Thursday, August 27, 2009

Kenapa Mereka Pandai!!!

Asalamualaikum semua!

Apa khabar ari ini?Masih berpuasa? Alhamdulillah!!!
Nenek.....isk...isk...isk...
okey anak anak.tajuk perbincangan kita ari ini ialah 'kenapa mereka pandai'
Aaa...sape pandai jawab? Allah pandai !! Sape nak jawab?
"takpe takpe turun tangan semua" "ceh!semua pakat perasan pandai belake"
Oleh kerane ini perbincangan satu hala sahaja iaitu nenek tulis dan korang baca makanye
korang bace je la ye!
Ada satu mamat ni buat tesis pasal orang yahudi.dia kagum bebenar dengan orang yahudi ni yang pada pandangan dia teramat lah hebat.
Kita tak lah kagum sangat, sebab Quran dah bagi tau. Rasullullah s.a.w. pun dah cakap.
"tu la.. suruh masuk islam tak nak!!" eh! ade sape sape suruh ke? ade sape sape bagi tau?
Ade sape sape bagi dia faham ape itu Islam? ade ke? ade ke?
kalau ade bagus la, tertunai tanggung jawab.mungkin Allah dah bagi hidayat kat dia, pasal hidayat Allah turun bila Allah redha dengan usaha dan kerja kita.tapi kalau kita tak buat kerja,En Samy kat ujung kampong tu pun tak tahu kenape korang ulang alik gi surau lima kali sehari!...istigrfar lah banyak banyak dengan kelemahan kita.kita tak boleh nak buat kerja agama.Iman lemah..buat lah amal lain bebanyak mane tau boleh tampong!.Nanti kat akhirat kalau En.Samy atau geng geng yang seangkatan dengan dia mengadu kat Allah Subhanahuwataala, yang mamat jiran dia yang hari hari ulang alik depan mata dia gi surau tak pernah bagitau dia ape itu islam, boleh la tawarkan pahala amalan tu kat dia.Kalau dia mengadu kat Allah yang tak siape bagi tau yang ape dia buat tu sesat! tak da faedah! dan dia salahkan kita agak agak ape alasan kita yang Allah boleh terima.Dia tak tahu pun yang kat dunia sekarang ni tak ade agama melainkan Islam!!kalau dia mengadu? kalau dia mengadu macammana?kalau semua kawan kawan kita ini, yang satu kampong, satu sekolah,satu meja kat 'kedai kopi kak peah' ni mengadu kat Allah, bayangkan keadaan kita. Adeh..deh deh malangnya...
dia tuntut kita depan Allah.Rase rasenye ade tak jawapan yang sesuai yang dapat melepaskan kita dari kemurkaan Allah.Rasenya kalau kita jual amal kita untuk pelepasan cukup tak!
Itu belum lagi kawan dalam daerah, negeri apatah lagi negara!,
hai..kecut perut nenek memikirkannya!.Eh...melalut lah pula nenek ni..maklum lah dah tua..selaluuu aje lari trek....em...where were we just now????
Berbalik pada cerita mamat ni tadi.
Nama dia Dr Stephen Carr Leon.
Dia kagum sesangat lah kerana kat dunia ini cendikiawan paling ramai orang yahudi, dalam semua bidang pula tu!.[cendikiawan dari sudut pandangan mata penuh keduniaan!! yang pada pandangan Rasullullah s.a.w. dan para sahabat tak ade benda langsung dan mereka tak nak pandang pun!! jangan silap tafsir ya!!]
Daripada engineering,musik,saintis dan yang paling hebat dan tersohor sekali ialah perniagaan.
Hampir 70% perniagaan dikuasai oleh yahudi.Semua bidang perniagaan,dari kosmetik, pakaian, pemakanan,senjata, perhotelan, perfileman di holywood dan sebagainya.
Maka dia pun buat tesis untuk Phd dia.Tesis ni mengambil masa lapan tahun.
fuh...sabar betul mamat ni...iya lah.. orang fikir dunia, buat sesuatu untuk kebaikan dunia la...
Antara data yang dia kumpul ialah dalam hal:-
Pemakanan
Adat resam
Anutan
Persiapan Awal untuk kelahiran Zuriat dan sebagainya
.
Dan dia bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.
So..kita bincang ikut urutan lah ye![one way only!! yes! yes! tak dapat nak nyampuk!!!]
Persiapan Awal untuk kelahiran Zuriat
Di Israel, setelah mengetahui yang ibu tu sedang hamil,si ibu akan selalu bernyanyi dan bermain piano.Si ibu dan si bapa akan selalu menyelesaikan masaalah matematik bersama sama. mereka kata itu untuk melatih otak anak dalam perut untuk menjadi genius. si ibu akan membuat latihan matematik tanpa jemu sehingga lah anak nya lahir.
Ibu mengandung juga sangat menjaga pemakanan mereka.Sejak awal mengandung lagi, mereka banyak makan kacang badam dan buah kurma bersama susu.Untuk makan tengah hari pula mereka makan roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan berbagai jenis kacang.
Menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak!. kepala ikan pula mengandungi bahan kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak dalam perut. Ibu mengandung juga seakan diwajibkan untuk menelan minyak ikan!.
Ini adalah adat orang yahudi ketika mengandung.
Adat Resam
Dr ini selalu juga pergi ke 'jemputan makan malam' di rumah orang yahudi. Dari pemerhatian dia, mereka gemar sekali makan isi ikan[fillet]. dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. menurut mereka campuran ikan dan daging adalah tidak elok dimakan bersama.Salad dan kacang adalah satu kemestian terutamanya badam.
Seperkara lagi mereka akan menghidangkan buah buahah dahulu sebelum menu utama. Menurut mereka kalau kabohidrat[nasi atau roti dan sebagainya] di makan dahulu sebelum buah-buahan, kita akan merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk belajar di sekolah.
Di Israel merokok adalah pantang!!!!! Jangan la suke suke nak merokok kalau ade jemputan makan kat rumah diaorang. Ade yang kena halau dan kena habiskan rokok kat luar rumah!!.
Padahal cuba teka sape pengeluar rokok terbesar dunia ????
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan mendapati bahawa nikotin dapat merosakkan sel utama otak manusia dan akan melekat pada genes. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang berkemungkinan cacat otak, bodoh atau lembab!!
[nenek kata "ish ish ish...rosak iman kalau percaya macam gini!!! oi doctor!!!! itu kan asbab aje!!! mahluk mana ade kuasa!! Allah berkuasa mahluk tak ade kuasa. Tidak akan berlaku apa apa tanpa kehendak Allah!!!. Iman kena betul! istigrfar banyak banyak. Iman rosak! habis! satu apa pun tak gune!!!]
emmmm where were we just now....rasenye cukup la dulu perbincangan hari ini, sakit tekak tau cakap banyak banyak.kan bulan puasa!! walaupun nenek tak puasa!!! isk..isk..isk sedih...
to be continued.....
wasallamualaikum

No comments:

Post a Comment