1 fikir 1 usaha 1 amal 1 kerja 1 jemaah 1 agama
Bismillah pembuka bicara
Asalamualaikum pada semua
Moga Allah redha pada kita
Bahagia hidup sini dan sana
Rancang hidup biar berpada
Mulia manusia kerana Agama
Hidup bahagia pilihan semua
Tapi mesti taat Ibu dan Bapa.
Kalau hendak mencari isteri
Biar pun cantik,indah berseri
Namun kena berkenan ibu sendiri
Insyaallah tidak merana diri.
Sudah termaktub janji Ilahi
Ibu sangat penting sekali
Kalau Ibu Tuan, tidak sudi
Maka Tuan juga harus hindari.
Jalan yang mudah senang sekali
Biarlah Ibu carikan isteri
Mata orang tua biasa teliti
Janganlah ragu ataupun sangsi.
Tahukah Tuan satu kaedah
Tidak ada couple sebelum nikah
Bagitau Tijah atau pun Bedah
Dah nikah nanti,baru halal lah
Andai Tuan bercinta sakan
Malangnya Ibu tidak berkenan
Andai Ibu suruh ceraikan
Sebagai anak,kena laksanakan
Kalau Tuan berhati budiman
Kasihanilah gadis perawan
Pastikan Ibu juga berkenan
Barulah forwardkan peminangan.
Andai Tuan belum pasti
Apakah Ibu telah sudi
Jangan cuba mandai sendiri
Kelak gadis yang makan hati.
Begitulah tinggi darjat Ibu
Anak cucu perlu tahu
Ibu kena taat pada Bapa mu
Tapi anak pula pada Ibu
Allah itu maha Adil
Jangan anak suka degil
Kalau Ibu hatinya kecil
Hidup bahagia tak berhasil.
Usaha atas Iman kerja mulia
Moga Allah bagi faham Ibu dan Bapa
Kalau Ibu tak berapa suka
Doa, moga hati mereka Allah buka
Lebihkan Ikram pada Ibu Bapa
Jangan bagi nampak buruk kita
Apa kehendak cepat disedia
Nampakkan ciri anak taat setia.
Kerja Agama jangan ditinggal
Walaupun Ibu buat hal
Memang payah,jangan kesal
Ibu berleter,telinga bagi kebal.
Kerak nasi kena air lembut jua
Inikan pula hati manusia
Duhai anak cucu muda belia
Sabarlah dengan kerenah orang tua.
Moga Allah pandang usaha Tuan
Hidup bahagia moga berkekalan
Yang penting, isteri kena beriman
Tanya Ibu kalau dah berkenan
Sekian sahaja dari nenek
Kiranya ada ambil yang molek
Jangan hidup tergolek terbalik
Hidup elok elok,baik baik.
wassalam
Advertise
11 years ago
Nak jawab yang ni je;
ReplyDeleteTahukah Tuan satu kaedah
Tidak ada couple sebelum nikah
Bagitau Tijah atau pun Bedah
Dah nikah nanti,baru halal lah
Jawapannya;
Dulu tak tahu ini kaedah
Dah couple dulu baru nikah
Tapi syukur Alhamdulillah
Sebab kemudian tu dapat hidayah..
to Azharjaafar
ReplyDeleteBukan senang nak dapat hidayah
Pilihan Allah,Syukur Alhamdulillah
Manisnya cinta selepas nikah
Kasih mekar tak sudah sudah
Manisnya cinta selepas nikah
ReplyDeleteTapi cara tu orang x pakai dah
Sms; "Askum mak dan abah..
Weekend ni nak bawak girlprend dtg umah"
Salam nek,
ReplyDeletePantun lagi...
tak pandai lah kita nak buat...
yg dah lepas kita istighfar,
untuk anak2 kita kena ajar,
cari bini bkn mudah2 mcm main kejar2,
sok kat akhirat malik zabaniah pulak kejar...
I have just 'khatamed' reading all your entries here and now I feel like I know everyone in your family...( just to show you that I pay attention to detail when I really like something!)And yes, I read your english blog too! Tak nak update ke yg tu? Wah,mentang2 ramai peminat kat sini ye?hehe
ReplyDeleteGurindam ini memberi makna yang positif, wajar dihayati...
