Friday, December 28, 2012

Mensyiarkan Agama Allah

Bismillah.

1 fikir 1 risau 1 kerja 1 amal 1 Agama

Asalamualaikum anak cucu semua semoga kehidupan kita menjadi asbab kebahagiaan kita di akhirat nanti.

Untuk itu penting untuk kita supaya dapat taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah dan para sahabat baginda.

Perkara utama yang sangat dipentingkan ialah dakwah .Dakwah cara nabi.Banyak orang mempertikaikan keluar bernisab iaitu 3 hari. 40 hari dan 4 bulan bukan sunnah.kerana Rasullullah tidak pernah menetapkan angka dalam kerja dakwah.mereka kecuh dan kalut.kata orang keluar bernisab ini sesat.janganlah macam tu..

ni nenek nak cerita sikit lah....kot kot lah boleh masuk....

Memang lah.... Zaman Rasullullah dan parasahabat dulu jemaah yang dikeluarkan untuk kerja dakwah memang lama berbulan bulan.Bahkan ramai yang keluar berdakwah seumur hidup.Kubur kubur mereka merata dunia.Tinggalkan anak isteri didunia untuk berkumpul dikampung akhirat yang selesa penuh kesenangan.
Oleh kerana anak dan isteri pun faham maksud hidup mereka maka mereka akur dan redha.
Asbab mereka ini lah Agama tersebar keseluruh pelusuk dunia.Itulah kehendak Allah yang telah dijadikan maksud hidup mereka.Kita kena ikut mereka.kita kena buat macam itu.

Sesiapa yang mampu buat kerja dakwah cara Rasullullah,itulah yang terbaik.memang itu lah maksud hidup kita.
Tetapi kita dalam proses belajar untuk kembali setelah lama lari daripada maksud hidup itu.nisab nisab itu adalah sekadar jadual untuk memudahkan kita belajar untuk kembali kepangkal jalan. Buatlah ikut nisab saperti yang telah digariskan oleh orang lama kita yang penuh ilmu. kerana ia tidak menyalahi syariat pun.ia sekadar cara.
macam kita belajar Agama kat pusat pembelajaran. kat mesir ke kat pondok ke.ia sekadar cara kita belajar.

Semua orang Islam kena fikir untuk mensyiarkan Agama kerana ini adalah Perintah.
Rasullullah telah menyeru kita.mengajak kita untuk menolong Agama Allah dan Allah telah terangkan Perintahnya dalam ayat ayat firmannya>>

'Wahai orang orang yang beriman,jika kamu menolong [Agama] Allah[niscaya] Dia akan menolong kamu dan Dia akan meneguhkan kedudukan mu' {muhammad.

'Dan barang siapa yang kafir[tidak percaya] maka atasnya lah [akibat] kekafirannya itu.dan barang siapa beramal soleh[menafkahkan harta] maka [pahalanya itu] untuk diri mereka sendiri.[dan sesungguhnya yang demikian itu] mereka telah mempersiapkan [kesenangan untuk diri mereka sendiri diakhirat nanti]'{ar-rum

'Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan [nafkahkanlah dijalan Allah] sebahagian dari harta mu yang Dia jadikan kamu menguasainya.Maka orang orang yang beriman diantara kamu,dan mereka menafkahkan[sebahagian dari hartanya] bagi mereka pahala yang besar.'{al-maidah

'Kerana Dia akan memberi balasan kepada orang orang yang beriman dan beramal soleh dari kurnia Nya.Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang orang kafir.'{ar-rum

Insyaallah apa yang kita dengar kita dapat amal dan sampaikan
wassalam



3 comments:

  1. Yang penting keluar di jalan Allah dengan pengorbanan dan keikhlasan. Teruskan juang..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,,,waknor follow saya,,saya pun baru buat blog hehehee

    ReplyDelete