Monday, December 21, 2009

1 fikir 1 hati 1 kerja 1 agama
Asalamualaikum anak cucu semua,

Kita sambung balik cerita dulu tu ye! kan tak abis lagi!

Telah terjadi Sedang terjadi dan Akan terjadi

2] Orang Jahil diangkat sebagai Ketua Agama. Dengan fatwa fatwanya yang sesat dan menyesatkan.Bukan saje mereka sesat tetapi juga menyesatkan orang lain.

Ini telah terjadi dan sedang terjadi!.
Diakhir zaman ini Ulama sudah tidak banyak lagi. Ilmu banyak hilang dengan kematian Ulama. Allah ambil balik ilmu dengan kematian Alim Ulama.

Dan apabila Orang yang jahil dalam Quran dan Sunnah diangkat jadi ketua agama. mereka akan bercakap dan berfikir ikut logik. Bila ditanya oleh orang awam, mereka akan menjawab mengikut logik akal dan akan memberikan fatwa fatwa mengikut akal fikiran mereka.

Mereka telah sangat jauh dari AlQuran dan Sunnah.

Oleh itu adalah sangat mustahak para muslimin anak cucu semua mendekatkan diri pada Alim Ulama dan menuntut Ilmu. Ilmu yang sebenar! Ilmu yang haq iaitu ilmu yang berlandaskan AlQuran dan As Sunnah. Jangsn malas menuntut ilmu! gigihlah menuntut ilmu Allah!, terutamanya mereka mereka yang Allah bagi kelebihan pengingatan yang baik. Kepada mereka yamg mempunyai RAM yang tinggi ambillah kesempatan untuk mempelajari Ilmu Hadith kerana mempelajari Hadith perlu memory kuat.

Berulangkali Allah subhanahuwataala memberitahu 'Taatlah kepada Allah! Taatlah kepada Rasul!' Apa yang Rasullullah larang, jauhi! Apa yang Rasullullah suruh, Buat! Tidak boleh mandai mandai sendiri!.

Apabila kita suka suka dan mandai mandai kita sebenarnya sedang jauh meninggalkan apa yang haq dan kita rasa kita lebih baik!

Ini sangat merbahaya pada iman kita

Wallahualam

2 comments:

  1. Assalamualaikum, benar tu nenek, semoga orang yang berusia seperti nenek ini sentiasalah diberi kekuatan untuk membantu orang-orang muda.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam! nenek ni takat pushing pushing ni memang kerja harian! muahaha!!

    Moga nenek lebih amal dari cakap! hu hu hu

    ReplyDelete