Sunday, January 3, 2010

Telah datang zamannya

1 fikir 1 hati 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum semua,
semoga kita berada dalam redha Allah

Kaum Muslimin meninggalkan Agamanya


Telah terjadi dan sedang terjadi!!
Telah terang lagi nyata,ia telah berlaku didepan mata kita!

Ingat sabda Baginda Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain lain yang maksudnya lebih kurang begini "Apabila kamu berjual beli secara sah dan kamu memegang ekor ekor lembu dan seronok dengan tanaman tanaman" [iaitu bermaksud terbuai dan hanyut dalam urusan dunia! dan tertipu dalam urusan dunia!] dan melupakan Akhirat! dan kamu melupakan jihad!, Maka Allah akan memberikan kekuasaan pada orang orang kafir untuk menguasai kamu dan keadaan kamu ketika itu hina dan Allah tidak akan mencabut kehinaan itu sehingga kamu kembali kepada Agama"

Maka kita kena kembali kepada Agama!.
Kenapa perlu kembali pada Agama? Dah murtad ke?
Bukan! bukan pasal murtad! tapi kita telah jauh tinggalkan ajaran Agama Islam!

KIta kena kembali kepada sunnah Rasullullah s.a.w. Hidup dan beribadat dengan cara yang diamal, diajar dan didakwahkan oleh Rasullullah s.a.w.

Bagaimana untuk kembali?

Kita kembali dengan belajar ilmu! kita belajar ilmu Agama yang haq. Ilmu dari Quran dan sunnah.
Kemudian kita terapkan, iaitu kita amalkan!
Dan kita dakwahkan kerana Allah!

Begitulah

Insyallah semoga kita dapat amal dan sampaikan dan kita tutup dengan tasbih kifarah insyallah

6 comments:

  1. Aslmkm..

    Subhanallah.. tinggi nenek punya risau tentang agama.. moga Allah beri pada cucu2 nenek juga fikir risau tentang agama..
    moga kita tak terbuai dan terleka dengan mimpi dunia yg memperdaya ini..
    Wahai Allah.. berilah kami faham..

    ReplyDelete
  2. Kederat orang tua! tu je yang ada..Nasihat!
    Perasan tak yang kita telah jadi saperti sedulang makanan yang dihurungi oleh orang kafir yang lapar!
    kenapa?
    Pasal kerja agama tak buat dan kita lebih cinta dunia dan takut mati!
    Kita dah ambik sifat sifat orang kafir masuk dalam diri kita!
    Bila ada orang nak betulkan marah!
    Mana tak kena pijak!
    moga Allah bagi faham

    ReplyDelete
  3. Salam nek, kita pun tak lama lagi nak jadi nenek tapi nenek muda lah...kuang3...perasan...apa2 pun nenek tetap kena fikir supaya zuriat keturunan kita tetap dalam agama yg haq... Apa yg menghantui ialah takut nanti ada cucu cicit kita yg bernama john, mary...nauzubillah...tu le kita kena ambik fikir betul2...

    ReplyDelete
  4. nenek duduk banting, selangor ke?

    ReplyDelete
  5. Umma-ali,wellcome to the club muah ha ha!!

    Sudah jelas lagi nyata yang kita sudah tidak boleh lalai dan leka!!

    Kita wanita! Kerja kita, gerakkan! gerakkan!
    Push! push! push!

    Bagi fikir! bagi fikir!

    Bagi risau! bagi risau!

    Doa! doa! doa!

    ReplyDelete
  6. ziarah76

    tak lah duduk banting betul betul tapi around situ la

    ReplyDelete