Sunday, October 27, 2013

Bismillah

1 hati 1 fikir 1 kerja 1 usaha 1 agama

Asalamualaikum anak cucu semua semoga kebahagiaan kita menjalani hidup di dunia ini menjadi asbab kebahagiaan hidup kita di akhirat kelak.

Dalam menjalani hidup di dunia yang kucar kacir ini marilah kita kembali kepada tauhid tanpa kompromi kerana kehidupan kita hari ini banyak menjurus kita kepada syirik tanpa kita sedar.

'Mengesakan Allah'
Tauhid ini ada pada setiap manusia.
Semua orang percaya bahawa semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah belaka.

Orang musyrikin dahulu dan sekarang tidak yakin dengan patung dan ukiran atau gambar yang mereka sembah.mereka tetap yakin Allah yg boleh memberi munafaat dan mudarat.

Sama juga macam orang yg mengunakan perantaraan wali wali yg telah meninggal atau berkompromi dengan mahluk Allah yg tidak kita lihat.

Semua orang bercita cita untuk masuk syurga setelah mati.Tak siapa pun nak masuk neraka.

Syarat masuk syurga dua je : Iman dan Amal Soleh

Kalau iman dan amal sudah ada dalam diri kita, Allah jamin syurga asalkan kita tidak buat sesuatu yang menjadikan ia terbatal. Kena jaga syahadat kita iman kita dan islam kita agar tidak terbatal.

Apa itu amal soleh.
Amal soleh ialah amalan amalan yang mencontohi ibadah Rasullullah.s.a.w.

Kita kena Ikhlas
Apa itu ikhlas
Maksud Ikhlas ialah tunduk patuh kepada Allah dan Rasulnya

Kita harus tahu dan yakin iaitu tidak ada ketaatan kepada Rasulnya melebihi ketaatan para sahabat kepada Rasullullah s.a.w.kita harus yakin bahawa kalau sesuatu ibadah itu adalah lebih baik,tentu para sahabat telah membuatnya untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada Allah azza wajalla dan Rasullullah s.a.w.

Kenapa?
Kerana mereka lebih alim dari kita,lebih warak dari kita dan lebih takwa dari kita.juga lebih berserah diri dengan keputusan Allah.dan Allah redha dengan kehidupan mereka.

Adakah alasan lain yang menjadikan kita lebih baik dari mereka?

Marilah kita hisab diri kita dan berfikir

Semoga Allah beri hidayat kepada kita semua untuk perbetulkan amalan

wassallam


1 comment: