Monday, November 30, 2009

Atok masih ump!

1 hati 1 fikir 1 usaha 1 agama

Asalamualaikum anak cucu nenek semua!
Macam mana? best tak raya haji?
Nenek? Penat!!!

Raya kedua adalah sangat penat okey!!!
Menanggani pelangan pelanggan berkorban!

Penat penat pun seronok lah kan apatah lagi sebab duit masyuk!

Tapi tahun ini nenek dapat rasakan badan nenek dah tak sama macam dulu lagi. Penat dan sakit badan terasa sangat. tu yang dalam hati tu terdetik 'betul la... Aku dah semakin tua. nak tarik tali, gantung sebelah peha lembu pun tak larat dah! kena minta tolong budak angkat sikit. Kalau dah gantung tu no hal lah bab melapahkan sebab just jatuhkan atas meja je!. Sampai ada satu pelanggan tu kesian kat nenek, dia kata 'tak apa lah kak. saya bawa balik je, bahagi bahagikan daging kat rumah je, kesian akak dah penat!. Tapi tulang tu tolong lah potong ya pasal saya tak ada alat nak potong!. so along pun uruskan tulang untuk dia dan dia pun balik lah!.

Alamak! nenek baru ingat! nenek tak pulangkan duit upah bahagikan daging tu!!!
Kena jumpa dia lagi ni!

Tapi nenek memang tabik spring kat atok!. Atok yang nenek maksudkan ini ialah bapa nenek. my father, you!. Bukan tok janggut!. tok janggut tak join bab lembu lembu ni!. Dia bukan sihat sangat.

Dengan umur atok menghampiri 80 tahun atok boleh jatuhkan lembu seorang diri. Lembu yang berharga RM2500! Bayangkan besarnya!. tapi lembu yang ni memang jenis baik la..
Jenis yang redha ketentuan Allah penciptanya!.

Masa kita orang datang Lembu tak sampai lagi! kita orang balik la! Datang lagi sekali lembu dah tumbang! aik sape tolong tok? dah tak ada orang! atok buat sendiri la!. Alamak!! tapi satu tu je lah yang dia tumbangkan sendiri! yang lain tu adalah pembantu!

Tapi tak pelik la kan pasal bapa nenek memang boleh sembelih lembu sorang sorang. Dia tu banyak trick!. Dia pernah sembelih lembu dengan bantuan kereta untuk menjatuhkan lembu garang!. korang tentu tak terpikir nak buat macam tu kan!.

Dipendekkan cerita the next day nenek cadang nak gi rumah atok la, konon konon sebagai anak mithalli, kot kena bawak gi sepital ke hape. tapi nak gi sarapan dulu la kat kedai mak wan. tup tup! muka atok ada sana tengah makan roti canai telor dengan geng masjid dia!. tengok segar bugar aje!. Alhamdullillah!. kita ni sakit badan tak hilang lagi!!.

Tu la kan! Allah bagi sakit! Allah bagi penat! Allah bagi sehat!. Tak semestinya dah tua tak kuat! pasal Allah bagi kuat. Tak semestinya muda kuat! Pasal ada orang muda cuba angkat balik lembu yang atok terbalikkan ke sisi supaya darah senang drain tapi tak larat!.

Maha suci Allah!!

Wassalam

Monday, November 23, 2009

korban

1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum kepada semua anak cucu

Nak jugak la cakap sikit pasal raya korban kan.

Raya korban kan dah dekat. Hari tu nenek pun insyaallah tengah sibuk kan. Jadi masa terluang ni nak cakap sikit lah pasal tu mana tahu ada munafaat. mana tahu boleh jadi asbab ingat,pada orang yang lupa. Asbab insaf,pada orang yang terlanjur atau mungkin asbab menambah ilmu sebab ada jugak benda benda nenek baru tahu.

Apa makna korban?
Semua orang ada persepsi mereka sendiri.
Tapi untuk orang islam tentu persepsi dan niat mereka sama kerana mereka mempunyai maksud dan tujuan yang sama iaitu untuk mendapat Redha Allah Subhanahu wataala.
Pada nenek Korban ini ialah bersusah payah kerana agama.

Tahu tak yang ibadat korban ini wajib!!! tapi untuk yang mampu la kan. Kalau tak mampu tak payah la. Macam tu lah nenek belajar.
Lepas tu ibadat ni pun kalau dah alang alang buat biar lah ikut sunnah la kan, bukan apa, untuk mendapat redha Allah. Rugi lah kalau Allah tak redha! betul tak?

Rupanya kalau kita mampu kita kena korban 1 tahun sekali!. Rupanya korban 1 ekor kambing cukup untuk seluruh keluarga! Rupanya kalau keluarga besar pun cukup juga sembelih 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu!. Lembu kan kita bahagi 7. Ini nenek baru tahu ni!. Dulu nenek ingat 1 ekor kambing untuk 1 orang!. Rupanya 1 kambing untuk 1 keluarga. Dah tua gini baru tahu hmmm...sedih sedih...

Tapi kalau 1 keluarga nak sembelih sampai 2 ke 3 ekor atau lebih tak apa, boleh!

Yang penting kita kena korban mengikut cara mana Rasullullah berkorban.Jangan mandai mandai sendiri nanti sia sia!. Ingat, yang ibadat yang sedikit itu adalah lebih baik jika mengikut sunnah dari ibadat yang banyak tapi banyak jugak bidaahnya.

Macam mana Rasullullah dan para sahabat berkorban?

Mengikut sunnah,Pada 1 zulhijjah, orang yang berkorban berserta ahli keluarganya dilarang mencukur atau memotong rambut.Mereka juga dilarang mencukur bulu ari ari dibadannya saperti bulu ketiak bulu kaki atau bulu lain lain yang sewaktu dengan nya. Juga tidak boleh potong kuku dengan sengaja sehingga selesai menyembelih. Bila binatang korban dah siap disembelih maka boleh la.

Fadhilatnya ialah agar seluruh tubuh dibebaskan dari api neraka dan juga untuk mengingati orang yang melakukan ikhram di Mekah.

Kemudian -

- Mereka baca Bismillah dan sembelih atau

- Mereka baca Bismillahi Wallahu Akbar dan sembelih.

- Tak payah sebut nama nama ahli keluarga bagai.

- Daging daging disedekahkan kepada fakir miskin, kaum keluarga termasuk tuan punya diri yang berkorban, jiran jiran termasuk yang non muslim dan boleh juga orang berada. Keutamaan adalah kepada fakir miskin.

Begitu lah sedikit ilmu yang Allah bagi faham kat nenek


Wassalam

Sunday, November 22, 2009

Bukan sebarang pantun!!!!

1 hati 1 usaha 1 kerja 1 agama

Asalamualaikum semua

Berlori redah kayu ke Kedah
Itik berenang senang dan tenang
Terbukti sudah ternyata sudah
Yes! menang! yes! nenek menang!

Bahulu basah senang dijaja
Bukit lada dari segenting
Tak perlu hadiah medal ke hape
Bukti pada diri itu yang penting

Lokan di tangga jatuh pun tidak
Buat pekasam santapan raja
Bukanlah bangga mahupun bongkak
Nak buat macammana memang dah nyata

Belanga bersih tepi mengkuang
Tutup cerek senget ke kiri
Terima kasih Ben memberi ruang
Untuk nenek syok sendiri

Kayu panjang jangan dipahat
Bentuk beluti lurus badannya
Kata dikarang untuk nasihat
Buat iktibar kita semua

Tarik kereta ke muara
Kereta anggun mecedes keemasan pula
Akhir kata untuk semua
Minta ampun minta maaf salah silap yang ada

Kopek kentang luka terhiris
Selada kembang cantik terlukis
Nenek memang suka menulis
Daripada menconteng baik menulis

Wassalam

Saturday, November 21, 2009

Menduakan Allah!

1 har1 1 entry 1 hati 1 fikir 1 kerja 1 maksud hidup 1 agama
30/30

Asalamualaikum Anak anak dan cucu nenek semua

Kita sambung lagi kes syirik ni ye!

