Wednesday, January 27, 2010

mujahadah seorang anak

1fikir 1hati 1usaha 1kerja 1maksud 1umat 1ugama

Asalamualaikum kepada anak cucu, semoga kita semua berada dalam redha Allah subhanahuwataala.

Beruntunglah kalau Allah pilih. Tapi tak semua orang suka dipilih.Begitulah kalau kita tidak faham. Bukan manusia boleh bagi faham.Allah jua lah sandaran kita.Kita usaha dan doa selebihnya, kerja Allah subhanahuwataala semata mata.

Sedang nenek perati 1 budak tingkatan 5 buat kerja setelah balik 40 hari cuti hujung tahun lepas, nenek teringat 1 student yang tak berani balik rumah selepas keluar 40 hari bersama tok janggut. Student ni budak metrik. Mak dia bagi kata 2,Kalau ikut tabligh,Jgn balik rumah. Kira dia telah dihalau oleh ibunya.

Tiap tiap hari selepas habis program dia akan menyendiri.

Tok Janggut perhatikan dan Allah bagi nampak yang dia ada masalah besar.Mata orang tua menjadi asbab.

Setelah lama mengendeng ngendeng,Anak muda itu pun cerita apa yang berlaku.
Kata anak muda itu "tak tahu nak balik mana lepas ni"

Tok janggut nasihatkan dia untuk balik ke rumah juga selepas khuruj dan minta ampun dan minta maaf dan seterusnya menjadi anak yang sangat taat kepada orang tua. Jangan melawan langsung semasa ibubapa melepaskan geram.Dengar dan taat. Azam untuk memenangi hati orang tua dan doa moga Allah bukakan hati mereka dan Allah bagi faham kepentingan kerja usaha atas iman ini.

Tok Janggut teringat kisah silam yang lebih kurang begitu juga tapi cuma berlainan jantina. Ibu tok janggut sangat suka Agama.

Dan tok janggut bagi lah tips tips yang telah diturunkan oleh karkun karkun burzuk untuk memikat keluarga terutamanya ibubapa.

Alhamdullillah! walaupun pada mula mula Tok Janggut ikut buat usaha atas iman ini, keluarga dan orang kampong pelik dan siap berubat!!! tapi atas asbab amalan amalan petua dari karkun karkun lama tu.keluarga dan jiran jiran macam tak nampak apa negatifnya!.Allah bagi usaha ni kat Tok janggut masa dia kat IPT lagi, kira dalam akhir tahun 70 han gitu.

Tipsnya adalah.....

1 - Kena jadi lebih baik dari dulu. Kalau berada di rumah.

Kalau dulu nampak kain jemuran buat donno aje walau dengar guruh berdentum dan hujan dah start menitik. Kali ini jangan leka. kering aje terus angkat siap lipat kemas kemas. siap ada tukang ajar lipat kain dan baju.[baru tahu, rupanya orang lelaki kalau buat kerja perempuan lagi baik!,ingat bab masak aje!]

Rumah jangan biar bersepah! kalau tinggal sorang di rumah, gunakan kesempatan ini untuk buktikan yang diri telah berubah dan menjadi lebih baik!.Buatlah apa yang patut, ada pinggan kotor, basuh! Sapu laman! siram pokok! buang sampah! tebas rumput! dan lain lain!
Senang cerita, kerja kerja yang dulunya ibu mu sampai sakit tekak suruh dan diiringi dengan maki hamun baru nak buat, sekarang ini telah pun beres tanpa disuruh!.

2 - Tinggalkan perbuatan yang ibubapa mu tidak suka.Tinggalkan main game atau baca komek misalnya!.

3 - Banyakkan buat perkara perkara yang ibubapa suka. Perhatikan riak muka ibubapa dan dengar bicara mereka untuk mengetahui creteria dan ciri ciri yang mereka ketagorikan untuk mendapat anugerah "kalau anak macam ini memang sejuk perut ibu mengandung" tak faham? Abaikan! sebab nenek pun tak faham!.

Yang penting, bagi orang tua suka kita dan jangan bagi ruang untuk mereka tak suka kita.[bab tak suka tabligh tu lain hal]

4 - Pelajaran Akademik jangan sampai terabai! kena dapat 4 flet sesaje dan anugerah dekan setiap tahun! ataupun kalau masih sekolah tu kena dapat nombor 1 sesaje dan bolotlah segala jenis anugerah untuk kedua orang tua mu kerana Allah!.

5 - Amalan amalan infradi yang dibuat semasa keluar tu selesaikanlah di Masjid.Solat nafil, zikir, quran dan lain lain habiskan di masjid. Balik rumah adalah ikram! ikram! ikram! dan ikram!.emm taklim dalam bilik lah dulu.

