Monday, May 3, 2010

Hati ini

1 hati 1 fikir 1 risau 1 usaha 1 kerja 1 Agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
Moga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia ini.

Ada rahsia yang ku rahsiakan
Ada pandangan yang ku pendamkan
Ada keinginan yang ku simpan
Ada perasaan tak tertelan

Ku kira kau masih budak
Rasa baru semalam kau ku bedak
Tak sangka orang dah mintak
Tak tahu nak kasi ataupun tidak

Siapalah aku nak membantah
Kalau itu sudah perintah
Maut dan jodoh kerja Allah
Jadi aku akur redha mengalah

Bukan aku tak mahu berpisah
Tapi hati ini terasa gundah
Anak baru pandai pijak tanah
Takut kekok serba salah

Hati ini terasa sayu
Nak buka mulut terasa kelu
Beginilah hiba hati ibu mu
Berasa bimbang berasa ragu

Bimbang ku mungkin tak bertempat
Bukan aku punya makrifat
Moga Allah beri berkat
Pada anak ibu yang sangat taat.

Wahai anak permata ibu
Sayang sungguh ibu pada mu
Kira kau pergi jauh dari ku
Pandai pandai lah bawa diri mu

Kiranya sampai masa berpisah
Diri ini kan ku gagah
Takkan ku menangis seperti sudah
Masa kakak mu hendak melangkah

Wahai anak permata bonda
Apakah kau sudah sedia
Boleh kah kau melakukannya
Mengambil hati orang disana

Orang disana asing bagi mu
Akan menjadi keluarga mu
Hati ini bimbang dan ragu
Sayangkah mereka kepada mu

wahai anak ku permata intan
Kalau Allah sudah buat keputusan
Kita redha ikut peraturan
Insyaallah disitu ada kejayaan

Dengar lah anak ku ibu mu pesan
Kiranya nanti sudah sendirian
Amal ibadat kena berterusan
Khidmat pada suami mesti laksanakan

Biar jauh beribu batu
Dirimu tetap dihati ku
kau lah anak kasayangan ku
moga hidup mu bahagia selalu

Diri ini sebagai ibu
Tidak ku beza anak menantu
Moga Puan juga begitu
Anggaplah anak ku bagai anak mu

17 comments:

  1. Wow! you are getting another menantu!!! How lucky...Congratulations!!

    ReplyDelete
  2. Tokwan dulu macam tulah juga, masa kecil mereka belajar kat madrasah, habis belajar di madrasah mengajar pula kat madrasah, kemudian kehendak Allah datang mereka dibawa oleh menantu. Jadi masa dengan kita amat singkat, kekadang kita rasa tak puas lagi kita nak bergembira dan berseronok dengan anak-anak.Bila terkenang ini, air mata mengalir

    ReplyDelete
  3. To Nor
    Do not congratulate me because this is not a happy moment.maybe later, dear girl

    ReplyDelete
  4. To tokwan
    Bila sudah tiba masanya,nenek juga akur dengan ketentuan Ilahi.
    Tapi hati tengah sedih.tak tahu lah.pada hal takkan tak balik.banyak yang difikirkan.
    Moga Allah bagi mudah

    ReplyDelete
  5. Salam nek..sedih plak rasanya...InsyaAllah semuga ALLAH pelihara dan berikan kebahagian di dunia dan di akhirat pd anak nenek tu dan umat seluruh alam....amin

    ReplyDelete
  6. sampai satu masa, saya dan isteri pun akan melalui fasa terima menantu, insya-Allah.
    Semoga Allah beri keberkatan, taufik dan hidayat kepada kita.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. to Ahlia Jaafar
    Hati ibu ini masih resah.
    Celaru dan masih bimbang
    Kata mereka "apa yang parah"
    Padahal cuma cerita berulang

    Hati Ibu hanya Allah yang tahu
    Terima kasih dengan doa itu
    Moga diterima doa mu dan doa ku
    Kerana ibu jugalah yang tahu hati ibu

    ReplyDelete
  9. to ziarah76
    Hati Ibu lain dengan Bapa, Tuan
    Ibu tak sampai hati,Bapa mudah sikit
    Melepas pergi gadis perawan, Tuan
    Untuk ibu memang agak perit

    Nenek amin kan doa tuan. Jazakaallah

    ReplyDelete
  10. To Tok Janggut

    Biarlah diri ini menyendiri
    Bukan tidak mahu berkongsi
    Bukan dirimu ku ketepi
    Cuma cuba mengislah diri
    kerana bicara mu benar sekali.

    Memang belum ada keputusan
    Memang sekadar risikan
    Memang semuanya ketentuan
    Namun hati ibu memang tulisan

    Maafkanlah isteri mu ini...

    ReplyDelete
  11. Salam,
    InsyaAllah husnuzhon kpd Allah dan org2 yg berkenaan, anak, bakal menantu, bakal besan... Allah adalah spt sangkaan hambaNya...

    ReplyDelete
  12. Aslmkm..

    Sabar bebanyak ye nek..
    moga anak menantu nenek beri nenek cucu dan zuriat yang baik.. dulu mak nenek pun sedih macamtulah jugak masa nak serah nenek kat tok janggut kot.. Life must go on nek..
    Teruskan bersabar.. Kuatkan hati.. Allah itu ada..

    ReplyDelete
  13. Ish2..sedihnye..nak komen pun x jadi..huhu..
    hmm..nek,x silap saya,ahliah azhar bin ja'far.ja'far tu nama ayah kepada azhar.hehe..

    ReplyDelete
  14. To Ummu-Ali
    waalaikumussalam.Insyaallah saya bersangka baik.cuma masa itu hati ini begitu sedih.emmm nampaknya tok janggut faham.Nenek banyak masa lagi dengan anak tersayang.

    ReplyDelete
  15. To Ishak
    waalaikumussalam.
    Jazakaullah atas doa mu.nenek aminkan

    ReplyDelete
  16. To AmAtullaHiTA'ALA
    Ko ni kan,nenek tengah sedih sedih pun ko nampak salah nenek kan! cubit kang!
    Ni nenek dah ok dah! jangan risau ye!

    to ahlia Azharjaafar "sorry ye"

    ReplyDelete
  17. Salam :)

    Menarik entri ni ...memberi seribu erti...semoga terus menulis denga entri yang lebih menarik...Salam ukhuwwah :)

    ReplyDelete