Tuesday, April 2, 2013

Dengan Nama Allah

1 fikir 1 risau 1 kerja 1 amal 1 agama

Asalalamualaikum anak cucu semua. Semoga kehidupan dunia kita menjadi asbab kebahagiaan kita di akhirat.

Dalam kehidupan dunia sekarang ni agak berat sikit lah.kena banyak banyak doa.kena banyak harap kepada hidayah Allah.
Walaupun dalam hati tau dunia sementara dan akhirat adalah kehidupan yang kekal tapi masih juga terkejar kejar.banyak sangat urusan hari hari.
 Untuk apa? untuk kita lebih selesa.,untuk tidak susah,untuk pegang lebih duit.

Agak malu juga....kerana kita tahu....Allah tak pandang semua tu.malaikat pun pelik.kata kehidupan sementara tapi cari duit macam tak nak mati.

Kalau lah harta dan kesenangan dunia itu Allah pandang mulia tentu lah Rasullullah orang pertama yang kaya raya kerana baginda kekasih Allah.
Rasullullah akan mewah dengan makanan. tidak lah berbulan bulan dapur tidak berasap dan kadang kadang buah tamar cuma ada 1biji saja 1hari.kadang kadang 1 biji tamar pun tak ada.Rasullullah tidak pernah dapat makan 2 kali dalam 1 hari.
kita? makan selagi nak.perut 1 jengkal semua benda nak masukkan kan.

Kalaulah kesenangan dunia ini Allah muliakan,Rasullullah lah orang pertama yang duduk di mahligai terindah dan berpakaian tercantik didunia kerana Baginda ialah kekasih Allah.
sedangkan Rasullullah tak boleh pun nak simpan baju kat almari kerana tak banyak mana pun baju nak simpan.ada 1 masa tu Rasullullah jadi lambat mengimamkan solat pasal baju belum kering.
kita ada? baju berlambak ada lah,sampai kena donate.kira okay la nak donate kan.

Rumah Rasullullah macamana? Dindingnya daripada tanah dan atapnya dari pelepah tamar.

Nampak sangat yang Allah tak pandang langsung kesenangan dunia ni.

Tapi kita.....bila Allah takdirkan kita susah kita redha....ok itu dah cukup bagus...

Namun dalam hati ada tekad>> Tapi aku akan pastikan yang anak aku tak akan susah macam aku.aku akan pastikan anak aku hidup senang.aku akan bagi pelajaran cukup cukup supaya mereka tak susah macam aku!. tuuu dia

Tetapi Anak Rasullullah s.a.w. Jantung hati Baginda,anak kesayangan Baginda tidak hidup lebih senang dari Baginda.Dapur pun sama juga jarang berasap.pakaian pun sama juga .

Kita bandingkan lah kehidupan kita hari ini dengan kehidupan Orang Orang yang Allah telah jamin Syurga.
Dimana kah kita....
Kemana nak kita bawa anak anak kita....

Ya Allah ampuni kami Ya Allah, kami lemah. Ya Allah.Mohon hidayah mu Ya Allah






4 comments:

  1. gunakan kelebihan adan amanah yang Allah bagi untuk digunakan ke jalan Allah, x semestinya mau susah dan mau jadi miskin ja sepanjang hayat. gunalah harta kamu itu sebanyak-banyaknya untuk merai redha Allah.

    ReplyDelete
  2. Ada ketika terfikir, kenapa orang yang mengejar dunia , dan tidak taat perintah Allah , hidupnya semakin senang, tiada musibah , tiada kesusahan?

    Ulama' bagi satu perumpamaan terhadap realiti ini. Bayangkan seekor tikus yang melihat makanan enak sedang tergantung. Jadi, tikus tersebut mendekati makanan tersebut dan makan dengan enak sekali tanpa adanya kepayahan, kerisauan. Namun, apabila makanan tadi telah habis dimakan, "splassh" , baru tikus tersedar rupanya dia terperangkap di dalam sangkar yang sudah tertutup pintu keluarnya. Apa kesudahannya? maka dia akan ditangkap oleh manusia dan dibunuh tanpa belas kasihan.

    Begitulah juga kehidupan dunia. Apabila seseorang tenggelam dengan kenikmatan dan keenakan dunia dan tidak taat perintah Allah, maka Allah akan biarkan sahaja dia menikmati dunianya. Namun, di akhirat nanti, baru dia tersedar yang dia terperangkap dengan sangkar dunia yang mana pintu keluarnya telah ditutup. Lalu, Allah membalas dengan seksaan kepadanya di Akhirat diatas kelalaiannya terhadap Dunia.

    Moga Allah lindungi kita dari tenggelam dengan Dunia, dan melupai Akhirat.

    ReplyDelete