Anak cucu tahu tak khurafat tu apa?

Khurafat ni dalam pemahaman nenek, macam kita percaya bila kita buat sesuatu dengan peraturan tertentu kita akan dapat munafaat dari perbuatan itu.Perasan tak kalau kita buat macam itu kita sedang menduakan Allah!
Kita rasa perlu buat macam tu nanti tak menjadi! nampak tak? nampak tak?

Khurafat ni bahaya sebab ia membawa kita kepada syirik, kan? kan? kan?

Nak bagi terang kita cari contoh.
Contoh ni kena batang hidung nenek. Dan dan tu jugak kena hamun dengan tok janggut lepas tu kena istirghfar dan syahadah balik.Tak puas hati lagi tu, suruh buat solat taubat lagi!

Kes hal kecik aje sebenarnya. Pasal cincin. Tapi jadi merbahaya pada iman pula!.

Ingat tak cerita tok janggut cari menantu?. Ha.. tu la..

Cadangnya Raya Haji ni nak bertunang lah. Insyaallah malam raya tu lah. Kan senang makanan dah semedang ada, maklumlah raya!.Kira ok lah kan.

Jadi suruh lah umi hamzah beli cincin!.Nenek pesan pada umi hamzah, kalau beli cincin tu belilah yang bermata. tak kira lah mata satu ke mata tiga.Tapi beli yang ada mata! Nenek siap bagi tahu. Zaman nenek dulu mata cincin ni ada makna tau! Jangan main main!

mata satu- Our love

mata tiga- I love you

mata dua- ni nenek tak belajar lagi,cikgu dia dah mati!

Tak lama lepas tu umi hamzah talipon nenek bagi tau "ma...Ada orang bagi nasihat, jangan bagi cincin bermata untuk tunang nanti tak kekal!.Nak buat macam mana ni ma!.Kalau tak ikut cakap dia nanti kecil hati dia."

Nenek suruh umi Hamzah ikut cakap orang itu kerana dia kena taat. bukan sebab percaya atau yakin tapi pasal dia kena taat. Walaupun yang bercakap itu bukan suaminya tapi dia kena hormat dan taat juga.

Jadi hasilnya cincin tak bermata!. Tok janggut pula tak tahu hujung pangkal terus bayan bab khurafat dan syirik sampai terlepas waktu masak!. hmmmm dengar aje lah walaupun nenek rasa tak bersalah.

ish dah melalut jauh dah ni. Where were we just now? Are we still in the track?

Contoh lain Berdoa kat kuburan orang alim atau wali.
maksudnya percaya bahawa dengan asbab perantaraan wali atau orang alim itu doa kita diterima oleh Allah hu taala.

Tu apa maknanya tu?

ok lah kena pendekkan entry ini sebab bapa nenek datang suruh kerja kan lembu.
ye! ye! makan sop lembu hari ini!
Insyaallah!

wassalam

Friday, November 20, 2009

kenal ke tak?

1 hari 1 entry 1 hati 1 fikir 1 agama
29/30

Salam everyone!

" Kalau nak kenal Allah kena kenal diri sendiri dulu "
Iya ke?
Maknanya nak kena tahu siapa nenek ni dulu la, sebelum nenek boleh kenal Allah!.

Macam tu ke?

Ni nenek boleh faham lah kot. ikut kepala nenek la

Kalau masih berhingus, nenek tak kenal lagi la sape nenek kan! tapi bila dah besar, dah baligh, dan boleh faham yang nenek ni perempuan dan ada tanda tanda keperempuanan bagai,nenek mula kenallah sape nenek sebenarnya.

Lepas tu mengaji pula! Mengajilah! Mengaji Agama! belajar baca Quran, belajar ilmu tauhid, fikah dan fardu ain segala tu! walaupun tak banyak mana sebab orang dulu dulu tau la kan. Lebihkan pelajaran skil hidup senang kat dunia. Besar nanti mana tau boleh kerja dengan gomen!. Bahagia hidup anak aku! hujung tahun ada bonus lagi, kerja senang dan cuti banyak pulak tu!.
Jadi ilmu yang sebenar kira belajar ala kadar saje!.tu yang dah tua tua pun masih banyak yang tak tahu! banyak tak faham! banyak amal tak berapa betul!

Okay lah kira nenek dah kenal diri ke ni?

Kenal! kenal! malah sedar diri lagi!

Nenek ni adalah mahluk Allah yang lemah lagi hina. tak berdaya melainkan dengan kehendak Allah jua. Nenek tak ada daya upaya apa pun. Bahkan kalau nasi dah kunyah pun kalau Allah kata bukan rezeki nenek.maka bukan lah!. Kalau nenek makan banyak banyak pun tapi Allah tak bagi kenyang, maka tak kenyang lah. Nak tarik masuk udara pun dengan kehendak Allah jua. Kalau Allah kata nenek mati ari ni, maka mati lah.
nenek tak daya nak buat apa apa. semuanya kudrat Allahutaala.
Itu lah nenek!.

Macammana nak kenal Allah?
Kalau nak kenal Allah kena lah kenal Quran dan hadith!
Maknanya kena belajar ilmu!.

Belajar bagaimana kita boleh taat perintah Allah.
Macam mana nak tahu ada perintah Allah?
Kita baca Quran lah!. kalau baca Quran tu bacalah dengan maknanya sekali.Suruh la suami suami pergi mengaji untuk faham perintah Allah.Pastu kita tanya lah kat dia!.

Kita kena tahu juga macam mana nak taat perintah Allah. tu kita baca hadith la.
Hadith tu sunnah la!

Kita kena taat perintah Allah dengan cara yang di tunjukkan oleh Rasullullah. Juga diikuti oleh para sahabah dan orang orang selepas sahabat dan orang orang selepas mereka.


p/s

Kalau kita ada anak Ram tinggi sikit elok kita suruh belajar hadith;
Belajar hadith ni perlu orang bijak! dan mempunyai daya ingatan yang baik!.
Bukan calang calang orang!

wassalam

syirik

1 hari 1 entry 1 fikir 1 usaha 1 agama
28/30

Asalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh anak anak dan cucu cucu nenek semua!

Tau tak syirik tu apa?

Tentulah semua orang tahu syirik tu apakan!.Kalau tanya budak darjah tiga -

'ton ton, syirik tu apa' tentu dia akan jawab ' syirik tu kalau sembah selain Allah la nek!' itu ada lah jawaban yang tepat tapi definasinya masih luas lagi!.
Ala.. budak darjah tiga, cakap lebih lebih kang katanya berlagak pula!.

Nenek pun ingat ingat lupa pelajaran bab syirik ni tapi nenek ingat la yang syirik ni ada besar dan ada kecil.

Syirik besar ni, macam sembah berhala ke sembah batu ke atau apa apa selain Allah Azza wajalla. Tapi apa barang pula orang islam nak sembah batu ke patong ke!. Tak logic la kan. Bukan orang hindu budha ke apa kan.

Tapi rasa rasanya sama tak katagorinya dengan perbuatan ini=

- Percaya kalau pakai cincin batu serai boleh neningkatkan keuntungan perniagaan

- Percaya yang kayu kokka ada munafaat!.

- Percaya kalau dapat surat atau email berantai kena forwardkan kalau tak, nahas!

- Yakin kita kena usaha dulu baru Allah bagi rezeki

- Takut dan tunduk dan sanggup mengikut arahan mungkar mahluk Allah. tak kira lah, iblis ke jin ke atau manusia durjana ke!.

Dan banyak lagilah yang ala ala sama waktu dengannya

Nenek rasa katagori ni kalau mati tak sempat taubat...aduh! habis lah! nauzubillah!

Pasal tu kita kena banyak berfikir. Apakah perbuatan kita bertentangan dengan tauhid kita iaitu TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH AZZAWAJALLA. iaitu kita mengeluarkan kebesaran mahluk dari hati kita, bagi kosong! dan hanya memasukkan kebesaran Allah yang Maha Besar!.
Ingat Allah tidak mahu disekutukan!!!!

