Friday, October 1, 2010

Dengan lafadz Bismillah

1 hati 1 fikir 1 risau 1 kerja 1 usaha 1 umat 1 agama

Asalamualaikum kepada anak cucu nenek semua semoga Allah memberkati kehidupan kita.Tanpa keberkatan Allah,sia sia lah hidup kita di dunia ini.Dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam.Tetapi jangan salah tanam!!!kalau apa yang kita tanam itu subur dan berbuah lebat tetapi peraih tak nak beli buah tu maka sia sia belaka! Jadilah petani yang bijak,Tanam lah buah yang kita tahu akan laku dan terus diambil tanpa banyak cerita.Pastikan ia menepati semua piawaian supaya tidak di reject.Itu lah petani yang bijak.itulah nasihat nenek kepada diri sendiri dan anak cucu semua.Moga hidup kita didunia ini tidak sia sia.masa bercucuk tanam pun bukan lama mana.Jadi elok lah kita giat berusaha selagi ada kudrat kurniaan Allah subhanahuwataala.Moga kita sama sama dapat amal dan sampaikan.

Bulan puasa lepas Allah pilih nenek dan menantu nenek khuruj.Alhamdulillah.Rasa sungguh kerdil diri ini kerana hanya dapat memberi sedetik masa di jalan Allah sedangkan beribu ribu detik masa diluangkan untuk dunia.Masa tangguh tu rasa malu sangat pada Allah.Aduh...lemahnya iman ku...

Bagi menantu nenek,itulah kali pertama dia keluar.Alhamdulillah,dia suka dan dia banyak belajar tanpa jemu.Paling dia suka bila jumpa aishah! public figure tu he he he gurau je...
Tiga hari bersama,keakrapan begitu terasa walaupun pada asalnya asing sekali.Yang dari madrasah tak jemu jemu berkongsi ilmu,yang kurang ilmu tak malu langsung bertanya.Yang lancar berbicara membimbing yang kering kontang[nenek la tu].
Alhamdulillah,Allah satukan hati kami dengan satu maksud.

Dalam borak borak kosong,[he he he]nenek tertangkap sesuatu yang masuk akal dan itu lah sebenarnya yang nenek nak kongsikan disini.Yang panjang panjang kat atas tu mukaddimah sahaja!

Seorang ahliah memberitahu tentang pentingnya menjaga zuriat kita dari awal.Nenek tak nak cerita kat sini dari awal yang awal lah sebab agak censored!.Jadi awal disini ialah dari awal mengandung hingga melahirkan.Masa mengandung tu,selain kita banyakkan zikir dan bacaan Quran,elok juga kita fikirkan kat mana kita nak bersalin.Elakkan lah bersalin ditempat yang tidak tenang.tidak tenang kerana ada orang lain menjerit jerit terlolong lolong kesakitan dengan tidak langsung menyebut atau ingat akan pencipta sakit itu.kalau anak kita lahir disitu, tentulah suara suara itu yang pertama didengar oleh anak kita!.sedangkan masa mengandung,kita sentiasa perdengarkan zikir dan Al Quran.nanti terkejut pula baby kita.

Nenek setuju sangat bila ahliah itu syor, tidak mengapalah kita berbelanja besar untuk mendapatkan tempat bersalin yang baik.
Untuk maksud itu nenek pula syor,bila dah tahu mengandung tu,kumpul duit dan berjimatlah.buat satu tabung.tulis 'untuk bersalin' kat tabung tu. bila nak bersalin baru buka.Amacam? okay tak idea nenek?

Alhamdulillah,Menantu nenek pun dah mengandung,tengah mabuk sakan siap masuk wad lagi.kesian dia.moga Allah permudahkan semua urusan.Semoga ahliah yang berhajat sangat tu pun Allah dah bagi mengandung juga he he he dan Allah mudahkan semua urusan mu, anak ku.

itu je la yang nenek nak kongsi

Asalamualaikum

7 comments:

  1. salam
    Alhamdulillah nenek n menantu dpt khuruj.maknanya tarikh kita khuruj sama la coz sy pon nmpak aishah masa bayan hidayat..xsangka kita sbnrnya d tmpat yg sama, cuma xkenal wajah je kan SNT?tahniah pd menantu SNT...sy masih lg berdoa Allah bg rezeki nk jd umi, InsyaAllah. Hmmm doa hrp dpt jmpa SNT di lain kali @ mgkin khuruj sama2, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam cikgu
    Allahuakhbar! rupanya dalam kesesakan yang melimpah ruah itu ada cikgu sue...insyaallah pada masa dan ketika yang Allah tetapkan Allah ketemukan kita dengan 1 maksud.Nenek turut berdoa moga cikgu cepat mendapat zuriat.insyaallah

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Oh, aisyah kuar lagi utk 2nd time ye? Alhamdulillah...sblm ni ada gak org citer dia khuruj.

    Erk! sedih la kalu citer psl baby2 ni...hu...tak tau nk ckp cmne. Stuju la sgt2 syor kat smua ahlia cari tmpat bsalin yg slmt (utk rohani baby tu).

    ReplyDelete
  4. ...x sabar nye nak ngandong.. nak ade baby..

    eh.

    kawen blom.

    huhu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nek..

    waahh..ni yg umu x sabar nak kuar dgn mak mertua ni..hehee :)
    hmm..rupanya bab suasana bersalin pun merupakn lgkah awal utk mendidik baby ye nek.InsyaAllah nnt umu beri syor pd kakk2 umu yg nk lahirkn baby yee. Jazakillah nek :)

    ReplyDelete
  6. Nenek,
    Benarlah orr tua banyak asam garamnya.
    Trm kasih utk nasihat, tdk pernah terfikir ttg pentingnya melahirkan anak d tempat yg baik...

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum
    to aliaazuan,novemberzulu,umu6points and yuana
    nenek memang terlebih makan garam.sekarang dalam proses mengurangkan garam hu hu hu

    Rasa nenek penting juga kita pilih tempat melahirkan yang sesuai dan islamic tapi mungkin lebih mahal kot.tapi itukan pelaburan....

    ReplyDelete