Saturday, December 26, 2009

Telah terjadi dan sedang terjadi

1 hati 1 fikir 1 kerja 1 usaha 1 agama

Asalamualaikum Anak cucu nenek semoga sejahtera

Ibadat Tanpa Ilmu

Beribadat tanpa ilmu sangat merbahaya. Beribadat dengan hanya ikut cakap orang lagi bahaya.Kita kena tahu apa yang Allah Firmankan dan suruh dan cara mana Rasullullah buat dan kita mencontohi Baginda dan Para sahabat. Kita kena tahu Ayat mana dalam AlOuran terbit arahan itu dan dalam Hadith mana cara Rasullullah dan para sahabat melakukan nya. Dan Hadith itu hendaklah semestinya Sahih!
Ilmu sangat penting supaya kita tidak lari dari landasan!.

Macam yang kita nampak berlaku sekarang ini ada gulungan yang berilmu tapi mengunakan ilmu untuk kepentingan dunia dan disesuaikan pula dengan citarasa manusia supaya manusia suka. Malah ada orang berilmu yang mengetahui kebenaran tapi menyembunyikannya!. Manusia ni kan macam macam!

Tu yang penting sangat belajar ilmu! terutama pada anak cucu lelaki kerana korang adalah Amir dan bakal Amir! Jangan bagi kapal tengelam nak! Pegang stereng elok elok!

Kita tak mahulah jadi yang macam Rasullullah sabdakan dalam hadith tu yang maksudnya lebih kurang Allah bagi nenek faham sikit atas asbab kelemahan nenek, yang maknanya, Umat Islam ini akan mengikuti jejak langkah orang yahudi sejengkal demi sejengkal kemudian sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lobang pun pasti umat islam akan ikut!

Dan sekarang telah terjadikan! Dimana kita terpaksa berurusan dengan bank yang muamalatnya diubah begitu rupa dengan akad bagai supaya nampak halal dan lebih islamic! Juga riba yang di akad sebegitu rupa dan menjadikannya nampak islamic juga!tapi tak apa lah! ada aje alternatif lain! tak payah lah berhutang! Hidup ala kadar aje! bukan lama pun! singgah je! betul tak? tepuk dada tanya iman la kan!
Lainlah kalau kena ugut " kau kena amik juga! kalau tak aku tembak!!" owh.. kalau macam tu pun kena fikir jugak nak mati macam mana! Nak mati kerana Agama ke? atau nak mati kecut?

ish... nenek ni dah melalut pulak! ni serious ni!

ok lah nanti sambung ye

Monday, December 21, 2009

1 fikir 1 hati 1 kerja 1 agama
Asalamualaikum anak cucu semua,

Kita sambung balik cerita dulu tu ye! kan tak abis lagi!

Telah terjadi Sedang terjadi dan Akan terjadi

2] Orang Jahil diangkat sebagai Ketua Agama. Dengan fatwa fatwanya yang sesat dan menyesatkan.Bukan saje mereka sesat tetapi juga menyesatkan orang lain.

Ini telah terjadi dan sedang terjadi!.
Diakhir zaman ini Ulama sudah tidak banyak lagi. Ilmu banyak hilang dengan kematian Ulama. Allah ambil balik ilmu dengan kematian Alim Ulama.

Dan apabila Orang yang jahil dalam Quran dan Sunnah diangkat jadi ketua agama. mereka akan bercakap dan berfikir ikut logik. Bila ditanya oleh orang awam, mereka akan menjawab mengikut logik akal dan akan memberikan fatwa fatwa mengikut akal fikiran mereka.

Mereka telah sangat jauh dari AlQuran dan Sunnah.