Faham tak? tak pa! Doa! Insyaallah, Allah bagi faham?

to be cont..

wassalam

Thursday, November 19, 2009

Muslim sebenar

1 hari 1 entry 1 usaha 1 fikir 1 agama
27/30

Asalamualaikum anak anak dan cucu nenek semua,

Muslim sebenar?
Jadi nenek ni muslim main main ke?
Bukanlah maknanya muslim main main ke olok olok ke apa, tapi muslim yang berlandaskan Quran dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah dan diikuti oleh para sahabat dan mereka mereka selepas sahabat dan kemudiannya.Muslim jenis itulah!.

Bukan muslim jenis ikut ikutan turun temurun penuh amalan syirik dan bidaah. Ada banyak amalan ibadat yang kita buat yang kita sangkakan itu agama padahal Rasullullah dan para sahabat tak pernah buat.

Itu lah makna nya agama mengikut sunnah. Sunnah bukan lah satu amalan sunat saperti solat sunat atau pun puasa sunat bagai ye anak anak! tapi sunnah adalah arahan saperti yang ditunjukkan. Maknanya kita kena buat macam yang diarahkan dan saperti yang ditunjukkan.
Arahan siapa?
Tentulah arahan Allah subhanahuwataala.

Siapa yang tunjukkan?
Tentulah Rasullullah s.a.w. dan diikuti oleh para sahabat. orang orang selepas sahabat dan selepasnya!. Kita tidak boleh suka suka menunaikan arahan mengikut kehendak kita sendiri atau ikut ikut cara orang. Betul tak?

Kalau kita kerja bawah boss pun tentu boss akan marah kalau kita kerja ikut suka kita aje atau kerja ikut cakap orang!. Betul tak!. Boss kita tentu lah suka dan berbesar hati kalau kita taat dan ikut cakap dia. Lagi dia suka kalau kejap kejap kita tengok balik apa arahan dia!.Betul betul ikut disiplin dan garis panduan. Setuju tak?
Inikan pula Boss segala Boss! Tidak ada yang lebih Besar dariYang Maha Kuasa ini iaitu Allah Azza Wajalla!

Ada orang menganggap benda ini remeh tapi ia sebenarnya sangat penting. Bayangkan lah, kat dunia ini kita penat jerih buat ibadah pasal ingat nak happy happy rehat sakan kat akhirat tempat baru yang tanpa penghujung itu tapi aleh aleh kena panggang dulu!
Kenapa? kenapa" kenapa? tentulah tak caya kan!
Rupanya pasal mandai mandai buat amalan baru! tapi sebenarnya ada banyak sebab lah kenapa amalan kita kena reject.Amalan yang tidak ikhlas, dah terang nyatalah kena reject.Lagi satu ialah amalan yang bercampur baur dengan syirik! ini pun dah terang nyata kena reject!.

Bila kita baca syahadah tu apa sebenarnya dalam hati kita?

Tiada Tuhan melainkan Allah.
Apa perasaan kita ketika itu?
Ketika ini sepatutnya kita sangat yakin bahawa Mahluk tak ada kuasa langsung. Hanya Allah sahaja yang berkuasa!.Dan kita adalah terlalu kerdil kerana nak kelip mata pun perlu izin Allah!.

Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Dan kita benar benar yakin bahawa hanya cara dan jalan yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w. sahaja dan diikuti oleh para sahabat yang akan membawa kejayaan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Itulah hakikat syahadah!.

Tapi kalau kita dah suka suka buat jalan sendiri...
You all pikir lah sendiri!
Nenek tak berani nak cakap.

Tapi selagi iman betul insyaallah, kena lanyak ke, hangus rentung kena bakar ke?, kena bantai dengan Ular, tengelam dalam lautan darah dan nanah bagai berkurun kurun pulak tu, tetap masuk syurga juga. Walau pun ada tanda la kan!.

Yang penting jangan Syirik!.
Syirik ni kengkadang kita tak perasan!.
nanti kita cakap pasal syirik insyaallah ya! Wassallam

Wednesday, November 18, 2009

Pantun lagi

1 entry 1 hari 1 fikir 1 kerja 1 agama
26/30

Kelapa gading kelapa kering
Sapi korban kena tusukan
Idea dah kering kepala dah pening
Tapi cabaran kena diteruskan

Lembu pendek lanyak sidia
Pasang manik tulang tergeliat
Tentu lah nenek banyak idea
Pasal nenek tukang nasihat

Retak bumbung rompong dan rabak
Telaga cantik berbalam juga
ish! tak boleh sombong tak boleh bongkak
Segala yang baik dari Allah jua

Bersepah banyak bunga kemboja
Banyak dah kering bunga pekan
Sedarkah anak cucu nenek semua
Sangat penting kebajikan jiran

Atap rosak rumah dah basah
Sudah lama dapur tak nyala
Cubalah jenguk jiran sebelah
Ada makanan ke tak ada!

Remang senja turun tanah
Jalan raya naik taraf
Memang senang buat salah
Tapi susah minta maaf

Ikan tawar masak berlada
Rasa juga masin manisnya
Bukan saje tutur bicara
kena jaga juga hati mereka

Tangan luka seluk lubuk
Sangkut ular besar dan bisa
Jangan suka sangka buruk
Takut Allah kabulkan jua

Hirup singgang mana nak dapat
Kalau sop barulah kena
Hidup berjiran kena muafakat
Susah senang biar bersama

wassalam

Tuesday, November 17, 2009

Iklan

1 hari 1 entry 1 hati 1 fikir 1 maksud 1 agama
25/30

Nenek nak bagitau masih belum terlambat kalau nak order lembu ke kambing ke untuk korban pada hari raya haji ini!.

stock lembu dan kambing nenek banyak lagi.Mana nak habis! dua tiga kampung punya lembu dan kambing!

kalau nak order atau nak talk bussiness boleh la email nenek. he he he

sebenarnya ini bisnis nenek sejak nenek mampu ingat lagi. Nenek dari kecil lagi memang bergelumang dengan lembu. Kambing ni kami amik dengan orang lain! tapi kami amik order untuk dua dua la!.

Keluarga nenek memang niaga lembu dan kambing untuk semua fuction.
Kita orang ni flexible. Kira semua hal boleh bincang!.

Ada pelanggan tu kengkadang suruh kami siap potong, timbang dan bungkus baru nak amik.
Kalau pelanggan dari singapura buat akikah, biasanya mereka suruh masak dan bagi orang makan. Kalau dapat order yang macam ini, lepas masak kami hantar kat rumah anak yatim atau sekolah tahfiz berdekatan. atau kami ikut arahan kemana pelanggan tu nak bagi makanan itu. pasal dia jauh nun di singapura jadi dia hadiah dan sedekah kat malaysia aje lah.

Kami juga menjual secara seekor. dan akan dihantar kedepan pintu dengan bayaran penghantaran ditanggung oleh pembeli.

Jadi sesiapa yang ingin order lembu atau kambing boleh la contact nenek. alamak! lupa pula semua handset kita orang dah rosak.

emmm tak apa lah , order la tahun depan bila nenek dah ada handset canggih boleh amik gambar bagai

wasallam

Doa nenek

1 hari 1 entry 1 fikir 1 usaha 1 agama
24/30

Asalamualaikum anak cucu nenek semua

semoga kita dalam keadaan baik dalam semua hal dan keadaan.

Amalan harian baik, iman tak sakit, rasa cinta dan sayang pada agama sentiasa bertambah dan sentiasa fikir dan risau dengan keadaan umat Rasullullah sekarang ini.

Semoga isteri isteri dapat menjadi pembakar semangat suami suami.

Semoga adik dan kakak dapat membuka minda adik dan abang untuk fikir dan risau tentang keadaan umat akhir zaman ini.

Semoga rumah kita jadi penjana manusia manusia yang bertebaran dimuka bumi mengusahakan agama.

Semoga isteri isteri reda dengan sedikit kesempitan dan kepayahan untuk agama.

Semoga kita dapat tinggal amalan amalan yang rasullullah dan para sahabat tak buat dan ganti dengan apa yang mereka buat.

Semoga kita dapat berubah dan menerima perubahan untuk agama.