6 - Dan jangan malas masuk dapur!.tolong kopek bawang! parut kelapa! siang ikan. Basuh pinggan! kemas meja!. Kursus siang ikan pun ada karkun ajar! pasal budak ni tak pernah buat kerja dapur.Goreng ikan masin pun hangit!

Dan kesemua usaha ini mestilah diiringi dengan bangun malam dan berdoa siang dan malam.Sesungguhnya hati hati kita Allah yang pegang.Kita harap pada Allah.

Insyaallah cair...Allah punya kuasa!

Masa keluar dengan student, biasanya tok janggut kutip semua handset! simpan!. tapi pada budak tu tok janggut bagi pegang handset dan selalu ingatkan suruh call ibu dia.

Tengah buat entry ni, Tok Janggut balik dari nusroh jemaah campur.[student&orang awam].Dia cerita, ada karkun ni keluar, mak bapak tak bagi tapi dia keluar juga!.Sebelum keluar gaduh besar dulu!. Tok Janggut pun bagi tips dan syor sms emak selalu dan bagi masa untuk call dan bagi tahu rindu dan rasa sayang sangat kat emak!!.Dia kursus tak abis lagi besok tok janggut sambung kursus.

Sekian dahulu

Asalamualaikum

tips dari nenek -
kena banyak banyak sabar dan jangan menjawab!!!

9 comments:

  1. huh...
    agama datang dengan susah payah...
    teringat time muda dulu makayah tak ngaku anak sb ikut tabligh huhuhu...
    abis kuar 40 hari tambah lagi dekat 20 ari iktikaf masjid keliling kampung takut nak balik umah huhuhu...

    ReplyDelete
  2. wow! pengalaman tak kurang hebat juga!
    Apa kata tulis kat blog, Bagi anak muda baca sebagai penaik semangat dan pedoman!!

    ReplyDelete
  3. Salam nek, sunnah bila keluarga menolak... Nabi saw pun begitu...bila Waraqoh kata keluargamu akan halau kamu, Nabi saw kata dia rasa macam nak terjun aje dari Jabal Nur...lain org lain pengalamannya...tapi bab keluarga ni memang semua org yg awwalin(org pertama dlm keluarga yg dapat usaha ni) hadapi masalah yg sama cuma ujian tu Allah bagi berkadar dgn kemampuan kita dan pada saya inilah yg menjadikan lebih kukuh/kuat keyaqinan kita...saya pun dpt usaha semasa masih student,rasa taknak balik malaysia sebab takut dihalang keluarga untuk istiqomah tp nasihat elders sama cam dlm n3 di atas, akhlaq yg baik dan jgn melawan... diammm je,di samping score yg baik, itulah yg menyelamatkan kita insyaAllah, yg selamatkan kita sebenarnya Allah tapi kita taatlah org2 lama...eh,eh, terpanjang lak...

    ReplyDelete
  4. Salam to you too umma-Ali

    Boleh lah tulis sikit kat blog utk asbab anak anak kita tambah kuat semangat.
    Nenek tak mujahadah sangat.sebab walaupun keluarga tak ada yang buat usaha ini tapi mereka jenis yang suka agama dan tahu ini kerja bagus tapi tak mampu nak buat.kira yang ini payah sikitlah!!macam liat gitu!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nek...

    untuk kes saya pulak lain..sebab dlm family, abah yang first dpt usaha ni..jadi abah dulu2 guna kuasa veto nye lah utk kami menurut..hehee...

    d suruh wat taklim...kami pn buat tnpa byk soal..
    d suruh g taklim mingguan...kami pn taat (tp ckp2 kt blkg gak sbb cuti sepatutnya d peruntukn utk g berkelah @ g jln2 kena d batalkan..hihii)

    Alhamdulillah lah, asbab kuat ikram abah, kami pn pelahan2 start faham ngn usaha.. Doa kami sekeluarga d pilih hingga mati ye...:D

    ReplyDelete
  6. to ummu6point

    Alhamdullillah,
    Abah ummu mempunyai keluarga yang lembut lembut hatinya.Bukan mudah buat kerja atas iman ini. dugaan sungguh kuat lebih lebih lagi kalau keluarga menolak.

    ReplyDelete
  7. bukan sekadar gurauan...meh la umah saya...bole bawak kuar dose saya banyak banyak..
    http://akuhuduh-kedai-iman.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. akuhuduh
    ish...sape cakap macam tu...
    sabarlah

    ReplyDelete
  9. akuhuduh
    bila nenek baca lagi sekali komen ko tu
    nenek terasa kau sedang pelawa nenek bertandang ke rumah mu.
    err..dah ada orang rumah ke belum?

    ReplyDelete