Oleh itu adalah sangat mustahak para muslimin anak cucu semua mendekatkan diri pada Alim Ulama dan menuntut Ilmu. Ilmu yang sebenar! Ilmu yang haq iaitu ilmu yang berlandaskan AlQuran dan As Sunnah. Jangsn malas menuntut ilmu! gigihlah menuntut ilmu Allah!, terutamanya mereka mereka yang Allah bagi kelebihan pengingatan yang baik. Kepada mereka yamg mempunyai RAM yang tinggi ambillah kesempatan untuk mempelajari Ilmu Hadith kerana mempelajari Hadith perlu memory kuat.

Berulangkali Allah subhanahuwataala memberitahu 'Taatlah kepada Allah! Taatlah kepada Rasul!' Apa yang Rasullullah larang, jauhi! Apa yang Rasullullah suruh, Buat! Tidak boleh mandai mandai sendiri!.

Apabila kita suka suka dan mandai mandai kita sebenarnya sedang jauh meninggalkan apa yang haq dan kita rasa kita lebih baik!

Ini sangat merbahaya pada iman kita

Wallahualam

Friday, December 18, 2009

Yang telah! yang sedang! dan akan terjadi!

Asalamualaikum anak cucu nenek

Semoga semua dalam keredhaan Allah!

Sungguh keredhaan Allah sangat penting bagi kita. Macam mana nak dapat redha Allah?
Tentu lah dengan taat perintah Allah!

Cara mana?
Tentulah dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasullullah sallallahu alaihi wasallam dan diikuti oleh para sahabat radhiallahu anhu.

Ia itu berlandaskan Al Quran dan As sunnah.

Nenek sebak mengenangkan kasih sayang Rasullullah kepada kita umat baginda.

Ingat lagi tak bagaimana Baginda bersabda dan bersabda dan bersabda dari lepas solat Subuh sehingga masuk waktu solat Zohor.

Berhenti untuk solat Zohor berjemaah dan kemudian sambung lagi khutbah baginda sehingga masuk waktu asar.

Berhenti untuk solat Asar dan sambung lagi khutbah Baginda sehingga masuk waktu magrib.
Sungguh Rasullullah sungguh sungguh sayang pada umat Baginda.

Didalam khutbah Baginda itu baginda mengkhabarkan tentang apa yang telah terjadi dan belum terjadi dan akan terjadi sebagai peringatan! dan sebagai amaran! supaya kita bersiap sedia menghadapi bahaya mendatang!

Begitu lah kasih dan sayangnya Baginda kepada kita umatnya

Sabda Baginda yang insyaallah Allah bagi nenek yang daif ini faham sikit dan yang salah itu dari nenek dan yang benar itu dari Allah Azzawajalla. Lebih kurang begini mengikut kefahaman nenek yang kurang ilmu ini insyaallah -

1] Telah datang zamannya kaum muslimin menuntut ilmu dari Ahli Bidaah.Itu adalah tanda tanda sebahagian dari kiamat iaitu Ilmu dituntut dari orang yang rendah ilmunya. Ini telah terjadi dan sedang terjadi. Ini adalah tanda tanda kenabian dan kerasulan baginda!
Apa yang telah Baginda sabdakan akan terjadi telah terjadi dan sedang terjadi sekarang ini!.Hadith yang isinya nenek dapat faham sikit ini telah dikeluarkan oleh Abdullah bin Mubarak dan At tabrani, Bolehlah anak cucu check tengok kan, Hadith bukan boleh buat main main!

Hadith ini adalah amaran untuk kita supaya menjauhi bidaah! dengan sejauh jauhnya!

Awas lah kepada perkara perkara yang baru iaitu dalam bidang peribadatan kepada Allah iaitu dalam soal iqtiqat.[ejaan salah kot]

Apa saja yang tidak ada keterangan sunnahnya tapi dikerjakan orang dan dijadikan sebahagian dari agama dengan niat mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dari Allah adalah Bidaah!


to be cont kat next entry

Allah Maha Penyembuh

Mari berpantun


Asam lengkung asam lah jawa

Anak berudu telan benih kepayang

Asalamualaikum pada semua

Anak cucu yang nenek sayang


Air dikolah sikit tadahan rebah

kolah air sikit kolah air gunung daik

Alhamdulillah sakit Allah dah bagi kebah

Allah bagi sakit Allah juga bagi baik


Gincu dan bedak semua ditepek

Belek muka perasan ayu gitu

Rindu ke anak cucu kepada nenek

Nenek kata " Ehem...I miss you too!!


Dalam gua mengail kelah

Tepi rakit beruang gergasi

Demam semua memang dah kebah

Tapi sakit badan tak hilang lagi


Galah larik burung serindit

Kenek oh kenek sang lelabah

Allah tarik nikmat sedikit

Nenek dah panic mengelabah


Sana banyak sampan terdampar

Burung tekukur luka parah di dahi

Kena banyak taubat dan istigfar

Juga banyak syukur dan redha pada Ilahi



Wasallamualaikum

Thursday, December 10, 2009

DemAM!!!

hIDUNG SUMBAT! AIR MATA MENGALIR! BADAN PANAS! ALLAH BAGI DEMAM!!

Sunday, December 6, 2009

Zaman dulu dulu

Asalamualaikum Anak cucu nenek semua,


Tengah duduk duduk sorang ni nenek tersenyum senyum sendirian teringat zaman dulu dulu... zaman anak anak kecik kecik, masa dia orang belajar belajar keluar dan cakap 'kebesaran Allah' Sekarang semua dah besar besar, dah boleh jadi bapak orang!.

kalau Along modal dia cakap pasal ikan! Ada satu Pak Imam tu ajar, masa dia keluar kat mana entah. budak tu dah macam nak nangis pasal tak tahu nak cakap apa! Masa ta'am tu pak imam bagi tips! "bukan susah nak cakap kebesaran Allah! Kebesaran Allah ada kat mana mana! Aaaa tengok ikan ni! Tengok betapa hebat Allah! Tengok sisik ikan pun dah nampak kebesaran Allah!. Satu sisik ikan pun kita tak boleh buat! ko cakap la...Allah buat sisik ikan pertama, Allah buat sisik ikan kedua, Allah buat sisik ikan ketiga, Allah buat sisik ikan keempat....sampai sisik ikan keduapuluh masa pun dah habis! kan senang!...tu dia!!! masa ta'am kat rumah pun itu jugak lah modal dia!

Anak nenek yang banyak cakap tu nama dia Asan. Budak tu idea mengalir aje macam anak sungai! Orang pulak yang kena jaga masa!.Tapi entah hape hape lah dia cakap!. Point faveret dia "Tuan tuan! kita kena yakin dengan kehebatan Allah! Hari ini berapa banyak orang sakit masuk hospital! Berapa banyak orang mati dalam hospital! Doktor tak boleh sembuhkan orang sakit! Allah Bagi sakit! Allah bagi sembuh! Allah bagi hidup! Allah bagi mati! Dua orang kena kencing manis, dua dua masuk hospital! dua dua doktor bagi ubat! tapi satu hidup dan satu mati! pasal ajal dan maut rezeki dan hidup adalah ditangan Allah subhanahuwataala!.

Yang paling tak boleh belah tu, Satu point tu je lah dijaja satu kampong pada hari itu dan kalau pergi kampong lain pun point tu jugak lah dia guna!

Idea dapat tu pasal bapak dia dengan pakcik dia dua dua kena kencing manis, Pakcik dia dah meninggal! Bapak dia hidup lagi!

Anak nenek yang sorang lagi ni nampak sendiri kebesaran Allah dan kepentingan Ikhlas niat. Masa anak anak nenek ni dalam sekolah menengah tok janggut berada di Afrika. Jadi kalau sampai masa, nenek pastikan ada karkun ambil dia orang untuk keluar ikut nisab.