Semoga kita sentiasa berlapang dada

Semoga sentiasa berfikiran positif.

Semoga dapat amal apa yang di kata bukan cakap kosong saja.

Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita dan kelemahan kelemahan kita.

Nenek adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang kakak, seorang adik, seorang anak dan seorang nenek juga.

Doa ini adalah untuk kita semua terutamanya nenek yang banyak dosa ini.

Wassalam

Monday, November 16, 2009

1 entry 1 hari 1 fikir 1 kerja 1 agama
23/30

Binatang apakah yang lebih besar dari ikan paus goreng tepung????

Jawabannya-

Sotong kurita yang makan ikan paus goreng tepung!!

Kenapa air laut di Lautan Antartika naik sebanyak 2 milliliter sehari???

Jawabannya-

Sebab anak ikan paus hari hari nangis, menangisi ibunya yang sudah digoreng tepung dan telah dimakan oleh sotong kurita!!!

Pandai! pandai! pandai!.Allah bagi pandai!

Ye la! sekolah jauh jauh, kalau tak pandai malu la kan!

Lepas tu dia tanya lagi-

Kenapa siput babi jalan perlahan??

Jawabannya-

Kerana dia berjalan sambil berfikir, 'Aku ni sebenarnya siput ke babi??

Boleh????

Wassalamualaikum!

Teka teki

1 hari 1 entry 1 hati 1 usaha 1 fikir 1 agama
22/30

Anak nenek balik dari melaka.
Anak dara nenek belajar kat sana.
Ni ada kat rumah la ni.

Punya jauh nenek sekolahkan dia, tau apa dia bawa balik? [kat U sebenarnya! sekolah jugak la kan!]

Dia bawa balik satu teka teki auta yang nenek gelak sampai nak pecah perut!. Dah la pipi tengah bisul!.

Dia tanya nenek -

Ikan apa yang berhenti?
Jawapannya - Ikan Paus

Ikan apa lebih besar dari ikan paus?
Jawabannya -Ikan paus goreng tepong

Dalam banyak banyak kuali,Kuali apa paling besar?
Kuali untuk goreng ikan paus

Dalam banyak banyak besi, besi apa paling kuat?
Sudip besi untuk goreng ikan paus

Dalam banyak banyak tangan, tangan sape paling kuat?
Tangan tukang goreng ikan paus.

Bravo! bravo ! anak ku!

Bertahun tahun nenek hantar dia belajar itu pelajaran yang dia dapat.
Ikan paus goreng tepong!
Baru nenek tahu ada orang goreng tepong ikan paus. tak potong pula tu!
ish! ish! ish!

wassalam

Sunday, November 15, 2009

Mesyuararah

1 hari 1 entry 1 hati 1 fikir 1 Agama
21/30

Asalamualaikum anak cucu nenek semua
semoga kekal dalam kehidupan beragama dan mendahulukan agama dalam setiap urusan.

Hari ini nenek nak cerita sikitlah tentang kepentingan mesyuarah.Terutama dalam rumah tangga.Ni nenek cerita dari pengalaman nenek sendiri la. nenek kan lebih makan garam! tapi tok janggut lagi lebih!, dia kuat masin!.

Daripada awal kitaorang berumah tangga kami akan bermesyuarat sebelum buat sesuatu. nenek kalau nak minta apa apa pun dalam mesyuarat tu la!. pasal kalau minta masa lain, contohnya - Abang.. nak beli oven!. tok janggut jawab - nanti kita mesyuarat dulu. lama lama dah biasa pasal nak beli sayur pun kena mesyuarat dulu. Jadi apa apa hal pun kena tunggu masa mesyuarat untuk bagi syor!. kemudian bila ada anak, hal urusan anak anak dan anak anak juga dimesyuaratkan.

Teringat satu masa dulu masa anak anak masih kecil, biasa lah budak budak. Dalam baik banyak nakalnya!. Jadi selalu lah perkataan ini keluar ' Usop perlu dimesyuaratkan!' 'Malam ini mesyuarat pasal usop' 'mesyuarat usop lagi' sampai jiran jiran pun tanya 'kak. akak selalu mesyuarat apa dengan usop!' nenek jawab ' ala mesyuarat hal dia la!, macamlah kau tak kenal usop!, tangan anak kau pun dia gigit!. OOOOOoooo lama juga lah terlopong!!

Anak anak akan macam 'alamak! aku dimesyuaratkan! apa salah aku? apa aku dah buat ni?

Biasanya dalam mesyuarat itu kami akan bertanya pada yang bermasalah, apa yang menyebabkan dia buat macam itu secara santai. tiada tekanan. santai santai saja.
Tapi kena dapat kepastian tak kan buat lagi. Juga bagi kelebihan atau fadilat ikram muslimin. dan dalam taklim asyik dia ajelah yang baca bab kelebihan ikram.

Dipendekkan cerita, Usop kena dimesyuaratkan lagi kerana sudah 3 kali terlepas solat subuh berjemaah!. kalau dah tau nak kena mandi tu bangun lah awal awal!!!
Ni!, dah masuk waktu baru nak bangun, nak mandi itu ini bagai!, last last terlepas subuh!!! [ ni tengah geram!!!]

Bisul

1 hari 1 entry 1 fikir 1 hati 1 usaha 1 agama
20/30

Asalamualaikum anak cucu nenek yang disayangi

Hari ini nenek nak cerita pasal bisul

nenek rasa semua orang tahu bisul itu apa kan!

nenek bukan nak terjemahkan makna bisul ke apa kan,

nenek cuma nak bagi nasihat 'bila kena bisul dan takut jumpa doktor'

Ini pengalaman nenek sendiri!

Undang undang pertama!!!!

JANGAN TANYA SEBARANGAN ORANG!
Pasal nenek dah kena!
nenek tanya orang ini - oh senang aje! kau tepek bawang putih tumbuk!
nenek pun buat lah, sebab itu kan asbab aje! maka nenek pun tepek bawang putih lah,
The next day tau apa jadi?
Pipi nenek hangus siap ada blister lagi!.ish...iman lemah betul! bukan bawang putih yang bagi hangus!, itu semua kehendak Allah jua.
Tapi kalau nak pakai asbab pun kena guna otak jugak lah kan!, ini main belasah ikut cakap orang! bendul betul la!, Baru la terfikir bawang putih kan sifat dia Allah bagi tajam getah dia!

nenek tanya orang tu -ko tumbuk daun kangkung dan tepek kat bisul tu!
nenek pun buat jugak!. tengok dah bertambah parah pipi nenek. mungkin asbab getah kangkung!. tapi nenek tahu sebab sebenarnya ialah pasal nenek banyak dosa!.

Lepas tu ada lagi sorang tu syor nenek tepek daun keledek yang dilumatkan!

aik! apa sal semua jenis getah nak tepek kat pipi nenek ni!!!

Akhirnya nenek pergi kedai ubat cina dan tepek apa yang dia syor. tepek jugak kan!
Allah bagi baik!

Friday, November 13, 2009

Gurindam Hari Ini

1 hari 1 entry 1 fikir 1 kerja 1 agama
18/30

Asalamualaikum buat anak cucu tersayang!.

Gurindam ini khas ditujukan kepada anak cucu nenek yang sudah jadi Ibu.

Nenek pun ibu jugak, jadi nenek tau la perit jerih sebagai ibu kan!

Tapi anak anak kita itulah saham saham kita

Maka tak apa lah penat kan! tapi berbaloi

Aaa nenek ada gurindam khas untuk anak cucu nenek [perempuan sahaja]

Kasi angkat tinggi sikit! tengok berapa tinggi boleh naik! jangan jatuh gedebuk sudah! [makna nya kalau kena puji tu, control ayu sudah la, Jangan nak perasan lebih lebih pula!] [ingat Allah kuasa mahluk tak ada kuasa]

Lepas baca ni check hati, adakah mendatar? dan jangan lupa check hidung, adakah terlebih kembang? dan penting sekali check iman, adakah terkesan?

taa daa

Puan umpama....

