Saturday, October 31, 2009

IKalau ade jodoh, Insyaallah!

1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 usaha 1 agama
4/30

Asalamualaikum Anak anak dan cucu cucu nenek semua

Ape khabar!.Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerane telah memberi kite kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup. Moga moga bertambahlah lagi daye useha kite mengumpul harta dan bekalan untuk kite bawe balik ke kampung nanti.

Balik ke kampong yang tiade lagi useha dan penat lelah. Tiada lagi jual beli dan pelaburan. Di sane adelah tempat untuk menerime untung saham pelaburan dan perniagaan. Di sane lah tempat rehat, dan itu adelah sebaik baik tempat rehat.
Insyaallah Allah pandang usahe kite.

Nenek sangat jaga saham saham nenek.Nenek ni tak ade bende ape sangat yang boleh dilaburkan melainkan 4 saham saham nenek tu aje lah. Pasal tu nenek jaga betul!

Hari hari doa supaya saham tak merosot!.

Saham saham nenek ni tentu lah anak anak nenek! sape lagi kan!!

Tu la pasal nenek letak banyak syarat untuk calun menantu!

Dan....

Jeng! jeng! jeng!

Tok Janggut dah jumpa!!!!

Jumpe ape?

Calun menantu la!

Semalam Tok janggut dah usha family gadis tu, risik risik dan tanya ape yang patut kan. Nampak sangat family gadis tu pilih menantu kan sebab jiran dia kate dah ramai masuk meminang tapi nenek dia tolak dengan alasan 'tak jaga solat' kire nenek dia ni masyuk juga lah dengan nenek kan, nenek suka!!

Family gadis bagi green light suruh Along datang. Dia orang nak tengok!

Semalam call Along bagi tau berita gembira ini.so...

Pagi tadi Along balik dan dalam pukul 10 pagi,pergi jumpa bakal mentua.

Bila balik nenek tanya macam mana? Dia orang terima tak ko?

Along kata nenek dia suka! Tapi nenek dia pesan - 'Lepas ni tak boleh jumpa jumpa lagi, biasanya dalam keluarga kami, lepas tengok kalau setuju, masuk pinang!'

Dipendekkan cerita selepas 2 jam bunyi sms keluar masuk tak henti henti!!.

emmmm keadaan agak merbahaya...budak budak kan tak jumpa pun tak apa tapi sms huhuhu..

Tok janggut kata 'kena beli cincin ni!'

Hari rabu nanti insyaallah. nenek ajak umi hamzah cari cincin, dia lebih tau taste orang zaman sekarang kan!

Moga moga Allah bagi mudah!


wassalam

Friday, October 30, 2009

Pasang niat

1 entry 1 hari 1 hati 1 usaha 1 agama
3/30


Asalamualaikum Anak anak dan Cucu cucu nenek semua.

Semoga sejahtera di bawah lindungan Allah Subhanahu Wataala.

Anak anak tentu faham makna perkataan niat kan? Takkan tak faham kot!

Okay la, Pada nenek niat adalah 'keinginan hati' iaitu kehendak atau hasrat untuk melakukan sesuatu.

kalau 'pasang niat'....kira maksudnya lebih kurang masukkan niat kedalam hati.

Sebenarnya banyak pelajaran yang nenek dapat setelah umur dah tinggal sisa sisa ni.

Contohnya macam cerita 'Pasang niat' ni.

Sekarang ni kalau nenek berwudhu' untuk solat nenek tak lagi pasang niat sebelum baca 'Bismillah'

Kalau dulu kena pasang niat dulu, kalau ingat balik macam kelakar kan?.
'sahaja aku berwudhu' kerana Allah Taala'.
Kalau lupe rase macam tak sah aje dan ulang balik!.

Sekarang ini tertanya tanya pula, kenape kite diajar macam tu? entah la sampai sekarang nenek tak dapat jawab.

Kalau difikirkan, macam bodoh pula kan, Iya lah, kalau kita dah duduk mencangkung mengadap air macam gitu, takkan kita nak makan nasi pulakkan.

Dah niat kita nak solat tentu lah kita berwudhu'!, betul tak?