Ada satu kali tu cuti hujung tahun so keluar lama sikit lah jadi bagi keperluan pun lebih lah. Pasal biasa pergi ke negeri orang jugak la kan.
Tapi kepala hotak anak nenek sorang ini yang bernama Usop telah pakat pakat dengan adik dia untuk jimat jimat duit pasal nak beli PS alias playstation!!!.

Maka nenek pun dapat bayangkan betapa jimatnya mereka walaupun bila kantoi tak sorang pun bagi detail affair.

Biasalah kan pelajar, Orang awam akan banyak lebih kurang dari hal keperluan segala!. Maka amatlah seronok mereka! Duit dalam uncang tak banyak luak!

Lepas tu lagi dua hari nak balik....ta! da! Duit dalam uncang tiba tiba ghaib! tak dapat dikesan!

Bagi tahu jugak lah dengan Ameer Sab dan semua orang tolong cari dan dibagi tahu juga lah tarbiyahnya! Huh! padan muka!

Maka faham lah dia pentingnya ikhlas niat. Nenek tahu cerita ini pun lama setelah tok janggut balik dari Afrika. Haji Mokhtar yang keluar sama dengan budak budak tu bagi tahu...hu hu hu

sekian terima kasih



Wassalam

Thursday, December 3, 2009

Betulkan cara wudhuk

1 hati 1 usaha 1 fikir 1 agama

Asalamualaikum semua,

Hari ini nenek ingat nak share sikitlah, hal masaalah wuduk. atau adakah ejaan nya wudhuk atau wudu'?. Entah lah nenek pun dulu sekolah tak abis lagi, tok janggut dah ajak kawin, tu yang ejaan lintang pukang segala! tapi apa kisah! asal anak cucu nenek faham apa yang disampaikan, kira tercapailah maksud dan tujuan nenek kan! Itulah yang penting! kan!

Nenek nak cakap sikit tentang wuduk yang dianggap sempurna.
Bukan apa, pasal nenek baru belajar ni. Dulu nenek wuduk, dah lah berdiri!, air banyak membazir pula tu! lepas tu sapu jambul lagi! dah tu orang kata membasuh anggota wuduk, nenek bantai mengalirkan air ke anggota wuduk tu! sungguh ketara kejahilan nenek!. entah sape yang ajar entah! mandai mandai!

Jadi nenek nak recall la balik apa yang nenek belajar untuk munafaat kita bersama.

Tak banyaklah jauhnya dari yang biasa tu...

Biasalah.. Lepas Bismillah tu basuh tangan 3 kali.
lepas tu kumur kumur 3 kali gak.
Masa kumur kumur tu masukkan air kat hidung sekali harong tau. Buang air kat hidung guna tangan kiri. ala macam orang lelaki buang hingus! dia orang bukan mahu pakai tisu!
Dah tu basuh muka 3 kali gak. Basuh tangan sampai siku 3 kali gak.
Pastu basuh keseluruhan kepala sekali. pasal telinga dikira termasuk kepala, maka kenalah basuh sekali harung dengan kepala macam ini -
Basahkan kedua dua belah tangan dan mulakan dari atas dahi. Temukan jari jari diatas dahi manakala ibu jari masukkan dalam telinga. dan sapu kepala terus kebelakang hingga tengkuk dan patah balik ke depan dan terus basuh cuping telinga dengan jari telunjuk macam biasa.
Last sekali basuh kaki hingga buku lali.Masa basuh tu jangan lupa masukkan jari kat celah jari kaki. sebenarnya susah nenek nak tulis ayat demo yang tepat. senang tanya ustaz lah.

Ingat! Baca Bismillah tu wajib!

Ingat! Rasullullah S.A.W. guna 1 bejana air sahaja!

Ingat! Membasuh means mengosok gosok bagi bersih!

Ingat! Jangan berdiri! tapi duduk!

Juga tak ada bacaan bacaan khusus masa basuh muka ke atau tangan bagai!

okay tu je la

wassalam