Wednesday, June 20, 2012

menyingkap rahsia kehilangan


Dengan Nama Allah Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang

1 fikir 1 risau 1 kerja 1 amal 1 hati 1 agama


Asalamualaikum semua anak cucu

semoga Allah memberkati kehidupan kita.

Coretan ini nenek tujukan kepada mereka mereka yang tak puas hati...

Moga moga terjawab sudah segala persoalan

Moga moga hilanglah segala kemusykilan

Moga moga tiada lagi dendam....


Ramai orang tidak puas hati bila ada sesetengah orang datang ke masjid utk solat sahaja.

kalau ada program lain kat masjid,mereka tak nak join.

kalau ada ceramah ke, kelas ilmu ke atau pengajian ke, mereka hilang.

ramai orang musykil tentang hal ini.

jadi ...jeng jeng jeng...mengorek rahsia kehilangan......

Sebenarnya macam ni......

Benda ni surirumah yang lebih tahu....

pasal surirumah lah penjaga waktunya.

senang macam ni lah....nenek bagi contoh....

situasi

gek...gek...gek...kereta baru masuk porch.suami baru buka pintu kereta...

suami "as..."

isteri  "bang! dah komat bang! [ish minah tak sempat laki ko bagi salam ko dah mengelupur]

suami "ha! dah komat??"  [terus masuk balik kereta undur gi masjid. tahan lah dulu nak kencing ke lapar ke belengas ke sebab nak kejar solat berjemaah.

ni kalau kat masjid tu ada program lepas solat tu. agak agak mamat tu nak tak duduk program.kalau iman kuat insyaallah...

Berlainan pula dengan haji ludin dan isterinya hajah bedah. yang kehidupan mereka lebih santai.

hajah bedah  "bang malam ni rabu bang..."

haji ludin       "eh ada pengajian kat masjid hari ini kan, kita pergi lepas magrib lah...

Begitu lah nenek bagi contoh kehidupan orang yang sangat mementingkan solat berjemaah.Mereka terlepas pandang soal yang lebih kecil walaupun agak penting juga.

Mereka lebih menjaga waktu solat.Waktu solat jadi keutamaan mereka. Mereka akan tinggalkan pekerjaan lain untuk mendahulukan solat.memang kena cepat lah.lepas solat aje dah hilang...

Berbeza dengan orang yang pergi ke masjid sekali sekala atau ke masjid hanya bila lapang.mereka lebih santai.

Mereka yang Allah bagi faham sikit akan kepentingan solat berjemaah itu, tak mahu faham sorang sorang je.mereka usahakan juga moga moga Allah bagi faham juga jiran jiran dia kawan kawan dia dan orang lain  juga.Pendek cerita nak sama sama masuk syurga insyaallah. tu yang dalam penat penat pun gigihkan juga ikut program ajak orang ke masjid dan fikir agama hari hari.

moga kemusykilan kalian terjawab...

wasalam

4 comments:

  1. Ooo, maksud nenek, org y selalu tergesa-gesa p masjid td tu nak kejar solat jemaah, lps habis, dia terus balik rummah nak kejar benda lain pulak ye..

    berlawanan dgn org y jarang p masjid solat berjemaah, mereka akan set hari/waktu tertentu ja p masjid utk solat bjemaah n dgr pgajian sekali..

    Sbb tu, ramai y kaki solat bjemaah selalunya, x berkesempatan nak dgr pgajian lps solat bjemaah

    :)

    ke mard slh?Allah bg faham
    TQVM nenek

    ReplyDelete
  2. haah mard macam tu la.bukan pasal tak nak ikut pengajian ke hape.tapi sibuk yang amat nak mandi pun tak sempat hu hu hu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    lama xdgr nenek bercerita... hmmmm sangat lah bersetujunya... kerana mmg betul pun... maghrib adalah critical hours... sgt padat... kdg2 kesian jg tgk suami terkejar2... InsyaAllah, akn diusahakan kaki jemaah di masjid, akn dok skali pengajian dgn penuh talab... Amin! moga Allah mudahkan - CS

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam suha,
    insyaallah bila Allah bagi kesehatan dan kelapangan nenek ketuk ketuk jugak papan ni.kata hobi kan

    ReplyDelete