Lagi satu mase solat!. Sekarang ni pun nenek kalau solat dah takyah pasang pasang niat. Terus aje Takbir kalau dah sedia. Tak payah Usolli usolli.Dah kite berdiri tegak kat sejadah ngadap kiblat, tak kan niat kite nak gi Tesco kot!.

Nenek kesian sungguh kat orang orang yang masukkan niat mase takbiratulikhram tapi tak jadi jadi.Sampai dua tiga kali takbir tapi niat tak masuk masuk juga.Rasenye orang itu dah kena tipu dengan syaitan.Syaitan datangkan was was untuk ganggu solat kita.

Nenek rase macam bodoh aje bile ingat balik solat dulu dulu.Mase Takbiratul Ikhram, Kita patutnya bawa hati kita membesarkan Allah dan mengagungkannya sesuai dengan makne Takbiratul Ikhram itu, tapi kita sibuk masukkan niat,Ape yang dilafaz tidak sama dengan ape yang di fikir.Pandaikan syaitan tipu kita!.

Lafaz niat?

Entah la...

Nenek diberitahu Rasullullah S.A.W. tak baca lafaz niat.

Tak ade lafaz niat yang specifik!! yang macam kita belajar dulu dulu tu!!

Wallahua'lam

Wassalam
1 entry 1 hari 1 hati 1 usaha 1 agama
2/30
[oleh kerana terima feedback lambat [nenek saje je buat alasan ini kerana ia kelihatan lebih masuk gitu! sorry!] maka entry pun lambat 1 hari. jadi hari ini 2 entry sekali masuk! ni kira aci tak?

Asalamualaikum!

Semalam nenek chat dengan anak nenek yang tengah keluar 4 bulan insyaallah!!

Rasa terubat rindu...Alhamdulillah!!

Allah kabulkan doa nenek yang kerinduan ini! tapi rase malu sangat sangat pula...

Kalau sahabiah, Bila lepaskan anak atau suami keluar mereka tak fikir nak jumpa lagi!

Kalau mati dijalan Allah lagi suka!

Tapi nenek tak sudah sudah doa anak selamat pergi dan selamat pulang. Doa siang malam Allah lindung dari mala petaka dan bencana!

Yang anak pula teringin mati dijalan Allah!

Anak nenek tanya 'ma! nak ape?'

Nenek jawab ' doakan ma khusyuk dalam solah dan doa supaya Allah tidak hisab dosa ma kerana kalau di hisap mungkin tak tertanggung ma nanti'

Tok janggut gelakkan nenek!
kenapa nak gelak?
nenek serious mimta macam gitu!
Tok janggut kate 'kite sape nak minta macam itu!'

Ala...nenek cuba je...manelah tau...Allahkan penuh Rahim!

Anak nenek kata dia doakan supaya kita semua dapat jaga amal dan hidupkan sunnah dalam kehidupan kita dan dapat mati dalam iman,

Nenek minta jugak jugak dia doa saperti yang nenek minta tu dan dia setuju!

Wahai Allah Yang Maha Mendengar, Dengar lah doa anak ku itu!

Thursday, October 29, 2009

1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 usaha 1 agama

1/30

Asalamualaikum semua anak cucu nenek, Apa khabar semua!

Nenek ade berita gembira nak share ni. kan sharing is caring!!

Ari tu nenek kan ade cite pasal kekecewaan tok janggut dengan keadaan kampong dia. Sampai nenek nak ajak tok janggut pindah aje dari kampong ni tapi Alhamdulillah! orang kate Allah works in His mysterious way. Korang tahu tak jemaah pedal??

Jemaah Pedal adelah bukan sekali kali jemaah yang mengayuh basikal tetapi ia adalah jemaah yang mengayuh kaki kaki mereka untuk menuju destinasi. Jemaah pedal telah datang ke kawasan kami dan membuat usaha mereka di kawasan sekitar kami. Salah seorang ahli jemaah itu adelah kawan lame tok janggut. make seronoklah tok janggut jumpe kawan lame dan dia nusroh penuh. Ni nusroh kerane Allah ke kerane kawan ni! eh... tak elok tu sangka baik!

