Friday, September 4, 2009

Asalamualaikum semua!

Dah habis terawih dah! nenek pun!nenek pun!

Ari ni nenek first time terawih. Alhamdulillah, berpeluang juga nenek. syukur sangat sangat.

Ni baru abis terawih la ni. syok sangat sampai tak sabar sabar nak coret caritkan [ade ke perkataan ni? tapi macam best aje, guna aje la!]kat blog.

Oleh kerana nenek dah boleh solat dan boleh buat amal ibadat lain yang sewaktu dengan nya maka rasenya ini adalah entry nenek yang last bulan puasa ni!.melainkan nenek ade sesuatu yang terpaksa dikongsi bersama dengan segera.

Sebagai orang tua nenek kenalah buat benda benda yang orang tua buat bulan bulan puasa ni, nak nak raya dah dekat! takkan nak mengadap komputar aje, ni kang ada yang kena lempang dengan Pak Janggut @ atuk ni kang! [ itu bukan nama sebenar. tu nama yang telah dianugerahkan oleh orang kampung sempena janggut pak janggut yang panjang itu]

Okey la nenek nak undur diri dulu, ada sesi lepas terawih yang nenek tak buat lagi. cuba teka sesi apa?

Tentu la acara makan moreh!! eh wajib! walaupun terawih kat rumah! walaupun cuma 11 rakaat sahaja setelah dicampur dengan witir. moreh kena makan juga! mana aci, kat surau makan moreh, kat rumah nenek nak makan moreh juga, Walaupun sebenarnya nenek tak lah lapar sangat sebab tadi nenek pura pura buka setelah tidak pura pura puasa kah kah kah.

Pak Janggut yang baru balik dari surau telah membuatkan nenek teh tarik yang kami gelar 'teh peah' kerana ump nya menyamai ump teh 'kedai kopi kak peah' dan untuk makan.....um...tak selera la...biskut kering ... kurma ada! em.. teh peah dengan kurma! okey gak! tapi kalau ade kuih raya lagi best. boleh moreh kuih raya! Nak kueh raye! nak kueh raye!. Ari tu anak dara nenek balik pun. dia tak nak buat kueh raya, dia kata nanti abis! kalau buat, kan nenek boleh moreh kueh raye. tiba raye nanti kueh dah abis. kah kah kah lagi!.

ok la nenek nak cucuk satay ni. satay ni macam magic pula, letak abis! letak abis!. kalau nak makan satay,jemput la datang masa raya!

kepada anak anak sedara silent readers tu... balikla raya pertama! tolong kipas satay!

Akhir kata SELAMAT HARIRAYA ,MAAF ZAHIR DAN BATIN

wasallam

No comments:

Post a Comment