Bismillah hirrohman nirrohim
1 fikir 1 risau 1 hati 1 amal 1 kerja 1 usaha 1 agama
Tergamam nenek terkedu nenek
membaca jemputan kat entry nenek
Kalau dah jodoh apa nak pelik
Kerja Allah,siapa boleh tilik
Jodoh adalah takdir Ilahi
Datang dengan ketentuan pasti
Dari Allah Robbul Izzati
Untuk insan yang dikasihi
Doa nenek buat kalian
Berkasih sayang sepanjang zaman
Biar datang ribut dan taufan
Kekal teguh berdua berteman
Bukan susah untuk bahagia
Hati kena selalu terbuka
Jangan tengok salah dia
selalu lah tengok salah kita
Hidup mudah bagi kita
Kerana kurang fikir dunia
Sekadar singgah sementara
Mengharap Redha Allah semata mata
Moga nanti dikurniakan zuriat
Asbab hidayat seluruh umat
Agama tersebar timur ke barat
Bahagia hidup mu Dunia Akhirat
Pesan nenek duhai anakanda
Jaga baik keluarga mertua
Sangat penting selalu peka
Tolong menolong keluarga bahagia
Bila baik dimata mertua
Buruk kita mereka lupa
kopi pahit pun tak apa
kerana manis mu dimata mereka
Duhai anakanda teruna dara
Jaga jugalah tutur dan kata
Jangan tersinggung keluarga mertua
Kelak berdarah lambat sembuhnya
Baik baik berumah tangga
Bermesyuarat paling utama
Supaya hati kekal sama
Moga Bahagia selamanya
Wahai anakanda bakal isteri
Mudahkanlah urusan suami
Moga masa yang berbaki
Dapat diguna sebagai da'i
Tentu lah anakanda lebih tahu
Ganjaran ganjaran yang menunggu
paling kurang 500 tahun lebih dulu
Bahagia di syurga kita menunggu
Wahai anakanda bakal suami
Berlemah lembutlah pada isteri
Jangan didedah kelemahan isteri
Harus ditutup,cuba perbaiki
Semoga Allah memberi berkat
Semoga dapat banyak zuriat
Semoga jadi asbab hidayat
Semoga kekal dunia akhirat
Wasalam
Advertise
11 years ago
masyaAllah...
ReplyDeletespecially dedicated... :)
Salam nek,
ReplyDeleteNek yg ni tak boleh lawanlah tang pantun ni...
Thumbs up!!!
to november zulu:yes! specially dedicated to both of them.
ReplyDeleteto Umma-ali:Waalaikum salam tukang risik. he he heNenek tumpang gembira bila anak anak bahagia.
salam nek,
ReplyDeleteNk tompang hepi juge kat sini la..
sdih + terharu bca pantun kat atas tu.
Nnti nenek bleh jd wakil pihak pengantin brbalas2 pantun.hehehe.
waalaikum salam aliaazuan. erk!
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewah nek...untuk kak umu jerrr(",)
kak umu sibuk barang kali kini...
mguruskan hari y penting
doakan kesejahteraan keluarga kami
usrati sa'idah
waalaikumus salam.
ReplyDeleteNenek faham.tentu umu sedang sibuk menguruskan persediaan hari bahagia dia.Semoga semua ahli keluarga dalam sejahtera dan bahagia.Amin.Kalau terjumpa atau tercall.kirim salam kat dia ya
Assalamualaikum nenek yang umu sayang :)
ReplyDeleteAllahuakhbar nek, maafkan umu ye. umu perasan sibuk je ni. Alhamdulillah Allah bagi keluangan masa untuk umu menziarahi nenek di sini. Bagaimana kesihatan nenek? Semoga nenek dalam keredhaan Allah swt sentiasa :)
Nek, jazakillah ye atas puisi yang indah. keindahannya sarat dengan nasihat, doa, ingatan juga di sulami dengan kasih sayang yang membahagiakan.. sangat terharu umu di buatnya..
Wahai nenek yang umu sayangi,
pesan mu mengingatkan umu pada bonda yang telah pergi,
ingatanmu jadi panduan diri,
agar kelak bahtera yang di naiki bersama suami,
menuju perlabuhan yang di redhai..