Setelah 3 hari jemaah pedal itu pergi ke destinasi seterusnya. Pak janggut pun meneruskan kehidupan sehariannya. Tak lama kemudian tok janggut teringin nak bersolat di masjid itu, selepas solat dia didatangi oleh seorang ahli kariah masjid itu yang ingin join tabligh.

Dia kate bukan dia tak pernah diajak orang untuk tabligh, sudah banyak kali juga sampai dia rimas. Tapi pada pagi itu dia terpegun melihat beberape orang tua bertongkat berjalan terbongkok bongkok sambil menjinjing bungkusan [Sebenarnya jemaah sedang bergerak ke destinasi seterusnya] dan hatinya jadi luluh dan disitu juga dia terjelepuk menitiskan air mata.

Dan sekarang ini dia adelah karkun baru yang aktif.Tok janggut sangat suka!!!.

Bulan lepas ade karkun tak dapat keluar sebab tak ade kenderaan jadi dia telah menjual kereta volvonya kepada tok janggut dengan harga RM500 dengan kadar bayaran 'bayar bila bila pun boleh. nak ansur berape berape pun boleh!!' tapi anak nenek bayar tunai! segan kot! pasal dia kate keta tu elok lagi, tapi kuat minyak la!. ala... takpa la... buat angkut jemaah!...suruh beli tu.. supaya keluarga tok janggut tak segan pakai!!

Kesimpulannya anak anak, Bila kerja kita ikhlas kerana Allah dan kita tawakkal pada Dia setelah berusaha dan doa dan merintih minta ampun dengan kelemahan diri dan banyakkan amalan harian, Insyaallah itu asbab hidayat!. Tengok gaya jalan diaorang pun,dapat hidayat. Maha Besar Allah!!

Tapi jemaah pedal memang sangat mujahadah orang terpilih aje dapat buat. Sudah tentu Allah yang pilih!!


AllahuAkbar!

Wassalam

Wednesday, October 21, 2009

Adakah Anda Seorang Yang Baik??

Asalamualaikum!!



Buah saga gunung daik
Dalam perahu ada joran
Adakah anda seorang yang baik
Nak tahu tanya jiran


Aaa... Anak anak dan cucu cucu nenek tersayang semua, seperti kata pepatah 'sudah tahu lagi nak diajar' Tentulah entry nenek hari ini ada kena mengena dengan tajuk dan pantun diatas.

Kau orang rase kan, kalau kita tanya kawan kita agak agak dia orang terus terang tak? kalau kita tanya kawan kita macam ni " Peah peah, ko rase aku baik tak? ko jawab jujur tau! tak mau tipu tipu! jawab dengan ikhlas ok" Peah terdiam dan dia terrfikir fikir tentang sarapan free dan kadang kadang lunch free yang selalu dia dapat. Pakai handset pun no hal lah. Adakah dia akan kehilangan semua itu dengan jawaban yang akan diberikan nanti atau sebaliknya. Mushkil sungguh dia dengan soalan sependek itu. Setelah berfikir panjang baik dan buruk maka dia menjawab dengan confidentnya "baik, ko memang seorang yang baik! selama aku kawan dengan ko tak ada masalah apa pun!, infact aku baru nak syorkan ko sebagai calon 'wanita terbaik hari ini'. ko memang baik, percaya lah cakap aku! milah yang ko selalu bagi pinjam handset tu pun cakap ko baik!"


Sebenarnya sape lebih tahu kita baik ke tak? Sape boleh Jawab?
Takpa..biar nenek jawab.
Sebenarnya Allah lebih tahu !!! iya la betul apa! Kan pengetahuan Allah melimpah ruah,
Allah tahu segala sesuatu sebelum dan selepas sesuatu itu berlaku. Kalau tanya Allah, Allah jawab ke? Insyaallah, Tiada yang mustahil bagi Allah.

Eeerr kalau sesama manusia siapa lebih tahu kita ni baik ke tak? Jawabannya tentulah jiran kita. Kalau jiran jiran kita kata kita baik, Insyaallah comfirm kita baik. Kan jiran kita dekat dengan kita, Dia nampak la kot perbuatan kita.