Induk ayam bertelur sesangkar
Menetas satu, menetas semua

Bak induk yang baik
Setiap bibit semuanya tumbuh
Yang tinggi menjulang ke awan
Yang rendah menjadi tempat berteduh
Yang kuat menjadi pendinding

Bak mata air yang memancarkan air
Bak awan yang menurunkan hujan
Bak ibu pipit yang menetaskan anak anak geroda

Tapi ibu tidak lupa diri
sebab semuanya Allah yang beri
Bersyukurlah ibu pada Yang Esa
Kerana semua kehendak Allah jua

wassalam
1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 kerja 1 agama
17/30

Asalamualaikum anak cucu nenek semua

Bersyukurlah kerana kita berada dalam agama yang betul!. Ia itu islam.

Bayangkan kalau kita berada dalam anutan yang sembah patung banyak tangan tu atau sembah patung gemuk pegang tasbih tu atau sembah bulan matahari bintang bagai....

Dan sekarang ini kita tengah syok gila sebab lulus pereksa ke atau naik pangkat ke dan kita nak say 'Thank you'tentu lah sekarang ni kita tengah berkira kira nak naik batu cave bayar niat dengan mencucuk bibir dengan besi! eh cucuk bibir je ke? apa barang! Kalau cucuk seluruh badan dengan tombak lagi power! ye tak? baru gah! atau

Kita tengah bakar kertas gambar peti sejuk dan dapor gas jenama JVC dan kereta merc bagai untuk dikirim kepada mak bapak yang dah mati!!!
Kesian kan dia orang, dah mati baru tau yang apa yang diamal semua tak betul! Semua itu bukan agama!. Tapi dah tak boleh patah balik! Dah terlambat!. Apa yang boleh dibuat?

Tentulah Sedaya upaya tegakkan kebenaran diri kat mahkamah Allah!
Masa ini. lagikan anak, kita tak kesian apatah lagi orang luar! Masing masing pikir nak lepas diri sendiri aje!.

Maka orang orang yang malang ini mengadu kepada Allah yang dia tak tahu apa apa pasal Islam. Pasal tak sape bagi tahu! Yak sape bagi kenal!.

Kes 1
Tinggal satu kampong dengan orang islam tapi tak sape nak bagi tahu anutan kami tak betul. Orang Islam buat kerja dia sendiri aje tak nak cerita apa itu islam apetah lagi ajak!.
Dia solat, dia puasa, dia zakat, dia haji dia buat amal entah apa bagai tapi tak ajak, Padahal tahu yang amal dia aje yang betul! amalan kita orang tak betul! Yang kita orang ni sembah patung anjing, sembah pokok segala dibiarkan saje tak nak dibetulkan!. Zalimkan? tu yang kita orang tak tahu apa apa!

Kes 2
Kami tinggal dikawasan perumahan berbagai bangsa dan anutan. Orang Islam dikawasan kami, kami lihat tak ada beza dengan kami! sama aje! tak ada beza! Kami berjudi, dia orang pun berjudi pakat sewa van ramai ramai pergi Genting lagi!. Pergi Disco! dia orang pun pergi!.
Makan pakai lebih kurang sama aje. malah nampak orang islam lebih daring lagi dalam bab pakaian! Duit sogokkan riba segalapun bedal!. Lebih kurang kita orang jugak lah!.
Tak nampak pun orang islam solat kat masjid! Masjid ada lah! macam tak ada orang aje!. Tapi dalam satu satu masa adalah penuh masjid tu! rasanya masa awal puasa dan raya la kalau tak silap! Tu la.. mana lah kami nak terkesan dengan Islam!, tak nampak contoh yang baik pun!.
Dengar kata solat tu syi'ar! sebab tu kena solat kat masjid bagi orang nampak! tapi tak nampak pun!. Tu yang kita orang haram tak tau apa!

Kes 3
Kami tahu ada orang islam jual CD, Jual Buku dan majalah bagai bagi penerangan tentang Islam, Kat TV pun ada banyak ceramah dan program islam segala! tapi kami tidak tertarik langsung!.Tak terbuka pintu hati! tak tahu lah kenapa! Bukan sunnah kot! atau tak ada roh kot! entah lah!
Kami juga tahu ada beberapa kumpulan orang islam yang sibuk fikir dan risau tentang kemerosotan umat islam kat dunia ini.Dia orang buat usaha atas iman!mengembalikan maksud hidup dan tuntutan. Ingatkan nanti bila orang orang islam ni amal dah betul dia orang akan ajak kita orang la, tapi tak dan! kita orang dah mati dulu!
Habis macam mana?

Pandai pandai lah anak cucu mengatur langkah dan strategi kat dunia ni supaya didepan Allah nanti tak lah terkebil kebil, mulut bukak katup ternganga bagai kena tuduh depan Allah!.

Wassalam
,

Thursday, November 12, 2009

Pantun lagi!

1 entry 1 hari 1 fikir 1 kerja 1 Agama
16/30

Asam lengkong asam juga
cuka lada cuka betik
Asalamualaikum pada semua
Juga pada anak cucu nenek

Daun renek hutan dara
Dahan lantun buah bidara
Dengar dengar nenek bicara
Dengan pantun warisan kita!

Katak puru muda belia
Penyek ku ketis dengan jari
Anak cucu nak tahu satu rahsia
Nenek tak da point entry ari ini!

Mengail ikan sampan dah karam
Cari galah buluh lah galah
speedrider kata nenek banyak makan garam
Insyaallah,Goreng ayat tak ada masalah!

Hirup kopi pegh dan pekat
lokan dibasuh tepi perigi
Hidup kena ingat mengingat
Bukan boleh senang sendiri

Kera mati termakan lidi
Lipan parah kena sondol
Kena perhati kanan dan kiri
Bukan pula lurus bendul

Pekan Lukut tanah rendah
Pulau Indah pekan lama
Jangan takut untuk berubah
Kalau ia untuk Agama

Katun Gaban patah lima
Hentak piring tangan luka
Pantun meraban entah apa apa
Lantak la! nenek punya suka!

Gelung tali rupanya rantai
Naik bukit sabut berapi
Sebelum nenek kena bantai
Biar nenek cabut lari!

wassalam

Tuesday, November 10, 2009

Hidup dengan bijak

1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 kerja 1 agama
15/30

Asalamualaikum Anak anak dan cucu cucu nenek semua.

Semoga kita dapat hidup di dunia ini dengan bijak dan menjadi orang yang bijak.

Siapakah orang yang bijak?

Doktor? Jurutera? Guru? atau Drebar teksi?

Bukan! bukan! bukan!!!

Bukan itu katagorinya! itu semua hanyalah satu kemahiran hidup!. betul tak cakap nenek?.Tapi kalau dia dapat memunafaatkan skil kemahiran hidup itu untuk meraih saham saham untuk dibawa balik kampong. tentu lah kampung yang kekal abadi la kan. Kampung yang kehidupannya tiada penghujung itu, Maka dia sangat bijak!

Nenek selalu cakap dengan anak anak, Apa apa yang dipelajari di sekolah adalah skill untuk mahir hidup kat dunia ini. Supaya mudah asbab rezekinya. Pasal rezeki Allah yang bagi, kita duduk duduk goyang kaki pun Allah bagi rezeki juga!. Allah tak memerlukan asbab tapi kita yang banyak dosa ni kenalah cari asbab la kan.

Tak faham lagi?

Contoh - Seorang anak yang hari hari mengadap emak dan bapak dia motong getah. Bangun awal pagi, balik petang petang, akan berkata dalam hatinya - ' Mampos aku kalau kena sara anak bini macam ini seumur hidup aku!, baik aku belajar pandai pandai mana tahu dapat jadi kerani, hari hari aku ngadap komputer, boleh la layan ym ke. friendster ke atau my face bagai, Bahagia hidup aku!Boleh jugak mak bapak aku tumpang senang!'

Maknanya anak pemotong gerah itu memilih satu kemahiran untuk dia mudah hidup kat dunia ini!.Dia tidak mahu skil potong getah!.

