keadaan sekali pun.

Dugaan dan cabaran ada berbagai bagai tetapi bila iman kita betul,kita akan berjaya akhirnya.tapi bila iman kita tidak betul kita akan kecundang dan selama lamanya gagal.

Itu yang kita perlu takut.Kita perlu takut apabila Allah katagorikan kita sebagai GAGAL selama lamanya.

Iman yang betul sangat penting.Sebab itulah Kalimah Shahadah kita kena ucap hari hari.kena faham maksud yang tersurat dan tersirat.kena check hari hari 'adakah iman aku masih utuh?'

Hanya perlu Ucap 2 Kalimah Syahadah untuk jadi Islam.Maknanya kalau baru masuk islam tapi dengan iman yang betul,masuk syurga insyaallah tanpa buat amalan apa pun.begitu mudah kan.

Tapi iman yang betul ini sangat susah kerana syaitan tidak akan membiarkan iman kita betul.dia akan berusaha untuk merosakkan aqidah kita.

Iman yang betul??

Iman yang betul tu macamana?

Iman yang betul maknanya 'Tidak mensyirikkan Allah, samaada sedar atau tidak sedar. samaada sengaja atau tidak sengaja.

Kena yakin segala yang berlaku adalah kehendak Allah.kena menafikan apa yang kelihatan di mata dan menyangkal dengan hati.

nenek bagi contoh mudah :-

Kita balik sekolah ni....lapar gila...
Asalamualaikum! Masuk rumah...
Pergh.... bau kammain..
Basuh tangan baca doa dan Bismillah
Mengadaplah rezeki Allah sehingga kenyang.

Bila kita lapar, otak kita kata 'kena makan'.memang Allah buat macam tu.tapi kita kena yakin Allah yang bagi kenyang Nasi tak bagi kenyang tapi Allah yang bagi kenyang.dan Allah juga yang bagi sedap.
Berapa banyak orang makan macam yang kita makan tapi tak kenyang kenyang dan berapa banyak orang makan yang macam kita makan tapi tak rasa sedap.

itu contoh mudah je

Allah tak suka diduakan.Allah nak kuasa mutlak.kita tak boleh syirik
.
Kita tak boleh syirik dalam apa keadaan sekali pun.
.
Allah juga tidak suka perantara.
Kalau nak minta apa pun minta je terus.tak payah suruh bomoh mintakan.
Rasullullah dah tunjuk macamana nak hidup kat dunia ni,dah bagi contoh dan para sahabat pun dah ikut dan Allah dah janjikan kejayaan untuk mereka.

Kita cuba untuk ikut cara mereka kerana Allah redha dengan kehidupan mereka
.

Saturday, September 22, 2012

Dengan Lafaz Bismillah

1 fikir 1 kerisauan1 kerja  1 amal 1 agama


Asalamualaikum anak cucu semua.Semoga Allah redha dengan kehidupan kita yang singkat ini.

macam macam benda kita nak buat kat dunia yang sekejap ini..kalut kalang kabut.semua nak buat.semua nak tahu.semua nak rasa.sampai rasa macam masa yang Allah bagi tu tak cukup.kejap kejap dah malam.Bangun pagi buat itu ini tup tup dah malam balik.

Begitulah seronoknya kat dunia sementara ini..

Tapi kena ingat....Dunia sementara......Akhirat selamanya.

Bukan suka suka je kita kat dunia ni. Ada misi untuk kita.Kita  kena jaga Agama kita.Semua orang kena fikir untuk  Agama yang di bawa oleh Nabi kita.Semua orang kena fikir macamana setiap orang yang mati,mati dalam kalimah. Hidayah sudah tentu kerja Allah.Tugas kita lah untuk fikir dan risau.

Teringat pulak satu kesah kat sepital ni.ada satu doktor tu cerita......

Dua orang pesakit dia dah nazak,dua dua pesakit cancer.sorang melayu dan sorang lagi tu cina..Jadi ujung ujung tu doktor tu ajar la pesakit melayu dia tu mengucap kalimah. dah ajar berkali kali tapi tak juga terucap.tangan dia asyik bergerak gerak je seolah olah macam pegang remote control.tapi dia tak putus asa dia ajar lagi dan lagi tapi tiba tiba pesakit bangsa cina itu yang mengucap dua kalimah syahadah sebelum menutup matanya.Doktor itu tergamam terus hari tu juga minta cuti untuk keluar 40 hari.

