Wednesday, March 3, 2010

Gurindam buat anak teruna

1 fikir 1 usaha 1 amal 1 kerja 1 jemaah 1 agama

Bismillah pembuka bicara
Asalamualaikum pada semua
Moga Allah redha pada kita
Bahagia hidup sini dan sana

Rancang hidup biar berpada
Mulia manusia kerana Agama
Hidup bahagia pilihan semua
Tapi mesti taat Ibu dan Bapa.

Kalau hendak mencari isteri
Biar pun cantik,indah berseri
Namun kena berkenan ibu sendiri
Insyaallah tidak merana diri.

Sudah termaktub janji Ilahi
Ibu sangat penting sekali
Kalau Ibu Tuan, tidak sudi
Maka Tuan juga harus hindari.

Jalan yang mudah senang sekali
Biarlah Ibu carikan isteri
Mata orang tua biasa teliti
Janganlah ragu ataupun sangsi.

Tahukah Tuan satu kaedah
Tidak ada couple sebelum nikah
Bagitau Tijah atau pun Bedah
Dah nikah nanti,baru halal lah

Andai Tuan bercinta sakan
Malangnya Ibu tidak berkenan
Andai Ibu suruh ceraikan
Sebagai anak,kena laksanakan

Kalau Tuan berhati budiman
Kasihanilah gadis perawan
Pastikan Ibu juga berkenan
Barulah forwardkan peminangan.

Andai Tuan belum pasti
Apakah Ibu telah sudi
Jangan cuba mandai sendiri
Kelak gadis yang makan hati.

Begitulah tinggi darjat Ibu
Anak cucu perlu tahu
Ibu kena taat pada Bapa mu
Tapi anak pula pada Ibu

Allah itu maha Adil
Jangan anak suka degil
Kalau Ibu hatinya kecil
Hidup bahagia tak berhasil.

Usaha atas Iman kerja mulia
Moga Allah bagi faham Ibu dan Bapa
Kalau Ibu tak berapa suka
Doa, moga hati mereka Allah buka

Lebihkan Ikram pada Ibu Bapa
Jangan bagi nampak buruk kita
Apa kehendak cepat disedia
Nampakkan ciri anak taat setia.

Kerja Agama jangan ditinggal
Walaupun Ibu buat hal
Memang payah,jangan kesal
Ibu berleter,telinga bagi kebal.

Kerak nasi kena air lembut jua
Inikan pula hati manusia
Duhai anak cucu muda belia
Sabarlah dengan kerenah orang tua.

Moga Allah pandang usaha Tuan
Hidup bahagia moga berkekalan
Yang penting, isteri kena beriman
Tanya Ibu kalau dah berkenan

Sekian sahaja dari nenek
Kiranya ada ambil yang molek
Jangan hidup tergolek terbalik
Hidup elok elok,baik baik.

wassalam

21 comments:

  1. Nak jawab yang ni je;

    Tahukah Tuan satu kaedah
    Tidak ada couple sebelum nikah
    Bagitau Tijah atau pun Bedah
    Dah nikah nanti,baru halal lah



    Jawapannya;

    Dulu tak tahu ini kaedah
    Dah couple dulu baru nikah
    Tapi syukur Alhamdulillah
    Sebab kemudian tu dapat hidayah..

    ReplyDelete
  2. to Azharjaafar
    Bukan senang nak dapat hidayah
    Pilihan Allah,Syukur Alhamdulillah
    Manisnya cinta selepas nikah
    Kasih mekar tak sudah sudah

    ReplyDelete
  3. Manisnya cinta selepas nikah
    Tapi cara tu orang x pakai dah
    Sms; "Askum mak dan abah..
    Weekend ni nak bawak girlprend dtg umah"

    ReplyDelete
  4. Salam nek,
    Pantun lagi...
    tak pandai lah kita nak buat...

    yg dah lepas kita istighfar,
    untuk anak2 kita kena ajar,
    cari bini bkn mudah2 mcm main kejar2,
    sok kat akhirat malik zabaniah pulak kejar...

    ReplyDelete
  5. I have just 'khatamed' reading all your entries here and now I feel like I know everyone in your family...( just to show you that I pay attention to detail when I really like something!)And yes, I read your english blog too! Tak nak update ke yg tu? Wah,mentang2 ramai peminat kat sini ye?hehe

    ReplyDelete
  6. Gurindam ini memberi makna yang positif, wajar dihayati...

    ReplyDelete
  7. Dari Melaka ke Kuala Kedah
    Singgah di Penang beli Tuna
    Pantun nenek sangatlah indah
    semuga menfaat semua teruna

    ReplyDelete
  8. Permaisuri saya pilahan ibu ayah
    Bahagia hingga ke anak cucu
    Hidup di dunia utamakan dakwah
    Dalam syurga Insyaallah berkumpul bersatu

    ReplyDelete
  9. to Umma-Ali
    Dahulu memang susah
    sekarang insyaallah dah senang
    Kalau anak dah pasrah
    Anak karkun insyaallah hati tenang

    ReplyDelete
  10. to Nor
    I feel like hiding myself inside a tortoise shell. you should'nt had read it.As you can see my grammar sucks but still I like to write.and it is nice to know that someone like it.Thanks sis.

