Tuesday, April 2, 2013

Dengan Nama Allah

1 fikir 1 risau 1 kerja 1 amal 1 agama

Asalalamualaikum anak cucu semua. Semoga kehidupan dunia kita menjadi asbab kebahagiaan kita di akhirat.

Dalam kehidupan dunia sekarang ni agak berat sikit lah.kena banyak banyak doa.kena banyak harap kepada hidayah Allah.
Walaupun dalam hati tau dunia sementara dan akhirat adalah kehidupan yang kekal tapi masih juga terkejar kejar.banyak sangat urusan hari hari.
 Untuk apa? untuk kita lebih selesa.,untuk tidak susah,untuk pegang lebih duit.

Agak malu juga....kerana kita tahu....Allah tak pandang semua tu.malaikat pun pelik.kata kehidupan sementara tapi cari duit macam tak nak mati.

Kalau lah harta dan kesenangan dunia itu Allah pandang mulia tentu lah Rasullullah orang pertama yang kaya raya kerana baginda kekasih Allah.
Rasullullah akan mewah dengan makanan. tidak lah berbulan bulan dapur tidak berasap dan kadang kadang buah tamar cuma ada 1biji saja 1hari.kadang kadang 1 biji tamar pun tak ada.Rasullullah tidak pernah dapat makan 2 kali dalam 1 hari.
kita? makan selagi nak.perut 1 jengkal semua benda nak masukkan kan.

Kalaulah kesenangan dunia ini Allah muliakan,Rasullullah lah orang pertama yang duduk di mahligai terindah dan berpakaian tercantik didunia kerana Baginda ialah kekasih Allah.
sedangkan Rasullullah tak boleh pun nak simpan baju kat almari kerana tak banyak mana pun baju nak simpan.ada 1 masa tu Rasullullah jadi lambat mengimamkan solat pasal baju belum kering.
kita ada? baju berlambak ada lah,sampai kena donate.kira okay la nak donate kan.

Rumah Rasullullah macamana? Dindingnya daripada tanah dan atapnya dari pelepah tamar.

Nampak sangat yang Allah tak pandang langsung kesenangan dunia ni.

Tapi kita.....bila Allah takdirkan kita susah kita redha....ok itu dah cukup bagus...

Namun dalam hati ada tekad>> Tapi aku akan pastikan yang anak aku tak akan susah macam aku.aku akan pastikan anak aku hidup senang.aku akan bagi pelajaran cukup cukup supaya mereka tak susah macam aku!. tuuu dia

Tetapi Anak Rasullullah s.a.w. Jantung hati Baginda,anak kesayangan Baginda tidak hidup lebih senang dari Baginda.Dapur pun sama juga jarang berasap.pakaian pun sama juga .

Kita bandingkan lah kehidupan kita hari ini dengan kehidupan Orang Orang yang Allah telah jamin Syurga.
Dimana kah kita....
Kemana nak kita bawa anak anak kita....

Ya Allah ampuni kami Ya Allah, kami lemah. Ya Allah.Mohon hidayah mu Ya Allah