Nenek selalu pesan dengan anak anak. Pilihlah satu kemahiran yang boleh bantu mudahkan kerja bukan yang mendatangkan masalah pada kerja.

Tak faham? Allah bagi faham!

Contoh - Kemahiran berniaga sendiri adalah satu skill asbab rezeki yang sangat baik kerana ia tidak akan menganggu pekerjaan kita.

Contoh lagi - Skil sebagai pensyarah adalah satu kemahiran yang tidak memerlukan kekuatan fizikal jadi tidak lah penat sangat dan cuti pun banyak,sudah tentu banyak masa boleh diberi pada pekerjaan kita.

Okay, dah faham dah?

Jadi siapakah orang yang bijak?

Orang yang bijak tentu lah orang yang hari hari ingat mati!

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa siap sedia. Kumpul apa yang boleh dibawa.

Pastikan yang ditinggal tetap bermunafaat dan tidak mendatangkan mudarat.

Jadi apakah pekerjaan kita?

Tentulah Dakwah IL Lallah!

Itu lah sebenar benar kerja kita

Ada faham ka?

Allah bagi faham

Wassalam

Monday, November 9, 2009

Super zone

1 hari 1 entry 1 hati 1 fikir 1 maksud 1 agama

Asalamualaikum anak anak dan cucu cucu nenek tersayang,

Hari ini nenek nak cerita sikit tentang sesuatu untuk iktibar kita bersama.

Sesuatu! sesuai ke perkataan sesuatu itu? sebenarnya ia lebih kepada kelakuan atau sikap.

Sikap nenek sebenarnya dan adalah jugak orang lain yang macam nenek kan!

Macam ni...

Kat kampong nenek ni ada lah satu mamat ni yang baru balik dari pusat pemulihan!.

Bila dengar je berita dia balik, terus dalam hati tu - 'alamak! barang hilang lagi la ni!' keji kan sikap nenek?

Berlawanan pula dengan tok janggut yang terus pergi ziarah dia.

Masa borak borak dengan tok janggut, tok janggut tahu yang dia dah insaf dan nak berubah tapi orang kampong pandang serong kat dia.

Nenek rasa bersalah sangat sangat sebab nenek pun curiga!.

Tok janggut kata sekarang ini ada penawar untuk ketagihan dadah yang tidak menyakitkan. Nama penawar ini ialah Super Zone.

Boleh didapati percuma di hospital hospital kerajaan. Tapi kena masuk program dia la dan datang hospital seminggu sekali. maknanya program itu di bawah pengawasan doctor la.

Mamat ni suka sangat tok janggut datang ziarah dan dia banyak belajar Agama. Maklumlah...dulu tak ingat apa!

Mamat ni ajak tok janggut jumpa kawan kawan dia, Kawan kawan dia pun nak berubah juga! bukan nak sebenarnya tapi dalam proses perubahan.

'Tidak mudah untuk berubah bila sentiasa dicurigai, tapi nak buat macam mana dah salah kita' kata mereka.

'Sabarlah' pujuk tok janggut. 'Buatlah ikhlas kerana Allah. kita tidak akan kecewa tapi kalau buat kerana manusia, dan manusia tidak hargai kita akan kecewa' syarah tok janggut.

Mereka kata nak hilangkan ketagihan tidak susah sebenarnya!. Yang susah ialah mengisi jiwa yang kosong!, [oh.. itu perkara senang nanti kalau kau orang sudah sedia, solat sudah okay bagai, kita akan masuk fasa 2 dimana insyaallah jiwa jiwa tidak akan sempat kosong malah tidak cukup masa..kata tok janggut dalam hati]

Nenek sungguh insaf dan memang sangat rasa bersalah dan akan meminta maaf.

Kena minta maaf dengan memberitahu apa kesalahannya.

Nenek rasa nak suruh tok janggut ajelah cakapkan!

Bolehkan macam tu...

Sunday, November 8, 2009

Betul ke mujahadah?

1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 kerja 1 agama
13/30

Asalamualaikum anak anak dan cucu cucu nenek semua
semoga berada didalam lindungan Allah subhanahuwataala.

Berbalik kepada soalan nenek tadi, Adakah kita benar benar mujahadah kalau ditinggal suami kerana keluar dijalan Allah?. Pasal nenek tengok anak anak kalau keluar dijalan Allah mereka akan pastikan peti sejuk di rumah penuh makanan!, stock bukan untuk takat 3 hari aje malah kalau sedara mara datang mengejut pun masih boleh tampong!. Duit belanja anak anak ke sekolah dan duit emergency pun disediakan!.

Nenek rasa itu adalah kurang mujahadah! Cuma mujahadah hati aje la kan!, Boringnya! Hubby tak ada! Err mujahadah jugak la kan! Allah pandang jugak la kan!

Tapi kalau kita ditinggal dalam keadaan daif lagi mujahadah kan!.Masa tu dalam hati Allah dan Rasul sahaja. Dalam semua keadaan harap Allah.

Tapi sekarang ini orang daif mujahadah nak keluar! kos tinggi! Segan la nak join makan pasal tak dapat nak hulur!. tak kan nak makan free!Keluar bukan dekat dekat pulak tu! sekarang ni putus keluar jauh jauh!. Memang mujahadah untuk yang berpendapatan sederhana.

Sekarang ni kos harian masa keluar minima RM5 biasanya RM10.Berbanding masa dulu dulu tok janggut keluar belanja harian RM1 satu hari!, terkejutkan!, Alaa.. tu masa barang barang semua murah lagi. Sekarang semua barang dah mahal! tentu la budget tinggi!

Jadi tok janggut faham sangat lah kalau orang tak dapat keluar sempurna. yang penting kerja tetap buat dalam apa kadaan sekali pun. Fikir dan risau umat tetap ada dalam semua keadaan.Kita berusaha rezeki Allah yang bagi.

Nenek ni tak pernah rasa lagi mujahadah macam beberapa rakan nenek rasa. Ada satu rakan nenek yang ditinggal suami tanpa duit belanja dapur.dalam peti sejuk ada ikan yang tidak dimasak masak kerana takut ada keluarga datang check, takut datang fitnah.
Ikan itu hanyalah untuk mengaburi mata saudara mara. Apa yang mereka makan?
Itu lah mudahnya kalau isteri dan anak anak 1 fikir dan faham agama. Mereka cadang makan pisang dalam masa 4 bulan itu.

Tapi Allah berkehendakkan sebaliknya, Dengan izin Allah pisang banyak buah. Hari hari ada yang masak. Cadang nak bergelap pasal tak mampu bayar letrik.tapi jualan pisang dapat menampung semua perbelanjaan. Malah lebih mewah dari masa ada suami kat rumah!. Hebat Allah!! Urusan rumah tangga Allah bereskan, Itu lah janji Allah. Maka bertambah kukuh iman mereka dan orang orang yang faham.

Nenek tidak dipilih untuk mujahadah bila suami keluar dijalan Allah. Kalau suami tak ada pun hidup tak susah mana! kena istigfar banyak banyak.

wassalam

Saturday, November 7, 2009

Cuaca hari ini cerah

1 hari 1 entry 1 hati 1 fikir 1 agama
11/30

Asalamualaikum kepada anak cucu nenek tersayang!

Malam tadi hujan tapi pagi ini cuaca cerah. Alhamdullillah!

Pakcik nenek membuat walimah sempena pernikahan anak dia

Semalam nenek rewang

Hari ini juga rewang

ni tulis jarang jarang biar nampak banyak sikit

tapi masih tak nampak banyak

tapi dah nak pergi!!

ta! ta!

Bergembira lah dihujung minggu ini

Wassalam

wassalam

Friday, November 6, 2009

Cuaca hari ini cerah dan nyaman

1 entry 1 hari 1hati 1fikir dan risau 1 usaha 1 agama
11/30

Pagi tadi Allah bagi hujan sangat lebat siap dengan guruh sekali. tapi sekarang dah reda.Cuaca sangat cerah dan nyaman. Hebat Allah!.