ReplyDeleteDari Melaka ke Kuala Kedah
ReplyDeleteSinggah di Penang beli Tuna
Pantun nenek sangatlah indah
semuga menfaat semua teruna
Permaisuri saya pilahan ibu ayah
ReplyDeleteBahagia hingga ke anak cucu
Hidup di dunia utamakan dakwah
Dalam syurga Insyaallah berkumpul bersatu
to Umma-Ali
ReplyDeleteDahulu memang susah
sekarang insyaallah dah senang
Kalau anak dah pasrah
Anak karkun insyaallah hati tenang
to Nor
ReplyDeleteI feel like hiding myself inside a tortoise shell. you should'nt had read it.As you can see my grammar sucks but still I like to write.and it is nice to know that someone like it.Thanks sis.
to Daud
ReplyDeleteGurindam ini bernada nasihat
Buat anak anak sebelum terlewat
Kasihi Ibu sepanjang hayat
Insyaallah hidup mu penuh berkat
to TokWan
ReplyDeleteBiar TokWan suka memuji
Nenek takkan lupa diri
Asalnya berpantun syok sendiri
Daripada berpantun baik mengaji
to musa
ReplyDeleteBenar sekali bicara Tuan
Moga keturunan kita jadi pilihan
Menjadi asbab orang beriman
Seluruh alam mereka bertebaran
Salam,
ReplyDeleteKata org berpengalaman, nak cari isteri atau menantu, jgn tengok anak karkun, kena tengok maknya karkunah ke tak...pernah berlaku, bapaknya syura negeri, anak nak di ajak makan setalam pun taknak, geli...sebab maknya tak pernah kuar wpun 3hari...
kisah satu lagi, bapaknya buzruk...ingat dapt kawin anaknya dapat sayap kedua...rupanya ajak khuruj, langsung merajuk...
inilah kesahnyaaa...
to Ummu-ali
ReplyDeleteYa! ya! nenek pun ada dengar kisah sedih yang sebegitu.Benarlah bukan sebarang orang Allah beri hidayah.Moga keluarga kita terpilih jadi asbab hidayat seluruh Alam.semoga tetap kekal dijalan Allah. Amin
masyaAllah.. hebat Allah...
ReplyDeletesungguh unik penyampaiannya.. nak minta copy..nanti sy akan post akan dtg..insyaAllah..
seorangnenektua...
yang berhati mulia...
dengarlah luahan kata...
yang luar biasa...
banyak mesej yang tersirat...
buat yang hati berkarat...
usahalah untuk bertaubat...
agar hidup jadi berkat...
fikir dan risau kena ada...
agar menangis sepanjang masa...
mengenangkan umat yang tersiksa...
buatlah dakwah sepanjang masa...
sekian terima kasih..
*harap akak dpt tulis lagi bentuk macam ni..bestttt!
to Peluncur Islam
ReplyDeleteKalau Tuan nampak yang molek
Sila ambil,nenek tak lokek
Memang ditujukan buat adik adik
Biar yang lalai jadi cerdik
Biar Tuan suka memuji
Nenek tidak lupa diri
kalau suka nada begini
Insyaallah nenek tulis lagi
Assalamualaikum Nek.... :)
ReplyDeletenak bagi sokongan kat nenek ni...hehee
Tersenyum2 tersipu malu,
Membaca pantun si nenek tua,
Abah pernah berpesan dahulu,
Make sure kami jua pilihan mertua.
Aduhai nenek bagai sasterawan,
Di cuit sekali panjang melatah,
Kepada teruna juga perawan,
Bicara ayahbonda jangan di bantah.
Gagah si da'ie lagak laksmana,
Santunnya gadis sangat berharga,
kasih di mulut entah kemana,
kasih berakad membawa ke syurga.
Waalaikummussalam Ummu
ReplyDeleteBenar sekali nasihat Ayah
Jangan anak berhati goyah
Doa banyak banyak kepada Allah
Moga bahagia sampai ke sudah
Kalau mertua hatinya kasih
Insyaallah hidup mu tak tersisih
Bertuah jadi menantu terpilih
Kasih sayang dia kasi lebih
salam...mardhiah pon nk menyumbang walaupun pantunnye songsang na na na....hihihi
ReplyDeletePesan abh kpd mardhiah
'Jaga amal' x sudah-sudah
Semoga mardhiah jadi karkunah
Disayangi suami,Nabi & Allah
Karkunah Tabligh berpurdah sunnah
'Sayap kiri' impian muslimah
Karkun&karkunah sebarkan dakwah
Semoga jemaah beroleh Jannah
nenek....huhu....sebagai menyokong entry nenek taw....Jihad Fisabilillah!!!
Duhai Dai'e pujaan hati
Berhati-hati mencari suri
Banyaknya pilihan d zmn ini
Tersilap pilih ggt lah jari
Wahai seorang nenek tua
Ayuhai kandaku k.umu tercinta
Sama-sama lah kita menjaga
Kehormatan diri buat Dai'e agama
Nama ku mardhiah dberi abah
Harapanku satu sampai ke sudah
Sungguh ku yakin janji Allah
Lelaki soleh buat wanita solehah
:)
ReplyDeleteBuah pisang di atas peti
Jangan di sangka buah bidara
Aduhai nenek ku mohon mengerti
Andai dinda ku terlebih bicara
:p