Thursday, November 19, 2009

Muslim sebenar

1 hari 1 entry 1 usaha 1 fikir 1 agama
27/30

Asalamualaikum anak anak dan cucu nenek semua,

Muslim sebenar?
Jadi nenek ni muslim main main ke?
Bukanlah maknanya muslim main main ke olok olok ke apa, tapi muslim yang berlandaskan Quran dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah dan diikuti oleh para sahabat dan mereka mereka selepas sahabat dan kemudiannya.Muslim jenis itulah!.

Bukan muslim jenis ikut ikutan turun temurun penuh amalan syirik dan bidaah. Ada banyak amalan ibadat yang kita buat yang kita sangkakan itu agama padahal Rasullullah dan para sahabat tak pernah buat.

Itu lah makna nya agama mengikut sunnah. Sunnah bukan lah satu amalan sunat saperti solat sunat atau pun puasa sunat bagai ye anak anak! tapi sunnah adalah arahan saperti yang ditunjukkan. Maknanya kita kena buat macam yang diarahkan dan saperti yang ditunjukkan.
Arahan siapa?
Tentulah arahan Allah subhanahuwataala.

Siapa yang tunjukkan?
Tentulah Rasullullah s.a.w. dan diikuti oleh para sahabat. orang orang selepas sahabat dan selepasnya!. Kita tidak boleh suka suka menunaikan arahan mengikut kehendak kita sendiri atau ikut ikut cara orang. Betul tak?

Kalau kita kerja bawah boss pun tentu boss akan marah kalau kita kerja ikut suka kita aje atau kerja ikut cakap orang!. Betul tak!. Boss kita tentu lah suka dan berbesar hati kalau kita taat dan ikut cakap dia. Lagi dia suka kalau kejap kejap kita tengok balik apa arahan dia!.Betul betul ikut disiplin dan garis panduan. Setuju tak?
Inikan pula Boss segala Boss! Tidak ada yang lebih Besar dariYang Maha Kuasa ini iaitu Allah Azza Wajalla!

Ada orang menganggap benda ini remeh tapi ia sebenarnya sangat penting. Bayangkan lah, kat dunia ini kita penat jerih buat ibadah pasal ingat nak happy happy rehat sakan kat akhirat tempat baru yang tanpa penghujung itu tapi aleh aleh kena panggang dulu!
Kenapa? kenapa" kenapa? tentulah tak caya kan!
Rupanya pasal mandai mandai buat amalan baru! tapi sebenarnya ada banyak sebab lah kenapa amalan kita kena reject.Amalan yang tidak ikhlas, dah terang nyatalah kena reject.Lagi satu ialah amalan yang bercampur baur dengan syirik! ini pun dah terang nyata kena reject!.

Bila kita baca syahadah tu apa sebenarnya dalam hati kita?

Tiada Tuhan melainkan Allah.
Apa perasaan kita ketika itu?
Ketika ini sepatutnya kita sangat yakin bahawa Mahluk tak ada kuasa langsung. Hanya Allah sahaja yang berkuasa!.Dan kita adalah terlalu kerdil kerana nak kelip mata pun perlu izin Allah!.

Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Dan kita benar benar yakin bahawa hanya cara dan jalan yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w. sahaja dan diikuti oleh para sahabat yang akan membawa kejayaan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Itulah hakikat syahadah!.

Tapi kalau kita dah suka suka buat jalan sendiri...
You all pikir lah sendiri!
Nenek tak berani nak cakap.

Tapi selagi iman betul insyaallah, kena lanyak ke, hangus rentung kena bakar ke?, kena bantai dengan Ular, tengelam dalam lautan darah dan nanah bagai berkurun kurun pulak tu, tetap masuk syurga juga. Walau pun ada tanda la kan!.

Yang penting jangan Syirik!.
Syirik ni kengkadang kita tak perasan!.
nanti kita cakap pasal syirik insyaallah ya! Wassallam

3 comments:

  1. betul tu nenek. baru2 ni sy htr ank pompuan sy g madrasah, blaja alimah. Habis kene hemtam ngan adik bradik. Diaorg nmpk kejayaan dgn sijil. Ade sijil maka berjayalah..hehe salah sy gak sb xbgtau mrk kelebihan mempelajari ilmu Allah ni. Smuga Allah ampuni dosa kite summer.

    ReplyDelete
  2. to ahlia-azharjaafar
    Lantak lah orang tak suka! bukan kita nak cari suka orang. Kita nak Allah suka kita!
    Moga Allah bagi faham pada mereka!

    ReplyDelete
  3. Nenek,
    Kita baca sahadah dan kita benarkan ikrar pengakuan itu dalam hati.
    Macamana lak kita nak tahu Allah terima ikrar pengakuan kita itu nenek.
    Takkan syok sendiri je buat pengakuan sedangkan pengakuan kita tak di terima.

    ReplyDelete