1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 usaha 1 agama
5/30
Asalamualaikum Anak anak dan cucu cucu nenek tersayang,
Malam hari tu, tarikh sebenar nenek dah lupa, maklumlah dah tua.Tok janggut ikut program pengajian mingguan kat surau. Selain dari untuk menambahkan ilmu, tujuan tok janggut duduk kat majlis itu ialah untuk ikram orang kampong kerana orang kampong telah terasa ketiadaan tok janggut setiap malam pengajian. Tok janggut bukan tak nak duduk majlis ilmu itu. tapi malam itu bersamaan dengan malam khususi kampong sebelah [dah kampong sendiri tak berminat, kena lah join kampong sebelah huhuhu]
Tok janggut sebenarnya agak panas juga bontot bila duduk majlis itu sebab majlis itu bercampur baur dengan politik.
Pada sesi soal jawab ada satu orang yang sangat kenal tok janggut mengajukan soalan cepu emas kepada Tuan Guru.
soalan -Ustaz, Saya nak tanya tentang orang yang banyak buat amal maaruf macam ajak orang solat berjemaah, amal sunnah dan sebagainya tapi tak nak ambil tahu pasal politik. macammana dia disisi Allah?
Tok janggut kata Ustaz tu jawab panjang lebar siap dengan Ayat Quran lagi nak bagi kuat dalil, sampai bontot tok janggut bukan hanya panas tapi dah boleh panggang ikan terubuk dah. Penutupnya ustaz tu kata tak masuk syurga kalau tak sokong parti yang betul! bukan susah!, pangkah aje! tapi kena pilih yang betul la!!! buleh ke macam tu ustaz???
Tok janggut tak kata apa lah, Tunduk aje macam dengar beriya!! dan berminat. begitu mantap sekali lakonan tok janggut!.
Setelah habis di smashed tok janggut pula mengajukan soalan - Ustaz.Saya teringin nak belajar wudu' cara sunnah, iaitu cara cara Rasullullah berwudu' Boleh tak ustaz ajar minggu depan.'Insyaallah' jawab ustaz dan majlis bersurai setelah jamuan kecil dan tok janggut pun balik lah
About us
10 years ago
hah, no komen. hehehehe
ReplyDeletekadang-kadang kelakar soalan macam ni. Tapi biasa tok-tok janggut ni senyum je.
ReplyDeleteTo speedrider and Ben
ReplyDeletemalam tu kita orang pekena teh 'peah' dan borak sampai larut malam dan kami dapat faham -
Bukan susah nak buat orang suka kita tapi kita bukan nak orang suka kita, kita nak Allah suka kita.