Monday, November 23, 2009

korban

1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada semua anak cucu

Nak jugak la cakap sikit pasal raya korban kan.

Raya korban kan dah dekat. Hari tu nenek pun insyaallah tengah sibuk kan. Jadi masa terluang ni nak cakap sikit lah pasal tu mana tahu ada munafaat. mana tahu boleh jadi asbab ingat,pada orang yang lupa. Asbab insaf,pada orang yang terlanjur atau mungkin asbab menambah ilmu sebab ada jugak benda benda nenek baru tahu.

Apa makna korban?
Semua orang ada persepsi mereka sendiri.
Tapi untuk orang islam tentu persepsi dan niat mereka sama kerana mereka mempunyai maksud dan tujuan yang sama iaitu untuk mendapat Redha Allah Subhanahu wataala.
Pada nenek Korban ini ialah bersusah payah kerana agama.

Tahu tak yang ibadat korban ini wajib!!! tapi untuk yang mampu la kan. Kalau tak mampu tak payah la. Macam tu lah nenek belajar.
Lepas tu ibadat ni pun kalau dah alang alang buat biar lah ikut sunnah la kan, bukan apa, untuk mendapat redha Allah. Rugi lah kalau Allah tak redha! betul tak?

Rupanya kalau kita mampu kita kena korban 1 tahun sekali!. Rupanya korban 1 ekor kambing cukup untuk seluruh keluarga! Rupanya kalau keluarga besar pun cukup juga sembelih 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu!. Lembu kan kita bahagi 7. Ini nenek baru tahu ni!. Dulu nenek ingat 1 ekor kambing untuk 1 orang!. Rupanya 1 kambing untuk 1 keluarga. Dah tua gini baru tahu hmmm...sedih sedih...

Tapi kalau 1 keluarga nak sembelih sampai 2 ke 3 ekor atau lebih tak apa, boleh!

Yang penting kita kena korban mengikut cara mana Rasullullah berkorban.Jangan mandai mandai sendiri nanti sia sia!. Ingat, yang ibadat yang sedikit itu adalah lebih baik jika mengikut sunnah dari ibadat yang banyak tapi banyak jugak bidaahnya.

Macam mana Rasullullah dan para sahabat berkorban?

Mengikut sunnah,Pada 1 zulhijjah, orang yang berkorban berserta ahli keluarganya dilarang mencukur atau memotong rambut.Mereka juga dilarang mencukur bulu ari ari dibadannya saperti bulu ketiak bulu kaki atau bulu lain lain yang sewaktu dengan nya. Juga tidak boleh potong kuku dengan sengaja sehingga selesai menyembelih. Bila binatang korban dah siap disembelih maka boleh la.

Fadhilatnya ialah agar seluruh tubuh dibebaskan dari api neraka dan juga untuk mengingati orang yang melakukan ikhram di Mekah.

Kemudian -

- Mereka baca Bismillah dan sembelih atau

- Mereka baca Bismillahi Wallahu Akbar dan sembelih.

- Tak payah sebut nama nama ahli keluarga bagai.

- Daging daging disedekahkan kepada fakir miskin, kaum keluarga termasuk tuan punya diri yang berkorban, jiran jiran termasuk yang non muslim dan boleh juga orang berada. Keutamaan adalah kepada fakir miskin.

Begitu lah sedikit ilmu yang Allah bagi faham kat nenek


Wassalam

No comments:

Post a Comment