Contoh la kan- Keluarga Cik Kiah berjiran dengan keluarga Cik Eton, Kalau Cik Kiah tak sampai hati dengan kucing, sesekali dengan izin Allah terserempak juga lah Cik Eton dengan Cik Kiah yang sedang menyelamatkan kucing lecun kuyup dan kelaparan dibuang orang. terdetik dalam hati Cik Eton, 'baik si Kiah tu, penyayang!'

Contoh lain- Kat kampong tu ada Janda kematian suami, anak ada enam orang, semua masih bersekolah, Cik Kiah selalu pergi rumah dia, tengok tengok ape yang kurang ape yang tak ade. Malam tu masa mesyuarat harian Cik Kiah pun syor kat suami untuk bantu mana yang patut. [sungguh bijak Cik Kiah mengatur strategi mencari pahala padahal suami dia yang keluar duit!, Itu la, Allah kan Maha Pengasih dan Pemurah] Cik Eton pernah ternampak Cik Kiah balik dari rumah janda tu masa dia bagi makan kucing liar yang bising kat luar rumah[ entah..semenjak dua menjak ini ramai sangat orang buang kucing!]

Contoh lain pula- Setiap hari suami Cik Kiah solat lima waktu kat masjid. Kengkadang dalam perjalanan tu jumpa jiran. Ade jiran tu tak bersiap ape lagi, tengah berpeluh peluh siapkan batas walau pun matahari dah tinggi!. Suami Cik Kiah singgah kejap,'Dah masuk zohor ni bang, abang lupa pakai jam ke? selalu abang la.. lagi dulu dari saya!' Maka terkocoh kocohlah abang Mat mengejar waktu.[ suami Cik Kiah ni dah pencen agaknya tu yang boleh ke masjid yang sama tiap waktu solat] Semasa Cik Eton membye bye suaminya keluar solat, Cik Eton ternampak perbuatan suami Cik Kiah dari belakang tabir.[baru kawin agaknya Cik Eton ni][ takkan suami Cik Eton dah pencen juga, demam kot, tu yang ada kat rumah tengah tengah hari tu, tak pun kerja sendiri.] nenek- ko jangan sekodeng laki orang, Ton! tak sengaje tak ape!

Contoh lagi- Kat sebelah kiri rumah Cik Kiah ade satu keluarga yang ada anak dara. Anak dara ni selalu bawa balik kawan lelaki ke rumah. Tak bawa masuk rumah pun! cuma borak borak kat luar rumah aje. tapi suami Cik Kiah ni tak sedap hati pasal mata dia tak sedap pandang. jadi satu hari tu dia tunggu pakwa hensem anak dara jiran tu.[dah sah la suami Kiah ni dah pencen dah ni. manjang ade kat rumah sampai orang dating pun nampak.] Datang aje budak hensem tu dia pun datang dekat. Bagi salam, siap jabat tangan tanda ukhwah. pastu tanya dari mane, bapa name siapa.kenal tak sipulan yang berjiran dengan dia [terlebih ramah macam dibuat buat] pas tu borak lagi bla..bla..bla...bla..bla..bla..sedar sedar anak dara tu dah tak ada. berjam jam jugaklah borak dengan pakwa hensem tu. macam syok aje tapi nampak macam suami Cik Kiah ni yang syok sendiri siap tanya bila nak datang lagi boleh borak lagi " Pakcik suka lah dengan anak ni, name sape tadi? lupe pulak, macam best aje borak. kira boleh masuk la kite kan!. besok datang lagi ye! pakcik tunggu! eh! dah asar dah ni..jom lah sekali gi masjid, ko pun dah sedang elok kat atas motor, pakcik tumpang ye!. Kira lepas hari itu dah tak nampak lagi la batang hidung pakwa hensem tu kat luar rumah anak dara tu.