Di dewan sudah ramai orang berkumpul menunggu kehadiran JPJ saperti hujung minggu yang lepas. Nenek tak dapat kebenaran tok janggut. Jadi nenek tak join la. Tok janggut kata- 'selama ni kita naik motor kosong aje pun tak ada apa apa, buat apa nak bazir duit' Itu lah kata kata tok janggut untuk menghancurkan harapan nenek untuk mendapatkan lesen motor sah dari JPJ. Sungguh kurang sivik tok Janggut itu!

Sebenarnya bermula bulan lepas JPJ menawarkan pakej lesen motor kepada orang orang tua berumur 40 tahun ke atas dengan bayaran bersih RM80 sahaja.Pemohon akan diuji dan diberi taklimat oleh JPJ disitu juga dan tada..! dapat lesen!

Tapi tok janggut tidak mahu memunafaatkan peluang itu dia lebih suka mengelak road block. Mungkin trill baginya.

Nenek masih tidak lupa kejadian tahun lepas masa ambil duit dari bank. Tok janggut beriya iya bagi tahu satu restoran tu yang satu resepi masakannya Allah bagi sangat sedap dan nak bawa nenek makan kat situ. Nenek sangat suka!

Kami naik motor suzuki cup!. Lepas urusan pengeluaran wang selesai, kami pun geraklah menuju restoran itu. Nenek begitu teruja dengan iklan tok janggut! tak sabar nak cepat sampai! Tapi langit tak selalunya cerah!

Tok janggut berhenti tiba tiba, ingat minyak habis ke hape...
Sekelip mata motor dah berpusing kearah bertentangan dan tok janggut patah balik dan pecut menyusup ke kawasan perumahan!.

Nenek yang tak nampak apa apa tanya-'eh kenapa? tak jadi ke?'

'tak nampak ke? road block'. Lain kali lah kita pergi. Selalu time time gini lauk tu dah habis!.

Itu lah the nagatif side of tuk janggut. dan ada banyak lagi kes kes lari road block oleh tok janggut. Setakat ni dia belum pernah kena tahan kat Road Block lagi!. tu yang eksyen tu agaknya.

Bagus juga JPJ buat macam tu, Ramai orang ambil peluang itu melainkan tok janggut.
Kalau nak diikutkan kalau umur dah 40 tahun keatas takkan nak merempit kot! jadi ok lah bagi lesen macam gitu. duit pun masyuk!

Nak ambik lesen!!!

wassallam

Thursday, November 5, 2009

Berusaha kepada lebih baik

1 hari 1 entri 1 hati 1 fikir 1 kerja 1 agama
10/30

Asalamualaikum Anak anak dan cucu cucu nenek tersayang.
Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam dalam semua keadaan

Mukaddimah-
Orang melayu kan ada keunikan tersendiri yang tak ada pada bangsa lain. orang melayu ni sebenarnya lebih kreatif dari bangsa lain.
Orang melayu pandai mengarang dan mereka cipta tapi tentulah Allah yang bagi pandai!, jadi jangan nak perasan lebih lebih pula!

Hari ini 'hari gurindam'

Gurindam ini ditujukan kepada anak anak dan cucu cucu nenek sebagai 'sokongan semangat'untuk menganjakkan diri kepada 'lebih baik'

Contohnya - kalau selalu sedekah sen sen sahaja tukar jadi ringgit ringgit pula. kalau selalu nampak kemungkaran takat benci dalam hati aje tukar dengan mengatur strategi cuba tegah dengan berhemah. kalau selalu solat tahajjud tahap gajah dinasour bagai tukar kepada 'dihujung hujung malam' dan sebagainya.kalau biasa zikir 300 pagi dan 300 petang aje anjak kepada 1000 atau sebagainya. kalau selalu banyak cakap sia sia, kurangkan!, kalau selalu boros dan membazir, elakkan. Kita belajar untuk jadi lebih baik insyaallah! berusaha lah! cayuk! cayuk!

taa...daaa...

Yang busut hendaknya menjadi bukit
Yang bukit menjadi gunung

yang kapas hendaknya menjadi benang
Yang benang menjadi kain

Mata air hendaknya menjadi sungai
Lopak menjadi kolam

Tasik hendaknya menjadi lautan
Alun menjadi gelombang

Seinci hendaknya menjadi sekaki
Sejengkal menjadi sedepa

3 hari hendaknya jadi 40 hari
40 hari hendahnya jadi 4 bulan mesti

4 bulan hendaknya jadi seumur hidup
Sunnah hendaknya jadi gaya hidup

wasallam

Wednesday, November 4, 2009

Hamzah dapat mak long

1 entry 1 hari 1 kerja 1 fikir 1 maksud 1 agama
9/30

Asalamualaikum!

semoga kita semua sejahtera dilindungi Allah subha nahu wataala.

Ini adalah perbualan talipon antara abang dan adik -

"Ti, ko bawa nasi ayam!, dia suka nasi ayam!"- itu adalah ayat Along mencadangkan kepada adiknya untuk membawa sesuatu kepada pehak perempuan.

"er...tak apa lah long, ko bagi aje aku duit, biar aku uruskan!" jawab adiknya pendek. "Tak sangka aku mempunyai abang yang sengal!" bisik hatinya. abang dia ingat. nak bawa benda yang makwa dia suka aje!

setelah umi hamzah dapat cincin dan setelah dia berjanji nak datang lagi untuk cincin yang dia dok belek untuk dirinya, kami ke kedai buah.Beli buah buahan dan bakul buah.

setelah pie labu siap, umi hamzah balut bungkus bagai semua barang dan kami pun gerak lah.

Rupanya kat rumah pehak perempuan ramai dah tunggu. Malunya!! Ingat tak nak formal bagai!. Aduh...Kita orang dah la 4 beranak aje!

Belah sana siap dengan juru cakap segala!

Setelah duduk dan borak borak entah apa apa yang tak membawa maksud kedatangan sampai pehak belah sana boring! nenek pun mula lah bagi isyarat mata kat tok janggut namun tok janggut tak faham faham. isy...makin rancak tok janggut borak pasal surau lah,musim haji lah dan entah apa apa. Nenek tukar trick, guna isyarat tangan pula! tu pun tok janggut tak faham faham juga. isy,...dah tu anak menantu pakat buat bodoh, buat buat sibuk layan anak!. last last nenek pun "cincin ni nak buat apa?"
Ha! Ambik! tu la orang bagi sign tak faham! kan dah nenek termalu sebab semua orang pandang nenek. Nasib baik nenek cepat cepat control ayu dan leretkan senyuman kat tok janggut yang agak ternganga mulutnya!.

Dipendekkan cerita setelah cincin diterima dan ada majlis bergambar bagai maka kami dihidangkan dengan jamuan yang Allah bagi sedap!

Sebelum pulang juru cakap sebagai wakil bertanya "Bila nak tunang?"
Tok janggut- err....tok janggut tak tahu nak jawab sebab kita orang tak bincang lagi pasal tu jadi tok janggut minta tangguh untuk mesyuarat dengan Along.

Begitu lah akhirnya majlis itu dan kami pulang dengan bekalan buah tangan.

Tuesday, November 3, 2009

Allah lah yang menentukan

1 hari 1 entry 1 kerja 1 fikir 1 hati 1 agama
8/30

salam semua,

Hari ini nenek sangat sibuk!

Tapi nenek sangat suka!

Hari ini adalah hari hantar tanda kepada gadis pilihan kami

Jadi hari ini nenek banyak nak buat persediaan!

Tok janggut suruh buat pie labu untuk buah tangan. tak lah melenggang bawa cincin sahaja!

Jadi sampai disini lah entri hari ini dan

ta ta!!

Monday, November 2, 2009

Bukan kerja senang

1 entry 1 hari 1 usaha 1 fikir 1 hati 1 agama
7/30

Asalamualaikum

Apabila satu amalan itu sudah sebati dengan kita. Amalan itu sudah dibuat bertahun tahun dan ia adalah amalan turun temurun dan kita sangat yakin apa yang kita buat itu betul sebab semua orang buat termasuk ulamak, tiba tiba ada satu mamat datang cakap yang amalan kita itu sebenarnya tak betul!!!

Apa tindakan kita???