Hidayah Allah adalah untuk yang terpilih.Janji Allah itu benar.


Sekarang ni kita dikejutkan oleh orang islam yang melatah.

Kenapa nak melatah sekarang.Bukan kah selama ini kita biarkan saje agama kita.Kita tak pupuk akidah anak anak kita.Anak anak tak amal agama kita tak kesah apa tah lagi anak jiran.kita tak ambil tahu pun kalau masjid dikawasan rumah kita tak hidup amalan masjid..Pada hal kekuatan ummah bermula dari amalan masjid.Ikut lah apa yang Rasullullah dan para sahabat buat.memang mereka itu lah contoh kita.kalau kita nak berjaya memang nak tak nak kena ikut cara mereka.Kena sebarkan agama.

Kalau kita tak  ada kekuatan.buatlah cara orang tak kuat.duk diam diam dulu..buat kerja dulu dengan sabar.Insyaallah Allah bagi kejayaan.tapi kena buat kerja, kena ada fikir,kena ada risau.Janji Allah itu pasti.


teremosi pulak

wasalam               .                                                                  


Wednesday, June 20, 2012

menyingkap rahsia kehilangan


Dengan Nama Allah Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang

1 fikir 1 risau 1 kerja 1 amal 1 hati 1 agama


Asalamualaikum semua anak cucu

semoga Allah memberkati kehidupan kita.

Coretan ini nenek tujukan kepada mereka mereka yang tak puas hati...

Moga moga terjawab sudah segala persoalan

Moga moga hilanglah segala kemusykilan

Moga moga tiada lagi dendam....


Ramai orang tidak puas hati bila ada sesetengah orang datang ke masjid utk solat sahaja.

kalau ada program lain kat masjid,mereka tak nak join.

kalau ada ceramah ke, kelas ilmu ke atau pengajian ke, mereka hilang.

ramai orang musykil tentang hal ini.

jadi ...jeng jeng jeng...mengorek rahsia kehilangan......

Sebenarnya macam ni......

Benda ni surirumah yang lebih tahu....

pasal surirumah lah penjaga waktunya.

senang macam ni lah....nenek bagi contoh....

situasi

gek...gek...gek...kereta baru masuk porch.suami baru buka pintu kereta...

suami "as..."

isteri  "bang! dah komat bang! [ish minah tak sempat laki ko bagi salam ko dah mengelupur]

suami "ha! dah komat??"  [terus masuk balik kereta undur gi masjid. tahan lah dulu nak kencing ke lapar ke belengas ke sebab nak kejar solat berjemaah.

ni kalau kat masjid tu ada program lepas solat tu. agak agak mamat tu nak tak duduk program.kalau iman kuat insyaallah...

Berlainan pula dengan haji ludin dan isterinya hajah bedah. yang kehidupan mereka lebih santai.

hajah bedah  "bang malam ni rabu bang..."

haji ludin       "eh ada pengajian kat masjid hari ini kan, kita pergi lepas magrib lah...

Begitu lah nenek bagi contoh kehidupan orang yang sangat mementingkan solat berjemaah.Mereka terlepas pandang soal yang lebih kecil walaupun agak penting juga.

Mereka lebih menjaga waktu solat.Waktu solat jadi keutamaan mereka. Mereka akan tinggalkan pekerjaan lain untuk mendahulukan solat.memang kena cepat lah.lepas solat aje dah hilang...

Berbeza dengan orang yang pergi ke masjid sekali sekala atau ke masjid hanya bila lapang.mereka lebih santai.

Mereka yang Allah bagi faham sikit akan kepentingan solat berjemaah itu, tak mahu faham sorang sorang je.mereka usahakan juga moga moga Allah bagi faham juga jiran jiran dia kawan kawan dia dan orang lain  juga.Pendek cerita nak sama sama masuk syurga insyaallah. tu yang dalam penat penat pun gigihkan juga ikut program ajak orang ke masjid dan fikir agama hari hari.

moga kemusykilan kalian terjawab...

wasalam

Thursday, May 24, 2012

1 fikir 1 risau 1 iman i kerja i agama

Dengan lafadz Bismillah

Asalamualaikum kepada semua.

Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah yang Maha Berkuasa.

Memberati solat bermaksud 'mengutamakan solat'

Macamana kita nak didik anak kita untuk mengutamakan solat???