Lagi contoh- Bukan orang melayu aje ada kat kampong Cik Kiah tu, bangsa lain pun ada, Ada bangsa jawa, bangsa tamil dan bangsa tionghua. Dah berjiran, selalu lah jumpa,bertegur sapa dan jemput menjemput. sehinggakan kalau En Samy nak buat jamuan makan siap suruh Tok ketua sembelih binatang halal dan alatan memasak dan pingan mangkuk sewa dari orang islam. beriya sungguh Encik Samy nak jaga kebajikan jiran begitu juga Encik Gan. Mereka sangat menjaga perasaan jiran.Suami Kiah rase tak sampai hati tengok kawan kawan dia dalam keadaan non muslim begitu. Nak dakwah tak pandai, malu pun ade. takut Encik Samy terkejut pulakan kalau dia cakap "itu batu gambar orang banyak tangan kalau saya kasi pecah pun dia tak boleh bikin apa apa la" harus mau pecah kepala suami Cik Kiah. [jumpa Encik Samy dan dan broken Malay.kalau jumpa Encik Gan terus manglish! apa da!]
Masa lepak lepak kat masjid selepas buat kerja harian usha atas iman paling minima 21/2 jam, Suami Cik Kiah bukak lah cerita isu kemusykilan dia. Rupanya bukan dia sorang yang ada fikir dan risau rata rata semua orang fikir masalah itu tapi tersangatlah berat mulut 'serupa batu ada dalam' Maka mereka pun mesyuarat lah... mesyuarat kan berkat! Ada banyak lah usul dan ada banyak lah cadangan. dipendekkan cerita masing masing iman tak berape nak kuat lagi maka mesyuarat putus lebihkan ikram dan berakhlak baik pasal akhlak yang baik ini umpama susu. semua bangsa suka orang melayu suka orang tionghua suka orang tamil lagi lah suka. moga moga dengan asbab ikram dan akhlak yang baik, Allah turunkan hidayat.
Contoh lagi- ish ish banyaknya contoh udah udah la tu nek! Kesimpulannye kalau ade orang tanya 'adekah Cik Kiah baik orangnya?' Insyaallah sume orang akan jawab 'ye dia seorang yang baik! bahkan satu kampong itu penduduknye baik baik belake!'
pesanan untuk Cik Kiah;
kalau ada tanah nak di jual kat kawasan dekat dekat dengan rumah Cik Kiah bagi tahu la ye! nak jadi jiran Cik Kiah!!
wasallam
bye

Wednesday, October 14, 2009

Asalamualaikum semua,

Semoga kita semua dibawah lindungan Allah Jallajalaluh yang Maha Pelindung.

Semoga iman dan amal kita bertambah di zaman penuh dugaan ini

Semoga kerja Agama dapat dilaksanakan walaupun penuh cabaran

Semoga hati hati Muslim bersatu untuk Agama

Semoga Muslim dapat satu fikir untuk Agama

Semoga kerja Agama tetap berterusan

Semoga setiap tindakkan Muslim dimulaka dengan mesyuarat

Semoga Allah bagi faham

Insyaallah...

Di atas itu adalah cetusan rasa hati nenek setelah borak kosong dengan tok janggut sambil menghirup 'teh peah' hasil tangan tok janggut.

Tok janggut begitu kecewa hari ini dan nenek sangat faham.
Tidaklah nenek salahkan tok janggut kerana sudah agak lama juga tok janggut bersabar dan sentiasa berhemah dalam tindakkannya.
Dan bukanlah hari ini saja tok janggut kecewa bahkan sudah banyak kali juga!.
Bukan tok janggut tak tahu dia cuma perlu buat kerja sungguh sungguh dan malam harinya berdoa nangis nangis minta hidayat dan selebihnya adalah kerja Allah.bukan tok janggut tak tahu itu namun dia tetap rasa kecewa.

Tok janggut kecewa bila waktu solat, tiang surau lebih banyak dari makmum walaupun usaha telah dibuat.Janganlah begitu tok janggut, kita kena sangka baik.mungkin dia orang kerja tak ada kat rumah. kan masa magrib dan isya' ramai!

Tok janggut kecewa bila buat taklim kat surau tak ada yang duduk,balik balik dua tiga orang termasuk anak sendiri.Jangan lah begitu tok janggut,kita kena sangka baik, kan taklim tu lepas subuh, dia orang tu sibuk nak pergi kerja mana sempat nak duduk taklim.

Tok janggut kecewa bila ibubapa tidak benarkan anak anak ikut pak Janggut keluar dari rumah untuk amal Agama pada hal bukan pergi mana pun pergi surau aje! walhal kalau anak dia pergi mana entah balik tengah tengah malam dia tak kisah pun!! tapi kita sangka baik la. Ibubapa tu sayang anak dia takut hilang kot!