nek, jazakillah atas ingatan nenek yang berpanjangan untuk umu.. :)
to umu6point
ReplyDeleteWaalaikumussalam
Insyaallah nenek sedang berusaha utk tidak duduk wad.tapi paras darah tinggal 9 [ni nenek tak fahm]kalau isnin ni check tak naik juga kena masuk la.doa utk nenek ye.Moga kta semua dalam keredhaan Allah.Amin
N3 nenek, lihat tajuk mesti baca sebab ada pantun nasehat yang bernas dapat dibuat pengajaran, teruskan jang terbaik
ReplyDeletesetelah baca kali ke 2 N3 ini baru faham ishak akan kahwin dengan umu6point, dia pun ada menjemput saya. Ishak atau Umu kah orang lancang, coz saya pernah buat usaha kat lancang sekitar awal tahun 90an dulu semasa bertugas d Felda sertik Karak, jadi kenal juga lah karkun lancang, Jadi apa pun saya ucapkan tahniah kepada mereka dan semuga allah merahmati mereka.Penyakit nenek itu biasa aje insyaallah tak ape, saya macam2 penyakit ada, tawakkal and makan ubat
ReplyDeletekepada tuan musa,
ReplyDeletekpd nenek,izinkan mard menjawab sebagai adik kpd pasangan .....
abang Ishak itu org lancang,pahang.
kanda saya,kak umu,orang gemas,negeri sembilan.
Jemput hadir juga
minta doanya tuan musa.
(",)
Eid Mubarak nenek.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum nenek.
ReplyDeleteAlahai, Terharunya nenek tak sihat pun sudi mengarang pantun khas untuk kami.
Siap digubah pantun nasihat,
Nenek terkedu kami terharu,
Pesanan nenek kami ingat,
Dalam menempuh hidup baru,
Kami doakan nenek sihat,
Selalu makan makanan berkhasiat,
Sebagai ikhtiar makanlah ubat,
Disamping lakukan solat hajat,
Nabi anjur kita lakukan,
Sebelum ubat dahulukan sedekah,
Jaga kesihatan jaga amalan,
Moga hidup bertambah berkah.
Berperkerti tinggi si gadis Jawa,
Teruna Pahang terpikat hati.
Kehormatan diri amat dijaga,,
Dipertahankan elok penuh rapi,
Orang beragama tinggi nilainya,
Bukan mudah nak terima sebarang,
Walaupun muda bagus akhlaknya,
Fikir agama tak pernah lekang.
Walaupun sibuk dengan pokok kurma,
Usaha agama tidak dilupa,
Ummi Ali dan suami tercinta
Jadi asbab kami berjumpa.
Tukang risik tersenyum gembira,
Usaha menyatukan dua hati berhasil akhirnya,
Besar sungguh saham diterima,
Membina masjid dua keluarga.
Singgah di masjid sebelum ke rumah,
Mengambil berkat jemaah yang datang,
Mengatur bicara menyusun langkah,
Ingin melamar anak Imam tersayang.
Sesama rakan seusaha senang cerita,
Disambut baik hatinya suka,
Bakal mertua ceria sahaja,
Dah keluar empat bulan syarat utama.
Sirih junjung sebagai kepala,
Tujuh dulang hantaran telah kubawa,,
Bertunang sudah lepas raya,
Kini menanti dinikahkan pula,
Kain sattin dibuat baju,
Lawa di hati, lawa di mata,
Kedua keluarga telah setuju,
Tiba masa berukhwah pula.
Selepas berewang merentas lautan,
Dengan keazaman nak buat usaha masturat,
Terima kasih nenek terima kasih kengkawan,
Doakan kami dunia akhirat.
Asma anak nenek, Diah adik Umu,
Sama-sama kita tunggu, nenek pula nak bermenantu.
pewwwit!!
ReplyDeleteAsalamualaikum kepada semua pengkomen dan waalaikumus salam kepada yang memberi salam.
ReplyDeleteto zarch : eid mubarak to you too son.walaupun dah lambat hu hu hu
to anakanda ishak zaini
Orang tua banyak cakapnya
yang terfikir terus dinyata
ikhlas dari seorang tua
buat ishak sebagai nakhoda
Asma pula lain ceritanya
nenek belum puas bersama sidara
setelah mesyuarat dan sandiwara
akhir kata "ko cup aje dulu la ye"
Kalau jodoh tidak kemana
Mardiah bakal menyusul juga
tak perlu berkasih tak perlu bercinta
Janji Allah pasti datang jua.
to AmAtuLLAHiTa'ALA
pewwwit!pewwwit!pewwwit!
doa kan kesihatan nenek ye.baru kuar sepital ni
To Tuan Hj Musa.
ReplyDeleteBila dah tua tua ni kena keluar masuk kot, ye tuan haji.Nenek juga redha kerana nenek memang banyak dosa.Alhamdulillah berpeluang dikifarah didunia ini.
The Best 8 Casinos Near Houston, Texas
ReplyDeleteCasinos Near Houston, TX · 평택 출장샵 1. Caesars 구리 출장안마 Palace 계룡 출장샵 · 2. SugarHouse Casino · 3. Harrah's Cherokee Casino · 4. Wildhorse Casino 경상남도 출장안마 · 5. 전라북도 출장샵 The Stars