    ReplyDelete
  11. to Daud
    Gurindam ini bernada nasihat
    Buat anak anak sebelum terlewat
    Kasihi Ibu sepanjang hayat
    Insyaallah hidup mu penuh berkat

    ReplyDelete
  12. to TokWan
    Biar TokWan suka memuji
    Nenek takkan lupa diri
    Asalnya berpantun syok sendiri
    Daripada berpantun baik mengaji

    ReplyDelete
  13. to musa
    Benar sekali bicara Tuan
    Moga keturunan kita jadi pilihan
    Menjadi asbab orang beriman
    Seluruh alam mereka bertebaran

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Kata org berpengalaman, nak cari isteri atau menantu, jgn tengok anak karkun, kena tengok maknya karkunah ke tak...pernah berlaku, bapaknya syura negeri, anak nak di ajak makan setalam pun taknak, geli...sebab maknya tak pernah kuar wpun 3hari...
    kisah satu lagi, bapaknya buzruk...ingat dapt kawin anaknya dapat sayap kedua...rupanya ajak khuruj, langsung merajuk...
    inilah kesahnyaaa...

    ReplyDelete
  15. to Ummu-ali
    Ya! ya! nenek pun ada dengar kisah sedih yang sebegitu.Benarlah bukan sebarang orang Allah beri hidayah.Moga keluarga kita terpilih jadi asbab hidayat seluruh Alam.semoga tetap kekal dijalan Allah. Amin

    ReplyDelete
  16. masyaAllah.. hebat Allah...
    sungguh unik penyampaiannya.. nak minta copy..nanti sy akan post akan dtg..insyaAllah..

    seorangnenektua...
    yang berhati mulia...
    dengarlah luahan kata...
    yang luar biasa...

    banyak mesej yang tersirat...
    buat yang hati berkarat...
    usahalah untuk bertaubat...
    agar hidup jadi berkat...

    fikir dan risau kena ada...
    agar menangis sepanjang masa...
    mengenangkan umat yang tersiksa...
    buatlah dakwah sepanjang masa...

    sekian terima kasih..

    *harap akak dpt tulis lagi bentuk macam ni..bestttt!

    ReplyDelete
  17. to Peluncur Islam

    Kalau Tuan nampak yang molek
    Sila ambil,nenek tak lokek
    Memang ditujukan buat adik adik
    Biar yang lalai jadi cerdik

    Biar Tuan suka memuji
    Nenek tidak lupa diri
    kalau suka nada begini
    Insyaallah nenek tulis lagi

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Nek.... :)
    nak bagi sokongan kat nenek ni...hehee

    Tersenyum2 tersipu malu,
    Membaca pantun si nenek tua,
    Abah pernah berpesan dahulu,
    Make sure kami jua pilihan mertua.

    Aduhai nenek bagai sasterawan,
    Di cuit sekali panjang melatah,
    Kepada teruna juga perawan,
    Bicara ayahbonda jangan di bantah.

    Gagah si da'ie lagak laksmana,
    Santunnya gadis sangat berharga,
    kasih di mulut entah kemana,
    kasih berakad membawa ke syurga.

    ReplyDelete
  19. Waalaikummussalam Ummu

    Benar sekali nasihat Ayah
    Jangan anak berhati goyah
    Doa banyak banyak kepada Allah
    Moga bahagia sampai ke sudah

    Kalau mertua hatinya kasih
    Insyaallah hidup mu tak tersisih
    Bertuah jadi menantu terpilih
    Kasih sayang dia kasi lebih

    ReplyDelete
  20. salam...mardhiah pon nk menyumbang walaupun pantunnye songsang na na na....hihihi

    Pesan abh kpd mardhiah
    'Jaga amal' x sudah-sudah
    Semoga mardhiah jadi karkunah
    Disayangi suami,Nabi & Allah

    Karkunah Tabligh berpurdah sunnah
    'Sayap kiri' impian muslimah
    Karkun&karkunah sebarkan dakwah
    Semoga jemaah beroleh Jannah

    nenek....huhu....sebagai menyokong entry nenek taw....Jihad Fisabilillah!!!

    Duhai Dai'e pujaan hati
    Berhati-hati mencari suri
    Banyaknya pilihan d zmn ini
    Tersilap pilih ggt lah jari

    Wahai seorang nenek tua
    Ayuhai kandaku k.umu tercinta
    Sama-sama lah kita menjaga
    Kehormatan diri buat Dai'e agama

    Nama ku mardhiah dberi abah
    Harapanku satu sampai ke sudah
    Sungguh ku yakin janji Allah
    Lelaki soleh buat wanita solehah

    ReplyDelete
  21. :)

    Buah pisang di atas peti
    Jangan di sangka buah bidara
    Aduhai nenek ku mohon mengerti
    Andai dinda ku terlebih bicara

    :p

    ReplyDelete