Wednesday, July 20, 2011

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 iman 1 agama

Assalamaualaikum kepada semua anak cucu dan sahabat handai yang nenek rindui.Semoga kehidupan kita kini bermunafaat kepada kita kehidupan kita kelak.Sudah agak lama juga nenek meninggalkan blog ini.Alhamdulillah hari ini Allah bagi keizinan dan juga Alhamdulillah kerana rezeki kesehatan yang baik.Segala puji bagi Allah.Kita hanya lah sekadar pelakon pelakon yang skriptnya telah di lakar dan Allah sediakan.Episode episode kehidupan kita telah digariskan.Bahkan penghujung cerita pun dah siap.

Sekali imbas,macam senang kan? iya lah macam pelakon pelakon tu...

Ikut aje lah skript tu. lakonkan lah sebaik mungkin.Buat apa yang producer suruh.Insyaallah jadi pelakon kesayangan.Tapi kalau mandai mandai buat penambahan atau buat skript sendiri nahas kau!!

Tapi tu..la... bukan senang nak ikut skript.

Perasaan "kalau aku buat macam ni lagi bagus" selalu ada .

Bukan kah kalau kita fikir macam gitu kita sudah rasa kita lebih baik dari Boss kita. sedangkan kita sebenarnya kena ikut aje skript tu.

Begitu lah kehidupan kita sekarang yang telah banyak lari dari Al Quran dan Al Sunnah dan kita banyak mengikut anutan agama lain yang tidak ada kena mengena dengan Islam langsung.Contohnya saperti mengirim pada Orang yang telah meninggal dunia.

Amalan mengirim ni sebenarnya adalah amalan orang china.mereka mengirim barangan dan wang dari kertas untuk kaum kerabat dan saudara mara yang telah meninggal dunia manakala orang islam mengirim bacaan Tahlil untuk kaum kerabat dan saudara mara mereka mengikut hari bulan dan tahun.Sama macam orang Cina cuma kiriman yang berlainan.

Sampaikah kiriman itu?

Pada nenek kita buat lah yang Rasullullah ajar kita buat. Tak payah lah buat yang Rasul kita tak suruh dan tak ajar. Takut sekadar penderitaan pada penerima kerana Bidaah bukan perkara main main.

wasallam

8 comments:

  1. Salam nenek, permasaalah samada sampainya bacaan al-Quran atau tidak, telah lama diperkatakan dan Ulamak Syafi'i mutaakhir berpendapat, bacaan tersebut samapai sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Hanafi rah.; "Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat." beliau juga berkata : “Bacalah ayat Kursi tiga kali dan surah al-Ikhlas dan katakanlah : “Ya Allah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur.”

    "Surah al-Baqarah adalah tulang belakang al-Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al-Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al-Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia." (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al-Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al-Dzam’an. Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al-Musnad dari Ma’qal bin Yasar)

    Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca al-Quran di atas kubur, kemudian beliau (Imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al-Baqarah di sisinya ketika dikebumikan.

    Ulamak Syafi'i mutaakhir berpendapat sebagaimana tiga mazhab lainnya, bahawa pahala bacaan sampai kepada si mati. Al-Subki berhujah, berdasarkan kepada hadis bahawa sebahagian dari ayat al-Quran apabila dibaca dengan tujuan memberi manfaat dengannya kepada si mati dan untuk meringankan bebanannya, maka ia memberi manfaat. Kerana berdasarkan hadis juga, telah sabit bahawa al-Fatihah itu apabila dibaca dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada orang yang terkena patukan ular berbisa, maka ia memberi manfaat.

    Imam Nawawi berkata: “Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya) – al majmu’ syarh al muhazzab -

    ReplyDelete
  2. Jadi terpulanglah samada untuk mendoakan simati, menghadiahkan bacaan al-Quran mahupun membantu keluarga simati dll dalam hal yang baik-baik. Pada yang tak mahu pun, tiada masaalah hanya janganlah semudah membidaahkan pihak lain. Semua itu lebih baik dari gelak ketawa melupakan simati atau pun melupakan kematian yang akan datang pada diri....wallahualam.

    ReplyDelete
  3. lama tak nampak nenek.. nenek sibuk jaga cucu ye.. (",)

    ReplyDelete
  4. waalaikum mus salam Zarch
    Pada pendapat nenek,Orang yang paling faham AlQuran ialah Rasullullah s.a.w. dan Rasullullah telah didik Para Sahabat Rad.hu.an. faham Al Quran macammana Baginda faham.Kefahaman mereka atas didikan iman Rasullullah s.a.w.sangat jauh jika dibandingkan dengan kita.Allah sangat redha dengan mereka sehingga mereka mendapat berbagai anugerah dan mereka diiktiraf sebagai sebaik baik umat oleh Yang Maha Pencipta.
    Kalau mereka lebih faham dan Allah redha dengan kehidupan mereka dan mereka menegah, kenapa kita nak buat?
    wallahu alam

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum fuad.
    cucu nenek memang dah bertambah pun he he he

    ReplyDelete
  6. Salam kembali, Rasulullah s.a.w datang membawa iman dan yakin serta amalan solehan, manakala para sahaba/sahabi, tabien-tabien serta ulamak haq seterusnya menyambung usaha ini. Dan kita umat ini juga seterusnya menyambung usaha ini, tuan-puan.

    Jadi asas usaha kita membawa semua termasuk diri untuk menuju kepada Allah bukan mengkafir atau membidaah pihak lain sewenang-wenangnya, apatah lagi pihak yang dicerca mempunyai dalil-dalil akan perkara yang dilakukan.

    Tuduhan tuan akan perbuatan mereka yang membaca tahlil merupakan perbuatan orang kafir atau ahlu bidaah dholala adalah terlalu berat dan sekiranya fitnah ini tersebar asbab tuan, maka berat juga untuk tuan memohon ampun didunia mahupun akhirat pada setiap jiwa yang tuan tuduhkan sebagai ahlu bidaah. Tuan mungkin boleh mengatakan bahawa tuan tidak setuju dan tidak akan melakukannya atau secara khususi menyatakan pendapat tuan pada seseorang, tetapi bila tuan secara terbuka menfitnah dan menghentikan pihak lain dari melakukan perkara yang ada kaitan dengan amal soleh atau amalan yang membawa kebaikan bersama dalil mereka yang jelas, maka itu adalah suatu perbuatan yang tidak beretika, apatah lagi sebagai seorang daie.

    - Maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung tuan-puan. Semoga kita tidak menjadi mereka yang mendabik dada menyatakan hanya mereka ahlu sunah, sedang semua pihak lain seperti Ikhwan Muslimin, Tabligh, Tariqat dll dikatakannya sebagai ahlu bidaah yang tidak tahu apa itu sunnah sebagaimana yang terdapat dalam video ini:
    http://www.youtube.com/watch?v=pEPVlEvB2TQ&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  7. kalau amalan kirim arwah 3hari ,40 hari,tahunan , 3tahun tu baik, dah lama abu bakar buat umar buat,yang nabi tu kan yang nama nya muhammad saw selain muhamad saw,ia boleh diterima ataupun ditolak. mendoakan saudara muslim memang digalakkan,cuma khaifiat mengirim arwah itu yang imam shafie sendiri melarangnya dengan keras,tengok tafsir ibn kathsir surah an najmi ayat 39, apa fatwa imam shafie, kerana imam shafie faham yang semua manusia, imam ke ustaz ke,ulamak ke semua kena ikut muhamad saw

    ReplyDelete
  8. kalau dah 1 malaysia biarlah 1 bahasa baru betul..

    ReplyDelete