Thursday, December 3, 2009

Betulkan cara wudhuk

1 hati 1 usaha 1 fikir 1 agama

Asalamualaikum semua,

Hari ini nenek ingat nak share sikitlah, hal masaalah wuduk. atau adakah ejaan nya wudhuk atau wudu'?. Entah lah nenek pun dulu sekolah tak abis lagi, tok janggut dah ajak kawin, tu yang ejaan lintang pukang segala! tapi apa kisah! asal anak cucu nenek faham apa yang disampaikan, kira tercapailah maksud dan tujuan nenek kan! Itulah yang penting! kan!

Nenek nak cakap sikit tentang wuduk yang dianggap sempurna.
Bukan apa, pasal nenek baru belajar ni. Dulu nenek wuduk, dah lah berdiri!, air banyak membazir pula tu! lepas tu sapu jambul lagi! dah tu orang kata membasuh anggota wuduk, nenek bantai mengalirkan air ke anggota wuduk tu! sungguh ketara kejahilan nenek!. entah sape yang ajar entah! mandai mandai!

Jadi nenek nak recall la balik apa yang nenek belajar untuk munafaat kita bersama.

Tak banyaklah jauhnya dari yang biasa tu...

Biasalah.. Lepas Bismillah tu basuh tangan 3 kali.
lepas tu kumur kumur 3 kali gak.
Masa kumur kumur tu masukkan air kat hidung sekali harong tau. Buang air kat hidung guna tangan kiri. ala macam orang lelaki buang hingus! dia orang bukan mahu pakai tisu!
Dah tu basuh muka 3 kali gak. Basuh tangan sampai siku 3 kali gak.
Pastu basuh keseluruhan kepala sekali. pasal telinga dikira termasuk kepala, maka kenalah basuh sekali harung dengan kepala macam ini -
Basahkan kedua dua belah tangan dan mulakan dari atas dahi. Temukan jari jari diatas dahi manakala ibu jari masukkan dalam telinga. dan sapu kepala terus kebelakang hingga tengkuk dan patah balik ke depan dan terus basuh cuping telinga dengan jari telunjuk macam biasa.
Last sekali basuh kaki hingga buku lali.Masa basuh tu jangan lupa masukkan jari kat celah jari kaki. sebenarnya susah nenek nak tulis ayat demo yang tepat. senang tanya ustaz lah.

Ingat! Baca Bismillah tu wajib!

Ingat! Rasullullah S.A.W. guna 1 bejana air sahaja!

Ingat! Membasuh means mengosok gosok bagi bersih!

Ingat! Jangan berdiri! tapi duduk!

Juga tak ada bacaan bacaan khusus masa basuh muka ke atau tangan bagai!

okay tu je la

wassalam

3 comments:

  1. satu lagi masalah wudhuk:

    ada orang yang biasa mengambil wudhuk di kolah masjid dengan menceduk air di dalam cebok, kemudian berwudhuk di dalam cebuk tersebut dan menyebabkan air menjadi air musta'mal.

    Nak tegur, kita muda lagi, takut kena sergah pulak...

    ReplyDelete
  2. Aaaa! bab ni pun nenek baru belajar!
    Rupanya.Rasullullah pun main cedok gak! tapi dalam bejana! dan setelah basuh tangan 3 kali dengan cara jirus!.Baginda celup tangan kanan baginda dalam bejana tadi dan teruskan dengan anggota yang lain macam yang nenek cerita tu la!
    Wallahua'lam. Nenek pun baru belajar!

    ReplyDelete
  3. tu la nenek, lain cikgunya, lain pulak yang belajarnya.

    Setakat ni, saya masih memegang kepada konsep air musta'mal tu.
    Nanti kalau ada kuliah2 yang lain, saya cuba tanya ustaz lain pulak. Insya-Allah

    ReplyDelete