Saturday, June 20, 2009

Demam

Salam!!

Nenek tengah demam sekarang ni,badan panas,air mata keluar, air hidung pun meleleh.
Tak tau la, demam rindu kat cucu ke atau demam pasal jogging.tapi yang pasti nenek tengah demam!!
Semalam tu anak gadis nenek yang demam,hari ni nenek pula.berjangkit ke? emmm tak kesah la.yang penting iman kena betul.Allah yang bagi demam.tak ada sebab musabab pun Allah boleh bagi kita demam. kenape Allah bagi demam? tentu la sebab nenek banyak dosa!!.Allah nak kifarahkan dosa nenek.Allah sayang kat nenek.Allah nak bagi tau nenek,Allah berkuasa tapi mahkluk tak ada kuasa.Kena tarik nikmat sikit dah mengelabah mula tuduh tuduh.berjangkit dari anak la,terkena hujan la demam rindu la.walhal demam tu Allah yang bagi.
Nenek rasa nenek dah silap.kena istigfar banyak banyak. Ya Allah! ampunilah daku yang tak berdaya namun masih sombong. padahal tiada daya dan upaya melainkan dengan kudrat mu!!.Ampuni daku wahai Allah.
Nenek nak cuba betulkan diri nenek.Oleh kerana Allah yang bagi demam tentulah Allah juga yang bagi sembuh!. Jadi kena lah nenek solat sunat dua rakaat dulu mengikut sunnah dan doa minta sembuh.kemudian suruh la anak lelaki nenek yang balik ari ni untuk cari asbab yang berbentuk ubat.Asbab ni nenek kira ape ape pun boleh. Panadol boleh, Jus daun sup campur daun pudina boleh. tepek asam jawa kat kepala boleh,tidur pun boleh!! kiranya macam macam boleh lah. kan asbab aje.Asbab bukan boleh bagi munafaat dan mudarat,betul tak?. tapi fikir fikir nenek rasa nak guna asbab yang mudah dan tak menyusahkan orang. cuba teka ape dia..
Tentu lah tidur... Ok lah biar lah nenek membuta sekejap moga moga Allah bagi sembuh.

Wassallam

No comments:

Post a Comment