Saturday, June 20, 2009

Demam

Salam!!

Nenek tengah demam sekarang ni,badan panas,air mata keluar, air hidung pun meleleh.
Tak tau la, demam rindu kat cucu ke atau demam pasal jogging.tapi yang pasti nenek tengah demam!!
Semalam tu anak gadis nenek yang demam,hari ni nenek pula.berjangkit ke? emmm tak kesah la.yang penting iman kena betul.Allah yang bagi demam.tak ada sebab musabab pun Allah boleh bagi kita demam. kenape Allah bagi demam? tentu la sebab nenek banyak dosa!!.Allah nak kifarahkan dosa nenek.Allah sayang kat nenek.Allah nak bagi tau nenek,Allah berkuasa tapi mahkluk tak ada kuasa.Kena tarik nikmat sikit dah mengelabah mula tuduh tuduh.berjangkit dari anak la,terkena hujan la demam rindu la.walhal demam tu Allah yang bagi.
Nenek rasa nenek dah silap.kena istigfar banyak banyak. Ya Allah! ampunilah daku yang tak berdaya namun masih sombong. padahal tiada daya dan upaya melainkan dengan kudrat mu!!.Ampuni daku wahai Allah.
Nenek nak cuba betulkan diri nenek.Oleh kerana Allah yang bagi demam tentulah Allah juga yang bagi sembuh!. Jadi kena lah nenek solat sunat dua rakaat dulu mengikut sunnah dan doa minta sembuh.kemudian suruh la anak lelaki nenek yang balik ari ni untuk cari asbab yang berbentuk ubat.Asbab ni nenek kira ape ape pun boleh. Panadol boleh, Jus daun sup campur daun pudina boleh. tepek asam jawa kat kepala boleh,tidur pun boleh!! kiranya macam macam boleh lah. kan asbab aje.Asbab bukan boleh bagi munafaat dan mudarat,betul tak?. tapi fikir fikir nenek rasa nak guna asbab yang mudah dan tak menyusahkan orang. cuba teka ape dia..
Tentu lah tidur... Ok lah biar lah nenek membuta sekejap moga moga Allah bagi sembuh.

Wassallam

Thursday, June 18, 2009

Jogging balik!

Asalamualaikum,

Nenek baru balik jogging ngan atok.Lama juga dah tak jogging ni sebab nenek sibuk. sibuk jaga cucu.Anak nenek dah balik KL dah walaupun belum habis pantang.tu yang boleh gi jogging tu.
Dah lama tak jogg rase penat lain macam pula.Iyalah...badan dah tua..

Apelah.... cerita cucu nenek kat KL tu ye..cucu nenek yang first tu emmmm boleh tahan juga lasaknya! dan pandai berlakun! nampak macam sayang adik, tapi kalau kita lalai dia cucuk mata adik dia.Depan kita cium adik tapi bila datang geram dia,tang mata tu lah yang dia nak attack.

Nenek jogg kat pantai,macam selalulah.jogg kat pantai ni bestnya pasal tempat tu nyaman diawal pagi lagi pun pantai tu kan panjang jadi kalau kita susur tepi pantai tu jauh jauh mase belum penat,nak balik nanti walaupun dah penat kena patah balik juga walau kena seret kaki. tu yang nenek suke jogging kat pantai.Lagi pun nenek suke tengok kehebatan Allah pencipta alam kat bahagian laut.

Sebenarnya nenek ngan atok kalau tak gi jogging,kitaorang berkebun.tanam sayur kat belakang rumah.macam macam pokok ada!!kira sayur takyah beli la.Tapi jangan yakin pada kebolehan kita berkebun.Hasil tu Allah yang bagi!!.Perasan tak kekadang tu kita tanam pokok,bagi baja cukup cukup,buang rumput bagi terang.letak pagar lagi jangan bagi ayam makan tapi tup tup tak buah,banyak daun aje!!.kekadang tu pulak kita makan betik,buang biji sana sini.tup tup tumbuh!!. Buah lebat pula tu!! jiran jiran pun dapat rase.Itu lah kehebatan Allah!!Allah yang bagi buah.Bukan baja atau kehebatan penanam.

wassallam
Asalamualaikum!!
salam kenal dari seorang nenek tua.emmmm sebenarnya tak la tua sangat,cucu pun baru dua!!
Teringin juga nenek duduk depan computer lama lama macam anak gadis nenek yang sorang ni,Ape lah rasenya duduk berjam jam kat computer ni ye?
Kiranya nenek tengah buat experiment la ni.emmm rase ok gak.macam best pula belajar menaip walaupun main patuk patuk guna dua jari.
Nenek ni.orang kampung je,kampung nenek tepi pantai,best!! kalau lapang jemputlah ke rumah. kalau nak picnic ke camping ke nenek ade pot baik punya.kire kalau gi pot tu kau orang akan agak terkejut dengan kata kata 'Aaaa kat Malaysia ada tempat macam ni? eee macam kat luar negeri la!! eee sejuknya macam kat London la!!' dan takjub dengan kehebatan Allah pencipta alam semesta. dan kebesaran Allah masuk dalam diri kita.Hebat Allah!!

Ok lah dah nak magrib ni, kena lah sedia awal,wuduk awal,bentang sejadah awal..betul tak?