Tok janggut kecewa sebab dah lebih 6 tahun duduk kat kampung ini tapi masih tak boleh keluarkan jemaah dari marhalah sendiri, asyik asyik tumpang marhalah kampung sebelah. Janganlah begitu tok janggut,tok janggut dah berusaha malah jemaah yang keluar kat kampong kita ni sudah berusaha bukan jemaah tempatan saja yang Allah hantar, Jemaah luar negeri pun dah banyak kali.namun kita hanya mampu usaha dan doa selebihnya kerja Allah

Nenek faham kalau tok janggut kecewa namun jangan lah berputus asa, kerja kena diteruskan bukan untuk mendapat suka manusia tapi untuk mendapat redha Allah.

Mengimbas kembali perjalanan hidup kita bersama. dari muda kita belum ada anak sehingga kita telah menjadi datok dan nenek, dan dengan beberapa tempat yang telah kita tinggalkan sebelum berpindah kesini, tidak dinafikan nenek juga rasa kampong ini agak liat untuk berubah dan sedikit sombong.tidak suka sesuatu yang dianggap baru pada hal kerja ini adalah kerja orang lama.Sentiasa nak ikut amalan nenek moyang walaupun banyak bidaah. Namun janganlah kita berputus asa dengan hidayat Allah. kerja kena diteruskan dan doa lagi dan lagi..

Seronok rasanya bila singgah di kampung yang telah lama ditinggalkan surau dan masjidnya hidupkan amalan.Jemaah dikeluarkan dari marhalah sendiri malah taklim pun guna pembesar suara.Alhamdulillah!! Hebat Allah!!

Masjid itu pada awalnya melarang amalan masjid dijalankan malah kalau nak buat taklim kena buat kat beranda.Hari ini difahamkan orang yang menghalang taklim dibuat kat masjid itu lah yang membaca taklim. Allah bagi hidayat pada yang dikehendakinya.Tugas kita laksanakan kerja dan doa, Insyaallah!

Ok Tok janggut...janganlah sedih sangat..senyum sikit...aaa barulah handsome!!

Kalau dah susah sangat kita pindah ye!

wasallam

Sunday, October 4, 2009

Pergi Emergency wad!!!

Salam!

Malam tadi tidur awal, dalam pukul 3 pagi tiba tiba terjaga! macam pelik sikit la, kenapa terjaga ni? Pastu tiba tiba rase sakit sangat. tak tertahan rasenya.Bersalin pun tak macam ni punya sakit. Badan sampai mengeletar tahan sakit. ni tak boleh jadi ni!. Nenek pun kejut Tok Janggut kat sebelah. Ajak gi sepital. Nak bersiap pun kena amik ubat tahan sakit untuk asbab.

Tok Janggut yang tak suka bawa van, kena juga bawa van!
Alhamdullillah kat sepital tak ramai sangat orang. Lepas amik nombor duduk kejap.dah dipanggil nama. Check itu ini bagi botol suruh kencing soal siasat sikit, pastu suruh baring.

Nenek pun baringlah kat katil sambil tarik nafas hembus nafas macam masa bersalinkan anak anak dulu, ikut gaya otot mengecut{ muscle contraction labour} betul betul macam nak bersalin, tinggal keluarkan kepale budak aje!!. tapi dah sakit! mane boleh baring lame!, nenek pun duduk lah...sambil bernafas ikut gaya orang nak bersalin.dalam hati berfikir "aku tengah buat ape ni!. nak bersalin ke? aku mengandungkan ape? confuse! confuse!
Kemudian sorang nurse datang bawa jarum!!!!!!!!!

"kak, kena mengiring sikit nak cucuk kat ponggong...Aaa !! terbeliak juga lah biji mata nenek tapi sakit punya pasal nenek ikut aje lah...Lepas dah sudah cucuk tu dia kate " akak rehat kejap ye".

