Friday, August 21, 2009

Asalamualaikum semua!!!

Selamat berpuasa!!!

Aaaaa...nenek tak boleh puasa!!!

Frustnya!!!

Emmmm nak buat macam mane...

kepada yang berpeluang berpuasa tu...korang puasa lah betul betul ye! buat sungguh sungguh.Elakkan yang haram dan yang makruh.Amalkan yang wajib dan perbanyakkan yang sunat.

Janganlah puasa bagai nak rak tapi tinggalkan sembahyang!. tak betul tu dik!

Nenek tengok dengan mata kepala nenek sendiri!!! puasa sungguh sungguh tapi tinggal solat.

Ni yang nenek tak berapa nak faham.Boleh ke ibadat pilih pilih?confuse confuse...

Nenek rasa diaorang ni dah silap faham.Ibadah fardu macam solat ni kita wajib tunaikan kalau tidak berdosa kita.Amalan penting ini,Uztad kata, akan di tanya dulu semasa kita dikira dan dihitung amal perbuatannya.kalau solat lepas,amalan lain insyaallah la.tapi kalau solat tak lepas amalan lain pun tak dipandang.macam tu la kot uztad cakap.tu yang solat penting sangat tu!!!

  • Pentingnya solat ni sampai kita kena buat juga dalam apa keadaan sekali pun,dengan cara yang dipermudahkan dalam keadaan susah.Dalam keadaan ketiadaan air atau tak boleh kena air kita tayamum.Dalam keadaan tak boleh gerak sebab patah riuk kita solat seboleh mungkin walau cuma dengan menggerakkan mata.Bila dalam perjalanan jauh kita jamak dan qasar iaitu mengumpul dan memendekkan solat.Yang penting kena solat juga!!!

  • Lagi satu kesilapan kita,kita sangka solat boleh di 'kodok' dan 'kodok' ni bukan sejenis katak ya!! ia adalah kaedah menggantikan sesuatu amalan tapi sekali kali bukan solat.
  • Kita kena solat dalam apa juga keadaan masa susah masa senang masa sehat atau sakit masa sibuk atau lapang.
  • Kita cuma boleh berhenti solat bila kita hilang akal atau tidak siuman.selagi akal masih waras dan otak masih berfungsi kita kena solat.
Jadi anak anak tentu dah faham sekarang tentang pentingnya solat.dan tak akan tinggalkan solat lagi...kan! kan! kan! bagus!!! baiknya cucu cucu nenek ni...

Sebenarnya ada satu perkara yang mengconfusekan nenek ni....nenek tak faham la bila orang kata 'solat hormat waktu' ni sebenarnya solat ke tak?.Pasal nenek dengar, orang yang solat 'hormat waktu' ni dia orang akan ganti balik solat.contohnya bila dia orang naik flight, nanti bila dah turun tanah dia orang ganti balik solat 'hormat waktu' tadi.

Jadi sebenarnya solat tadi tu sah ke tak?

Kalau sah, kenapa nak ganti balik? dan

Kalau tak sah,Kenapa buat?

Confuse...confuse....

Wasallam

No comments:

Post a Comment