1 hati 1 fikir 1 risau 1 usaha 1 kerja 1 Agama
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
Moga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia ini.
Ada rahsia yang ku rahsiakan
Ada pandangan yang ku pendamkan
Ada keinginan yang ku simpan
Ada perasaan tak tertelan
Ku kira kau masih budak
Rasa baru semalam kau ku bedak
Tak sangka orang dah mintak
Tak tahu nak kasi ataupun tidak
Siapalah aku nak membantah
Kalau itu sudah perintah
Maut dan jodoh kerja Allah
Jadi aku akur redha mengalah
Bukan aku tak mahu berpisah
Tapi hati ini terasa gundah
Anak baru pandai pijak tanah
Takut kekok serba salah
Hati ini terasa sayu
Nak buka mulut terasa kelu
Beginilah hiba hati ibu mu
Berasa bimbang berasa ragu
Bimbang ku mungkin tak bertempat
Bukan aku punya makrifat
Moga Allah beri berkat
Pada anak ibu yang sangat taat.
Wahai anak permata ibu
Sayang sungguh ibu pada mu
Kira kau pergi jauh dari ku
Pandai pandai lah bawa diri mu
Kiranya sampai masa berpisah
Diri ini kan ku gagah
Takkan ku menangis seperti sudah
Masa kakak mu hendak melangkah
Wahai anak permata bonda
Apakah kau sudah sedia
Boleh kah kau melakukannya
Mengambil hati orang disana
Orang disana asing bagi mu
Akan menjadi keluarga mu
Hati ini bimbang dan ragu
Sayangkah mereka kepada mu
wahai anak ku permata intan
Kalau Allah sudah buat keputusan
Kita redha ikut peraturan
Insyaallah disitu ada kejayaan
Dengar lah anak ku ibu mu pesan
Kiranya nanti sudah sendirian
Amal ibadat kena berterusan
Khidmat pada suami mesti laksanakan
Biar jauh beribu batu
Dirimu tetap dihati ku
kau lah anak kasayangan ku
moga hidup mu bahagia selalu
Diri ini sebagai ibu
Tidak ku beza anak menantu
Moga Puan juga begitu
Anggaplah anak ku bagai anak mu
Advertise
11 years ago
Wow! you are getting another menantu!!! How lucky...Congratulations!!
ReplyDeleteTokwan dulu macam tulah juga, masa kecil mereka belajar kat madrasah, habis belajar di madrasah mengajar pula kat madrasah, kemudian kehendak Allah datang mereka dibawa oleh menantu. Jadi masa dengan kita amat singkat, kekadang kita rasa tak puas lagi kita nak bergembira dan berseronok dengan anak-anak.Bila terkenang ini, air mata mengalir
ReplyDeleteTo Nor
ReplyDeleteDo not congratulate me because this is not a happy moment.maybe later, dear girl
To tokwan
ReplyDeleteBila sudah tiba masanya,nenek juga akur dengan ketentuan Ilahi.
Tapi hati tengah sedih.tak tahu lah.pada hal takkan tak balik.banyak yang difikirkan.
Moga Allah bagi mudah
Salam nek..sedih plak rasanya...InsyaAllah semuga ALLAH pelihara dan berikan kebahagian di dunia dan di akhirat pd anak nenek tu dan umat seluruh alam....amin
ReplyDeletesampai satu masa, saya dan isteri pun akan melalui fasa terima menantu, insya-Allah.
ReplyDeleteSemoga Allah beri keberkatan, taufik dan hidayat kepada kita.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteto Ahlia Jaafar
ReplyDeleteHati ibu ini masih resah.
Celaru dan masih bimbang
Kata mereka "apa yang parah"
Padahal cuma cerita berulang
Hati Ibu hanya Allah yang tahu
Terima kasih dengan doa itu
Moga diterima doa mu dan doa ku
Kerana ibu jugalah yang tahu hati ibu
to ziarah76
ReplyDeleteHati Ibu lain dengan Bapa, Tuan
Ibu tak sampai hati,Bapa mudah sikit
Melepas pergi gadis perawan, Tuan
Untuk ibu memang agak perit
Nenek amin kan doa tuan. Jazakaallah
To Tok Janggut
ReplyDeleteBiarlah diri ini menyendiri
Bukan tidak mahu berkongsi
Bukan dirimu ku ketepi
Cuma cuba mengislah diri
kerana bicara mu benar sekali.
Memang belum ada keputusan
Memang sekadar risikan
Memang semuanya ketentuan
Namun hati ibu memang tulisan
Maafkanlah isteri mu ini...
Salam,
ReplyDeleteInsyaAllah husnuzhon kpd Allah dan org2 yg berkenaan, anak, bakal menantu, bakal besan... Allah adalah spt sangkaan hambaNya...
Aslmkm..
ReplyDeleteSabar bebanyak ye nek..
moga anak menantu nenek beri nenek cucu dan zuriat yang baik.. dulu mak nenek pun sedih macamtulah jugak masa nak serah nenek kat tok janggut kot.. Life must go on nek..
Teruskan bersabar.. Kuatkan hati.. Allah itu ada..
Ish2..sedihnye..nak komen pun x jadi..huhu..
ReplyDeletehmm..nek,x silap saya,ahliah azhar bin ja'far.ja'far tu nama ayah kepada azhar.hehe..
To Ummu-Ali
ReplyDeletewaalaikumussalam.Insyaallah saya bersangka baik.cuma masa itu hati ini begitu sedih.emmm nampaknya tok janggut faham.Nenek banyak masa lagi dengan anak tersayang.
To Ishak
ReplyDeletewaalaikumussalam.
Jazakaullah atas doa mu.nenek aminkan
To AmAtullaHiTA'ALA
ReplyDeleteKo ni kan,nenek tengah sedih sedih pun ko nampak salah nenek kan! cubit kang!
Ni nenek dah ok dah! jangan risau ye!
to ahlia Azharjaafar "sorry ye"
Salam :)
ReplyDeleteMenarik entri ni ...memberi seribu erti...semoga terus menulis denga entri yang lebih menarik...Salam ukhuwwah :)