Tak lame lepas tu Allah bagi kurang sakit dan lama lama hilang sakit nenek pun terlelap...... sedar sedar dengar suara Tok Janggut cari nenek, pasal nenek tak kuar kuar pastu lelap balik. Tersedar balik bila doktor selak langsir tanya keadaan nenek.Punya la syok dah kebah, terus je jawab "saya dah baik doktor!" dan doktor pun bagi ubat untuk sapu dan makan kalau sakit datang balik. Setelah mengucapkan "Terima Kasih Doktor" nenek pun keluar, nampak Tok Janggut tidur kat kerusi, kesian dia!. Bila dah jaga adegan sengal berikut berlaku :-

Tok Janggut : Doktor kate, sakit ape?

Nenek :Entah, tapi Allah dah bagi baik!

Tok Janggut : Iya lah, tak kan doktor tu tak bagi tau sakit ape?

Nenek : emmm entah, tapi dah baik! [takkan nak bagi tau...Aku tak tanya pun!]

Lepas tu pura pura terdengar azan subuh untuk menukar topik!

Nenek : Eh,dah subuh rupanya!!! nak solat kat mane?

Tok Janggut :Tak tanye ke kat doktor tu, sakit ape tu?

Nenek :Lupe, Jom lah cepat dah Azan!

Nenek terus masuk dalam van

Tok Janggut :Tak minta penerangan doktor ke?

Nenek :Tak, ala.. senggugut la tu!

Tok Janggut : Doktor kate senggugut ke?

Nenek : Tak lah, agak je ! sakit macam senggugut!

Perbualan berakhir bila sampai surau tepi jalan. Pak Janggut pun solat lah. Nampak aje Tok Janggut balik terus bagi tau, lapar! Singgah kedai Mamak sarapan pastu buat buat tido pastu sambong tido kat rumah bila terjaga...

Tok Janggut: Patutnya tanya sakit ape?minta penerangan! ape boleh makan! ape tak boleh!

Nenek : Iya lah, Patutnya macam tu la.. dah lupe! nak buat macam mane?


wassalamualaikum

Saturday, October 3, 2009

Senggugut Balik???

Salam!

Aduh! aduh! aduh! Sakit betul perut nenek hanya Allah yang tahu.Dah 2 hari nenek sakit perut.
Dia punya sakit macam sakit nak bersalin!. Malam tadi nenek tak lelap tidor! sakit bukan main!.Semalam tu ada jiran meninggal,tengah sakit sakit pun nenek ajak juga cik perut untuk pergi ziarah. Iya la tak kan tak ziarah, kan kita disarankan untuk ziarah bila ada kematian jadi kita tunaikan lah hak dia. Nenek ingat lagi hadith hadith tentang kelebihan menunaikan hak orang ini, mana tak ingat nya asyik ulang lagi dan lagi dan lagi dan lagi. salah satu nya lebih kurang bunyinya begini 'Barang siapa menunaikan hak saudaranya, Allah akan memberi dia 27 ganjaran dan 1 ganjaran saja sudah cukup untuk dia kat dunia, selebihnya untuk dia kat Akhirat nanti' macam tu la lebih kurang bunyinya. Kalau nenek tak silap. kalau nak pasti selak buku hadith dan pastikan. Alhamdullillah masa kat rumah arwah tu cik perut tak berapa sakit sangat. Allah kurangkan sakitnya. Alhamdullillah!!

Pagi tadi sakit semakin kuat! sampai jari kaki dan tangan macam nak kebas. Dah la tu, dah janji pula ngan adik nak cucuk satay, sudahnya anak lelaki nenek yang baru balik semalam yang cucuk satay tu. Bukan nenek amik kesempatan, tapi memang nenek tak daya, sakit sangat. Yang Pak janggut pula kejap kejap ajak gi sepital. macam balas dendam pula. Biar la malas nak gaduh. Pulak tu ari ni ada rumah terbuka raye kat dewan, tak kan tak pergi! Dewan dah la kat sebelah rumah je! sudah nya ajak la juga cik perut pergi!! Dalam perjalanan lagi sakit dah bertambah tambah! cik perut ni macam tak nak pergi pula!. tapi pujuk juga, nanti insyaallah ada laksa penang! Laksa kan sedap!!. Siap doa, minta pelepasan sakit dari Allah barang 15 minit untuk makan laksa. dan memang ada laksa!! dan memang laksa itu sedap! Nenek amik laksa,beberape kuih dan air. tengah nenek syok makan sambil melayan anak jiran sebelah tiba tiba "Ooooo sakit perut! tapi boleh datang raye!!!" terkejut nenek mendengar suare itu. Itu adelah suare tukang cucuk satay yang baru datang beraye setelah penat mencucuk satay bersama Pak Janggut. tak kan nenek nak cakap nenek dah minta pelepasan pada Allah sebanyak 15 minit untuk menikmati laksa itu! Jadi nenek diam aje lah lagi pun lepas 15 minit cik perut sakit balik!!!

