Wednesday, November 4, 2009

Hamzah dapat mak long

1 entry 1 hari 1 kerja 1 fikir 1 maksud 1 agama
9/30

Asalamualaikum!

semoga kita semua sejahtera dilindungi Allah subha nahu wataala.

Ini adalah perbualan talipon antara abang dan adik -

"Ti, ko bawa nasi ayam!, dia suka nasi ayam!"- itu adalah ayat Along mencadangkan kepada adiknya untuk membawa sesuatu kepada pehak perempuan.

"er...tak apa lah long, ko bagi aje aku duit, biar aku uruskan!" jawab adiknya pendek. "Tak sangka aku mempunyai abang yang sengal!" bisik hatinya. abang dia ingat. nak bawa benda yang makwa dia suka aje!

setelah umi hamzah dapat cincin dan setelah dia berjanji nak datang lagi untuk cincin yang dia dok belek untuk dirinya, kami ke kedai buah.Beli buah buahan dan bakul buah.

setelah pie labu siap, umi hamzah balut bungkus bagai semua barang dan kami pun gerak lah.

Rupanya kat rumah pehak perempuan ramai dah tunggu. Malunya!! Ingat tak nak formal bagai!. Aduh...Kita orang dah la 4 beranak aje!

Belah sana siap dengan juru cakap segala!

Setelah duduk dan borak borak entah apa apa yang tak membawa maksud kedatangan sampai pehak belah sana boring! nenek pun mula lah bagi isyarat mata kat tok janggut namun tok janggut tak faham faham. isy...makin rancak tok janggut borak pasal surau lah,musim haji lah dan entah apa apa. Nenek tukar trick, guna isyarat tangan pula! tu pun tok janggut tak faham faham juga. isy,...dah tu anak menantu pakat buat bodoh, buat buat sibuk layan anak!. last last nenek pun "cincin ni nak buat apa?"
Ha! Ambik! tu la orang bagi sign tak faham! kan dah nenek termalu sebab semua orang pandang nenek. Nasib baik nenek cepat cepat control ayu dan leretkan senyuman kat tok janggut yang agak ternganga mulutnya!.

Dipendekkan cerita setelah cincin diterima dan ada majlis bergambar bagai maka kami dihidangkan dengan jamuan yang Allah bagi sedap!

Sebelum pulang juru cakap sebagai wakil bertanya "Bila nak tunang?"
Tok janggut- err....tok janggut tak tahu nak jawab sebab kita orang tak bincang lagi pasal tu jadi tok janggut minta tangguh untuk mesyuarat dengan Along.

Begitu lah akhirnya majlis itu dan kami pulang dengan bekalan buah tangan.

1 comment: