Monday, February 14, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

1 hati 1 fikir risau 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu semua.Semoga kehidupan kita mendapat restu Ilahi.
Sudah agak lama juga nenek berehat.Rindu juga nenek pada anak cucu semua. Hari yang mulia ini kita dengar bayan sikit ye....

Alhamdulillah. Tuan Puan yang mulia, Dalam mengenang kelahiran Junjungan Besar Nabi kita Muhammad s.a.w. ini seharusnya kita jangan sekali kali lupa tentang usaha dan kerja serta susah payah Baginda s.a.w dan para sahabat ra. serta para sahabiah ra. menjalankan kerja Agama sehingga kita hari ini dapat Agama dan dapat mengucap Dua Kalimah Syahadat dan ada jaminan masuk syurga Allah Taala insyaallah.

Agama perlu dikerjakan.Kalau Agama tidak dikerjakan,maka Agama akan jauh dari kehidupan kita.
Jika Agama tidak dikerjakan dan tidak diusahakan di rumah kita,maka Agama akan keluar dari rumah kita.Begitu juga jika Agama tidak di usahakan di Kampung kita,Taman kita,Kawasan kita, Daerah kita, Negeri kita, Negara kita dan seterusnya.

Itulah sebabnya Allah Taala Yang Maha Pengasih Dan Penyayang telah lantik kita semua yang ada Kalimah, iaitu Umat yang terbaik,untuk buat kerja Agama dan Usahakan Agama. Kerja menyeru perkara perkara yang makruf dan mencegah perkara perkara yang munkar.

Kerja jumpa manusia, Ajak manusia kepada kebaikan, Ajak manusia kepada Allah Pencipta. Ajak manusia supaya kenal Allah Taala sebenar benarnya.

Ulama bagi tahu jika kita selalu mengajak manusia kepada Allah Taala,maka kita lah yang lebih hampir kepada Allah Taala.

Nabi s.a.w. risau dengan umat hingga ke akhir hayat Baginda s.a.w. dan seharusnya lah kita semua selaku umat Nabi s.a.w.,umat yang terbaik,mahu ambil risau yang sama dengan umat macam risau Nabi s.a.w.
Belajar korbankan masa. diri dan harta yang kita sayang untuk berjumpa dengan umat umat manusia samada yang dekat,jauh, jauh sikit, jauh jauh hingga hujung hujung dunia untuk belajar sampaikan Agama pada semua manusia dan belajar untuk amal Agama yang sempurna dalam kehidupan yang sementara ini.

Barulah semua akan belajar takutkan Allah dan belajar buat kebaikan dan barulah penyakit hati manusia dapat dihindarkan.tetapi bilamana penyakit dalam hati manusia tidak diubati dengan cara yang betul,iaitu cara yang ditunjukkan oleh semua Nabi Nabi dan Rasul Rasul,termasuk lah Nabi kita s.a.w. dan Sahabat Sahabat nya ra.hum. iaitu cara 'Dakwah'maka penyakit hati itu akan susah untuk diubati.Wallahualam.

Sama sama lah kita azam untuk sama sama bergotong royong dan berlumba lumba untuk korbankan masa,diri dan harta kita untuk Agama yang Allah suka supaya penyakit dalam setiap hati hati itu dapat diubati dengan sempurna.

Insyaallah kita sama sama belajar keluar 3 hari setiap bulan bagi lelaki untuk Agama yang Allah suka ini.Insyaallah.

8 comments:

  1. assalamualaikum SNT,
    lama bercuti? InsyaALLAH sama-sama kita bergotong royong~~

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam cikgu.haah cuti lama. tu yang rindu tu

    ReplyDelete
  3. salam,
    insyaAllah selepas cukup 2tahun menyusukan ank..azam..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nek..

    Alhamdulillah..nenek dah kembali berblog. Maka itu tandanya nenek dah sembuh dari ujian Allah swt kan? InsyaAllah umu cuba jaga nisab suami dan umu sendiri untuk keluar lagi dan lagi..minta doanya ye nek :)

    ReplyDelete
  5. waalaikukussalam kepada umu6point dan Amatullah2.Alhamdulillah nenek dah beransur pulih asbab doa kalian dan sama sama lah kita azam untuk keluar dijalan Allah dan galakkan orang sekeliling kita keluar dijalan Allah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nek,saye marina nak berkenalan dengan nek, dah lama mengikuti perkembangan nek, semenjak di semenanjung lagi,sekarang duk di Sarawak,ikut suami bekerja.:)Jazakillah untuk nek sekeluarga ye!

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam dan salam perkenalan. wah duduk sarawak ke sekarang. kawan ngan umu la ni...

    ReplyDelete