Friday, October 30, 2009

Pasang niat

1 entry 1 hari 1 hati 1 usaha 1 agama
3/30


Asalamualaikum Anak anak dan Cucu cucu nenek semua.

Semoga sejahtera di bawah lindungan Allah Subhanahu Wataala.

Anak anak tentu faham makna perkataan niat kan? Takkan tak faham kot!

Okay la, Pada nenek niat adalah 'keinginan hati' iaitu kehendak atau hasrat untuk melakukan sesuatu.

kalau 'pasang niat'....kira maksudnya lebih kurang masukkan niat kedalam hati.

Sebenarnya banyak pelajaran yang nenek dapat setelah umur dah tinggal sisa sisa ni.

Contohnya macam cerita 'Pasang niat' ni.

Sekarang ni kalau nenek berwudhu' untuk solat nenek tak lagi pasang niat sebelum baca 'Bismillah'

Kalau dulu kena pasang niat dulu, kalau ingat balik macam kelakar kan?.
'sahaja aku berwudhu' kerana Allah Taala'.
Kalau lupe rase macam tak sah aje dan ulang balik!.

Sekarang ini tertanya tanya pula, kenape kite diajar macam tu? entah la sampai sekarang nenek tak dapat jawab.

Kalau difikirkan, macam bodoh pula kan, Iya lah, kalau kita dah duduk mencangkung mengadap air macam gitu, takkan kita nak makan nasi pulakkan.

Dah niat kita nak solat tentu lah kita berwudhu'!, betul tak?

Lagi satu mase solat!. Sekarang ni pun nenek kalau solat dah takyah pasang pasang niat. Terus aje Takbir kalau dah sedia. Tak payah Usolli usolli.Dah kite berdiri tegak kat sejadah ngadap kiblat, tak kan niat kite nak gi Tesco kot!.

Nenek kesian sungguh kat orang orang yang masukkan niat mase takbiratulikhram tapi tak jadi jadi.Sampai dua tiga kali takbir tapi niat tak masuk masuk juga.Rasenye orang itu dah kena tipu dengan syaitan.Syaitan datangkan was was untuk ganggu solat kita.

Nenek rase macam bodoh aje bile ingat balik solat dulu dulu.Mase Takbiratul Ikhram, Kita patutnya bawa hati kita membesarkan Allah dan mengagungkannya sesuai dengan makne Takbiratul Ikhram itu, tapi kita sibuk masukkan niat,Ape yang dilafaz tidak sama dengan ape yang di fikir.Pandaikan syaitan tipu kita!.

Lafaz niat?

Entah la...

Nenek diberitahu Rasullullah S.A.W. tak baca lafaz niat.

Tak ade lafaz niat yang specifik!! yang macam kita belajar dulu dulu tu!!

Wallahua'lam

Wassalam

No comments:

Post a Comment