Biasanya kita akan bertindak dengan banyak cara mengikut cara berfikir,impak dan pengaruhnya, kesan nagatif sekiranya itu benar dan akhir sekali pertanyaan 'adakah ia akan mengganggu periuk nasi kita!.

Contoh- "Amalan tahlil dan bacaan yasin pada setiap malam jumaat itu adalah bidaah".

Tindakan orang kampong nenek-

Mana ada!, mengaji tak habis tu!.Dah dari kecil kita buat, takkan tak betul!. Pak Imam, pak kiai, tok guru semua buat! kalau tak betul tentu lah tak buat! buang masa aje!. Ni tentu ajaran sesat tak pun yang orang kata wahabi wahabi tu!

Tindakan Tenaga Pengajar Pasif -

Memanglah Rasullullah tak buat dan memanglah bidaah, tapi ini bidaah baik, Bidaah Hasanah, zikir kan perbuatan baik, Allah kan suruh kita banyakkan zikir. dan bacaan yassin itu kan baik, mengaji Quran tak baik ke?. Kalau boleh janganlah kita ambil tahu benda yang tinggi tinggi tu.Kita orang awam, Ilmu tak setinggi mana buat yang biasa kita buat aje sudah la.

Tindakan Negatif Orang yang berkenaan

Kita tak boleh biarkan mamat ni. kita kena sekat dia, susah kita nanti, mana nak letak muka kalau satu negara tahu kita buat kerja tak betul! Hancur lah periuk nasi kalau orang dah tak percaya! kita kena buat sesuatu sebelum terlambat Kita buat mesyuarat tergempar

Tindakan Positif Orang yang berkenaan

Kita dengar dulu mamat ni bicara apa. Kalau betul ada kesahihan bukti berlandaskan Quran dan Hadith, Kita kena terima dan akur. sebab kalau kita kata sesuatu itu betul dan lebih baik. Pada hal Rasullullah dan para sahabat tak pernah buat seolah olah kita kata 'Rasullullah ajar tak habis!, buat macam ni lagi bagus! Apa nak jawab depan Allah dan Rasulnya nanti? dan lagi seolah olah kita membuat nota kaki kepada AlQuran dan Alhadith " kalau buat begini dan begini tak apa kerana ini bidaah Hasanah"
Kita manusia biasa yang lemah dan kena banyak belajar. Juga Ulamak bukan maksum mereka dan kita melakukan kesilapan seeloknya kita duduk semeja dan berbincang. Berbincang untuk satu maksud iaitu untuk kembali kepada islam sebenar,bukan islam budaya turun temurun tetapi Islam Ahli Sunnah Wal jamaah.

Jadi kita tetapkan masa dan jemput mamat tu duduk bincang!.

Wassalam

Sunday, November 1, 2009

betul kah sebab kesian?

1 entry 1 hari 1 fikir 1 hati 1 maksud hidup 1 agama
6/30

Asalamualaikum anak anak dan cucu cucu nenek semua
semoga kita semua didalam lindungan belas kasih Allah.

Hari ini nenek nak cerita tentang 3 orang sahabat baik yang nenek kenal.Malah mereka ini sudah macam anak anak nenek sendiri. err sebenarnya salah seorang adalah anak nenek!.

3 sekawan ini kerja dalam 1 syarikat. Setelah lama bekerja disitu mereka merasakan yang mereka terlalu sibuk sehingga tiada masa dapat diluangkan untuk agama. Nak cuti 3 hari pun susah.Kerja mereka adalah membuat mesin atas permintaan pelanggan dan bila mesin telah digunakan oleh pelanggan mereka kena pastikan kelancaran perjalanan mesin itu jadi sentiasa sibuk lah.

Maka pada suatu hari mereka buat keputusan untuk berhenti kerja dan cuba berniaga.
maka ketiga tiga mereka berhenti kerja dan berniaga sejenis makanan ringan dipanggil 'jelly kelapa'

Mereka sungguh seronok berniaga dan masing masing sungguh cekap dalam bahagian masing masing.strategi mereka ialah kantin kantin sekitar Kelang.

Kerja tak penat sangat dan lebih masa dapat dibagi untuk agama. Nenek sangat suka!!!

Tak lama kemudian dua orang ahli telah berumah tangga, tinggal lah bujang sorang, tu anak nenek la tu!.

Anak anak bujang nenek duduk satu rumah, jadi abang dia lebih tau hal adik dia sebelum nenek.

selang 2 bulan lepas tu along khabarkan pada nenek yang adik dia dah tak niaga lagi, dia dah cari kerja lain!! aaa!! terkejut juga nenek.

Nenek pun tunggu anak nenek yang sorang ni balik.tak lama kemudian dia pun balik lah..

Dah tanya khabar, peluk ciun segala, bagi makan minum semua, nenek pun tanya lah..

Kenapa berhenti niaga?.

Dia jawab - Bukan berhenti, tapi biar sorang aje handle. Bagi kat kawan tu handle,biar dia buat semua, bukan susah pun!,

Nenek tanya - kira macam mana tu? macam mana pembahagiannya?

Dia jawab - tak ada bahagi bahagi, dia kerja dia dapat la kita orang cari kerja lain!. Lagi pun isteri dia dah mengandung!, nak bayar kereta lagi.persiapan baby lagi! banyak nak guna duit. kalau dia buat sorang dia sorang ambil duit tu, kira lega lah dia nak bayar itu ini.orang mengandung banyak pakai duit ma, ngidam macam macam.{macam la mak dia tak pernah mengandung}

Dipendekkan cerita anak nenek dan kawan dia yang sorang lagi tu kerja makan gaji lagi!.Tak mampu nak kerja sendiri.. Apa ra!!!

Kira peribahasa yang sesuai ialah - hangat hangat taik ayam. Mula mula aje semangat! pas tu semangat pun pudar.

Moral of the story=
Kalau dah tak minat niaga tu banyak la alasan!!!

Tok janggut kena smash

1 entry 1 hari 1 hati 1 fikir 1 usaha 1 agama
5/30

Asalamualaikum Anak anak dan cucu cucu nenek tersayang,

Malam hari tu, tarikh sebenar nenek dah lupa, maklumlah dah tua.Tok janggut ikut program pengajian mingguan kat surau. Selain dari untuk menambahkan ilmu, tujuan tok janggut duduk kat majlis itu ialah untuk ikram orang kampong kerana orang kampong telah terasa ketiadaan tok janggut setiap malam pengajian. Tok janggut bukan tak nak duduk majlis ilmu itu. tapi malam itu bersamaan dengan malam khususi kampong sebelah [dah kampong sendiri tak berminat, kena lah join kampong sebelah huhuhu]

Tok janggut sebenarnya agak panas juga bontot bila duduk majlis itu sebab majlis itu bercampur baur dengan politik.

Pada sesi soal jawab ada satu orang yang sangat kenal tok janggut mengajukan soalan cepu emas kepada Tuan Guru.

soalan -Ustaz, Saya nak tanya tentang orang yang banyak buat amal maaruf macam ajak orang solat berjemaah, amal sunnah dan sebagainya tapi tak nak ambil tahu pasal politik. macammana dia disisi Allah?

Tok janggut kata Ustaz tu jawab panjang lebar siap dengan Ayat Quran lagi nak bagi kuat dalil, sampai bontot tok janggut bukan hanya panas tapi dah boleh panggang ikan terubuk dah. Penutupnya ustaz tu kata tak masuk syurga kalau tak sokong parti yang betul! bukan susah!, pangkah aje! tapi kena pilih yang betul la!!! buleh ke macam tu ustaz???

Tok janggut tak kata apa lah, Tunduk aje macam dengar beriya!! dan berminat. begitu mantap sekali lakonan tok janggut!.

Setelah habis di smashed tok janggut pula mengajukan soalan - Ustaz.Saya teringin nak belajar wudu' cara sunnah, iaitu cara cara Rasullullah berwudu' Boleh tak ustaz ajar minggu depan.'Insyaallah' jawab ustaz dan majlis bersurai setelah jamuan kecil dan tok janggut pun balik lah