Tup..tup..Lepas magrib tadi, rasa lain macam je! pastu gi check..Aaa PERIOD!!!! Biar betul! senggugut ke tadi tu!. Macam pelik aje. Kamus senggugut ni dah lama nenek tinggalkan sejak anak dara dulu!.Lepas kawin nenek dah tak kena senggugut lagi. Selalu yang kena senggugut ni anak dara nenek yang sorang tu.Kalau senggugut moody habis!. Nenek tention gak!.Ari ni Allah bagi nenek rase sakit senggugut. Memang sakit sangat sangat macam labour mase nak bersalin. Jadi ari ni Allah bagi peluang nenek rase ape yang anak dara nenek rase!! Cian dia! sayang cema!

Ni yang boleh ngadap pc ni pasal Allah dah kurangkan sakitnya. Bila nenek tahu yang nenek senggugut, nenek terus suruh Pak Janggut beli Coca cola untuk di minum bersama Panadol sebagai asbab. Walau pun yang balik Pepsi cola sejuk nenek belasah juga. Lantaklah Pak Janggut! Asbab aje tu, bukan boleh bagi munafaat atau mudarat!

Adeh...adeh..sakit datang lagi pula


wasalamualaikum

Thursday, October 1, 2009

Mari berpantun

Asalamualaikum Anak anak dan cucu cucu nenek,

Ape khabar? harapan nenek moga sejahtera dibawah lindungan Allah Azza Wajalla.

Selamat Hari Raya!!! Aaaa Ape? nak lagu raye? Ape barang lagu raye dah ujung ujung ni. Puasa enam pun tak buat, sibuk nak lagu raya. Kita pantun nak? kita berpantun Raye ye!

Pantun Raye tak semestinya Pantun mengenai hari raye. Cukup sekadar kita berpantun pada hari raye walaupun isi pantun itu tidak ade kena mengena langsung dengan hari raye.

Pokoknya nenek teringin nak berpantun ari ni!. Macam orang mengidam! Teringin sangat sangat!!

Ok lah tanpa membuang masa, Mari lah kita berpantun!!!


Pagi pagi kutip teritip
Ikan sepat dalam paya
Hari raya hari mengutip
Banyak ke dapat duit raya


Hamzah dan Umar main kotak
Kenek kenek anak kerbau
Kau orang rindu kat nenek tak
Nenek rindu sangat kat kau


Siput sedut dan ikan tengiri
Ikat ikat buah kelapa
Hidup jangan lupa diri
Ingat!Kita akan mati jua


Kelapa susu kelapa juga
Tapau jeruk buah pala
kenapa cucu masam mencuka
Kalau senyum kan dapat pahala


Kiralah parang kecil dan besar
Teratak besar tidak berkunci
Bilalah korang nak abis belajar
Tak sabar nak rasa duit gaji


Barang diisi dalam peti
Besi takut besi berani
korang ni tak reti reti
Ini pantun suka hati


Dari sungai ke laut
Lebih terik matahari
Daripada nenek melalut
Lebih baik nenek berhenti


Tuba ikan tepi kali
Mari kutip ikan mati
Jumpa lagi lain hari
Nanti kita berpantun lagi


nota kaki; Pantun budaya melayu

Mari kita berpantun

Daripada berpantun lebih baik mengaji!!!

Wasalamualaikum

opps!! ada satu pantun lagi. Insyaallah pantun ini ada sikit munafaat

Lanyak tapir lanyak bebiri
Tenang tenang telaga mati
Banyak zikir banyak mengaji
senang senang kat sana nanti

bye...