Monday, August 31, 2009

Asalamualaikum semua! Apa khabar hari ini?

Ada kah baik? Baik macam mana?

Pada nenek, Baik adalah bila keadaan kita lebih baik dari semalam.
Amalan kita lebih baik dari semalam. Contohnya :-

Solat kita lebih baik dari semalam. kalau semalam lalai, hari ini lebih khusyuk.
Sedekah kita lebih banyak dari semalam, Kalau semalam 50 sen, Hari ini ! ringgit.
Amal perbuatan kita lebih baik dari semalam. Kalau selalu mak suruh buat ape ape, buat kerja macam ter paksa aje. tapi hari ini ikhlas kerana Allah.

Kalau macam itu baru lah nenek tabik spring dan memang korang dalam keadaan baik!!! kira lebih baik dari semalam dan beberape malam sebelum nya!!!

Okey la meh kita sambung cerita mamat mat saleh yang buat tesis tu!!!


Mamat ni pergi lah ke Kelas TADIKA kat Israel nun
Dia perhatikan pemakanan kanak kanak TADIKA tu cukup dikawal!.
Makanan awal mereka ialah buah-buahan bersama kacang badam dan diikuti dengan menelan minyak ikan!!!
Didalam pengamatan dia,Kanak kanak Yahudi sungguh bijak.Rata rata mereka memahami tiga bahasa iaitu hebrew,Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ni wajib ni!
Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota nota nya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Menurut saintis Yahudi,Gegaran musik dapat 'stimulate'{kira macam senaman la tu} otak.
Maka itu terdapat ramai sekali Genius musik terdiri dari orang Yahudi [nenek kata 'Ala genius lagho buat ape!']

Seterusnya mamat ini pergi ke sekolah pula.
Dari darjah satu hingga enam,Anak anak yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains sangat lah diberi keutamaan.

Doctor ni kata dalam pemerhatian peribadi dia.Jika di bandingkan dengan kanak kanak Carlifornia dari segi IQ perbandingannya adalah enam tahun kebelakang!.
Anak Yahudi mudah menangkap pelajaran!. Sukan juga menjadi kewajiban bagi mereka. Sukan yang diberi keutamaan ialah memanah.menembak dan berlari. Kata kawan doctor tu [kawan yahudi la] memanah dan menembak dapat melatih otak meng-fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya memerhatian doctor itu ialah pada sekolah menengah atau sekolah tinggi.
Di sini mereka di tekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kelihatan lucu dan mengarut tetap diteliti dengan serius apatah lagi bila ianya berupa senjata,perubatan dan engeeniring. Idea itu akan dibawa ke Institute tinggi ia itu politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah Fakulti Perniagaan.
Doctor ini sungguh terkejut beruk melihat keagresifan dan keseriusan [dari perkataan agresif dan serius] mereka dalam hal perniagaan. Di akhir tahun di universiti,Para penuntut jurusan perniagaan dikehendaki membuat projek berkumpulan dan mempraktikkannya dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka dapat keuntungan sebanyak $us 1 juta!!!. engkau pun terkejut beruk?.tapi itu lah kenyataan.
Nak tahu tak sape design 'Levis' terkini yang korang pakai tu?. bebudak fakulti bisnes dan fesyen aje!!! kat Universiti Israel. Mereka ditaja penuh oleh syarikat milik Yahudi dan dengan rangkaian di seluruh dunia, tidak hairan lah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia. [amik la.. dunia ni ko punya! aku tak nak!]

Di New York ada Dewan Perniagaan Yahudi yang bersedia membantu mereka mereka yang ingin berniaga.Jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa itu akan memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul.[sudah tentu untuk Yahudi sahaja!]

Maka itu lahir lah Star Buck, Dell Computer, Coca-cola,DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis. Dunkin Donut dan ada beratus lagi kedai ternama di bawah naungan Dewan Perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan New York disarankan mendaftar di Persatuan ini dan digalakkan memulakan perniagaan sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah!!!. Baru lah doktor ni tau kenapa hospital di New york dan Carlifornia sentiasa kekurangan Doctor Pakar. Pakat niaga sendiri rupanya!!

Begitu lah entry nenek kali ini anak anak, Untuk kita jadikan iktibar dan panduan dan doctor ini telah membuat kesimpulan dan membuat teori sendiri dan telah juga membuat percubaan keatas cucu nya sendiri dan dia kata dia telah ber jaya kerana cucu dia yang berumur 9 tahun telah berjaya menulis essay iaitu karangan bertajuk 'Kenapa saya suka tomato'sepanjang 5 muka surat penuh [mak!...aaii!!!]

Kalau kita macam mana???
kalau kita... kat dunia ni berpada pada la..
Jangan lah kejar sangat...takut tak tertanggung hisab!
Okey la selamat berpuasa dan selamat hari raya dan maaf lahir dan batin.

Raya nanti jangan lupa balik kampung!!!!

No comments:

Post a Comment