Friday, February 25, 2011

Cakap lagi dan lagi

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 kerja 1 maksud 1 agama

Asalamualaikum.

Bismillah.

Semoga kehidupan kita menuju kejayaan.
Kejayaan adalah apabila mati, kita dapat masuk syurga.
Kehidupan ini bolehlah diumpamakan sebuah buku.Cover depan nya adalah Kelahiran dan Cover belakangnya adalah saat Kematian dan Ajal.

Buku kehidupan ini ada yang tebal dan ada yang tipis.Ada yang tebal dan usang tapi tak siap siap.Ada yang baru dan masih beberapa helai tapi sudah siap dan ditutup.

Kita tidak tahu berapa tebal atau nipis kah buku kehidupan kita. tapi itu tidak penting sebenarnya. Yang penting isi buku itu. Apakah ia bermunafaat untuk dibaca dan dijadikan iktibar dan membawa kebaikan atau apakah ia membawa diri kita dan manusia lain jauh dan lalai dari kehidupan yang disarankan pada kita. Apakah buku kehidupan kita itu boleh memberi munafaat kepada diri kita ketika kita kembali menghadap Ilahi.

Insyaallah mari lah kita isi buku kita dengan sebaik baik pengisian dengan berteraskan iman dan keyakinan kepada kadaq dan kadar Allah Taala.

Semoga dibahagian akhir buku kita itu kata kata penutupnya memberi kesudahan yang baik dan buku kita diredhai.

wasallam

10 comments:

  1. Assalamualaikum snt,
    hmmm entry yg mungkin biasa kita dgr tp ttp sentiasa best utk didengar lg dan lg...

    mengharapkan ending buku tu "live happily ever after"....~~~~ Amin!

    ReplyDelete
  2. harap kita jadi buku yang ada isinya...

    ReplyDelete
  3. waalaikum salam

    cikgu cikgu berdua ni tentu dah azam untuk cuti sekolah bulan 3 ni kan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. mahu jd buku yg berguna
    walau oenulis telah tiada tetap akan digunakan
    tq for sharing

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum farra dan selamat berkenalan. Insyaallah kita usaha untuk menjadikan buku kita berguna sepanjang zaman dan asbab hidayat Allah

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum.

    Moga Allah beri kita taufik hidayat untuk kita penuhi buku tersebut dengan amal-amal kebaikan. Moga dengan Rahmat Allah, kita menerima buku catatan amal dengan tangan kanan di akhirat nanti.

    Moga kesihatan nenek bertambah baik dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  7. Muka depan itu kelahiran,
    Muka belakang itu kematian,
    Hidup ini perlu pengorbanan,
    Kerana syurga penuh kenikmatan..

    Hidup ini penuh ujian,
    Dunia sementara akhirat berkekalan,
    Bersusah-susah itu mmg kebiasaan,
    Untuk kesenangan di hari kemudian..(",)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum nek dari nenek...jugak...
    Buku saya dah penuh cerita2 dunia...owh, malunya...semoga yg bakinya cerita2 syurga...nanti bole cerita kat cucu2 lagi dan lagi sampai dah xde gigi...hihihi...

    ReplyDelete
  9. waalaikumus salam ustadz Ishak. Moga Allah pandang dan mudahkan usaha kita mengisi buku.Insyaallah.kirim salam kat umu.

    waalaikumus salam nek.mana boleh lawan buku nenek yang khuruj ikut nisab ni.nenek yg ni pula tobek sana sini hu hu hu.Hidayat mu Ya Allah...

    Selamat berkenalan Fuad Ansari
    Moga perkenalan diberkati
    Tuan menyambung kerja Nabi
    Nenek sekadar pengalak disisi

    To anak pendang>> Masyaallah.Allah hu Akhbar.Semoga Tuan pegang teguh kerja agama hingga ke tua.Semoga ibu mu berbahagia. amin

    ReplyDelete