Sebenarnya tak susah didik anak ni,kita cuma kena bagi contoh je.

Kita kena bagi contoh yang kita boleh buat. dan kalau kita boleh buat dia orang pun tak boleh perlekeh.betul tak?

ni kalau kita cakap dan suruh je tapi tak mampu buat dia orang akan cakap 'mak ni cakap tak serupa bikin la'

Sebagai ibu kita kena bagi contoh yang mantap untuk membuktikan kewajiban mentaati satu satu arahan itu.

Nenek ingat lagi zaman dulu dulu masa anak anak masih kecil.

Kami juga cuba menerapkan 'mengutamakan solat' pada diri anak anak kami.

Ada banyak situasi dimana kami terpaksa korbankan untuk bagi tahu anak anak yang kami mengutamakan solat.

situasi 1

Bangun lambat {mak bapak bangun lambat sekali]

Bas sekolah dah tunggu kat depan rumah,hajat hati nak cepat cepat pakaikan baju je,mandi pun tak payah.tapi mengenangkan nak mengutamakan solat,tok janggut kena turun jumpa driver kata nanti nak hantar sendiri. ikut kan anak tak baligh lagi bolehlah pejam mata sekali sekala. sudahnya lepas solat kena ngantar.

situasi 2

Tengah bersilat kat dapur ni, tiba tiba azan berkumandang.
terus je tutup api. tunggu azan habis baca doa dan terus ambil wudhuk dan solat.
kata nak jadi contoh kan.tapi kalau anak jenis mulut jujur tu dia tanya kita  pulak
'mak kan kena menunggu solat,kenapa mak kat dapor lagi, patut mak tengah kat sejadah tunggu masuk waktu'
err tak dapet den nak jawab,
boleh tak macam ni 'hari ni hari iman mak lemah kot ko doa lah ye mintak Allah tingkatkan iman emak'

situasi 3

Tengah syok borak kat tembok ni,anak anak pun tengah gigih main galah panjang.
topik borak best gila hangat pastu tengok jam hampir masuk waktu terus kerah anak anak balik dan mak pun kena balik jugak lah walau pun cerita dah climax.anak anak sendiri dan anak anak jiran tunjuk rasa kecewa pasal dah nak menang tapi kami masih berpegang kepada prinsip 'mendulukan solat' jadi buat buat tak faham je

wasallam




Tuesday, May 15, 2012

Memberati Solat

1 fikir 1 hati 1 kerja 1 fikir 1 risau 1 iman.

 Asalamualaikum.

 Semoga kehidupan dunia kita Allah takdirkan menjadi asbab kebahagian manusia dalam kehidupan Akhirat.

 Kita sentiasa mengharapkan takdir yang baik.kita sentiasa berdoa semoga kita ditakdirkan mati dalam iman dan ditakdirkan masuk syurga.

Kalau dapat tanpa hisab tu best la kan.itu lah yang kita cari kan. tapi kalau kena seksa kena bakar bagai sampai hitam legam dan tulang belulang berkecai pun kita akan diangkat dan dimasukkan ke syurga juga kerana Allah dah janji iman sebesar zarah pun dapat masuk syurga.

Pasal tu la kita kena doa hari hari moga kita ditakdirkan masuk syurga dan buat amalan amalan ahli syurga.

 Bila Allah takdirkan kita masuk syurga,Insyaallah kita mati dalam iman. Insyaallah sejahat mana pun kita pada awal kehidupan kita, pada akhir kehidupan kita insyaallah kita akan terdorong untuk membuat amalan ahli syurga.

Tapi nauzubillah bila seseorang itu takdirnya ialah ahli neraka,biar diawal kehidupan, beliau adalah seorang yang warak dan banyak buat amalan ahli syurga tapi diakhir kehidupan beliau,beliau akan terdorong untuk buat amalan ahli neraka.Nauzubillah hi min zalik.

Namun kita sangat yakin Allah maha pengasih dan penyayang dan sangat menyukai hambanya yang merayu rayu dalam doanya.Dan Allah sentiasa memperkenankan doa hambanya.

eh tadi nak cakap pasal solat kan???

 lain kali lah ye

 wasallam

 p/s jangan lupa doa utk istimak sri petaling semoga dae dae dapat dikeluarkan keujung ujung dunia dan semoga menjadi asbab hidayat Allah tersebar keseluruh Alam

Friday, November 11, 2011

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum semua semoga kehidupan kita ini asbab kejayaan kepada kehidupan yang kekal.

Kehidupan sementara ini memang penuh ranjau kerana ini adalah tempat ujian dan Allah sangat suka pada manusia yang patuh dan taat dalam semua keadaan.Allah sangat suka kita merayu rayu lebih lebih lagi bila bersaorangan dikala sunyi sepi.

Buat seorang hamba Allah, Semoga Allah menambahkan rahmat kepada Tuan.

Pesan nenek kepada tuan
Lihat lihat lah kiri dan kanan
Tuan baru berpasangan
Moga bahagia berpanjangan

Isteri baru masuk islam
Belum dalam dia menyelam
Tengah meraba dalam kelam
Moga Allah bagi faham

Tahu kah Tuan tentang meroyan
Itu adalah penyakit perempuan
Kata doktor pasal hormon kan
tapi bahaya gila meroyan

Kira wanita lepas bersalin
Suami kena lebih prihatin
Ambil berat jangan main main
Moga fikiran tidak ke lain

Fikir lain datang murung
Bila murung fikir serong
Setan datang berbondong bondong
Asbab buruk tak tertolong.

Wahai Tuan suami dan bapa
Jangan Tuan selalu leka
Ajak isteri berbual bicara
Moga hatinya selalu ceria.

Perdengarkanlah hadith selalu
Kerana ia pedoman laku
Ia bukan sebarang buku
Kerana ia pedoman hidup mu

Perempuan dalam pantang
Kena selalu dalam tenang
Zikir selalu malam dan siang
menangkis gangguan yang mendatang

Hanya Allah maha berkuasa
Mahluk tiada daya upaya
Sematkan ia dihati kita
Moga bahagia selamanya

Namun masih belum terlambat
Untuk Tuan bertitik tolak
Mengurai benang berselirat
Supaya teratur cantik terikat

Doa nenek buat kalian
Moga Allah permudahkan





Apabila akidah kita diuji... hanya kepada Allah kita mengadu

Wednesday, July 20, 2011

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 iman 1 agama

Assalamaualaikum kepada semua anak cucu dan sahabat handai yang nenek rindui.Semoga kehidupan kita kini bermunafaat kepada kita kehidupan kita kelak.Sudah agak lama juga nenek meninggalkan blog ini.Alhamdulillah hari ini Allah bagi keizinan dan juga Alhamdulillah kerana rezeki kesehatan yang baik.Segala puji bagi Allah.Kita hanya lah sekadar pelakon pelakon yang skriptnya telah di lakar dan Allah sediakan.Episode episode kehidupan kita telah digariskan.Bahkan penghujung cerita pun dah siap.

Sekali imbas,macam senang kan? iya lah macam pelakon pelakon tu...

Ikut aje lah skript tu. lakonkan lah sebaik mungkin.Buat apa yang producer suruh.Insyaallah jadi pelakon kesayangan.Tapi kalau mandai mandai buat penambahan atau buat skript sendiri nahas kau!!

Tapi tu..la... bukan senang nak ikut skript.

Perasaan "kalau aku buat macam ni lagi bagus" selalu ada .

Bukan kah kalau kita fikir macam gitu kita sudah rasa kita lebih baik dari Boss kita. sedangkan kita sebenarnya kena ikut aje skript tu.

Begitu lah kehidupan kita sekarang yang telah banyak lari dari Al Quran dan Al Sunnah dan kita banyak mengikut anutan agama lain yang tidak ada kena mengena dengan Islam langsung.Contohnya saperti mengirim pada Orang yang telah meninggal dunia.

Amalan mengirim ni sebenarnya adalah amalan orang china.mereka mengirim barangan dan wang dari kertas untuk kaum kerabat dan saudara mara yang telah meninggal dunia manakala orang islam mengirim bacaan Tahlil untuk kaum kerabat dan saudara mara mereka mengikut hari bulan dan tahun.Sama macam orang Cina cuma kiriman yang berlainan.

Sampaikah kiriman itu?

Pada nenek kita buat lah yang Rasullullah ajar kita buat. Tak payah lah buat yang Rasul kita tak suruh dan tak ajar. Takut sekadar penderitaan pada penerima kerana Bidaah bukan perkara main main.

wasallam